Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Wednesday 29 August 2012

Perkara Merosakkan Mata


Malaysia mempunyai pelbagai bangsa. Melayu, Cina, India dan pelbagai lagi. Malangnya bagi kita, bila keluar rumah sahaja, pasti akan melihat aurat wanita sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Lebih-lebih lagi bila lihat amoi seolah-olah hanya memakai seluar dalam sahaja. Perkara inilah yang menyebabkan mata rosak dan melemahkan badan. Terpaksalah berjihad menahan pandangan (amat malang bagi golongan yang tidak mempunyai pegangan iman yang kuat)

Monday 27 August 2012

Jangan Rosakkan Fitrah Kasih Sayang


Salah satu punca kenapa ramai pasangan pengantin muda tidak dapat kekalkan kebahagiaan rumah tangga 10 tahun pertama adalah disebabkan sudah kurangnya kasih sayang antara mereka.

Hal ini kerana mungkin ketika bercinta (couple), sudah hilangnya fitrah kasih sayang disebabkan terlalu banyak ungkapkan kata cinta sebelum pernikahan dilakukan. Bila dah banyak kali dengar 'I Love U', lama-lama pasti bosan bukan?

Jadi, mulai sekarang marilah kita berpegang teguh dengan al-Quran dan Sunnah Nabi SAW kerana hanya berpandukan 2 sumber ini sahaja, ia dapat membimbing kehidupan kita menjadi lebih baik di dunia dan di akhirat. Bukan berpandukan ajaran dari golongan yang sesat dan dimurkai iaitu Kristian dan Yahudi.

Thursday 16 August 2012

Panduan Solat Ketika Musafir

Assalamualaikum. Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, pasti ramai antara kita yang pulang ke kampung untuk berjumpa ibu dan ayah serta saudara mara untuk menjalinkan hubungan silaturahim. Jika anda pulang ke kampung yang jauhnya lebih dari 90 km dari rumah anda, maka anda dikira sebagai bermusafir. Allah SWT telah memudahkan kita untuk melakukan solat fardhu ketika bermusafir. Berikut adalah panduan solat fardhu ketika anda sedang bermusafir :

Cara-cara melakukan sembahyang Jamak dan Qasar :

Makna Jamak ialah dihimpunkan
Makna Qasar ialah dipendekkan

Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:- "Sahaja aku musafir kerana Allah Tallah". Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.

Jamak Takdim dan diQasarkan (di pendekkan)

1.Melakukan sembahyang asar dalam waktu zuhur itu di namakan jamak takdim.
Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang zuhur ialah "Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".
Niat untuk sembahyang asar pula ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".

Jamak Takhir dan diQasarkan (di pendekkan)

2.Melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir.
Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:- "Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar"
Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang zuhur 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang asar ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".
Niat untuk sembahyang zuhur ialah "sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Talla".

Kita boleh juga jamakkan maghrib dengan isyak atau sebaliknya tapi waktu maghrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-

Jamak takdim dan diqasarkan (di pendekkan)
1.Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.
Niat untuk sembahyang magrib ialah "Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Talla".
Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".

Jamak takhir dan diqasarkan (di pendekkan)
2.Melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir.
Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhir "Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam waktu isyak"
Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Talla".
Niat untuk sembahyang magrib ialah "sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Tallah".

Sekian, semoga bermanfaat insyaAllah

Wednesday 8 August 2012

Sampul Duit Raya 2012

Perhatian : Ini adalah sticky post. Sila scrool ke bawah untuk entri terbaru


Tadi belek-belek buku muka (facebook), saya terjumpa beberapa orang yang jual sampul duit raya 2012 dengan design2 yang cun2 dan gempak. Memang nampak kelas raya tahun ni kalau ada angpow yang design mewah macam tu.. hehe.. Antara yang sampul duit raya 2012 tergempak yang saya jumpa adalah sampul duit raya 2012 dari Safira Printing. Mereka menawarkan sampul duit raya versi Blackberry Bold 3, Kamera Digital, versi Facebook, versi iPhone dan dan Samsung Galaxy S3.. Memang cun habis!


Berikut saya letak gambar sampul duit raya tersebut yang di ambil daripada laman web Safira Printing :


Blackberry Bold 3. Siap ada (Blackberry Messanger) BBM lagi. Siapa yang tak mampu beli Blackberry, bolehlah beli sampul duit raya versi Blackberry ini :-P
Orang kita suka bergambar. Itulah hakikatnya! Sampul duit raya versi kamera digital ini wajib anda beli!
Ini paling gempak! Komen2 kt sampul duit raya versi Facebook ni memang kelakar! 
Wah, kt belakang iPhone ni siap ada pantun lagi.. haha
Ini gadget yang terbaru di pasaran Malaysia. Cool..




Berikut adalah harga yang di tawarkan :



-SDR1-
30 Sampul - RM10
50 Sampul - RM16
70 Sampul - RM23
90 Sampul - RM27
130 Sampul - RM39
150 Sampul - RM45
200 Sampul - RM60
250 Sampul - RM73
300 Sampul - RM 87
400 Sampul - RM116
Nota : Anda boleh campur design (SDR1 sahaja)


-SDR2-
30 Sampul - RM12
50 Sampul - RM19
70 Sampul - RM25
90 Sampul - RM33
130 Sampul - RM45
150 Sampul - RM51
200 Sampul - RM68
250 Sampul - RM85
300 Sampul - RM102
400 Sampul - RM136
Note : Anda boleh campur design (SDR2 sahaja) 


Jika anda berminat nak beli, boleh layari www.safiraprintingservices.com atau emel safiraprintingservices@gmail.com atau SMS ke 017-6364629


Harga dia tak lah mahal sangat, rasanya x sepadan dengan gadget yang mewah dan design Facebook yang nampak real tu. Betul x? Jadikan hari raya anda lebih meriah dengan memiliki sampul duit raya ini, tetapi ingat, puasa kena perfect.. baru bermakna bila sambut raya :)


Selamat menyambut bulan Ramadhan yang bakal menjelang :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim