Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal
Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut
Safira Printing
Tuesday 31 May 2011
Nuffnang Semakin Pelik
Pertama sekali sy ingin meminta maaf sebab dah lama tak update blog. Eh! bukan tak update blog, sebab semua komen saya balas, cuma dah lama tak buat entri baru.
Ok berbalik kepada tajuk di atas, sekarang nie, Nuffnang memang semakin pelik. Entri yang tak di update selama beberapa minggu pun dia nak bagi BE kt blog nie. Cuba lihat screen shot di sebelah. Blog nie baru dapat BE berkenaan DIGI I PHONE 4LR.
Rahsia nak dapat BE nie senang je.. semua dah di jelaskan dalam entri sebelum nie.. pandai2 la cari ye.. Cuma sy nak share bagaimana mendapat BE walaupun entri tak di update begitu lama !
Sebagaimana yang kita ketahui, untuk mendapat BE, jumlah UV mesti mencapai 200 ke atas dan blog ini walaupun tak di update, tetap mendapat UV 200 ke atas (mungkin entri pasal GA mendapat sambutan kot?)
Cara untuk mendapat visitor blog yang byk ialah dengan membuat entri yang sentiasa di cari orang walaupun entri itu dah lama dah buat. Contohnya ialah entri pasal tips dan tutorial. Perbanyakkan lah entri pasal itu.
Yang kedua ialah dengan pandai bermain SEO. Caranya dah pun diterangkan dalam entri yang lepas. Pastikan entri tutorial dan tips anda itu mendapat page rank yang bagus dalam enjin pencarian.
Ok itu sahaja tips yang mampu sy share. Untuk pengetahuan korang, giveaway dan contest blog ini masih berlangsung. So, join sekarang ya :)
Monday 30 May 2011
Gempak! Giveaway Daripada Firdaus Kasim
Memandangkan contest pertama Firdaus Kasim tidak mendapat sambutan, jadi sy bercadang nak buat giveaway. Huhu.. kesian sy.. takde siapa nak join contest..
Hadiah giveaway ini tetap sama iaitu LCD Screen Cleaning Kit cuma kali ini satu unit sahaja diberikan.
Pemenang Giveaway ini dikira berdasarkan format random.org
Anda masih lagi boleh menyertai contest membuat karangan kerana 5 unit hadiah itu tetap akan diberikan.
Berita baiknya, anda boleh masuk Giveaway dan Contest sekaligus. Jika hanya 2 orang yang menyertai contest, maka mereka secara automatik telah menang 2 unit hadiah dan selebihnya akan diberi kepada pemenang GA.
Syarat-syarat penyertaan contest membuat karangan masih lagi sama.
Manakala syarat-syarat Giveaway pula ialah seperti berikut :
1. Follow blog ini
2. Buat entri ringkas bertajuk "Gempak! Giveaway daripada Firdaus Kasim" dan tulis entri berkenaan latar belakang pendidikan anda dan sejak bila buat blog.
3. Gambar adalah bebas. Nak letak gambar apa-apa pun boleh dalam entri, janji tidak menyalahi undang-undang negara.
4. Akhir sekali letak link blog ini di akhir entri anda dan submit URL entri blog anda ke dalam ruangan komen blog ini.
Jika anda bercadang nak masuk contest dan GA sekaligus, maka anda haruslah buat 2 entri yang berasingan.
Tarikh tutup sama dengan tarikh tutup contest iaitu 3/6/2011
So, kita enjoyy!!
Sunday 29 May 2011
Pertandingan Menulis Karangan SPM
Letak gambar ini di entri anda.
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga menganjurkan contest pertama setelah sejak pertama kali buat blog. hehe..
Teringat dulu masa darjah 6, masa tu tengah jawab exam UPSR, paper Penulisan atau Karangan. Jam tangan biasanya sy tanggalkan dan letak kt meja bila jawab exam. Bila hantar kertas kt cikgu, tengok2 dah lesap jam tu! Argghh!! ada orang curi!
Tapi mungkin berkat jam kena curi tu, Bahasa Melayu saya sentiasa dapat A bila jawab exam, dari UPSR sampailah ke SPM.. huhu..
Sebab itulah contest ini di buat bagi mengubati kerinduan menulis karangan SPM masa sekolah dulu.. chewahh.. Selain tu, contest ni penting bagi melatih blogger2 sekalian menulis entri berbentuk fakta atau isu semasa menggunakan ayat sendiri.. takde lah asyik nak copy and paste je kan?
Hadiah kepada bakal pemenang ialah seunit LCD Screen Cleaning yang diberikan kepada 5 orang pemenang. Dan pemenang dipilih berdasarkan penulisan karangan yang baik. Untuk mengetahui penerangan tentang produk ini, sila klik sini
Siapa yang berminat nak sponsor hadiah, boleh deal dengan saya nanti.
Syarat-syarat penyertaan:
1. Follow blog ini.
2. Buat sebuah entri bertajuk : "Pertandingan Menulis Karangan SPM" (Jumlah patah perkataan tidak kurang daripada 360 patah perkataan) saya tak kira pun jumlah perkataan, cukuplah ada pengenalan, 3 isi atau lebih dan penutup :)
3. Letak gambar di atas ini pada entri anda.
4. Hantar url entri anda dalam borang yang telah disediakan dibawah. (Jangan bagi kat komen, nnti ada je orang tiru.. hehe!)
5. Berikan pendapat anda tentang soalan di bawah :
Soalan : Malaysia telah mencatatkan jumlah blogger antara yang terbesar di ASEAN iaitu sebanyak 1.10 juta orang. Fakta ini menunjukkan bahawa blog sudah menjadi satu trend yang semakin digemari rakyat Malaysia daripada semua golongan. Namun begitu, terdapat segelintir masyarakat mengatakan bahawa membuat blog adalah sia-sia serta membazir wang, masa dan tenaga. Apa pendapat anda tentang dakwaan golongan tersebut?
Tips Untuk Menang:
1. Tips untuk menang senang je, buatlah karangan macam korang nak dapat A1 dalam SPM! hehe!
2. Tak perlu panjang-panjang mcm nak tulis novel.. tak larat den nak baca.. simple-simple je.. ada pengenalan, isi pertama, isi kedua, isi ketiga, huraian, contoh dan penutup.
Tarikh tutup : 3/6/2011
Nota : Mulai esok hingga hari Ahad, Firz akan berhenti update blog buat sementara waktu sebab menghadiri majlis konvo! Firz akan update senarai peserta selepas habis konvo ya.. InsyaAllah.
Sunday 22 May 2011
Senarai Nama Peserta Pertandingan Menulis Karangan
Alhamdulillah.. tamat sudah majlis konvokesyen Politeknik Ungku Omar kali ke-40.. gambar nanti akan di upload kemudian..
Sekarang di umumkan senarai nama peserta dalam pertandingan menulis karangan yang telah menghantar penyertaan mereka di dalam borang yang telah disediakan..
Kepada sesiapa yang tidak ada dalam list, sila bagitahu ya.. dan sesiapa yang tak join lagi, masa untuk anda menyertai contest ini masih lagi panjang..
Nama peserta tersebut ialah ;
1. Noor Hafizah Hamid (18tahun)
2. Ainatul Adni Farisha Adnan (16tahun)
Monday 16 May 2011
Terkini : Datuk Seri Anwar Ibrahim Sedang Menghadapi Perbicaraan Akhir di Mahkamah Kuala Lumpur
Pada jam pukul 7:30 pagi lagi, sudah ramai penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpul di perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta.
Firz pergi mahkamah tu untuk mendapatkan akaun sumpah sebab sebelum lapor diri di  Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) sebagai pembantu tadbir sumber manusia, majikan baru Firz tu memerlukan akaun sumpah itu sebagai syarat lapor diri.
Tepat jam 8:15 pagi tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah sampai ke Mahkamah tersebut dan para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim serta-merta bersorak sambil melaungkan "Reformasi"! "Reformasi"! "Reformasi"!
Turut kelihatan di situ ialah Datuk Karpal Singh. Kemudian Datuk Seri Anwar Ibrahim di temubual oleh wartawan.
Kalau nak tahu lebih lanjut, saksikan berita di TV nanti. Sekian sahaja laporan saya. Terima kasih :)
Sunday 15 May 2011
Isu Berkaitan Anjing Daripada Segi Saintifik
Merujuk kepada persoalan najis mughallazah, Islam telah menetapkan kita larangan-larangan tertentu terhadap anjing dan babi serta keturunan dari dari mana-mana keduanya. Maka sebagai seorang muslim wajiblah kita mematuhinya.
Kalau dilihat dari segi saintifiknya, memang banyak hikmah kenapa Islam melarang umatnya mendekati babi(termasuk dagingnya, tabiat hidupnya, kandungan bakteria yang memudaratkan sistem badan manusia dan lain-lain).
Tetapi bagaimana pula hubungannya dengan anjing. Apakah pendekatan saintifik bagi anjing pula. Dalam konteks pembelaannya, isi kandungan dagingnya, tabiat dan habitatnya?
Sepertimana yang kita ketahui anjing adalah binatang peliharaan yang jinak dan berguna kepada manusia. Untuk itu kenapa ia diharamkan? Dari segi pendekatan saitifik, kajian membuktikan air liur anjing mengandungi bakteria yang membahayakan manusia. Ini kerana anjing tidak berpeluh tetapi pengomoskawal-aturannya adalah melalui lelehan air liur dari mulutnya yang sentiasa ternganga
Kesan gigitan anjing, jika tidak dirawat segera akan memudaratkan manusia. Ini terbukti dari kajian yang diterbitkan di dalam journal sains barat, di mana mereka telah mengkaji tentang bahaya anjing sebagai binatang peliharaan. Rasulullah SAW sendiri menyuruh supaya dibunuh anjing gila kerana penyakit merbahaya yang mungkin merebak dalam masyarakat akibat gigitannya.
Memandangkan kepada bahaya air liur anjing ini, Nabi Muhammad SAW telah menyuruh kita menyamak bekas yang dijilat oleh anjing, sebagaimana yang termaktub dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim, dengan enam kali air bersih dan satu kali air yang bercampur dengan lumpur atau tanah.
Kajian saintifik menunjukkan kuman-kuman yang terdapat di dalam mulut anjing itu dapat dimatikan dengan lumpur yang digunakan untuk menyamak bekas yang dijilat oleh anjing itu. Air liur anjing adalah najis Mughallazah. Anjing tidak boleh dimakan bukan sahaja kerana ia binatang yang najis, malah ia juga binatang yang bertaring dan menangkap binatang dengan cara menerkam. Walau bagaimanapun jika anggota badan kita kering, tersentuh dengan bulu anjing yang juga kering, hukumnya tidak najis. Anjing boleh digunakan untuk berburu dan bahagian yang digigit oleh anjing hendaklah dibuang. Bakinya boleh dimakan.
Saturday 14 May 2011
Tutorial : Cara Pasang Breadcumb
Pada entri ini, saya ada beritahu kepada anda bahawa META TAG dan BREADCUMB sangat penting dalam membuat blog yang mesra SEO. Ramai yang bertanyakan tentang cara buat meta tag dan breadcumb. Tutorial cara pasang meta tag telah pun saya buat di entri ini. Kali ini, saya akan buat tutorial cara pasang breadcumb pula.
Gambar di atas adalah contoh breadcumb
Breadcumb adalah barisan link pautan di atas post atau di bawah post yang memudahkan pengunjung blog  untuk meng-navigasi ke halaman sebelumnya dengan cepat. Breadcumb penting supaya blog anda mudah berada di SERP (Enjin Pencarian). Ikuti langkah demi langkah untuk memasang breadcumb di bawah. Breadcumb ini dari blog indonesia. Terbaik punya!
Langkah 1
Klik Design > Edit HTML > Tick pada Expand Widget Template > Tekan CTRL+F dan satu kotak di atas akan muncul. Sila taip kod ini --> ]]></b:skin>
Langkah 2
Copy kod di bawah dan paste sebelum/di atas ]]></b:skin>
.breadcrumbs{border-bottom:1px dotted #999;margin:2em 0 0.5em;padding:0 0 0.5em;font-size:10px}
Langkah 3
Kali ini cari kod ini pula --> <b:includable id='main' var='top'>
Langkah 4
Copy kod di bawah dan paste sebelum/di atas <b:includable id='main' var='top'>
<b:includable id='breadcrumbs' var='post'>
<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<b:if cond='data:post.labels'>
Go  :
Home >
<b:loop values='data:post.labels' var='label'>
<b:if cond='data:label.isLast == "true"'>
<data:label.name/>
</b:if>
</b:loop>
<b:if cond='data:post.title'>
> <data:post.title/>
</b:if>
</b:if>
</b:if>
</b:includable>
Langkah 5
Akhir sekali, cari kod ini pula --> <b:loop values='data:posts' var='post'>
p/s : mungkin ada 2 atau 3 kod yang sama. Pilih hanya yang PERTAMA sahaja
Langkah 6
Copy kod di bawah dan paste DI BAWAH <b:loop values='data:posts' var='post'>
<b:include data='post' name='breadcrumbs'/>
Save Template
Thursday 12 May 2011
Alhamdulillah, Hujan Dah Turun
Selepas hampir 2 Minggu musim panas yang berterusan dan bertambah teruk dengan jerebu yang melanda KL, akhirnya hujan rahmat mula membasahi bumi Kuala Lumpur.
Apa yang ajaibnya, badan kita seolah-oleh rasa bertenaga selepas hujan turun. Tidak seperti pada musim panas, rasa letih dan lesu je, nak buat apa-apa kerja pun tak de mood!
Maha Suci Allah yang menurunkan hujan, dimana akan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan menghasiklan buah-buahan. Maha Suci Allah yang menghasilkan angin, dimana dapat menyejukkan seluruh alam semesta. Kipas kt rumah kita tu, kalo pasang banyak-banyak pun, tak tentu lagi boleh menyejukkan badan.
Diharapkan, selepas ini, jerebu akan berkurangan.. aminn
Wednesday 11 May 2011
Pentingnya Blogger Aktif Dalam Contest
Jangan klik! contest ini sudah berakhir.. hehe..
Dua bulan yang lepas, Firz ada join contest yang di anjurkan oleh Anjung Streamyx. Boleh tengok entri contest itu di sini. Dalam contest itu, Firz dah memenangi hadiah saguhati yang berupa hadiah wang tunai RM15.00. Em, ok la tu kan? ada juga hasilnya.
Dan hari ini, pihak penganjur contest itu telah menghubungi Firz untuk menyewa banner iklan di dalam blog ini. Banner tersebut adalah seperti yang anda lihat di bawah header blog. Firz tawarkan harga yang sangat murah, RM20 je untuk sebulan. Jumlah pendapatan daripada Anjung Streamyx ni berjumlah RM35.00. Duit Nuffnang Firz pun tak sampai lagi jumlah macam ni.. hehe..
Macamana Firz jumpa iklan nie? tak perasan pun? ok, Firz jumpa contest ini dengan hanya blogwalking ke blog lain. Ya, dengan hanya blogwalking, banyak perkara baru yang bakal anda temui.
Apa yang Firz ingin simpulkan, pentingnya seseorang blogger itu menyertai contest yang di anjurkan oleh syarikat-syarikat yang besar berbanding contest yang di anjurkan oleh blogger lain. Sebab apa penting?
• Pertama, syarat-syarat yang ditetapkan sangat mudah di ikuti. Tidak seperti contest yang di anjurkan blogger lain, di mana syarat yang ditetapkan sangat kompleks dan menyusahkan.
• Hadiah yang sangat lumayan!
• Tidak ramai pesaing. Percayalah, kebanyakan contest yang di anjurkan oleh syarikat besar, kebanyakan blogger tidak ramai yang mengetahuinya. Dan jika ramai yang mengetahuinya, ramai juga tidak akan menyertai sebab 'segan' nak join.
• Pelbagai faedah yang anda dapat selepas menyertai contest. Contohnya dalam kes Firz sendiri yang dapat ikat kontrak selama sebulan untuk menyewa banner.
Jadi, jika anda ingin menyertai sebarang contest, utamakan lah terlebih dahulu contest yang di anjurkan syarikat besar. Pasti berbaloi-baloi ! :)
Tujuan contest ini semata-mata sebagai tool promosi yang sangat berkesan. Blogger baru pun boleh dapat 100 follower dalam masa 2 hari sahaja jika dia buat contest yang ada hadiah lumayan.
Blog ini tidak pernah anjurkan sebarang contest, dan insyaAllah, minggu depan, Firz akan buat contest yang pertama. So, nantikan ya.. :)
Monday 9 May 2011
Jerebu Bakal Melanda Malaysia
Macam biasalah, bila cuaca panas macam nie yang tak pernah hujan selama seminggu, fenomena jerebu pasti bakal melanda seluruh Malaysia. Ingat lagi tak bagaimana suatu ketika dulu, negara kita pernah di landa jerebu yang sangat teruk sampai jarak penglihatan menjadi terhad. Puncanya terdapat banyak titik-titik panas yang boleh menyebabkan kebakaran hutan yang dasyat. Lebih teruk lagi bila asap dari Sumatera, Indonesia hasil dari pembakaran sisa pertanian telah sampai hingga ke Malaysia.
Tengahari tadi saya pergi ke kedai printing atas urusan kerja, saya pergi dengan menaiki motor. Bila berada atas jalanraya kt KL nie, panas dia macam berada kt dalam oven! bahang sangat macam nak terbakar kulit! KL yang merupakan sebuah kepulauan haba, bila malam pun tetap akan panas akibat haba yang terperangkap.
Ramai juga kawan saya yang tidak sihat, selsema, demam, semua ada. Sebab tue cuaca panas mcm ni, kita kena jaga kesihatan. Banyakkan minum air suam, kurangkan masa berada di luar rumah, kurangkan mengambil makanan berminyak dan masuk dalam blog nie, sebab blog ni kan sejuk? hehe!
Jerebu bakal melanda Malaysia? mungkin ya dan mungkin tidak. Apa kata anda?
Sunday 8 May 2011
Hormati Hak Masjid
Masjid al Azim : Selepas penat jalan-jalan kt Melaka,
saya pasti singgah di masjid ini.
Setiap daripada kita mempunyai hak. Hak sebagai pengguna contohnya, sentiasa ingin satu produk/perkhidmatan yang terbaik. Hak sebagai pelajar yang memerlukan tahap pendidikan yang berkualiti. Hak sebagai kanak-kanak yang memerlukan bimbingan dan didikan dari kedua ibu dan bapa. Hak sebagai kucing yang sentiasa ingin di belai dan tidak disakiti (hehe..). Malah, masjid juga mempunyai hak. Oleh itu, kita wajib menghormati hak masjid sebagai tempat yang suci.
Bagaimana mahu menghormati hak masjid? Seperti mana yang kita tahu, sesebuah masjid itu mempunyai tandas dan bilik mandi. Jadi, bilik air tersebut pasti akan di gunakan oleh para musafir atau pengunjung luar untuk melepaskan hajat kerana ia percuma dan secara kebetulan ia lebih dekat dari R&R atau tandas awam. Untuk menghormati hak masjid, mereka perlu menunaikan solat tahyatul masjid iaitu solat sunat dua rakaat. Sabda Rasulullah SAW :
“Sekiranya kamu masjid , maka janganlah duduk sehingga kamu menunaikan solat 2 rakaat” ( merujuk kepada solat Tahyatul masjid )
(HR Imam Bukhari no : 1163 dan Imam Muslim no : 714 )
Kalau kt surau, nak kena solat tahyatul masjid juga ke? Surau atau masjid sama saja fungsinya iaitu sebagai tempat beribadat. Yang membezakannya hanyalah saiz bangunan dan sebagainya.
Saturday 7 May 2011
Selamat Hari Ibu !
Antara boyfriend/girlfriend dengan ibu sendiri, mana yang paling korang sayang?
Mestlah sayang ibu kan?
Bohong!
Kenapa bila bercakap dengan bf/gf, suara buat-buat lembut dan berbudi bahasa? Tetapi dengan ibu, mesti korang pernah tinggikan suara atau tengking mereka?
Kenapa dengan bf/gf, korang teringin sangat nak cium tapi dengan ibu sendiri, nak cium tangan pun susah!
Kenapa sanggup habiskan duit beli hadiah untuk bf/gf, tapi nak bagi hadiah kt ibu, memang susah sangat!
Kenapa nasihat dari bf/gf, korang ikut bulat-bulat? Tetapi dengan ibu sendiri, nak ikut nasihat mereka memang susah! asyik ikut kepala sendiri je
Apa yang saya cakap kat atas tu tak pernah korang buat? bagus, bagus.. korang memang anak yang soleh/solehah.. hehe
Hargailah pengorbanan dan jasa mereka membesarkan anda. Percayalah, bila anda berbuat baik dengan ibu bapa, pasti kelak anak-anak anda pula akan berbuat baik.
Selamat Hari Ibu !
Pengorbanan ibu tiada tandingannya
Friday 6 May 2011
Cara Edit Ayat Footer Blog
Kotak merah kat gambar atas tu lah namanya footer. Korang boleh letak gambar kat footer tu tapi saya sarankan tak payah letak gambar sebab akan menyebabkan blog bertambah berat. Bila blog berat, maka lambatlah loading page dia.. Bila lambat loading page, maka orang mesti klik tanda 'X'. Blog ni pun dah cukup berat, menyampah betul! haha!
Tapi footer kt blog korang boleh di edit dengan guna ayat sendiri. Contohnya 'Hak Cipta Terpelihara'. Design by Firdaus Kasim. Kalau nak buat, ikuti tutorial di bawah :
Langkah 1
Design > Edit HTML > CTRL+F dan cari kod di bawah :
Kalau tak jumpa, cari kod ini
Setiap template mempunyai kod yang berbeza. Jadi, sila cari kod yang hampir sama seperti di atas. Kod tersebut biasanya berada di bahagian bawah sekali di edit HTML blog.
Langkah 2
<data:blog.title/> Hak Cipta Terpelihara.
Themesdesigned by Firdaus Kasim
Letakkan kod di atas ini di bawah kod seperti langkah 1. Sebelum itu, edit lah dulu yang warna merah tu
Contoh :
<data:blog.title/> Hak Cipta Terpelihara.
Themes
designed by Firdaus Kasim
Langkah 3
Tekan butang Preview dulu. Kalau dah puas hati, baru boleh tekan Save Template
Thursday 5 May 2011
Tips SEO : Cara Pasang Meta Tag
Entri ini adalah lanjutan daripada entri bertajuk Tips SEO : Jana Traffic Melalui Isu Semasa. Ramai yang bertanyakan apa itu meta tag dan bagaimana mahu memasangnya di blog? Meta tag ini sangat penting dalam SEO dan cara pasang meta tag ini sangat mudah dilakukan.
DEFINISI
Meta tag ialah sebuah tag HTML yang istimewa di mana ia mengandungi maklumat tentang blog itu. Tidak seperti HTML yang biasa, meta tag tidak mempengaruhi appearance blog itu. Sebaliknya meta tag dapat menberitahu kepada enjin pencarian tentang siapa yang buat blog itu, berapa kerap blog itu di update, entri blog itu menceritakan tentang apa dan apa keyword yang berkaitan dengan content blog itu.
KEGUNAAN DAN KEPENTINGAN META TAG
Meta tag ini tidak di pasang secara automatik dalam blog. Oleh itu anda sendiri yang harus  memasangnya untuk menikmati pelbagai manfaat dan kegunaan dari meta tag ini. Meta tag  berfungsi untuk mengambarkan tentang keseluruhan content di dalam blog. Ia sangat penting supaya dapat memudahkan blog anda untuk di-crawl atau di analisis oleh enjin pencarian.
Sebab itu anda haruslah meletakkan keyword yang sangat sesuai dalam meta tag ini supaya blog anda dapat di optimakan pada enjin pencarian. Keyword ialah kata kunci yang banyak dikatakan pada entri blog anda. Pendek cerita, meta tag penting di pasang supaya blog anda akan jadi mesra SEO dan senang untuk spider meng-index blog. Bila blog anda untuk untuk di index oleh enjin pencarian, maka lagi mudah untuk blog anda muncul di enjin pencarian.
CARA PASANG META TAG
Sebelum pasang meta tag, blog anda haruslah dioptimakan terlebih dahulu supaya mesra enjin pencarian. Saya sarankan supaya menggunakan peng-optimaan SEO Genarasi Baru. Berikut adalah langkah-langkahnya :
Langkah 1
Pada dashboard blogger, klik design > Edit HTML > Tick pada 'Expand Widget Template' > tekan CTRL+F > taip dan cari kod di bawah
Kalau tak jumpa, taip kod
Langkah 2
Pada kod tadi, highlight, padam dan gantikan dengan kod dibawah :
<b:if cond='data:blog.pageType == "index"'>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Description'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Abstract'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Keywords'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Copyright'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Author'/>
<meta content='ALL' name='ROBOTS'/>
<meta content='Global' name='Distribution'/>
<meta content='En' name='Language'/>
<b:else/>
<meta expr:content='data:blog.pageName' name='Description'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Abstract'/>
<meta expr:content='data:blog.pageName' name='Keywords'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Copyright'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Author'/>
<meta content='ALL' name='ROBOTS'/>
<meta content='Global' name='Distribution'/>
<meta content='En' name='Language'/>
</b:if>
Langkah 3
Save Template. Siap!
Eh! belum siap lagi! huhu.. kali ini, baru kita akan pasang meta tag.. kesian korang, penat buat tutorial ni.. hehe.. takpe, learning is fun rite?
Ok ikuti step by step macamana nak pasang meta tag kat bawah :
Langkah 1
Salin kod di bawah pada notepad. Edit pada tulisan yang berwarna
<meta name="description" content="MASUKKAN DESCRIPTION BLOG ANDA (tidak lebih dari 150 patah perkataan)" />
<meta name="keywords" content="MASUKKAN KEYWORD BLOG ANDA (tak lebih dari 20 keyword)" />
<meta name="Charset" content="ISO-8859-1" />
<meta name="copyright" content="Copyright © 2011 NAMA ANDA ATAU NAMA BLOG (bukan url blog)" />
<meta name="author" content="NAMA ANDA" />
<meta name="designer" content="NAMA ANDA" />
<meta name="robots" content="index, follow" />
<meta name="googlebot" content="index, follow" />
<meta name="distribution" content="Local" />
<link rel="icon" type="image/x-icon" href="/favicon.ico" />
<link rel="shortcut icon" type="image/x-icon" href="/favicon.ico" />
Langkah 2
Pada dashboard klik design > Edit HTML > tick pada Expand Widget Template dan cari kod di bawah
<b:include data='blog' name='all-head-content'/>
Langkah 3
Copy and paste kod yang dah diedit tadi dibawah kod di atas. Ha?? tak faham! di bawah kod di atas? haha! Lihat contoh!
Langkah 4
Save Template. Siap!
perhatian : anda juga boleh guna meta tag generator. Hanya isikan form dan dapatkan kod dia. Lepas tu tampal kt Edit HTML blog anda. Dapatkan disini.
Tahniah, anda berjaya melakukannya! Kalau tak faham, beritahu di bahagian komen ya :)
Mengoptimum SEO versi generasi baru telah di sumbangkan oleh Kak Sya. Terima kasih kak!. Next entri pasal cara nak pasang breadcumb pula.. Terima kasih kepada yang bertanya.
Wednesday 4 May 2011
Tips SEO : Jana Traffic Melalui Isu Semasa
Jana Traffic Melalui Isu Semasa
Cuba tengok screen shot di atas bagaimana blog denaihati.com berada di ranking pertama dalam enjin pencarian Google. Bagaimana dalam sejuta lebih blog yang menyiarkan entri yang sama, tetapi blog denaihati menerajui ranking pertama? Sudah pasti, traffic dari Malaysia, Brunei, Indonesia malah dari seluruh dunia akan datang ke blog denaihati yang berada di ranking pertama dalam enjin pencarian. Anda juga boleh jana traffic yang banyak melalui isu semasa. Bagaimana caranya?
Pertama sekali, anda perlu mahirkan diri dengan ilmu Search Engine Optimazation (SEO). SEO ialah bagaimana blog anda boleh dioptimakan supaya sentiasa dapat berada di halaman pertama enjin pencarian. Apabila blog anda sudah berjaya di optimakan, maka traffic pasti akan berduyun-duyun datang kerana mereka nampak blog anda berada di halaman pertama enjin pencarian. Inilah rahsia sebenar bagaimana mahu memaksimakan pendapatan melalui klik.
Biasanya, orang ramai tidak akan klik ke halaman ke-3, ke-4 dan seterusnya pada enjin pencarian kerana apa yang mereka mahu, sudah berada di halaman pertama atau kedua. Jadi, sangat beruntung pada blog yang berada di halaman pertama enjin pencarian.
Langkah pertama yang perlu ada dalam blog untuk SEO ialah breadcumb dan meta tag. Namun, saya tak nak cakap pasal benda ini lagi kerana apa yang difokuskan ialah bagaimana anda menjana traffic yang banyak melalui isu semasa. Tetapi, blog anda WAJIB di pasang dengan breadcumb dan meta tag terlebih dahulu.
Untuk berada di halaman pertama enjin pencarian berkaitan isu semasa (Osama Bin Laden contohnya), anda haruslah menjadi orang yang pertama atau terawal publish berkaitan isu semasa tersebut. Google suka pada entri yang paling awal diupdate untuk diletakkan pada halaman pertama enjin pencarian bagi memenuhi keperluan orang ramai.
Selain itu, pada perenggan pertama entri, perlu ada ayat yang sama seperti dalam title entri anda. Lihat sendiri contoh pada entri ini. Hal ini amat penting supaya keyword pada title tidak lari dari content entri. Biasanya, spider akan crawl keyword setakat pada perenggan pertama sahaja!
Rahsia : Tajuk entri perlu ada pada perenggan pertama dalam entri.
Sebenarnya, banyak lagi tips berkaitan SEO, cubalah lihat tips-tips dalam blog denaihati.com kerana blog ini sering kali berada di ranking pertama enjin pencarian.
Tuesday 3 May 2011
Kenapa Osama Bin Laden Mati Sekarang?
Semalam dunia di gemparkan dengan berita kematian pemimpin al-Qaeda iaitu Osama Bin Laden. Dan hari ini, dunia juga dikejutkan bahawa berita kematian Osama Bin Laden adalah palsu dan hanyalah satu konspirasi yang dirancang oleh Yahudi di Amerika Syarikat. Persoalannya, kenapa Osama Bin Laden mati sekarang?
Saya kadang-kadang tertanya, betul ke apa yang berlaku dalam tragedi 11 September adalah satu perbuatan yang benar-benar di lakukan oleh orang Islam? Padahal dalam Islam itu sendiri, kita tidak digalakkan untuk melakukan kezaliman. Alasan Osama Bin Laden (yang mengaku bertanggungjwab tragedi itu) ialah, dunia barat yang mengamalkan kebebasan hiburan telah mempengaruhi dunia Islam itu sendiri. Jadi, Osama berhasrat untuk menghancurkan Barat. Ini bukanlah cara yang di ajar oleh Rasulullah SAW.
Pada zaman Nabi SAW, peperangan yang tercetus hanyalah melibatkan tentera sahaja, Bukan orang awam, kanak-kanak dan wanita. Jadi disini dah terbukti bahawa cara yang diambil oleh Osama Bin Laden melalui rangkaian al-Qaeda adalah salah sama sekali.
Mengikut pemerhatian saya, sebenarnya Tragedi 11 September, Osama Bin Laden dan al-Qaeda adalah dicipta sendiri oleh Yahudi sebagai satu alasan yang kukuh untuk menghapuskan Islam. Lebih sesuai sekali dengan perkataan boneka.
Dengan kecanggihan teknologi yang moden yang dimiliki oleh Amerika Syarikat, Saddam Hussein dapat dibunuh dalam jangka masa yang singkat saja. Jika nak diikutkan, Osama Bin Laden juga dapat dibunuh dalam masa yang singkat seperti pembunuhan Saddam Hussein tadi.
Pihak Amerika mengatakan bahawa mereka dapat menangkap Osama Bin Laden (kononnya) hidup-hidup tetapi dia terbunuh dalam tembak-menembak yang berlaku dan dia terbunuh akibat terkena peluru di kepala. Jelas kelihatan ke-bongkak-an Amerika Syarikat.
Kesimpulannya, kita kena berhati-hati dengan setiap berita oleh Barat terutama sekali melibatkan Islam kerana dunia Barat dari dahulu lagi sudah terkenal dengan pelbagai helah mereka.
Antara al-Qaeda dan Taliban, mana pengganas yang sebenarnya? Jawapannya, al-Qaeda.
Monday 2 May 2011
Persoalan Tentang Blogspot
Dah lama saya bergelumang dengan blogspot, buat entri, design itu, design ini tapi ada beberapa lagi perkara yang saya tak faham tentang blogspot ni, jom tengok gambar kat bawah:
--->Pautan pada catatan ini apa dia ekh??
--->Create a Link tu apa untuk apa ya??
--->Subscribe to : Post Comments (Atom) itu untuk apa??
--->Lepas tu kan, bila nak buat entri baru, kat bawah title itu nak isi dengan link apa ekh?
--->Locations tu berfungsi untuk meletak peta pada entri anda. Sesuailah kalo nak buat entri pasal perkahwinan korang, letak lokasi majlis perkahwinan dengan tambah peta di locations.
Sesiapa tahu tentang soalan-soalan di atas, sila share ya.. Dan kalau korang ada soalan lain tentang blogspot, bagitahu kat sini ya.. kita bincangkan sama-sama :)
UPDATE !!!! INI JAWAPAN YANG ANDA CARI ---> KLIK SINI
Sunday 1 May 2011
Masjid Telah Dicelurmuri Najis Politik!
Tidak disangka, Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul iaitu masjid yang berhampiran dengan rumah saya telah dipilih Datuk Eskey untuk melakukan sumpah laknat. Oh! tidak! masjidku kini telah dicelurmuri najis politik!
Pada masa itu, saya sembahyang jumaat di Wangsa Maju, iaitu dekat dengan tempat kerja. Amat sedih sekali, apabila tergamak orang Islam sendiri yang mempergunakan agama untuk tujuan politik. Tindakan Datuk Eskay melakukan sumpah laknat sebenarnya akan menyebabkan perbalahan dan kekacauan antara orang Islam di dalam masjid tersebut.
Hal ini amat bertentangan dengan tujuan sebenar masjid iaitu untuk memberi ketenangan dan kedamaian hati kepada ahli ibadah. Mujurlah Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak hadir pada masa itu. Amat sedih sekali apabila Agama Islam dan nama Allah SWT itu sendiri di hina sewenang-wenangnya.
Firman Allah SWT maksudnya : "Dan janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertakwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa mengetahui. Allah tidak mengira kamu bersalah tentang sumpah kamu yang tidak dimaksudkan (untuk bersumpah), tetapi Dia mengira kamu bersalah (dan akan mengenakan hukuman) dengan sebab sumpah yang diusahakan (disengajakan) oleh hati kamu (dengan niat bersumpah) dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar. (Surah al-Baqarah ayat 224-225)
Jom Kutuk Kaw Kaw Blog Ini !
Akhirnya, bulan 4 tahun 2011 sudah berlalu meninggalkan kita. Cepatnya masa berlalu, seminggu dirasakan macam 3 hari je! Anyway, selamat hari pekerja kepada semua para pekerja di Malaysia. Isnin ni cuti! yey! huhu
Alhamdulillah, saya dapat juga update blog ini setiap hari walaupun saya ada 2 lagi blog yang perlu diupdate juga.
Jadi disini saya nak minta pandangan dan komen serta nasihat kepada rakan blogger lain tentang blog ini. Apa yang korang suka dan tak suka, bolehlah share di bahagian komen. Saya terima dgn hati terbuka.
Pandangan anda amat saya perlukan untuk menambah baikkan blog ini pada masa akan datang. Saya nak sangat dengar komen tentang perkara yang anda tak suka kt blog ini.
So, inilah satu-satunya peluang anda untuk luahkan ketidakpuas hatian anda terhadap blog ini. Nak maki-maki pun takpe.. hehe
nota : kepada sesiapa yang bagi komen/kritikan/nasihat/pandangan, saya akan letak link blog dia dalam bloglist blog ini selama seminggu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?
! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim