Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Tuesday, 18 January 2011

Penjelasan Tentang Pengharaman Minyak Wangi Alkohol

Saya kadang-kadang tertanya betul ke pakai minyak wangi alkohol ini haram hukumnya? Setahu saya, alkohol ini kalau diminum akan menyebabkan mabuk. Tetapi kita pakai alkohol, bukan meminum alkohol. Jadi, saya telah mencari jawapan ini dari sumber yang boleh dipercayai. 
  • Kita mengetahui bahawa alkohol yang dicampur ke dalam bau-bauan (minyak wangi) ialah diambil daripada proses tindakan kimia bijian dan kayuan. Daripada bijian tersebut disebut "alkohol Ethyl" dan daripada kayu disebut "Methyl". Semua alkohol termasuk dalam kumpulan karbon (C-OH). 
  • Alkohol Ethyl dibuat daripada bijian dan cecairnya yang telah diperam dan dijadikan bir dan wine atau disebut arak. Selain daripada itu Ethyl digunakan juga sebagai bahan campuran dalam minyak yang digunakan untuk lampu-lampu makmal dan jentera-jentera traktor dan sebagainya. Ini dilakukan untuk mengurangkan pencemaran udara. 
  • Alkohol Ethyl juga digunakan sebagai alat pemandu ubat (preservative/ubat tahan) ubat antiseptik untuk melawan kuman, ubat gosok atau minyak angin untuk urat saraf atau terseliuh. Alkohol jenis ini juga digunakan untuk dimasukkan ke dalam minyak wangi, maka jika digunakan untuk dimasukkan ke dalam minyak wangi untuk menyerbak keharumannya.
  • Seperti yang kita fahami bahawa alkohol jenis Ethyl ialah najis dan sekiranya kita menggunakan bahan-bahan yang dicampur dengannya seperti minyak wangi, maka jika dibawa dalam solat tidak sahlah solat kita. 
  • Namun begitu menurut Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman telah mengeluarkan Fatwa bahawa minyak wangi tersebut hukumnya harus dipakai walaupun dalam sembahyang. Wallahu a'lam. 





4 comments:

man yusoef said...

pakai one drop perfume je...hahaha

Firdaus Kasim said...

taw x pew..

Belalang Hijau said...

dah lama belalang cari entry ni...belalang pernah terbaca yg minyak wangi beralkohol jika d gunakan ketika solat hukumnya harus.

tp bila d terangkan kepada kawan2 belalang tidak dpt kasi hujah sokongan utk kata2 belalang itu.

lain kali leh la soh diorang rujuk sini...

Nestlo Pening said...

keliru sket ttg minyak wangi nie,

jika dikatakan ia najis, apakah sbb ia dikategorikan najis dalam hukum islam??

jika dikatakan ia najis, maka penggunaan ubat-ubatan kita termasuk minyak urut turut tercemar..menyapu ke kulit dan badan kita pastinya mengundang kekejian, sbb kita menggunakan najis.

jika dikatakan najis, sbb apakah yg dipakai oleh Majlis Fatwa Kedah yg mengatakan hukum memakai ia adalah HARUS?? kan ia adalah najis..

jika dikatakan ianya najis, bagaimanakah halnya kita menghirup udara setiap hari yg confirm2nya terdedah kepada pencemaran enjin??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim