Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Thursday 27 October 2011

Masih Relevankah Lagi Public Phone?

Kali terakhir saya guna public phone ialah semasa study di Politeknik setahun yang lalu. Masa tu bateri handphone dah betul-betul empty, pada masa yang sama sy perlu menghubungi seseorang untuk tujuan kecemasan. Anda pula, bila kali terakhir anda menggunakan public phone?

Rindunya nak call guna public phone ni.. hehe!
Kalau 15 tahun yang lepas, public phone kerap kali digunakan sampai beratur panjang untuk menunggu giliran untuk membuat panggilan. Tetapi kini, rata-rata semua orang sudah mempunyai handphone sendiri, sampaikan jika di dalam rumah tu ada 5 orang, mesti ada 5 buah handphone di dalamnya (malah ada yang lebih dari 5 buah handphone). Jadi, masih relevankah lagi public phone pada zaman ini?

Jika anda perhatikan, sesetengah kawasan perumahan sudah tiada lagi di sediakan public phone. Public phone disediakan hanya di kawasan tumpuan ramai atau tempat public. Dan, jika anda perasan, kebanyakkan yang menggunakan public phone ialah pendatang asing! hehe

Apakah yang bakal berlaku 30 tahun akan datang pada public phone? mungkin public phone kita hanya boleh jumpa di kawasan perniagaan dan kawasan tumpuan ramai sahaja, atau mungkin tiada langsung??

Friday 21 October 2011

Tutorial Cara-Cara Lakukan Pembayaran Di CIMBClicks

Kini, seiring dengan kemajuan teknologi yang semakin pesat, kehidupan kita semakin lama semakin mudah.. Sehinggakan jika anda sering kali melakukan transaksi pembayaran, anda tidak perlu beratur panjang yang benar2 memenatkan dan membuang masa dan tenaga, semata-mata untuk melakukan transaksi pembayaran. Anda boleh lakukannya hanya di hujung jari sambil rilek2 di mana sahaja anda berada. 

Maka kepada sesiapa yang mempunyai akaun Maybank, anda wajib mendaftar pengguna di Maybank2u dan kepada pengguna CIMB, CimbClicks adalah untuk anda. Untuk melakukannya, anda boleh meminta bantuan daripada petugas bank untuk daftarkan untuk anda secara PERCUMA.

Jika anda sudah pun mempunyai Maybank2u (www.maybank2u.com.my) atau CimbClicks (www.cimbclicks.com.my), saya akan menerangkan anda tentang cara sebenar bagaimana anda dapat lakukan transfer atau transaksi pembayaran, seterusnya anda dapat menunjukkan bukti pembayaran (jika diminta oleh penerima bayaran) iaitu resit transaksi. Ikuti tutorial di bawah :

Setelah berjaya log in, sila klik "Transfer" pada navigator bar
Selepas itu, sila klik "Transfer Fund" untuk melakukan transaksi pembayaran
Untuk memindahkan wang ke akaun CIMB yang lain, sila klik "To Other CIMB Accounts" > " Transfer"
Manakala untuk memindahkan wang ke dalam akaun bank yang lain (Contohnya Bank Islam) sila klik "To Other Banks" > "Interbank GIRO"
Kemudian, anda wajib untuk memasukkan no akaun si penerima dan jumlah transaksi. Email dan No Phone adalah sebagai 'notification' kepada si penerima sahaja, anda boleh memilih untuk memasukkan atau tidak. Tetapi saya menggalakkan anda memasukkan emel si penerima. Jika anda memasukkan no phone, charge tambahan sebanyak RM0.20 akan dikenakan. Selepas selesai isi butiran, sila klik "Submit"
Sila double check. Jika semua maklumat adalah betul, sila klik "Confirm"
Tahniah! anda berjaya melakukan transaksi! Kini, sila print resit anda sebagai bukti untuk ditunjukkan kepada si penerima bahawa anda sudah melakukan pembayaran seperti yang diminta.
Jika anda menggunakan Google Chrome, paparan seperti di atas akan keluar apabila anda menekan butang print. Sila tick "Landcape" dan "Color" dan akhir sekali klik Butang "Print"
Sila "Save As" resit anda di tempat yang selamat. Anda boleh gunakan resit ini untuk attach di emel.
Jadi, tak perlu lagi anda "copy n paste" atau "Snipping" butir2 pada resit untuk membuktikan kepada si penerima bahawa anda telah melakukan pembayaran kepadanya, cara tersebut sama sekali tidak kelihatan profesional dan "kebudak-budakan". Anda boleh attach resit tanpa ada sebarang maklumat sulit (seperti baki akaun anda) di dalamnya. 

Sekian sahaja, sila ajukan sebarang pertanyaan anda di ruangan komen. Kepada kawan2 yang hensem2 dan cantik2 sekalian (ayat bodek.. hehe!), saya minta tolong anda semua klik "Like" Facebook Fanpage saya ya? Terima kasih

Kenapa Allah SWT Cipta Neraka?

Ini adalah sebuah kisah benar. Kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam. 

Gambar Hiasan
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la… setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga, kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: “Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: “Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.

“Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”
Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: “Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu’alaikum.”

Sumber: http://feryco.com/kenapa-diciptakan-neraka

Thursday 20 October 2011

Couple di Kaunseling Di Depan Keranda. Sudah Insafkah Mereka?

Apabila TV3 menyiarkan beberapa pasangan couple yang dicekup berhampiran Damansara dan di sekitar hotel bajet beberapa hari yang lalu, dengan mereka yang terlibat dibawa untuk diberi nasihat dengan menaiki van jenazah dan diberi kaunseling di depan keranda, adakah anda yang melihat mereka yang terlibat itu benar2 insaf sehingga menangis teresak2? Persoalannya, adakah mereka menangis kerana takut akan dosa yang mereka lakukan atau takut kerana dicekup dan malu apabila dirakam oleh TV3?

Saya kurang bersetuju dengan tindakan TV3 yang menyiarkan berita tersebut kerana beranggapan mereka telah memalukan atau mengaibkan pasangan couple yang terlibat, seterusnya akan menyebabkan mereka menjadi trauma akibat malu yang terlampau sangat (walaupun muka mereka di'sensor'). Hal ini seterusnya akan menyebabkan mereka mungkin memberontak. Tindakan Jabatan Agama Islam mencegah aktiviti maksiat adalah tindakan yang sangat wajar. 

Apa pendapat anda? Adakah wajar TV3 menyiarkan keaiban orang lain (dengan niat suci murni menghalang maksiat). 

Sunday 16 October 2011

Tutorial Cara Buang "Posted by" Dalam Entri

Berikut merupakan cara-cara bagaimana anda mahu membuang "Posted By" di dalam entri blog anda. Jika anda merasakan perkataan "Posted by" tidak perlu berada di atas entri blog kerana menganggap perkataan tersebut menyemakkan blog, maka sila ikuti tutorial di bawah :

Langkah 1 : Di Dashboard blog, sila klik "Edit HTML"

Langkah 2 : Tick pada "Expand Widget Template"

Langkah 3 : Tekan Ctrl+F dan pada kotak tersebut, sila taip kod <data:post.author/>

Langkah 4 : Sila buang kod tersebut dan preview

Langkah 5 : Save jika anda berjaya melakukannya :)

Wednesday 12 October 2011

Bolehkah Solat Tahiyyatul Masjid DI Surau?

Untuk pengetahuan anda semua, apabila kita sedang dalam perjalanan dan tiba-tiba rasa nak buang air kecil atau besar dan kita melepaskan hajat kita tu di surau atau masjid (memandangkan tiada public toilet atau R&R berhampiran), maka kita perlu menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid sebagai menghormati hak masjid. Tetapi, adaakah boleh melakukan solat sunat tahiyyatul masjid apabila kita berada di surau?

  • Dalam sebuah hadis riwayat Muslim menjelaskan seseorang yang memasuki masjid hendaklah menunaikan dua rakaat sunat Tahiyyatul Masjid walaupun imam sedang menyampaikan khutbah jumaat. Perkara ini telah menjadi sunnah kepada ummah Islam seluruhnya. Persoalannya adakah boleh bagi seseorang itu menunaikan solat tahiyyatul Masjid di surau? 
  •  Berdasarkan penjelasan hadis di atas tidak harus menunaikan solat tahiyyatul Masjid di surau, kerana syarat masjid yang diharuskan seseorang menunaikan solat tahiyyatul masjid ialah masjid yang boleh ditunaikan di dalamnya solat jumaat atau dengan lain perkataan masjid jamik.
  • Surau tidak ditunaikan di dalamnya solat jumaat kecuali surau yang diisytiharkan oleh pihak kerajaan sebagai masjid dan masyarakat awam boleh menunaikan solat jumaat di situ. Di kala itu barulah boleh ditunaikan solat tahiyyatul Masjid.

Monday 10 October 2011

Keputusan Suku Akhir Piala Malaysia 10/10/2011

KEPUTUSAN PERLAWANAN SUKU AKHIR PERTAMA PIALA MALAYSIA - 10/10/2011 (ISNIN)

  • Terengganu 3 - 1 Kelantan
  • Selangor 3 - 1 Perak
  • Felda United 1 - 0 Negeri Sembilan
  • Sabah 1 - 2 T-Team

* Perlawanan Suku Akhir Kedua pada 14/10/2011 (Jumaat)

Dijangkakan, pasukan Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan T-Team akan layak ke separuh akhir Piala Malaysia 2011.. haha!

Tak Salah Share Kisah Kebaikan Di Facebook

Sekarang ni banyak info-info dan cerita -cerita yang berunsurkan teladan, kebaikan dan tentang kebesaran agama Islam disebarkan di Facebook. Tetapi saya hairan, terdapat daripada kita yang cuba menghalang orang lain utk share kisah atau info tersebut. Alasannya, kita kena kaji betul-betul dan siasat tentang perkara tersebut sebelum menyebarkannya. 

Ya, memang betul, Nabi SAW sendiri menyuruh supaya kita siasat terlebih dahulu sebarang berita yang datang kepada kita supaya tidak terjadi sesuatu fitnah. Pasti ada antara kita beranggap bahawa sebarang kisah atau info yang menjurus kepada kebaikan atau nasihat- menasihati itu, jika dikongsi akan mendapat pahala dan kebaikan itu akan datang kepada kita sendiri. Ya, ini pun adalah andaian yang sangat tepat.

Jadi, jika kita benar-benar faham dan mengesahkan bahawa sesuatu fakta itu benar, maka kita boleh share dengan yakin dengan niat semata-mata kerana Allah SWT, maka insyaAllah kebaikan akan datang kepada kita. Tetapi sebaliknya jika kita membaca fakta itu, tetapi tidak yakin akan kebenarannya, maka kita tidak digalakkan untuk menyebarkannya kerana dalam Islam, perkara yang syubhah adalah haram. Eloklah kita baca sahaja untuk diri kita sendiri.

Kesimpulannya, kita termasuklah saya sendiri yang menulis ini perlulah lengkap mempersiapkan diri dengan ilmu agama kerana amal tanpa ilmu seumpama pokok yang tidak menghasilkan buah2an..

Sunday 9 October 2011

Masih Lagi Slow Walau Dah Bayar Broadband

Jika anda perasan, walaupun anda dah bayar bil broadband Maxis, tetapi line internet masih lagi lambat dan tak stabil..

Sebenarnya, menurut Maxis, quota broadband anda itu akan recover atau pulih pada setiap 17 hb..

Adoyai, lambat lagi daa.. takde selera pula nak online.. haha..

Tuesday 4 October 2011

Jus Maqui Adalah Antioksidan Tertinggi Di Dunia

APAKAH PUNCA PENYAKIT MODEN?
"Saintis kini percaya radikal bebas adalah faktor utama kepada terjadinya hampir kesemua jenis penyakit ,dari penyakit hati, artiris hingga ke kanser dan katarak.Radikal bebas juga adalah punca utama penuaan." -Author The Antioxidant Miracle-
Dr. Lester Packer, is the world’s foremost antioxidant research scientist
APA ITU RADIKAL BEBAS?
Radikal bebas adalah molekul yang tak seimbang berpunca dari perkara dibawah ini dan ia merosakkan sel dalam badan manusia ,antara punca terjadinya ridikal bebas adalah:


AKIBAT TIDAK MENGAWAL RADIKAL BEBAS


MEMPERKENALKAN PENTAGONIAN MAQUI JUICE

TAHUKAH ANDA JUS MAQUI MENGANDUNGI ANTIOKSIDAN TERTINGGI DIDUNIA?

  • Maqui Berry telah digunakan berkurun-kurun oleh suku Mapuche India dari Amerika Selatan. Buah ini tumbuh secara eksklusif di Patagonia Wilayah Selatan Chile dan Argentina. Maqui Berry merupakan simbol kekuatan, kesihatan dan kecergasan, ia juga dipercayai oleh orang asli bahawa ia mempunyai kuasa penyembuh yang menakjubkan. bHIP Global dengan bangganya membawa formula mustahil ini ke seluruh dunia bagi kali pertama. Selain daripada rasa sedapnya, anda juga akan menerima kombinasi nutrisi yang paling kuat, yang tidak pernah dijumpa di mana-mana di seluruh dunia.
  • Doktor dan saintis telah megambil keputusan untuk menggabungkan Premium Costa Rica Lidah Buaya Vera, Mineral Ionik Laut dan Resveratrol dengan Maqui Berry untuk mencipta produk unik yang dipercayai akan menawarkan faedah-faedah yang mendalam untuk berjuta-juta orang. Bahan-bahan ini telah diuji secara saintifik dan telah menunjukkan keputusan yang menakjubkan. Dengan menggabungkan bahan-bahan ini, bHIP Global telah mencipta produk yang amat istimewa dalam kategori ini. Ia adalah supplemen yang menakjubkan. Hayatilah badan yang sihat.
  • Antioksidan adalah bahan-bahan yang meneutralkan radikal bebas, sebatian-sebatian yang dihasilkan oleh metabolisme dan pendedahan kepada toksin dan sinaran yang membahayakan. Kerosakan radikal menyebabkan perubahan yang berlaku disebabkan oleh peningkatan usia. Ia juga akan menyebabkan keradangan, kardiovaskular dan merosakkan sistem saraf, fungsi pengimunan, serta perubahan sel-sel kanser.
  • Tahap aktiviti anti-oksida dalam makanan atau supplemen akan diukur oleh mata ORACnya. Semakin tinggi mata ORAC, semakin kuatlah aktiviti anti-oksidanya. Graf berikut menunjukkan kekuatan antioksidan Maqui Berry yang luar biasa berbanding dengan buah-buahan yang lain.
DAPATKAN SET PERCUBAAN DISINI -----> SET PERCUBAAN JUS MAQUI


KANDUNGAN JUS MAQUIBERRY


-Buah Maqui Berry-
  • Beri / Buah yang mengandungi antioksidan yang tertinggi di seluruh dunia.
  • Menurunkan berat badan.
  • Meninggatkan kekuatan dan daya ketahanan.
  • Menyokong kesihatan penuaan.
  • Meneutralkan radikal bebas.
  • Sumber vitamin C, kalsium, besi dan kalium yang bagus.
  • Menambahkan paras tenaga.
  • Aktiviti anti-radang.
  • Melindungi LDL daripada pengoksidaan.
  • Menguatkan tulang dan sendi.
  • Memutihkan kulit dan melindungi kulit daripada sinaran matahari.
-Resveratrol-
  • Mengandungi Resveratrol sebanyak 7 botol wain merah dalam satu sajian
  • Meningkatkan kesihatan dan melanjutkan hayat hidup.
  • Melindungi sistem kardiovaskular.
  • Merangsang aktiviti penyahtoksikan dalam badan.
  • Aktiviti anti-inflamasi.
  • Melindungi anda daripada kanser dan kekacauan neurodegenerative seperti Alzheimers dan Parkinsons.
-Lidah buaya vera-

  • Mengandungi vitamin, mineral, asid amino dan unsur surih yang lain, membolehkan badan supaya berupaya menyembuhkan sendiri.
  • Meningkatkan kenalaran usus.
  • Memperkenalkan kulit yang sihat.
  • Membantu dalam pengawalan berat badan.
  • Mengurangkan keradangan dan kesakitan yang disebabkan oleh artritis, sendi-sendi dan otot-otot.
  • Mengawal keasidan perut.
  • Membantu pesakit kencing manis peringkat kedua.
  • Vitamin B yang tinggi untuk peredaran darah, kardiovaskular, pencernaan dan kesihatan sistem imun
Mineral Ionik Laut
  • Diperlukan untuk penghasilan saraf dan pengecutan otot.
  • Diperlukan untuk memasukkan nutrisi dan mengeluarkan bahan-bahan buangan dari sel.
  • Diperlukan untuk menyerap nutrisi dari saluran penghadaman.
  • Membantu untuk mengambil nutrisi yang khusus untuk mendapat faedah yang sepenuhnya.
  • Diperlukan untuk penyenggaraan imbangan asid-bes dalam badan.
  • Penting untuk memastikan hati dan buah pinggan berfungsi dengan baik, dan menyahtoksikan badan kami.
Campuran Buah yang menakjubkan – Campuran eksklusif buah kami yang 
menakjubkan ini mengandungi: strawberi, kranberi, beri biru, bilberries, raspberi dan elderberi. Campuran beri ini merupakan satu sumber antioksidan yang amat penting dan menambahkan rasa sedap kepada formula yang menakjubkan ini.

LIHAT CARTA DARI ORAC-H (Oxygen Radical Absorbance Capacity)

KHASIAT JUS MAQUI
  • Beri / Buah yang mengandungi antioksidan yang tertinggi di seluruh dunia.
  • Menurunkan berat badan.
  • Meninggatkan kekuatan dan daya ketahanan.
  • Menyokong kesihatan penuaan.
  • Meneutralkan radikal bebas.
  • Sumber vitamin C, kalsium, besi dan kalium yang bagus.
  • Menambahkan paras tenaga.
  • Aktiviti anti-radang.
  • Melindungi LDL daripada pengoksidaan.
  • Menguatkan tulang dan sendi.
  • Memutihkan kulit dan melindungi kulit daripada sinaran matahari.
  • Mengurangkan tahap kolesterol buruk (LDL)
  • Menyokong kesihatan saluran darah jantung
JUS MAQUI DAPAT MEMBANTU MERAWAT, MELINDUNGI, DAN MENYEMBUHKAN PENYAKIT BERIKUT : 












Tips Sebelum Membeli Handphone

Assalamualaikum.. sekarang ni pelbagai gadget dan handphone yang canggih2 belaka boleh didapati di pasaran dunia sehingga brand Nokia dan Sony Ericson sudah ketinggalan jauh dengan jenama seperti Blackberry, IPhone, HTC dan Android hebat bersaing sesama mereka. Terkini, Celcom bakal melancarkan Samsung Galaxy 10.1 dimana gadget tersebut lebih baik dari siri sebelumnya. Saya pasti, anda juga tidak mahu ketinggalan mendapatkan gadget terbaru seperti itu. Tetapi persoalannya, mampukah anda membeli handphone yang mahal2? Mari baca beberapa tips sebelum membeli handphone idaman anda.


Pertama sekali yang perlu anda lakukan sebelum membeli handphone ialah, periksa dan kenalpasti dahulu apakah keperluan anda untuk memiliki handphone tersebut. Adakah anda amat mementingkan kamera dan video atau mungkin games? Jangan beli handphone sekadar hanya mahu mengikuti rakan2.

Kemudian, kenali handphone yang diingini. Anda boleh survey sedikit tentang handphone yang anda ingin beli seperti jenis brand, fungsi multimedia dan sebagainya supaya anda tidak bingung apabila ditawarkan handphone lain di kedai. Anda boleh survey di Internet

Kemudian, survey harga pasaran. Setelah mengetahui handphone yang ingin dibeli, survey harganya. Jangan terlalu menginginkan harga yang semata-mata murah, tetapi pilihlah harga yang berpatutan dengan semasa dan keadaan handphone itu. Yang penting, sesuailah dengan bajet anda ok?

Teliti fizikal handphone. Bila disebut terpakai, pasti ada sedikit cacatnya. Namun, teliti dahulu dari segi fizikal handphone, keypad, navigasi, skrin, bateri dan yang paling penting nombor IMEI pada telefon adalah tepat. 

  • Untuk mengetahui nombor IMEI, sila taip *#06# pada kekunci handphone anda untuk melihat Serial Number.
  • Sila semak nombor apakah yang berada pada Serial Number yg bilangan ke tujuh dan lapan (XXXXXX??XXXXXX. . …)
  • Berdasarkan perincian di bawah, sila semak dengan nombor yang ke tujuh dan ke lapan pada Serial Number handphone anda tadi.


Perincian 1
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 02 atau 20, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Emirates & kualiti sgt teruk.

Perincian 2
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 08 atau 80, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Germany & kualiti biasa.

Perincian 3
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 01 atau 10, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Finland & kualiti agak baik.

Perincian 4
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 00, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di negara pengeluar handphone tersebut & kualiti sangat baik.

Perincian 5
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 13, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Azerbaijan & kualiti paling teruk.


Akhir sekali, uji handphone. Minta kepada penjual supaya membenarkan anda menguji handphone itu. Try aplikasi seperti sound system, kamera, typing system dan sebagainya. Lihat perjanjian jual beli dan after sales. Tanyakan pada penjual, tentang jaminan dan tempohnya kerana jika berlaku masalah, anda tidak perlu  risau.

Sunday 2 October 2011

Tutorial Bagaimana Bekerjasama Meningkatkan Pengunjung Blog

Kerjasama amat penting supaya sesuatu perkara yang kita buat dapat dilakukan dengan berjaya. Percayalah, blog kita tidak akan jadi popular selagi tidak ada orang yang tolong mempromosikan blog kita. Tutorial kali ini saya akan menunjukkan kepada bagaimana kerjasama dapat dilakukan antara blogger untuk meningkatkan pengunjung blog melalui pertukaran link feed blog.

Feed blog bermaksud setiap entri baru yang kita lakukan akan dapat dilihat pada blog rakan anda yang bertukar link feed blog. Jika blog rakan anda mempunyai jumlah pengunjung banyak dan entri yang anda lakukan sangat menarik, maka pengunjung blog rakan anda tersebut mungkin akan melawat blog anda dan ini akan dapat meningkatkan pengunjung blog anda. Kerjasama yang anda dapat lihat pada blog ini, saya telah bekerjasama dengan laman web jawatan kosong kerajaan. Sila ikuti tutorial dibawah bagaimana anda dapat melakukan kerjasama antara rakan blogger.



Sebelum anda lakukan tutorial ini, perkara pertama yang anda harus lakukan ialah mengenalpasti siapakah rakan blogger yang dapat bekerjasa dengan anda. Untuk tidak merugikan sesiapa, anda dan rakan haruslah mempunyai jumlah pengunjung yang setanding dan link blog antara anda dan rakan blogger haruslah diletakkan sama2. Seperti gambar di atas, pada dashboard blog anda, sila klik Add a Gadget dan cari gadget Feed. Sila klik simbol tambah pada Feed.


Kemudian, sila masukkan url rakan kerjasama blogger anda dan tekan Continue


Akhir sekali, sila adjust setting pada ruangan feed berkenaan. Sila ubah title mengikut kehendak anda. Contohnya "Terbaik Dari Safira Printing". Sila tick pada Item dates jika anda mahu link rakan blogger anda disertakan tarikh update. Item sourses/authors bermaksud nama pemilik blog rakan anda akan turut dipaparkan. Sila tick pada Open links in new window jika anda mahu blog rakan blogger anda itu akan keluar pada new tab browser jika pengunjung blog anda klik pada link tersebut. Klik save setelah semuanya selesai.

Jika anda sebarang soalan, boleh ajukan di ruangan komen. Oh ya! saya baru siapkan satu lagi blogshop berkenaan bisnes yang sy jalankan. Kalau nak melihatnya, sila klik sini. Terima kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim