Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Friday, 15 April 2011

Tips Menulis Entri di Dalam Blog

Setiap daripada kita ada sesuatu untuk diluahkan atau dikongsi untuk manfaat bersama di dalam blog. Namun begitu, tujuan anda itu mungkin terbantut jika cara penyampaian luahan atau perkongsian tersebut tidak berkesan. 

Jadi, saya ingin berkongsi sedikit tips bagaimana untuk menulis entri di dalam blog supaya entri anda tersebut dapat menarik minat pengunjung untuk membaca blog anda. 

Tips 1 - Warna Font yang Sepadan (Matching) dengan background blog
Daripada pengamatan saya sepanjang blogwalking ke blog-blog blogger otai (blogger yang popular), kebanyakan mereka menggunakan font/tulisan berwarna gelap (hitam contohnya) dan background blog berwarna cerah (putih contohnya). Tiada seorang pun daripada mereka menggunakan font yang berwarna-warni.. hehe..

Jadi, dapat disimpulkan disini bahawa warna pada entri amat memainkan peranan yang penting bagi menarik minat pembaca untuk terus membaca entri anda. Pada pendapat saya, jika anda menggunakan font yang pelbagai warna, sebenarnya anda telah membunuh mood para pembaca blog yang rata-rata inginkan sesuatu yang santai dan simple.

Tips 2 - Justify
Sesetengah blogger yang sudah lama dalam dunia blog menyarankan agar kita menggunakan teks alignment Justify. Tujuannya supaya susunan teks di dalam entri nampak lebih kemas dan teratur. 
Selepas highlight teks, ubah kepada Justify
Tips 3 - Keyword yang berkesan
Ben Ashaari pernah mengatakan bahawa untuk mendapat duit Nuffnang yang banyak, kita tidak boleh mengharapkan blogger sahaja untuk klik iklan Nuffnang, tetapi sebaiknya di klik oleh orang yang bukan di kalangan blogger yang tidak tahu menahu tentang promosi terkini. Jadi, setiap entri baru yang anda buat haruslah berada di halaman pertama enjin pencarian (Search Engine)


Caranya mudah, iaitu Title pada entri anda haruslah berkait rapat dengan Content di dalam entri tersebut.
Cuba taip 'cara kencing' dekat Google, Entri saya yang bertajuk Cara Kencing Dalam Islam yang disiar 4 hari lepas berada di halaman pertama pada enjin pencarian Google daripada berjuta-juta tajuk yang sama. 


Jarang-jarang ada orang yang buka ke halaman seterusnya kerana perkara yang dicari mereka sudah berada di halaman pertama. Jadi, banyak traffic yang diperoleh apabila tajuk entri kita berada di halaman pertama enjin pencarian. 


Cuba anda tengok entri saya pasal cara kencing tu, perkataan kencing itu banyak kali disebut dan diulang dalam content entri. Jadi, keyword 'kencing' itu sepatutnya berada di title blog.


Anda juga haruslah memasang Meta Tag di dalam blog dan tahu serba sedikit tentang ilmu SEO (Search Engine Optimize) supaya entri anda sentiasa berada di halaman pertama enjin pencarian (saya akan terangkan pada entri akan datang)


Tips 4 - Gambar yang Menarik
Gambar yang menarik di dalam blog dapat menarik minat pembaca blog. Tetapi anda harus berhati-hati supaya tidak meletakkan gambar hak milik orang lain ke dalam blog. Sebaiknya beri kredit kepada gambar itu atau beritahu sumber gambar itu.


Gambar di blog anda juga dapat menjana traffic yang banyak. Caranya, gambar anda itu haruslah berada di Search Engine Google di bahagian images.


Caranya, beri nama pada imej tersebut (rename) dan tambah alt="keywod imej anda" di hadapan kod /></a></div>
Rename semula gambar yang di ambil
tambah alt="keywod imej anda" di hadapan kod /></a></div>
Ya, memang menyusahkan. Ini adalah sebagai salah satu cara untuk menarik traffic melalui SEO, kalau tak mahu buat pun tak apa.. tiada masalah.. hehe..


Tips 5 - Tatabahasa di Dalam Entri
Semua blogger berhak menggunakan apa sahaja bentuk bahasa yang digunakan. Tetapi bagi Firz, guna bahasa yang baku dan skema macam ni adalah lebih universal dan sesuai di semua peringkat umur.


Kalau anda ingin membuat entri berkaitan fakta atau tutorial, lebih molek guna bahasa baku. Sebaliknya, kalau buat entri personal, gunalah bahasa bebas.


Jadi, guna bahasa yang betul pada keadaan yang sesuai.


Lain-Lain Tips
  • Buat entri seringkas yang mungkin (Kecuali pada entri fakta)
  • Guna point-point dapat meringkaskan entri yang panjang
  • Buat entri pasal isu semasa yang panas (traffic mesti daboom punya!)
  • Label kan entri anda.
  • Link kan entri lama yang berkaitan dengan entri sekarang 
Sekian sahaja tips dan tutorial yang dapat saya share. Kalau ada apa-apa soalan, jangan segan-segan tanya ya. Terima Kasih :)

27 comments:

Anonymous said...

hehehe
this tips is very very very useful daus :)
terima kasih ye..
boleh menambah ilmu pengetahuan ni :D

Anonymous said...

thanx for da tips.sharing is caring :)

ada mokhtar said...

thanks for sharing =)

Azlan Strider said...

terima kasih lg utk tips2 ko..hehe..aku pun xpenah t'pkir nak pakai justify utk entry aku..hehehe

Regards,
-Strider-

diyanah dzai said...

wahh, cool tips :) btw, thanks

Anonymous said...

Assalam...tips yang bagus...yg image tuu terutamanya...pernah bace pasal ALt image tuu...mmg utk skor traffic...tp blogspot agak payah sbb kena buat satu2.mcm wordpress dah ada plugins yg optimize kan code tuu...utk SEO wp mmg besh

nur aisya humaira said...

yg image tu tk paham..:(

Unknown said...

salam bro..tips2 semua tu cun2 belaka..tapi rasanya semua tu aq dah buat..cuna 1 aje..bahasa semasa menaip..huhu..dah biase buat entry berbahsakan pasar berbapakan bebas..(o_o).....

kisah "bapak" & anak daranya "bedah"

Zik said...

owh macam tuh.. terima kasih diatas tips2 yang diberikan..

BabyIntan said...

Ohhh tang gambar tu...huu huu....mmg leceh kan nak tukar one by one :(

Tambah-tambah mcm kak intan nie suka letak byk benor gambar so malas ya amat to rename all the pctures :D

Anyway gud tips from u ;)

Latest n3: 8 O'Clock In Da Morning!

Hafriz Mohamad said...

Tips terbaik d abad ini! ^_^
InsyaAllah sy cuba amalkan utk bt post lpas2 ni..

beaty said...

thanks daus akak tiba2 sedar kadang entry akak cukup lari dari tajuk

Firdaus Kasim said...

Tun : sama2 awk.. harap penulisan sy nie dapat membantu awk ya

Cheqwa : sama2 cheq :)

Ada : sama2 awk :)

Azlan : kau x guna pun x pew. ini pendapat aku je

Diyanah : sama2 awk.

Adam : wslm.. mmg byk keje sikit.. gambar kt dalam entri nie pun aq x buat rename bagai semua tue.. hehe.. susah..

Aisya : x faham mcmana awk?

Zik : sama2 :)

Kak Intan : mmg susah pun.. hehe

Hafriz : thanks ya

Beaty : sama2 kak.. jgn risau kak, tips2 emtri nie just utk sesiapa serius nk tarik traffic yg byk ke blog.. kalo blog pesonal mungkin dikecualikan

shafinaz (: said...

Ahah , thanks for the tips :)

eira said...

eira pon sedang membaiki cara blogging eira..harap2 de perubahan..

SyedGraphix Dot Com said...

nice tipss. gud sharing :)

Azah Rahaman said...

menarik abg :D

kakzie said...

good tips kpd macik yg baru nak berblogging ni...two thumbs up ....

ZAIDAHTUL AKMAL said...

tahniah...info yg tersangat le menarik...huhu..leh praktikkan ne..
HEARTBEAT

Birthday Giveaway by SAYS.my!!

Azlan Strider said...

aku da try pakai justify mmg nmpak kemas skit blog aku..anyway aku tagged qoutes ko dalam entry aku part 1..hehehe

Regards,
-Strider-

Woofer Storm said...

bab pic tu baru tau bro.thank ye, info berguna buat suma orang..

wany dianwanie said...

thanx..br taw...

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??
rxz 5 speed 6 speed catalyzer

banyak yang aku belajar hari ini lerr.... banyak tip yang membantu.... thanks aku akan praktik kan

decrewz said...

Nice tips bro... Keep it up... :)

Farhana Jafri said...

THANKS DAUS!! hehehe trtekan caps lock plak.. trharu sgt dpat tips ni.. muehehehe..

jemput singgah ANASAURUS :)

IntanBerlian said...

superb tips =D

Hisyamz said...

bertambah ilmu masuk blog ko ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim