Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Saturday, 29 January 2011

6 Ciri Blog yang Bagus

Blog merupakan medan untuk kita menyampaikan pendapat peribadi kepada target tertentu di samping sebagai medan untuk mempromosikan sesuatu produk. Blog yang bagus ialah blog yang bukan sahaja dapat menjana unik visitor yang banyak setiap hari tetapi yang lebih penting jumlah komen yang diterima apabila entri baru diterbitkan juga banyak. Berikut merupakan ciri-ciri blog yang bagus pada pendapat saya dan tidak diambil dari mana-mana sumber. Sila baca.


  1. Header memainkan peranan yang sangat penting sebagai simbol atau trade mark sesuatu blog. Cuba bina header yang mempunyai gambar yang spesifik seperti apabila pengunjung ingin melawat blog Justkhai, maka mereka akan teringat gambar gitar dan bila orang teringat blog Ben Ashaari, maka mereka juga akan teringat gambar lelaki muscle yang macho. Elakkan hanya membuat header yang ada perkataan sahaja tanpa ada grafik.
  2. Jangan buat entri yang panjangnya berjela-jela macam novel ! Cuba ringkaskan sebaik mungkin. Pengunjung malas nak baca entri yang panjang kecuali pada perkara yang menarik seperti Mata Dajjal terdapat pada Mid Valley contohnya. Penggunaan point atau nombor adalah digalakkan dan banyakkan entri pasal ciri-ciri, langkah-langkah, dan cara-cara kerana ia amat bermanfaat pada pengunjung.
  3. Rata-rata pengunjung tidak suka pada word verification kerana ianya amat menyusahkan dan membuang masa. Jadi, penggunaan word verification pada comment box adalah tidak digalakkan. Kalau nak buang, sila pergi ke setting dan cari di bahagian comment.
  4. Penggunaan pop up window comment box amat mudah dan cepat. Jadi, sila ubah setting cepat-cepat ya! Kalau nak ubah, pergi ke setting dan klik comment.
  5. Penggunaan widget seperti jam, kalender, status ip pengunjung, lagu dan widget yang bukan keperluan blog adalah tidak digalakkan sama sekali. Selain memlambatkan page loading, ia juga sudah menghilangkan tumpuan para pengunjung pada perkara yang lebih penting. Kalau nak letak juga, Myspace adalah tempat yang terbaik!
  6. Akhir sekali, jadikan blog anda friendly user. Tambahkan google translate, search, back to top, read more dan sebagainya. Penggunaan chat box adalah mengikut citarasa anda sendiri kerana rata-rata chat box kini digunakan untuk mempromosikan produk, blog, dll. Dan yang lebih penting sekali, isi blog harus lain dari yang lain. Entri yang lain daripada biasa akan dapat perhatian yang lebih dari pengunjung.
Jika mahu lagi tips untuk membuat blog yang bagus, sila cari di google kerana saya dalam dunia blog ini masih baru sangat. Banyak lagi yang perlu belajar daripada anda semua. Jika mahu tambah tips diatas, sila kongsi tips anda sendiri di bahagian komen di bawah. Terima Kasih kerana membaca.


Friday, 28 January 2011

Qada'kan solat (Bahagian 2)



Assalamualaikum. Entri kali ini, saya ingin bekongsi secara detail bila waktu atau keadaan yang tepat untuk qadakan solat. Jika anda ketinggalan untuk membaca post ini pada bahagian pertama, boleh klik disini.
  • Para ulama sepakat bahawa mengqadha' solat itu wajib bagi orang yang lupa atau tertidur, sebagaimana dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW: "Sebenarnya bukanlah termasuk lalai kerana tertidur. Kelalaian itu ialah di waktu bangun. Maka apabila seseorang lupa solat atau ia tertidur, hendaklah ia melakukannya jika telah ingat atau sedar". Orang yang pengsan, tidak perlu mengqadha' solatnya, kecuali bila dia sedar itu cukup waktu untuk bersuci dan bersolat. 
  • Adapun orang yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka menurut mazhab Jumhur ia berdosa dan wajib mengqadha'. Sebaliknya Ibnu Taimiyah berkata: "Orang yang sengaja meninggalkan solat, tidaklah diperintah oleh syarak mengqadha' dan jika diqadha' juga maka tidak sah, hanya ia harus memperbanyak solat sunat". 
  • Kemudian menurut Abu Hanifah, Malik dan Syafei berpendapat bahawa ia harus mengqadha' bila waktunya habis, bahkan Imam Malik dan Imam Abu Hanifah mengatakan bahawa barangsiapa yang meninggalkan solat atau beberapa solat, ia boleh mengqadha' sebelum solat yang waktunya hadir, ini bila yang sengaja ditinggalkan itu lima kali solat atau kurang, baik waktu hadir itu sudah habis atau belum. Namun kalau lebih dari lima waktu, maka dimulai dengan solat yang hadir waktunya itu. 

Thursday, 27 January 2011

Menyalahgunakan Wang Derma



Pada zaman sekolah menengah dulu, saya bersama rakan-rakan telah mengutip derma daripada penduduk perumahan. Kami bukan kutip derma kerana kami mengalami kesulitan hidup tetapi ia adalah satu kempen yang dianjurkan pihak sekolah untuk membina kemudahan yang lebih selesa di sekolah itu.


Pihak sekolah akan memberikan hadiah kepada sesiapa yang berjaya mengumpul kutipan tertinggi. Jadi dengan buat muka selemba, kami pergi ketuk pintu ke pintu untuk meminta derma.


Malangnya, kutipan masa itu sangat tidak memberangsangkan. Jadi kami gunakan duit itu untuk beli gula-gula dan ice cream. Setelah besar, saya telah menyesal atas perbuatan saya itu. Sekarang saya ingin menyerahkan wang derma itu dengan cara menderma kepada masjid atau surau. Adakah saya telah betul-betul menebus kesalahan saya ini?
  • Jika kita telah bertaubat dari perbuatan masa silam, maka bertaubatlah dengan taubat nasuha, kerana rezeki yang kita makan dengana cara yang haram akan menutup hati daripada kebenaran. Jika kesedaran itu timbul bererti Allah telah memberikan hidayah atau petunjuk-Nya kepada kita. 
  • Mengenai wang derma tersebut ada baiknya diserahkan kepada pihak sekolah, kerana perubahan yang terjadi bukan kepada perkara maksiat. Tugas anda adalah menyampaikan hajat kaum muslimin yang mempercayai anda lima tahun yang lalu. 
  • Ada baiknya dalam memulangkan wang tersebut, tirulah sikap Rasulullah. Kerana Rasulullah SAW ketika memulangkan pinjaman baginda sebanyak satu gantang kurma kepada seorang yahudi, maka baginda menghadiahkan satu gantang lagi kepada orang yahudi tersebut. Sehingga ia menerima dua gantang kurma daripada Rasulullah SAW. Mungkin cara ini dapat membersihkan hati kita dari sesuatu yang meresahkan jiwa. 

Tuesday, 25 January 2011

Bagaimana Solat Ketika Sesat Dalam Hutan



Cuba bayangkan ketika anda pergi camping ke dalam hutan bersama rakan-rakan atau dengan pasukan pengakap, anda ditugaskan untuk mencari kayu api untuk membuat unggun api. Tiba-tiba anda tersesat dan tidak jumpa jalan ke tapak perkhemahan. Lebih-lebih lagi masa itu langit sudah gelap. Anda pasti akan berasa panik dan hilang arah panduan. Kini anda hanya boleh minta pertolongan dari Allah SWT dengan melakukan solat hajat. Tetapi macamana nak solat jika tidak tahu arah kiblat? berikut merupakan panduannya : 


  • Jika kita tersesat di dalam hutan di waktu malam sedangkan kita tidak dapat mengesan arah kiblat ketika itu, maka kita boleh berpandukan bintang-bintang yang ada di langit. Namun jika bintang-bintang pun tidak kelihatan kerana cuaca mendung ataupun berjerebu, ketika dalam keadaan darurat itu maka kita bolehlah menghadap ke arah manapun yang kita anggap betul ketika itu, kerana yang paling penting saat itu adalah kiblat hati iaitu kepada Allah SWT. 
  • Dari Amir bin Rabi'ah, ia berkata: Kami pernah bersama Nabi SAW. pada suatu malam gelap, lalu bingung menentukan arah kiblat, lalu kami solat. Maka tatkala terbit matahari, ternyata kami solat tidak menghadap kiblat. Lalu turun ayat "Maka kemanapun kamu menghadap, disitu ada keredhaan Allah." (Riwayat Tirmizi)







Thursday, 20 January 2011

Terbawa Ayat Suci Ke Tandas



ATM
PDRM
Salam. Firz pasti mesti anda semua pernah melihat logo PDRM kan? Kalau tak pernah juga, sila tengok logo di atas, yup! itulah logo Polis Diraja Malaysia (PDRM). Jika diperhatikan pada logo itu, terdapat kalimah Allah SWT dan Rasulullah SAW. Logo Angkatan Tentera Malaysia juga terdapat kalimah suci ini. Kini menjadi persoalan bagaimana sekiranya anggota PDRM dan ATM atau sesiapa sahaja yang terbawa kalimah dan ayat suci al-Quran bersama dengannya ke dalam tandas? Apakah hukumnya?
  • Sebagaimana kita maklumi bahawa Al-Quran adalah kitab suci, justeru itu orang Islam sangat menghormati dan memuliakan Al-Quran. Hampir tiap-tiap rumah orang Islam ada menyimpan kitab suci Al-Quran sama ada untuk dibaca pada waktu-waktu tertentu ataupun sesuatu keperluan yang ada hubungannya dengan Al-Quran. 
  • Al-Quran dibaca dan dibawa oleh setiap orang Islam di rumahnya, di masjid-masjid, di majlis-majlis ilmu dan sebagainya, kerana Al-Quran merupakan panji-panji Islam bagi orang yang membaca dan mengamalkannya. 
  • Dalam hadis Rasulullah SAW dijelaskan: "Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya". (Riwayat Bukhari dan Tirmizi) 
  • Jadi tidak layaklah kitab suci Al-Quran di bawa ke tempat yang bernajis, jika dengan sengaja melakukannya maka kita berdosa, maka segerakanlah memohon keampunan Allah SWT. Namun jika tidak sengaja perkara tersebut dimaafkan, kerana ada keringanan bagi seseorang yang tidak berhasrat melakukan kesalahan. Namun segeralah keluar bila kita menyedarinya. 

Wednesday, 19 January 2011

Jama' dan Qasar Hari Jumaat



Pada kebiasaannya, keluarga saya akan balik kampung kerana ada urusan tertentu, kami akan balik kampung setiap hari jumaat. Kampung saya terletak di Kulim, Kedah, manakala saya tinggal di Kuala Lumpur. Kini menjadi persoalan sama ada boleh ke saya meninggalkan solat jumaat dan melakukan solat jamak dan qasar?
  • Musafir, sekalipun waktu solat Jumaat didirikan itu ia sedang berhenti maka ia tidak dituntut mengerjakan solat tersebut. 
  • Sebahagian besar ahli berpendapat bahawa  bagi musafir tak ada kewajipan Jumaat, sebab Nabi SAW ketika dalam perjalanan tidaklah mengerjakan solat Jumaat Begitu juga halnya ketika baginda mengerjakan haji Wada' di Arafah yang jatuh pada hari Jumaat baginda hanya solat Zohor dan Asar secara jamak taqdim dan tidak melakukan solat Jumaat. Dan demikianlah pula yang dilakukan khalifah setelah wafatnya Rasulullah SAW. 

Tuesday, 18 January 2011

Penjelasan Tentang Pengharaman Minyak Wangi Alkohol

Saya kadang-kadang tertanya betul ke pakai minyak wangi alkohol ini haram hukumnya? Setahu saya, alkohol ini kalau diminum akan menyebabkan mabuk. Tetapi kita pakai alkohol, bukan meminum alkohol. Jadi, saya telah mencari jawapan ini dari sumber yang boleh dipercayai. 
  • Kita mengetahui bahawa alkohol yang dicampur ke dalam bau-bauan (minyak wangi) ialah diambil daripada proses tindakan kimia bijian dan kayuan. Daripada bijian tersebut disebut "alkohol Ethyl" dan daripada kayu disebut "Methyl". Semua alkohol termasuk dalam kumpulan karbon (C-OH). 
  • Alkohol Ethyl dibuat daripada bijian dan cecairnya yang telah diperam dan dijadikan bir dan wine atau disebut arak. Selain daripada itu Ethyl digunakan juga sebagai bahan campuran dalam minyak yang digunakan untuk lampu-lampu makmal dan jentera-jentera traktor dan sebagainya. Ini dilakukan untuk mengurangkan pencemaran udara. 
  • Alkohol Ethyl juga digunakan sebagai alat pemandu ubat (preservative/ubat tahan) ubat antiseptik untuk melawan kuman, ubat gosok atau minyak angin untuk urat saraf atau terseliuh. Alkohol jenis ini juga digunakan untuk dimasukkan ke dalam minyak wangi, maka jika digunakan untuk dimasukkan ke dalam minyak wangi untuk menyerbak keharumannya.
  • Seperti yang kita fahami bahawa alkohol jenis Ethyl ialah najis dan sekiranya kita menggunakan bahan-bahan yang dicampur dengannya seperti minyak wangi, maka jika dibawa dalam solat tidak sahlah solat kita. 
  • Namun begitu menurut Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman telah mengeluarkan Fatwa bahawa minyak wangi tersebut hukumnya harus dipakai walaupun dalam sembahyang. Wallahu a'lam. 





Monday, 17 January 2011

Stadium Ice Hockey di Malaysia

Ice Hockey di USA telah mula dimainkan di Malaysia?
Walaupun Malaysia tidak pernah dilanda salji, namun sudah banyak rakyat di negara ini yang sudah merasai suasana salji di beberapa tempat yang popular seperti Genting Highland di Pahang dan I-City di Shah Alam.
Tidak lama lagi, Stadium Ice Hockey yang bertaraf Olimpik akan dibina oleh KBS (Kementerian Belia dan Sukan).


Perkara ini akan berlaku JIKA Pasukan Ice Hockey Kebangsaan di bawah pengurusan Persekutuan Ice Hockey Malaysia membawa pulang pingat apabila mereka menyertai Asian Winter Games di Astana Alamaty, Kazakhstan. Pasukan Ice Hockey Negara dijadual akan berlepas pada 23 Januari ini. Harap-harap mereka dapat bawa balik pingat walaupun dikatakan mission imposible supaya nak tangok liga ice hockey di Malaysia dapat direalisasikan.

Sunday, 16 January 2011

S. Kumar Pemain Terbaik Asia!

S. Kumar yang merupakan penjaga gol pasukan hoki kebangsaan telah dianugerahkan sebagai pemain terbaik hoki asia dalam satu majlis penyampaian anugerah oleh Kongres Persekutuan Hoki Asia. Anugerah seumpama itu belum pernah dikecapi oleh mana-mana pemain hoki kebangsaan setakat ini.


Anugerah ini diberi kepada S. Kumar atas prestasi hebatnya semasa pasukan hoki kebangsaan buat pertama kali melangkah ke pusingan akhir Sukan Asia Guangzhou 2010. Dia telah berhempas pulas menyelamatkan pintu gawang negara walaupun ketika Sukan Asia itu berlangsung, dia telah mendapat berita kematian ayahnya di Malaysia. Tak lama selepas itu, dia juga telah mendapat berita gembira kerana dia telah mendapat cahaya mata.


Kejayaan ini telah menyuntik semangat pasukan hoki kebangsaan untuk mempamerkan prestasi yang lebih hebat pada masa akan datang. Tahniah S. Kumar!






Insan Yang Mulia



Bagaimanakah untuk mendapatkan insan yang berhati mulia dan diredhai Allah S.W.T.? 
  • Keredhaan Allah merupakan nikmat yang paling agung, yang hanya dimiliki oleh insan yang bertaqwa kepada-Nya. Ketaqwaan itu hanya dimiliki oleh insan yang beribadah dan beramal soleh. 
  • Sedangkan amal soleh yang memperoleh keberkatan adalah amal soleh yang disertakan dengan ilmu. Jadi ilmu adalah sumber segala kekuatan untuk memperoleh keredhaan Allah. 
  • Dengan melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya sesuai dengan tuntutan Islam maka kita akan memiliki hati yang mulia.

    Saidina Ali bin Abi Thalib pernah berkata "Ada dua orang yang mendatangkan bala bencana kepada kita iaitu orang yang berilmu yang tidak menjaga kehormatan dan orang yang bodoh yang kuat beribadah. Orang yang bodoh itu menipu manusia dengan amalnya sedangkan orang yang berilmu itu menipu manusia dengan kelalaiannya."

Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011!



PENGENALAN
Firz yakin anda semua telah berusaha sedaya upaya untuk menghasilkan blog sendiri yang cantik dan gempak, lain dari yang lain. Tetapi siapa yang akan menghargai usaha anda itu? tidak lain dan tidak bukan, anda sendirilah yang menghargai usaha itu kerana berasa puas dapat memiliki blog sendiri. Oh! tidak lagi, kini ada orang yang akan menghargai usaha keras anda itu dengan menyertai contest ini. Berminat? sila baca syarat yang telah ditetapkan.

SYARAT-SYARAT
1. Buatkan satu entri mengenai aktiviti Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011 
2. Letakkan Link entri berkenaan di bahagian komen penganjur
3. Jadi Follower blog 2DayBlogger.Com
4. Tag 3 orang kawan blogger anda (optional)

TARIKH TUTUP
28 Februari 2011

TARIKH MENGUNDI
Fasa Pertama : 01.03.2011-08.03.2011
Fasa Terakhir : 10.03.2011-17.03.2011

HADIAH
ebook percuma bertajuk “15 736 VISITOR SEMINGGU BLOG 2DAYBLOGGER.COM“.
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi penganjur : 011-1234567



Saturday, 15 January 2011

Berdoa Untuk Memperolehi Suami Yang Soleh



Apakah hukumnya seorang gadis berdoa agar dirinya segera dipertemukan jodoh dan mengharap dikurniakan seorang suami yang soleh? 
  • Hukumnya harus, memohon agar Allah SWT memberikan jodoh orang yang baik (soleh).
  • Di samping berdoa, mintalah bantuan ibu bapa agar dapat mencari pasangan yang soleh. Tindakan ini adalah lebih baik dari mencari sendiri demi mengelakkan daripada berlakunya fitnah dan maksiat. 
p/s : Orang dulu-dulu cakap kalau bercinta selepas kahwin itu indah walaupun pada tempoh awal perkahwinan, kedua-dua pasangan macam malu-malu kucing lagi, tetapi lama-kelamaan hubungan semakin rapat dan bahagia macam berada di syurga! Tetapi tengok je lah situasi zaman sekarang ni, belum berkahwin lagi dah berani main cium, nanti dah kahwin, dah tak terasa nikmat mencium lagi.

Friday, 14 January 2011

Lari Dari Rumah



Apakah hukumnya seorang isteri lari meningalkan rumah kerana tidak tahan dengan sikap suami yang sering memukulnya? 
  • Tidak salah isteri meninggalkan rumah (jika ke rumah ibu bapa) kerana hendak menyelamatkan diri daripada suami yang zalim dan mengelakkan diri dari kemudaratan. Namun kalau isteri boleh bersabar, tidak melawan dan terus tunggu di rumah pastilah pahala untuknya amatlah besar. 
  • Kalau suami zalim dan selalu memukul serta menyakiti hati, maka isteri berhak mencari perlindungan di mana-mana yang difikirkan selamat. Sebaiknya adukan kepada pejabat Kadi dan di sana diboleh menuntut fasakh. 
  • Undang-undang Islam membela kaum wanita/isteri. Jadi, mereka hendaklah pandai mengambil kesempatan dari pembelaan itu.

Thursday, 13 January 2011

Terkini! - Keadaan Banjir di 3 buah Negara Berbeza

Assalamualaikum! Pada petang ini, kita buka minda kita, kita alih pandangan kita daripada isu-isu tempatan dan kita tumpukan perhatian pada musibah yang berlaku di luar negara. Telah berlaku banjir besar di luar negara sehingga mengorbankan banyak nyawa. Sepertimana yang kita ketahui, banjir telah melanda di negeri pantai timur di negara kita sehingga aktiviti harian dan sesi persekolahan telah terjejas teruk. Tetapi kini di Brazil, Australia, Sri Lanka dan beberapa negara lain telah berlaku banjir yang lebih dasyat sehingga mengorbankan banyak nyawa. Ikuti ringkasan berita di bawah :


Lokasi : Rio de Janeiro, Brzail


Kira-kira 1000 orang kehilangan tempat tinggal dan beratus-ratus yang lain menjadi korban akibat tanah runtuh yang berlaku di sekitar gunung di Rio de Janeiro, Brazil.


Banjir dan tanah runtuh telah memusnahkan beberapa bandar di sekitar pergunungan di mana telah menyebabkan 257 orang mati ketika mereka sedang nyenyak tidur.

Anggota penyelamat bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa. Dikhuatiri lebih ramai yang menjadi mangsa korban kerana terdapat banyak daerah-daerah yang terpencil yang sukar dimasuki.
Sekitar 1000 orang kehilangan tempat tinggal apabila banjir memusnahkan segala-galanya di bandar itu.
Fernanda Carvalho, seorang pelayan berusia 27 tahun berkata kini tiada perbezaan antara orang kaya dan orang miskin kerana semua rumah di situ telah hancur sama sekali.




Lokasi : Colombo, Sri Lanka :
Ribuan tentera Sri Lanka telah menjalankan operasi menyelamat secara besar-besaran untuk menyelamatkan kira-kira sejuta orang yang terjejas akibat banjir yang melanda di wilayah tengah, utara dan timur.












Kini kira-kira 195 000 orang telah ditempatkan di kem yang telah disediakan. Pegawai penyelamat di situ mengatakan 13 orang telah menjadi korban setakat ini dan jumlah itu dijangka meningkat. Sekitar 125.000 hektar tanah sawah yang digunakan untuk menanam padi, telah hancur oleh banjir, kata Presiden.


Lokasi : Brisbane, Australia
Brisbane yang merupakan bandar ketiga terbesar di Australia telah menjadi seolah-olah zon peperangan apabila segala infrastruktur di situ rosak sama sekali sehingga pihak berkuasa mengatakan kerugian melibatkan 5 Billion Dolar. 







Mari kita sama-sama mendoakan agar banjir yang melanda di seluruh dunia kini dapat pulih dengan segera. Disamping itu, kita perlu banyak bermuhasabah diri atas bencana yang melanda kini. Adakah banjir luar biasa yang berlaku di sebabkan banyak kerosakan yang dilakukan sendiri oleh manusia atau amalan orang di dunia ini semakin teruk? Sama-samalah kita fikirkan.



Info Pelik Tentang Lady Gaga (Part 2)

Entri hari ini, Firz ingin berkongsi sedikit info tentang Lady Gaga yang tidak patut diikuti oleh kita yang bergelar muslim/muslimah. Anda bolehlah membaca info pelik tentang Lady Gaga (Part 1) yang telah disiarkan sebelum ini. Selamat membaca!
  • Lady Gaga menggelarkan dirinya sebagai manusia yang paling open sekali. Hal ini dapat dilihat menerusi video clip Bad Romance dimana dia meletakkan dirinya sebagai simbol anti-seks. Anti-seks menurut kepada penerimaan seksualiti tanpa batasan. 
  • Dia juga sebenarnya seorang lesbian. Masa dulu, terbongkar kisah pop star ini melakukan aksi lesbian bersama seorang gadis berkulit hitam yang berlayar bersama-samanya dalam sebuah kapal persiaran semasa sedang bercuti.
Lesbian
  • Video clip Alejandro mempunyai propaganda tersirat dimana video clip itu dikatakan membawa perlambangan ritual penyembahan syaitan. Lady Gaga dikatakan duta atau boneka kepada rangkaian kuasa gerakan illuminate. Jika anda tidak tahu apa itu kuasa gerakan illuminate, sila search pada google di sidebar blog ini. Ia lebih kepada gerakan freemason yang sebenarnya telah bertapak dalam negara kita. Jika anda search maps google Mid Valley, akan kelihatan suatu bentuk mata (all seing eye) yang merupakan simbol gerakan freemason ini. 
Mata Dajjal !
Entri ini akan bersambung pada bahagian yang terakhir. Terima Kasih.

Erti SAIDINA

Apakah maksud saidina dan mengapa Rasulullah SAW digelar demikian sedangkan Allah SWT telah menggelarkannya Rasulullah atau pesuruh Allah sahaja? 
  • 'Sayid' dalam bahasa Arab bermakna penghulu. 'Saidina' bererti penghulu kami. Penghulu adalah orang yang kita muliakan dalam satu kelompok masyarakat dan orang yang dijadikan ikutan dan pimpinan dalam segala urusan. 
  • Apabila kita mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW 'penghulu kita' maka itu bererti bahawa baginda adalah orang yang kita muliakan, yang kita hormati, yang kita junjung tinggi dan kita jadikan pimpinan dan ikutan lahir batin, dunia dan akhirat. 
  • Jangan kita ucapkan 'Saidina Muhammad' maka itu bererti bahawa kita memuliakan baginda sebaik-baiknya dan mengangkat darjah baginda setinggi-tingginya, sesuai dengan kedudukan baginda yang sebenarnya. 

Wednesday, 12 January 2011

Info Pelik Tentang Lady Gaga (Part 1)

Pada entri kali ini, Firz akan mendedahkan sedikit info tentang artis yang digemari ramai di seluruh dunia iaitu Lady Gaga. Perkara ini sebenarnya telah menjadi suatu isu kepada negara kita kerana pengaruh artis Hollywood lebih-lebih lagi seperti artis yang pelik macam Lady Gaga ini dikhuatiri meracuni pemikiran anak-anak muda di negara ini untuk mengikuti agenda tersembunyi yang disampaikan melalui lagu dan video  yang dimainkan. 

Terpulang kepada kita untuk menilai yang baik dan buruk tentang artis pujaan ramai ini. Tetapi rasa-rasanya takde yang baik kot pada Lady Gaga ini untuk dipadankan cara hidupnya dengan cara hidup Islam yang kita amalkan. Sila baca info dibawah :

Agak-agak gaun ini diperbuat daripada apa?
  •  Lady Gaga sering mengenakan pakaian yang seksi dan aneh, dan akan membuat persembahan secara berahi dan seksi.
  •  Lady Gaga berbeza dengan artis Hollywood yang lain yang kerap lari dari lensa kamera paparazzi. Sebaliknya dia ini lebih senang dikejar oleh paparazzi.  Sebab itu, popularity Lada Gaga banyak dibantu oleh pemaparan gambar-gambar eklusif yang diambil oleh paparazzi.
  •  Ketika Anugerah Video Muzik MTV diadakan baru-baru ini, semua penonton  terkejut dan terlopong melihat Lady Gaga menerima anugerah Video Muzik Terbaik. Terkejut bukan disebabkan dia menang anugerah itu tetapi Lady Gaga tampil ke pentas dengan gaun yang diperbuat daripada daging mentah! Ketika berucap di atas pentas itu, dia lantang menyatakan pendiriannya memperjuangkan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan trankseksual. Kononnya busana daging mentah itu adalah perlambangan terhadap pendiriannya itu.
Daging dijadikan pakaian??

\
Bersambung pada entri akan datang. Sila ikuti blog ini untuk mengetahui info pelik Lady Gaga yang lebih panas!

Tuesday, 11 January 2011

Qada'kan solat

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini dengan bangganya Firz memperkenalkan satu page terbaru yang di beri nama "Soal Jawab Islam". Kolum ini membicarakan tentang masalah-masalah yang dihadapi masyarakat kita mengenai agama. Ya, hanya mengenai agama. Kalau anda nak tanya soalan tentang cinta, sila layari blog Kisah Cinta Kita. Disana juga anda boleh lihat kisah benar tentang cinta yang dialami oleh pembaca sendiri. Jadi di ruangan ini, anda bolehlah menghantar sebarang kemusykilan tentang agama, dan Firz akan cuba mencari jawapan daripada pelbagai sumber. Ikuti permasalahan pertama dalam entri ini. Selamat membaca.

Adakah kita perlu mengqada' solat fardhu yang telah ditinggalkan atau cukupkah sekadar bertaubat sahaja? 
  • Pengertian qada' menurut bahasa ialah menunaikan dan membayar. Menurut istilah pula ialah menunaikan ibadat di luar waktunya atau masih di dalam waktunya. Mereka yang meninggalkan solat sama ada sengaja atau tidak, diwajibkan mengqada'kan solat itu di luar waktunya. Meninggalkan solat tanpa uzur yang syarie' dianggap berdosa. Uzur yang dibenarkan ialah dua perkara iaitu terlupa dan tertidur. 
  • Mereka yang meninggalkannya sama ada terlupa atau tertidur atau sengaja, wajib bertaubat kepada Allah SWT dengan taubat yang bersungguh-sungguh. Taubat tidak akan diterima selagi tidak memenuhi syarat-syarat taubat iaitu, tidak lagi meninggalkan solat dalam keadaan bagaimana sekalipun, menyesal di atas segala perbuatan maksiat khususnya solat yang ditinggalkan dan berazam tidak akan mengulangi semua keburukan pada masa akan datang.

Monday, 10 January 2011

Cara-Cara Menambahkan Ketinggian Tubuh Badan

Assalamualaikum, pada post Tutorial dan Cara-Cara kali ini, Firz ingin berkongsi tips bagaimana mahu menambahkan ketinggian tubuh badan. Hal ini sangat penting kepada sesiapa yang ingin menjadi model. Selain itu, lelaki yang mempunyai ketinggian lebih digemari perempuan bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. 

Punca kenapa badan tak tinggi-tinggi dari zaman kanak-kanak sampai sekarang :
  • Faktor keturunan. (keluarga orang yang tidak tinngi ini kekurangan hormon somatotropin iaitu hormon pertumbuhan)
  • Hormon somatotropin berfungsi untuk mengendalikan pertumbuhan tulang. Pada usia 12 -14 tahun, hormon ini banyak dihasil dan dirembeskan untuk merangsang pertumbuhan tulang.
  • Pada usia 20 an, hormon ini sudah berhenti penghasilannya. (kecuali jika anda pakai ubat-ubat tertentu untuk mengaktifkannya kembali)
  • Hormon ini juga boleh berhenti pada sebelum waktunya, disebabkan anda mengalami tekanan dalam kehidupan. 
  • Diet yang tidak berlebihan.
  • Posisi tidur yang salah.
  • Sukan yang tidak sesuai.
  • Mengalami kecacatan.
Cara Menambahkan Ketinggian :
  • Anda perlu menjalani kehidupan seperti biasa tanpa mengalami stress yang berlebihan.
  • Mengambil nutrisi pemakanan yang cukup dan seimbang.
  • Tidur yang cukup dengan dengan posisi yang betul. (posisi terbaik adalah seperti posisi Nabi SAW tidur)
  • Anda perlu aktif dengan cara bersukan yang sesuai dengan keupayaan anda (olahraga, basketball dan volley ball adalah digalakkan)
  • Menjalani program meningkatkan ketinggian yang terdapat di pasaran.
Tips yang diberikan tidak susah dilakukan kecuali anda dah memang tinggi seperti gambar di bawa














Sunday, 9 January 2011

Stadium Pertama Dibina Di Dunia


Kali ini Firz ingin mengajak anda untuk mengetahui sejarah stadium pertama di bina di dunia. Stadium merupakan medan untuk sesuatu acara sukan dilangsungkan tetapi ia lebih popular dengan sukan bolasepak. Stadium kebanggaan kita di Malaysia ialah Stadium Nasional Bukit Jalil yang dibina pada tahun 1998 dan boleh menempatkan 80 000 sehingga 100 000 orang pada satu-satu masa. 

Gambaran Orang Berkumpul Untuk Melihat Suatu Event Secara Live
  • Gelaran pertama yang diberi pada stadium pertama di dunia ialah Huge Hotchpotches.
  • Stadium ini dibina bagi memudahkan orang ramai menonton sesuatu acara yang diadakan kerana pada zaman itu tidak ada kemudahan televisyen dan mereka hanya boleh menonton secara live.
  • Pada masa itu, keadaan di stadium tersebut adalah sangat tidak selesa, tiada nilai senibina yang menarik dan hanya ada kemudahan asas sahaja. 
  • Tempat duduk dibuat daripada batu bata, tiada bumbung, dan kalau ada bumbung pun hanyalah sedikit sahaja bilangannya dan dikhaskan untuk VIP.
  • The White City Stadium di Great Britain adalah contoh stadium pertama diguna pada Sukan Olimpik London 1908.
  • Model stadium pertama di London ini turut dieksport ke seluruh Eropah dan Amerika Selatan untuk dijadikan stadium bolasepak.
Stadium yang digunakan sebagai tempat acara sukan dilangsungkan


Stadium Bukit Jalil
Pada post akan datang, Firz akan mengupas tentang stadium-stadium terhebat didunia. Hebat kerana memiliki jumlah kapasiti tempat duduk paling banyak. Adakah Stadium kebanggaan kita turut tersenarai? sama-sama kita nantikan.



Friday, 7 January 2011

Izamir Ridzwan Pendrive GiveAway

wow! ada contest lah..  I likeeee..  korang patut join contest macamnie sebab selain untuk dapat hadiah, traffic korang mesti akan meningkat.. ini baru join contest orang, kalau korang buat contest sendiri? mesti berpusu-pusu orang datang ke blog korang. ok, penganjur contest nie dengan bermurah hatinya nak bagi pendrive kepada sesiapa yang menang contest ini.. kepada sesiapa yang berminat, sila klik url dibawah. TQ

sila klik untuk maklumat lanjut
member yang aku tagged :


ok itu sahaja cara-caranya.. lagi senang, lagi ramailah orang nak join.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim