Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Wednesday 21 March 2012

Tutorial Bagaimana Menghargai Orang

Daniel dan Fadhil merupakan kawan karib yang tak seberapa karib :P Fadhil sering menolong Daniel dalam banyak perkara dan dia tidak lokek ilmu mengajar Daniel subjek Matematik Tambahan. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, mereka belajar dalam satu kelas yang sama. Daniel, bagi Fadhil, ada dia, macam tiada (tak banyak manfaat untuk Fadhil). Tetapi Fadhil tidak kisah, selagi dia boleh tolong, dia akan lakukannya.

Situasi 1
Setiap hari Sabtu pada waktu 10 pagi, Daniel akan menyuruh Fadhil datang ke Perpustakaan Awam yang berada bersebelahan rumah Daniel untuk mengajar dia Matematik Tambahan. Fadhil datang dengan sukarela walaupun jarak Perpustakaan Awam tersebut berada 20 minit perjalanan dari rumah Fadhil. Dan Fadhil pun mengajar Daniel.

Situasi 2
Setiap hari Sabtu pada waktu 10 pagi, Daniel akan menyuruh Fadhil datang ke Perpustakaan Awam yang berada bersebelahan rumah Daniel untuk mengajar dia Matematik Tambahan. Fadhil datang dengan sukarela walaupun jarak Perpustakaan Awam tersebut berada 20 minit perjalanan dari rumah Fadhil. Dan Fadhil pun mengajar Daniel. Setiap kali selepas selesai belajar Matematik tambahan dengan Fadhil, Daniel berjanji akan bagi RM10 sebagai upah untuk susah payah Fadhil datang dari jauh untuk mengajar dia Matematik Tambahan.

Situasi 3
Setiap hari Sabtu pada waktu 10 pagi, Daniel akan menyuruh Fadhil datang ke Perpustakaan Awam yang berada bersebelahan rumah Daniel untuk mengajar dia Matematik Tambahan. Fadhil datang dengan sukarela walaupun jarak Perpustakaan Awam tersebut berada 20 minit pejalanan dari rumah Fadhil. Dan Fadhil pun mengajar Daniel. Setiap kali selepas selesai belajar Matematik tambahan dengan Fadhil, Daniel berjanji akan bagi RM10 sebagai upah untuk susah payah Fadhil datang dari jauh untuk mengajar dia Matematik Tambahan, bukan itu sahaja, Daniel pasti akan belanja Fadhil makan tengahari.

Pada pendapat anda, Mana satukah situasi yang pasti membuatkan Fadhil berasa gembira? Jika anda berada di tempat Fadhil, mana satu kah situasi yang anda suka? Pasti situasi 2 dan 3 kan?

Semua orang suka di hargai, jadi, jangan sia-siakan kawan-kawan yang selalu di samping anda, hargailah mereka kerana semua orang suka dihargai. 


Monday 19 March 2012

Perodua VIVA Diperbuat Daripada Tin Biskut??

Tak kisah lah kereta tu di perbuat daripada tin biskut ke, tin air ke atau tin milo ke, kalau bawa kereta dengan kelajuan tinggi, inilah akibatnya, kereta kemik mcm kena lanyak! 

Semasa saya dalam perjalanan ke majlis pernikahan kawan satu office saya di Hulu Selangor tempoh hari, saya tertarik dengan papan tanda yang menyatakan "Dimana ada kelajuan, disitu ada kematian"

Kajian mendapati jika kita membawa motor 60km/j dan jika terlibat dengan kemalangan, maka kita akan mendapat kecederaan. Jika kita membawa 80km/j dan ke atas, risiko maut jika terlibat dengan kemalangan amat tinggi.

Jadi, pesanan saya kepada pemandu yang baru beli kereta dan baru ambil lesen (macam saya), berhati-hatilah di jalan raya..

Sunday 18 March 2012

Modified Kereta Saga FLX

Aku sengaja beli Saga FLX yang basic punya supaya aku dapat make up dan modified kereta mengikut citarasa aku sendiri.. Tadaa.. ini hasilnya.. ok x? haha!

Tutorial Bergambar Cara Buat Fan Page di Facebook

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Jika anda mempunyai perniagaan dan ingin melakukan promosi secara online menerusi laman sosial paling popular di Malaysia iaitu Facebook, maka anda wajib mempunyai Fan Page. Begitu juga dengan para blogger yang ingin menambahkan jumlah pengunjung blog. 


Saya sendiri masih lagi tidak mempunyai Fan Page untuk blog ini kerana bimbang tidak dapat update fan page. Tetapi sekarang, saya telah mendapat solution bagaimana mahu update fan page secara automatik (tutorial ini akan saya buat pada masa akan datang). Sekarang, saya akan menunjukkan beberapa langkah mudah untuk buat Fan Page di Facebook. Tutorial yang bakal saya buat ini adalah untuk Fan Page untuk blog ini.


Scrool down pada profil Facebook, anda akan jumpa link "Create a Page". Sila klik pada link tersebut
Blog saya sesuai untuk komuniti di Malaysia, jadi saya pilih "Cause or community". Jika anda ingin melakukan promosi perniagaan menerusi Facebook, sila pilih "Local business or place" 
Sila masukkan nama Fan Page anda tick pada butang " Agree" dan klik "Get Started"
Masukkan gambar profil anda dan klik butang "Next". Jika anda tidak mempunyai gambar lagi. klik butang "Skip" dan anda boleh masukkan gambar profil pada bila-bila masa nanti
Yang ini sangat penting bagi menarik perhatian orang, masukkan deskripsi fan page anda dan url blog anda dan klik butang "Save Info"
Step terakhir ini yang telah buat saya terkejut kerana Fan Page dah bertukar kepada bentuk timeline!! Pasti akan memeningkan pelawat yang masuk pada fan page ini dan tiada landing tab lagi (ganti dengan cover photo). Manfaat kan ruang admin untuk masukkan post, gambar dan menambah pelawat dengan invite rakan-rakan Facebook anda.
Sekian sahaja tutorial yang sempat saya buat, pada entri akan datang, saya akan dedahkan bagaimana nak update Fan Page secara automatik. Terima kasih

Thursday 1 March 2012

Aplikasi Facebook Timeline Berkuatkuasa 30 Mac 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog Firdaus Kasim. Pertama sekali saya ingin meminta ribuan kemaafan kepada pembaca blog dan para pengiklan khususnya kerana tidak update blog begitu lama kerana komitmen pada bisnes yang saya jalankan begitu tinggi.. Jangan risau, tempoh sewaan anda akan saya lanjutkan.

Ramai kawan saya di Facebook yang terdiri daripada blogger sering bertanya kepada saya bagaimana cara untuk remove timeline pada profil Facebook mereka. Ramai menyatakan bahawa tutorial yang saya buat untuk remove timeline tidak berkesan langsung. Puas saya mencari sumber bagaimana untuk remove timeline tetapi rata-rata semua tutorial tersebut hampir sama dengan tutorial yang saya buat.. Rasanya inilah kesan dari kegiatan copy and paste kot? haha

Jadi, dapat saya simpulkan bahawa tiada cara untuk remove timeline pada Facebook memandangkan admin Facebook akan menguatkuasa Timeline Facebook kepada semua pengguna Facebook di seluruh dunia pada 30 Mac 2012. Jadi, tak perlulah anda bersusah payah mencari tutorial bagaimana nak remove timeline sebab semua pengguna Facebook akan mempunyai Timeline pada profil Facebook mereka. Sumber ini saya peroleh dari Fan Page di Facebook itu sendiri.

InsyaAllah, pada bulan Mac ini, saya akan buat beberapa tutorial yang menarik termasuk bagaimana untuk membuat landing tab seperti pada Fan Page ini. Jadi, sila masukkan emel anda pada ruangan emel subscribe untuk membaca post blog ini menerusi emel anda atau sila follow blog ini. Terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim