Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Saturday, 1 January 2011

Baju Terbang??

Setiap kali nak pergi kerja, semua wargakota Kuala Lumpur mesti melalui jalan yang penuh ranjau dan rintangan kerana terpaksa menghadapi kesesakan lalu lintas. Perkara ini dah berlarutan sejak dari dulu sampai sekarang. 


Pernah suatu petang ketika ramai orang balik dari kerja, saya membonceng motosikal untuk pergi ke suatu destinasi, tetapi malangnya setalah berada di tengah jalan yang penuh sesak. tiba-tiba hujan lebat turun, maka penglihatan tidak beberapa jelas. 


Malangnya ketika mencelah-celah kenderaan, tiba-tiba saya terlanggar side mirror sebuah kereta mewah. perlanggaran itu bukan sekadar calar je malah hancur remuk! tanpa berfikir panjang, motor yang dinaiki dipecut laju. Kalau nak difikirkan, memang tak patut cabut lari tapi keadaan masa itu huru-hara tanpa dapat berfikir secara rasional.


Keadaan itu menyebabkan saya terfikir alangkah bagusnya kalau jalanraya di Bandaraya Kuala Lumpur dapat dilalui dengan lancar tanpa ada sebarang kesesakan hingga menyebabkan pembonceng motosikal mencelah-celah kenderaan. 


Kalau orang dahulu kala berfikir untuk mengatasi masalah kesesakan ini, satu kenderaan khas seperti bas atau keretapi yang dapat memuatkan orang ramai perlu ada di atas langit dan dibawah tanah yang sangat lapang. 


Impian  ini telah menjadi kenyataan dengan wujudnya lebuhraya bertingkat dan jejambat serta rangkaian LRT yang berada di atas langit dan dibawah tanah. Perkara ini telah mengurangkan kesesakan yang teruk tetapi masih lagi tidak mengatasi masalah kesesakan seperti yang kita lihat sekarang.


Maka orang pada zaman ini telah berfikir bagaimana mahu mengatasi kesesakan lalu lintas sedia ada. Salah satunya dengan mencipta baju terbang. 


Cuba anda bayangkan kalau semua orang mampu memiliki baju ini, pastinya kita saling berlanggaran antara satu sama lain di atas langit membiru, kalau nasib malang kita akan terhempas macam nangka busuk jatuh ke tanah! 


Oleh itu, baju terbang ini hanya mampu dimiliki oleh orang yang terpenting sahaja macam bos kita. Adakah cara ini berkesan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas?? Kajian lebih mendalam perlu dilakukan lagi.. huhuhu


Suit terbang macam Batman 

6 comments:

Anonymous said...

do you like to cook ? Project cook is a cute new site i found but i think its struggaling to get up help it out!but only if you like to cook :)

Firdaus Kasim said...

absolutely not ! haha

cekelat ungu said...

Agak2 kat Giant boleh dapat tak baju ni??? Aku mahu dua :P

Firdaus Kasim said...

kt kedai runcit depan rumah kau tue ada jual kot?

SiLabiLabi said...

hehehe...LabiLabi pun pernah langgar side mirror orang time mencelah..

apa lagi lari lah..hehehe..jenuh nak membayar kalau side mirror tu kereta merz..

IKLAN FREE & Follow Blog Labi-Labi NineMustafa
& JariPlastik

LabiLabi da follow kamu

Firdaus Kasim said...

Labi2 : langgar sikit x pew, tp saya sampai hancur side mirror dia.. kalolah dia baca entri nie... hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim