Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Monday 31 December 2012

Kehebatan Matematik

keindahan matematik

1 x 8 + 1 = 9

12 x 8 + 2 = 98

123 x 8 + 3 = 987

1234 x 8 + 4 = 9876

12345 x 8 + 5 = 98765
...

123456 x 8 + 6 = 987654

1234567 x 8 + 7 = 9876543

12345678 x 8 + 8 = 98765432

123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11

12 x 9 + 3 = 111

123 x 9 + 4 = 1111

1234 x 9 + 5 = 11111

12345 x 9 + 6 = 111111

123456 x 9 + 7 = 1111111

1234567 x 9 + 8 = 11111111

12345678 x 9 + 9 = 111111111

123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88

98 x 9 + 6 = 888

987 x 9 + 5 = 8888

9876 x 9 + 4 = 88888

98765 x 9 + 3 = 888888

987654 x 9 + 2 = 8888888

9876543 x 9 + 1 = 88888888

98765432 x 9 + 0 = 888888888

Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1

11 x 11 = 121

111 x 111 = 12321

1111 x 1111 = 1234321

11111 x 11111 = 123454321

111111 x 111111 = 12345654321

1111111 x 1111111 = 1234567654321

11111111 x 11111111 = 123456787654321

111111111 x 111111111 = 123456789876543­21

Sekarang tengok ini

101%Dari sudut pandangan matematik :

Apakah ia sama dengan 100%?

Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?

Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?

Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%

Bagaimana nak MENCAPAI 101%?

Apakah nilai 100% dalam hidup?

Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:

ABCDEFGHIJKLMNO­PQRSTU VWXYZ

Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Jika:

KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+­18+11 = 98%

Dan:

Knowledge

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

Serta

SIKAP

19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21­+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%

Monday 17 December 2012

Sunnah Bela Janggut

Pernahkah anda perasan iklan pisau cukur Gillete yang menunjukkan aksi seorang lelaki yang mencukur janggutnya sehingga licin? Pada pendapat saya ia hanyalah satu konspirasi atau mesej yang ingin mempengaruhi orang lelaki Islam supaya cukur janggut supaya ingin kelihatan kacak dan digilai wanita. Menjadi persoalan kenapa model lelaki tersebut tidak cukur di misai?

Tahukan anda bahawa bela janggut adalah sunnah Nabi SAW. Siapa yang amalkan sunnah pada akhir zaman dengan konsisten, pahalanya sama macam pahala orang mati syahid (masuk syurga tanpa hisab). Kepada lelaki, jom kita berniat sekarang bela janggut dan cukur misai. Itulah lambang lelaki sejati. Bukan licin macam perempuan! :D
Thanks & Regards
Firdaus Kasim
Tel: 017-636 4629
www.safiraprintingservices.com
safira printing services (002135751-P)

Tuesday 11 December 2012

Harimau Malaya vs Gajah Putih

Siapa yang lebih hebat antara Harimau Malaya dan Gajah Putih? Harimau Malaya bermula dengan garang pada awal babak pertama perlawanan sebelum semakin lemah pada babak kedua.

Apakah kesudahan perlawanan ini? Jom kita saksikan siaran langsung perlawanan Piala Suzuki AFF 2013 antara Malaysia dan Thailand peringkat separuh akhir kedua di TV1 jam 7:55malam. Ingat! Solat maghrib dulu ya :)

Tuesday 13 November 2012

Jersey Baru Harimau Malaya 2013

Jersey baru yang diperkenalkan oleh Nike untuk Harimau Malaya ini bakal dipakai pada perlawanan pertama Piala AFF Suzuki Cup. Berikut adalah beberapa photo jersey baru ini :





Jersey baru ini nampak cantik dan simple, tetapi lebih cantik jersey yang lama. Apa pendapat anda?

Sunday 4 November 2012

Perkataan Asal Starbucks


Tahukah anda bahawa segelas minuman Starbucks yang anda minum sama seperti anda menyumbangkan sebutir peluru yang mengakibatkan kematian penduduk di Palestin? Ya, kebanyakan hasil daripada syarikat Starbucks di salurkan kepada Rejim Zionist untuk menjajah secara haram di Tanah Palestin. Malah sebenarnya banyak lagi syarikat korporat milik Yahudi yang mempunyai tujuan yang sama.

Perkataan Starbucks itu sendiri telah jelas maknanya. Star itu sendiri merujuk kepada lambang bintang pada bendera Israel dan Bucks pula merujuk kepada wang yang banyak. Jadi, selepas ini anda perlu berhati-hati di mana anda belanjakan wang anda dan apa yang anda bekalkan kepada mereka.

Thursday 25 October 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha

Jam 4 ptg (24/10/2012) ini, jemaah haji di mekah akan melakukan wukuf di Arafah. Waktu itu, langit trbuka luas dan malaikat rahmat turun untk mngambil doa2 kita. Waktu itu, brdoalah bnyk2, mntalah apa saja.. InsyaAllah, akan dimakbulkan. Sebarkn pd smua, agar sama2 mndapat kebaikan dan rahmat dari-Nya.. (:

Wednesday 3 October 2012

Iman Senipis Kulit Bawang

Di dalam masjid
Bila keluar masjid
Masjid adalah tempat yang terbaik untuk belajar iman, bila keluar masjid, rosak iman. 

Thursday 6 September 2012

Gambar Air Filter Kereta

Inilah gambar air filter kereta saga flx. Kabanyakan orang mengesyorkan supaya tukar kepada air filter k&n kerana material kapas lembut yang terdapat pada air filter tersebut lebih baik untuk sistem angin berbanding kertas kasar pada air filter biasa.

Wednesday 29 August 2012

Perkara Merosakkan Mata


Malaysia mempunyai pelbagai bangsa. Melayu, Cina, India dan pelbagai lagi. Malangnya bagi kita, bila keluar rumah sahaja, pasti akan melihat aurat wanita sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Lebih-lebih lagi bila lihat amoi seolah-olah hanya memakai seluar dalam sahaja. Perkara inilah yang menyebabkan mata rosak dan melemahkan badan. Terpaksalah berjihad menahan pandangan (amat malang bagi golongan yang tidak mempunyai pegangan iman yang kuat)

Monday 27 August 2012

Jangan Rosakkan Fitrah Kasih Sayang


Salah satu punca kenapa ramai pasangan pengantin muda tidak dapat kekalkan kebahagiaan rumah tangga 10 tahun pertama adalah disebabkan sudah kurangnya kasih sayang antara mereka.

Hal ini kerana mungkin ketika bercinta (couple), sudah hilangnya fitrah kasih sayang disebabkan terlalu banyak ungkapkan kata cinta sebelum pernikahan dilakukan. Bila dah banyak kali dengar 'I Love U', lama-lama pasti bosan bukan?

Jadi, mulai sekarang marilah kita berpegang teguh dengan al-Quran dan Sunnah Nabi SAW kerana hanya berpandukan 2 sumber ini sahaja, ia dapat membimbing kehidupan kita menjadi lebih baik di dunia dan di akhirat. Bukan berpandukan ajaran dari golongan yang sesat dan dimurkai iaitu Kristian dan Yahudi.

Thursday 16 August 2012

Panduan Solat Ketika Musafir

Assalamualaikum. Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, pasti ramai antara kita yang pulang ke kampung untuk berjumpa ibu dan ayah serta saudara mara untuk menjalinkan hubungan silaturahim. Jika anda pulang ke kampung yang jauhnya lebih dari 90 km dari rumah anda, maka anda dikira sebagai bermusafir. Allah SWT telah memudahkan kita untuk melakukan solat fardhu ketika bermusafir. Berikut adalah panduan solat fardhu ketika anda sedang bermusafir :

Cara-cara melakukan sembahyang Jamak dan Qasar :

Makna Jamak ialah dihimpunkan
Makna Qasar ialah dipendekkan

Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:- "Sahaja aku musafir kerana Allah Tallah". Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.

Jamak Takdim dan diQasarkan (di pendekkan)

1.Melakukan sembahyang asar dalam waktu zuhur itu di namakan jamak takdim.
Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang zuhur ialah "Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".
Niat untuk sembahyang asar pula ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".

Jamak Takhir dan diQasarkan (di pendekkan)

2.Melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir.
Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:- "Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar"
Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang zuhur 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang asar ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".
Niat untuk sembahyang zuhur ialah "sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Talla".

Kita boleh juga jamakkan maghrib dengan isyak atau sebaliknya tapi waktu maghrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-

Jamak takdim dan diqasarkan (di pendekkan)
1.Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.
Niat untuk sembahyang magrib ialah "Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Talla".
Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".

Jamak takhir dan diqasarkan (di pendekkan)
2.Melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir.
Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhir "Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam waktu isyak"
Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Talla".
Niat untuk sembahyang magrib ialah "sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Tallah".

Sekian, semoga bermanfaat insyaAllah

Wednesday 8 August 2012

Sampul Duit Raya 2012

Perhatian : Ini adalah sticky post. Sila scrool ke bawah untuk entri terbaru


Tadi belek-belek buku muka (facebook), saya terjumpa beberapa orang yang jual sampul duit raya 2012 dengan design2 yang cun2 dan gempak. Memang nampak kelas raya tahun ni kalau ada angpow yang design mewah macam tu.. hehe.. Antara yang sampul duit raya 2012 tergempak yang saya jumpa adalah sampul duit raya 2012 dari Safira Printing. Mereka menawarkan sampul duit raya versi Blackberry Bold 3, Kamera Digital, versi Facebook, versi iPhone dan dan Samsung Galaxy S3.. Memang cun habis!


Berikut saya letak gambar sampul duit raya tersebut yang di ambil daripada laman web Safira Printing :


Blackberry Bold 3. Siap ada (Blackberry Messanger) BBM lagi. Siapa yang tak mampu beli Blackberry, bolehlah beli sampul duit raya versi Blackberry ini :-P
Orang kita suka bergambar. Itulah hakikatnya! Sampul duit raya versi kamera digital ini wajib anda beli!
Ini paling gempak! Komen2 kt sampul duit raya versi Facebook ni memang kelakar! 
Wah, kt belakang iPhone ni siap ada pantun lagi.. haha
Ini gadget yang terbaru di pasaran Malaysia. Cool..




Berikut adalah harga yang di tawarkan :



-SDR1-
30 Sampul - RM10
50 Sampul - RM16
70 Sampul - RM23
90 Sampul - RM27
130 Sampul - RM39
150 Sampul - RM45
200 Sampul - RM60
250 Sampul - RM73
300 Sampul - RM 87
400 Sampul - RM116
Nota : Anda boleh campur design (SDR1 sahaja)


-SDR2-
30 Sampul - RM12
50 Sampul - RM19
70 Sampul - RM25
90 Sampul - RM33
130 Sampul - RM45
150 Sampul - RM51
200 Sampul - RM68
250 Sampul - RM85
300 Sampul - RM102
400 Sampul - RM136
Note : Anda boleh campur design (SDR2 sahaja) 


Jika anda berminat nak beli, boleh layari www.safiraprintingservices.com atau emel safiraprintingservices@gmail.com atau SMS ke 017-6364629


Harga dia tak lah mahal sangat, rasanya x sepadan dengan gadget yang mewah dan design Facebook yang nampak real tu. Betul x? Jadikan hari raya anda lebih meriah dengan memiliki sampul duit raya ini, tetapi ingat, puasa kena perfect.. baru bermakna bila sambut raya :)


Selamat menyambut bulan Ramadhan yang bakal menjelang :)

Sunday 22 July 2012

Atuk Ponteng Puasa

Hari pertama bulan Ramadan dicemari dengan tingkah laku warga emas beragama Islam tanpa segan silu menikmati sarapan pagi di sebuah kedai makan bukan Islam di Melaka

Tanpa menghiraukan orang ramai yang lalu lalang, warga emas terbabit dengan selamba menghirup hidangan kopi panas sambil menikmati roti bakar.

Bagaimanapun, perbuatan mereka itu dikesan anggota Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) yang bertindak menyerbu kedai makan berkenaan, pagi semalam.

Sumber : Sinar Harian

Kalau iman dah lemah, sudah tiada lagi kebesaran Allah dalam hati maka nak makan di depan khalayak ramai pun tak tahu malu. Apatah lagi kalau makan secara sorok-sorok.

Ya Allah berikan mereka hidayah.

Mungkin atuk tu tak sihat, sebab tu dia buka puasa (tengah sangka baik)

Saturday 21 July 2012

Pesta Makanan di Bulan Ramadhan?

Alhamdulillah, kita sekali lagi diberi nikmat oleh Allah SWT untuk berada di bulan Ramadhan iaitu bulan yang mempunyai suasana agama berbanding bulan2 lain di mana bulan ini memberi kita kekuatan untuk mengamalkan agama.

Tak salah sesetengah pihak mengatakan bahawa bulan Ramadhan adalah bulan pesta makanan kerana Malaysia memang terkenal dengan aneka pelbagai jenis makanan yang tidak terdapat di mana-mana negara di dunia ini. Di bulan ini, kita boleh jumpa pelbagai jenis makanan yang tidak terdapat di bulan lain melalui bazar2 Ramadhan yang di adakan di seluruh negara.

Cuma yang salah ialah jika kita membazir membeli makanan yang terlalu banyak. Tidak salah belanja lebih pada bulan Ramadhan, tetapi menjadi kesalahan apabila kita membazir.

Wednesday 18 July 2012

Duit Ini Hanyalah Kertas

Kertas yang nipis ini tidak ada nilai melainkan Bank Negara yang memperakui nilai terhadapnya. Nilai RM6 ini sekarang boleh beli makan tengahari. Tapi adakah sama nilainya 20 tahun akan datang untuk lunch?

Sebab itu kita digalakkan menyimpan emas kerana emas adalah 'penebat' inflasi yang baik selain perak atau silver. Selain itu, emas dan perak juga ada disebut dalam al-Quran.

Beratus-ratus Kambing Mati Disambar Petir

Bayangkan setelah usaha anda menternak kambing berpuluh-puluh tahun, tiba-tiba hampir semua ternakan anda mati terbakar. Sudah tentu anda berasa frust dan seolah-olah berada dalam mimpi ngeri!

Itulah yang terjadi kepada penternak kambing di kawasan pergunungan daerah Hoboksar, Mongolia apabila beratus-ratus ternakan kambingnya mati di sambar petir. Ikuti luahan hati penternak ini.

"Ia bermula dengan hujan lebat pada tengah malam. Saya amat takut dan terpaksa melindungi diri dalam bangsal berdekatan. Apabila kilat menyambar kawasan ini, saya terdengar  kawanan biri-biri itu mengembek dengan kuat," kata anak penggembala kambing Alten Bagen.

Semasa kejadian, kumpulan biri-biri yang banyak itu berlindung di bawah pokok pain.

Kata Bagen, 30 biri-biri lain turut hanyut dibawa arus deras banjir.

Bapa Bagen yang juga seorang penggembala berpengalaman tidak berada di kawasan kejadian kerana terpaksa menjaga kuda mereka di kawasan pergunungan.

"Bau daging bakar memenuhi ruang udara selepas insiden tersebut.

Haiwan-haiwan ini adalah satu-satunya sumber pendapatan kami sekeluarga," kata lelaki berumur 42 tahun itu lagi.

Dalam pada itu, menurut juruteknik tempatan, Jangeq Chafu ternakan mati akibat panahan kilat pada musim panas adalah perkara biasa.

"Padang ragut di sini merupakan sebuah kawasan pergunungan. Penduduk tempatan menjadikannya sebagai lokasi untuk kambing biri-biri meragut rumput pada pada musim panas,"

Ternakan sememangnya terdedah dengan pelbagai risiko termasuk disambar kilat," kata Chafu.

Tuesday 17 July 2012

Untuk Apa Kita Hidup?

Semakin banyak pengguna kereta sehingga jalanraya seringkali sesak.

Terdapat ramai orang sedang membeli belah lebih-lebih lagi di hujung minggu.

Bila anda sedang memandu kenderaan, kebetulan jalanraya sedang sesak, apa yang anda sedang fikirkan ketika itu? apa yang mereka yang berada di sekeliling anda sedang fikirkan ketika itu?

Bila anda sedang shopping bersama keluarga atau kawan-kawan, apa yang sedang anda fikirkan ketika waktu itu? Apa orang lain sedang fikirkan ketika itu?

Sudah tentu ketika anda sedang memandu, anda akan fikirkan adakah jalanraya akan jem? Apa yang anda akan buat selepas sampai ke destinasi anda? Atau anda akan fikir tentang perkara-perkara yang telah terjadi di pejabat anda dan banyak lagi ragam.

Begitu juga ketika anda membeli belah, anda akan fikir barang apa yang perlu dibeli?

Dalam banyak-banyak orang (termasuk anda), berapa banyak yang fikir tentang agama? Berapa banyak yang sedar, apakah kerja sebenar mereka (kerja sebenar kita adalah menyebar agama Allah SWT, iaitu sama dengan kerja Nabi Muhammad SAW) dan untuk apa kita hidup?

Minum susu - pergi sekolah - ambil diploma - dapat kerja - beli kereta - kahwin - beli rumah - dapat anak - dah pencen - tua - mati - lepas tu?

Friday 13 July 2012

Kereta pun kena mandi

Esok saya dan family akan ke Port Dickson aka PD untuk Family Day anjuran Mahkamah KL. Walaupun PD tak lah menarik sangat tempatnya sebab pantainya yang kotor sebab berhampiran dengan pelabuhan, tetapi itu tak penting, yang penting dapat bercuti dengan family setelah sekian lama masing2 sibuk dengan hal masing2.. Hehe

Kereta yang bakal saya drive esok ini perlulah di mandikan juga sebab kalau dia kotor, nak naik pun takde selera.. Huhu..

Car wash kt Batu Muda ni dia charge RM8 untuk basuh luar dan dalam kereta. Dah lama kereta ni tak wax dan polish.. Nak buat dia, agak mahal dalam RM180 kalau tak silap..

Coklat Kurma

Baru first time dapat makan coklat kurma yang saya beli dekat dengan Menara TM di Bangsar.

Rasanya sangat sedap dan anda tidak perlu bimbang sebab tiada biji kurma di dalamnya. Ini coklat yang murah sebab tu dia jual murah.

Kalau anda nak coklat kurma yang paling sedap dan sangat ekslusif, anda boleh jumpa di Bangsar Shopping Centre. Kedai dia pun sangat menarik. (Sorry tak sempat capture pic kedai dia)

Saya pasti, siapa jual coklat kurma ni pada bulan Ramadhan, pasti laku!
Your Sincerely, Firdaus Kasim (0176364629)

Tuesday 26 June 2012

Lindungi Diri Anda Dengan Takaful Ikhlas

Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya membeli polisi takaful insurans di Takaful Ikhlas. Lepas ni jika berlaku sebarang kemalangan yang melibatkan kos perubatan yang tinggi, saya tidak perlu risau lagi akan kos tersebut kerana pihak Takaful Ikhlas akan membiayai kos perubatan hospital.

Kos perubatan semakin tinggi wooo!!
Kesedaran tentang perlindungan diri dengan insurans ini saya peroleh apabila pihak Takaful Ikhlas telah membuat taklimat di Politeknik Ungku Omar semasa saya menuntut di sana dahulu. Saya telah berkenalan dengan Kak Rubi di sana dan bila dah 2 tahun habis graduate, baru saya tergerak untuk beli insurans dan saya telah menghubungi beliau untuk uruskan polisi.

Bayangkan jika anda tidak memiliki insurans. Jika anda menghadapi kemalangan sehingga menyebabkan anda lumpuh, di manakah anda ingin mencari sumber pendapatan untuk menyara kehidupan anda sepanjang anda lumpuh? Mungkin keluarga anda dapat menampung perbelanjaan, tetapi tidak untuk 20 tahun misalnya. Jika anda melanggan takaful, anda akan mendapat sejumlah 'claim' mengikut polisi yang anda langgan.

Buat permulaan masa bujang ni, saya hanya beli polisi yang bayar bulan-bulan RM80 sahaja dan saya berhasrat untuk menambah jumlah polisi apabila saya sudah berkeluarga kelak (InsyaAllah)

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang takaful ini, anda boleh hubungi nama yang tertera di bawah, mereka akan menerangkan pada anda dengan lengkap sekali!

Cik Rabiatul Adawiyah : 013-347 2744
Cik Khairiah : 019-253 2051
Pn Sue : 019-368 7430

Pada post akan datang saya akan terangkan apa beza takaful dengan insurans. 

Kalau sepanjang anda hidup anda tak ada kemalangan, bertambahlah duit persaraan anda.. kaya2

Monday 18 June 2012

Jual Quran Tapi Tak Pakai Tudung

Rasa janggal bila tengok orang tu yang menjual Quran Digital tapi tak pakai tudung dan pakai baju ketat. Nampak sangat dia hanya mengejar untung dunia sahaja tanpa mengambil kira apa yang dia jual tu sebenarnya amat mulia bagi kita.

Gambar hiasan
Tahun lepas saya juga ternampak ada segelintir orang yang menjual telekung di bazar Aidilfitri di Jalan Tunku Abdul Rahman tapi tak pakai tudung. Rasa ada sesuatu tak kena bila nak beli. Tapi ada juga yang beli. Kalau dia tutup aurat dengan sempurna, pasti akan lebih ramai orang yang akan membeli sebab sejuk je mata bila pandang pada penjual tersebut yang tutup aurat dengan SEMPURNA.

Dunia2.. Jauhilah aku dari fitnah dunia dan fitnah perempuan

Wednesday 13 June 2012

Ubat Terbaik Untuk Sihat

Baru-baru ini ada seseorang menawarkan saya untuk membeli produk kesihatan berasaskan minuman sambil dapat membuat duit melaluinya (MLM). Produk ini menjanjikan kesihatan yang baik di mana kita dapat lihat hasilnya dalam tempoh masa yang panjang.

Tidur mengiring kanan dan mengadap kiblat adalah sunnah
Ya, produk sebegini memang di akui baik untuk menjaga kesihatan dan kelihatan minda di mana telah terbukti pada orang yang telah mengamalkannya. Di sebabkan harga nya yang terlalu mahal, saya tidak dapat beli buat masa ini. 

Bagi saya, ubat yang terbaik dan termurah untuk mengekalkan kesihatan yang baik ialah dengan mengamalkan sunnah Nabi SAW dari bangun tidur sehinggalah hendak tidur semula. Setiap pergerakan dan tingkah laku Rasulullah ada sebab yang membawa manfaat kepada keadaan fitrah manusia.

Contohnya, Nabi SAW akan mendahului makan buah-buahan terlebih dahulu sebelum menjamah makanan yang lain. Hal ini penting untuk menjaga kesihatan perut. Banyak lagi sunnah Nabi SAW yang perlu di ikuti oleh umat Islam.

Jika kita amalkan Sunnah Nabi SAW, bukan sahaja kita akan mendapat kesihatan yang baik, malah yang paling penting kita dapat pahala yang besar. Jadi, sebelum melakukan sesuatu perkara, kita perlukan utamakan agama Allah SWT. InsyaAllah.

Monday 11 June 2012

Tips Menarik Pelanggan

Jika saya datang ke kedai untuk membeli barang, saya lebih suka promoter kedai datang kepada saya dan bertanya barang apa yang hendak di cari. Selain menjimatkan masa tak perlu pusing satu kedai untuk cari barang, ia juga membuatkan pelanggan seperti saya rasa di hargai dan akan rasa gembira.

Saya yakin anda juga pasti berpendapat seperti saya. Kepada para penjual, layanlah pelanggan anda sebaik yang mungkin dengan memberi senyuman dan berbudi bahasa. Saya pasti mereka akan datang kepada anda untuk membeli lagi dan ia akan mewujudkan pelanggan tetap.

Sedikit perkongsian saya jika menjadi sebagai seorang pelanggan :)

Langkah Kanan

Pensyarah saya pernah bagitahu, antara sebab orang melayu gagal dalam perniagaan ialah kerana mereka cepat berputus asa. Lepas dah buka kedai contohnya, bila customer dah semakin kurang, mereka akan gulung tikar.

Sepatutnya, kena fikir cara lain menarik pelanggan sambil tidak berputus asa. Seribu langkah bermula dengan langkah pertama. Apa tahap yang telah anda capai sekarang? 

Saturday 9 June 2012

Cover Photo Timeline Facebook Paling Gempak

Semasa hendak buat cover photo timeline facebook, pening kepala saya memikirkan nak letak gambar apa. Kalau boleh nak buat cover photo yang paling gempak dan lain dari yang lain. Jadi, saya telah search image google dengan carian 'most amazing cover photos for facebook' untuk mencari ilham dan disini saya ingin berkongsi dengan anda 5 photo terbaik yang saya pilih. 

1. Photo seperti ilusi optik ni paling gempak
2. Hujan turun memang kreatif!
3. Nampak real dan kreatif tapi gambar kecil tu kena bagi nampak tangan.. baru gempak!
4. Simple tapi pasti membuatkan orang teruja sebab sangat kreatif.

5. Ni cover photo timeline facebook saya.. boleh masuk top 5 tak? hehe! 
Nak buat cover photo tak susah, cuma idea yang kreatif tu paling susah sangat! haha.. Kalau anda ada idea nak buat cover photo yang kreatif tapi tak tahu nak buat macam mana, bolehlah contact saya supaya saya dapat buatkan.. Kalau free kena ada caption macam 'Design by firdauskasim.com'. Kalau yang berbayar saya charge RM15 sahaja.

Monday 4 June 2012

Apa Yang Anda Yakin Selama Ini?

Saya sebagai umat Islam perlu yakin : 
  1. Bukan majikan saya yang bagi rezeki, yang bagi rezeki ialah Allah SWT
  2. Bukan ubat yang bagi sembuh, yang bagi sembuh ialah Allah SWT
  3. Bukan dengan joging setiap petang bagi saya sihat, yang bagi sihat ialah Allah SWT
  4. Bukan dengan naik kereta saya lebih selamat berbanding naik motor di jalanraya, yang bagi selamat ialah Allah SWT
  5. Bukan dengan muka handsome yang menyebabkan saya lulus interview kerja, yang bagi kerja ialah Allah SWT
  6. Bukan dengan gaji yang saya dapat saya dapat beli kereta, yang bagi kereta kepada saya ialah Allah SWT
  7. Bukan dengan pergi holiday ke Bali dapat beri ketenangan kepada saya, yang bagi ketenangan ialah Allah SWT
  8. Bukan dengan pakai pencuci muka yang menyebabkan kulit saya cantik, yang bagi cantik ialah Allah SWT
  9. Bukan kipas atau aircond yang bagi sejuk, yang bagi sejuk ialah Allah SWT
  10. Bukan makanan yang bagi saya kenyang, yang bagi kenyang ialah Allah SWT
Kesimpulannya, sebelum buat sesuatu, bacalah :

Wednesday 30 May 2012

Exabytes, MOLPay ink easy payment pact


Web-hosting provider, Exabytes Network Sdn Bhd has forged a partnership with MOLPay Sdn Bhd to provide fast, easy and
affordable online payment gateway systems for e-commerce set ups at Easy.my.

Easy.my is hosted on Exabytes’ system and provides an integrated platform where it automates and streamlines the back office processes to enable merchants and customers to more effectively manage orders, inventory, accounting as well as marketing.

It is currently the nation's largest 'virtual' mall with over 6,000 registered merchants. 

Chan Kee Siak, chief executive officer and founder of Exabytes, said the partnership between Exabytes and MOLPay would increase new merchant applications as well as boost the number of transactions of more brick-and-mortar retailers and merchants into the virtual realm of online e-commerce.

"Exabytes expects to grow our merchant list to at least 10,000 by year end at Easy.my and I believe that the ease of incorporating a secure, online payment capability will encourage more traditional retailers to move full-fledged into the cashless and digital e-commerce model," he told a press
conference here today.

Chan said MOLPay offered special package to Exabytes customers at zero setup fee. The payment methods include multiple secured payment gateways integration which accepts manual bank transfers, online bank transfers and credit cards.

"With MOLPay’s partnership in Malaysia, we are confident that Exabytes can contribute to the development of the local e-commerce scene.

"Exabytes will continue to partner with the right technology vendors to ensure that our 55,000 customers worldwide, will always have the best functionalities upgrade options to improve their website to higher standards," he said.

Meanwhile, MOLPay's chief executive officer Eng Sheng Guan, said "Setting up a retail website is insufficient. More and more retailers are looking to have a proper and secure online transaction system to encourage direct payment immediately upon online purchase by their customers.

"MOLPay provides this end of the solution very easily for Exabytes and its Easy.my merchants." -- Bernama

Read more: Exabytes, MOLPay ink easy payment pact http://www.btimes.com.my/articles/20120522154409/Article/#ixzz1wLlACjvc

Thursday 10 May 2012

Simpanan ASB Atau Tabung Haji?

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana saya telah mendapat pekerjaan yang tetap. Alhamdulillah, dengan rezeki yang Allah SWT limpahkan, saya mampu memiliki sebuah kereta untuk kemudahan keluarga saya untuk bergerak. Jadi, mula lah saya berfikir tentang perancangan masa depan. Mula lah saya berfikir untuk kumpul duit untuk belanja kahwin nanti dan duit selepas kahwin. :)

Apabila kita sudah ada cashflow atau aliran tunai, maka kita perlu menyimpan sekurang2nya 20% daripada gaji kita. Cara yang terbaik untuk simpan ialah simpan ditempat yang kita tak boleh keluarkan simpanan kita sesuka hati. Berkenaan masalah di atas, saya dapati ada 2 cara yang biasa dilakukan iaitu melakukan simpanan (sambil melabur) di ASB atau Tabung Haji.

Dividen di ASB lebih tinggi berbanding di Tabung Haji. Tetapi kelebihan simpan di Tabung Haji ialah apabila kita mendeposit duit ke TH, mereka akan menguruskan zakat untuk kita. Jadi kita tak perlu memeningkan kepala memikirkan pasal zakat yang menjadi salah satu Rukun Islam kerana mereka telah menguruskannya.

Kepada yang berpengalaman, saya memerlukan nasihat anda, mana yang lebih bagus untuk membuat simpanan? di ASB atau Tabung Haji?

Friday 27 April 2012

Tuesday 17 April 2012

Hard Disk 5gb

Anda harus berhati-hati ketika membeli di mana-mana PC Fair. Belilah barangan yang berjenama dan mahal supaya anda berpuas hati. Kalau beli murah sangat, ini lah yang anda dapat : Beli hardisk 500gb tapi dapat skru dan pendrive sahaja.. haha.. 

Sunday 15 April 2012

Rahsia Mendapat Kulit Wajah Cantik


<Post iklan oleh Qma Shop>

Kecantikan Kulit Wajah Dengan NOREFAL VITAMIN E, DERMAFAL, GLUTAMAX & 100% PURE COLLAGEN

Adakah anda memiliki kulit yang..

KERING atau BERMINYAK??
banyak BLACKHEAD?
KUSAM?? GELAP? dan TAK BERSERI??
ada JERAWAT dan PARUT JERAWAT??
TONA KULIT tak sekata??
KULIT NAMPAK AGAK BERKEDUT / DAH NAMPAK LEBIH TUA DARIPADA USIA SEBENAR??
dan ada PIGMENTASI?

Nak dapatkan kulit seperti yang anda idamkan? guarantee!! dah terbukti dan telah digunakan oleh ramai wanita di luar sana!

Produk yang dimaksudkan adalah NOREFAL VIT E dan DERMAFAL..



NOREFAL VITAMIN E made from Swiss Switzerland, HALAL dan telah mendapat kelulusan dari KKM. Produk ini tidak memberi kesan negatif ke atas kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Norefal telah memeranjatkan ramai pengguna dengan keberkesanannya, bukan sahaja dapat melicinkan wajah, memberi warna kulit yang sekata, memudarkan parut jerawat, menghilangkan jeragat, menganjal dan mencerahkan kulit malah kulit akan cantik berseri hanya dalam masa seminggu!

Order sekarang sebelum kehabisan untuk dapatkan kulit yang sekata, halus, mulus, cerah, gebu dan awet muda.. 2,3 hari pakai dah nampak kesan, 2,3 bulan makin menawan, 2,3 tahun??boleh beli 10, 20 atau 30caps dulu untuk test pada kulit. pasti tak menyesal!!


**********************************************************
Memperkenalkan 3 produk baru di pasaran, DERMAFAL yang juga adik-beradik dengan NOREFAL Vit E Softgel..
Ada 3 warna untuk membezakan function/benefit dermafal ni..

Warna Oren - For Whitening
Warna Kuning - For Firming
Warna Pink - For Moisturizing

Nak tahu mana yang paling BEST??


NOREFAL & DERMAFAL adalah produk luaran, bukan untuk dimakan ya.. untuk dalaman pula boleh ambil GLUTAMAX dan PURE COLLAGEN

Glutamax mengandungi 3500mg reduced l-glutathione untuk memutihkan kulit, menghilangkan jerawat dan jeragat, menggebukan dan menghaluskan kulit wajah dan juga badan.

Kesan dapat dilihat seawal minggu pertama dan kulit akan menjadi lebih gebu dan putih kemerah-merahan. Kesannya adalah dijamin!

* POTENSI PEMUTIHANNYA ADALAH 5X GANDA DARIPADA JENAMA GLUTATHIONE LAIN!


**********************************************************
100% PURE COLLAGEN ini adalah kolagen mentah.. 100% asli dan belum diproses.. memang tiada campuran bahan2 lain.
Ia bukan dalam bentuk serbuk tetapi adalah tumbuhan marin yang telah dikeringkan kaya dengan kolagentiada bahan kimialangsung..
Tiada side effect yang buruk melainkan kulit makin licin, cerah, tegang dan cantik..

Thursday 12 April 2012

Tips Perkahwinan

Awal bulan lepas kakak kedua saya telah melangsungkan majlis perkahwinan di mana dalam adik beradik, kakak kedua saya itulah orang pertama yang berkahwin. Dalam bulan 5 ni, kakak sulung saya pula akan melangsungkan majlis perkahwinan. Tinggallah saya dan adik.. Nanti dalam majlis bulan 5 tu, confirm ramai akan tanya kepada saya "Kau bila lagi nak kahwin"? dan jawapan yang sama juga akan saya bagi "hehe! nak kahwin mcmana? gf pun x de lagi.. hehe". Yup, saya masih lagi bujang a.k.a teruna, saya tidak terburu2 mencari gf kerana saya percaya kalau ada jodoh, tak kan ke mana. Semuanya Allah SWT dah tetapkan. Lagipun, saya bukan sekadar mencari gf, tetapi lebih kepada mencari bakal isteri yang solehah :)


Kebahagiaan hanya dalam agama, kecantikan dan kekayaan juga mungkin boleh bagi kebahagiaan, tetapi ia lebih bersifat sementara. Sebab itu, bila nak cari bakal isteri/suami, agama perlu diutamakan seperti tips-tips perkahwinan yang diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus (sumber : Facebook). Sila ikuti tips-tips perkahwinan seperti di bawah :



KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.


KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.


KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.


KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana
anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf
apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.


KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.


SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.


KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.


KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%


KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.


KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.


KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.


KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit
secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.


KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Sunday 8 April 2012

Hardisk Tak Dapat Detect

Malam semalam saya pergi Low Yat untuk membeli Internal Hard Disk. Internal Hard Disk dan External Hard Disk adalah berbeza, di sebabkan saya dah ada casing Hard Disk, maka saya hanya perlu membeli Internal sahaja (rujuk gambar). Hard Disk brand Toshiba 500GB ni saya beli pada harga RM255 (selepas tawar menawar).

Bila sampai rumah, saya terus masukkan Hard Disk ni dalam casing dan terus sambungkan ke USB Port pada laptop. Malangnya, laptop saya tidak dapat detect Hard Disk pada Computer, sebaliknya ia berada di bahagian 'Storage and Devices' pada laptop saya.

Jika anda mengalami nasib yang sama seperti saya, sila klik sini untuk setting pada laptop anda supaya hard disk tersebut dapat berada di bahagian computer, bukan pada storage and devices. Atau sila rujuk tutorial di bawah yang telah saya susun berdasarkan sumber tersebut :

Tutorial Cara Initialize external disk :

  1. Right Click pada My Computer dan pilih Manage
  2. Cari dan pergi pada bahagian Disk Management (di bahagian bawah Storage)
  3. Hard Disk anda akan tersenarai di bahagian bawah (contoh Disk 05) dan di situ ada tulis 'Not Initialized'
  4. Right Click pada icon Disk yang ada tulis Not Initialized tersebut
  5. Pilih Initialized.
  6. Selepas beberapa saat, right klik pada bahagian putih dan pilih Formating Option dan pilih Ready for Use atau Format.
Diharapkan anda berjaya melakukannya. Jika tidak berjaya, sila klik sini untuk tutorial penuh.

Wednesday 21 March 2012

Tutorial Bagaimana Menghargai Orang

Daniel dan Fadhil merupakan kawan karib yang tak seberapa karib :P Fadhil sering menolong Daniel dalam banyak perkara dan dia tidak lokek ilmu mengajar Daniel subjek Matematik Tambahan. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, mereka belajar dalam satu kelas yang sama. Daniel, bagi Fadhil, ada dia, macam tiada (tak banyak manfaat untuk Fadhil). Tetapi Fadhil tidak kisah, selagi dia boleh tolong, dia akan lakukannya.

Situasi 1
Setiap hari Sabtu pada waktu 10 pagi, Daniel akan menyuruh Fadhil datang ke Perpustakaan Awam yang berada bersebelahan rumah Daniel untuk mengajar dia Matematik Tambahan. Fadhil datang dengan sukarela walaupun jarak Perpustakaan Awam tersebut berada 20 minit perjalanan dari rumah Fadhil. Dan Fadhil pun mengajar Daniel.

Situasi 2
Setiap hari Sabtu pada waktu 10 pagi, Daniel akan menyuruh Fadhil datang ke Perpustakaan Awam yang berada bersebelahan rumah Daniel untuk mengajar dia Matematik Tambahan. Fadhil datang dengan sukarela walaupun jarak Perpustakaan Awam tersebut berada 20 minit perjalanan dari rumah Fadhil. Dan Fadhil pun mengajar Daniel. Setiap kali selepas selesai belajar Matematik tambahan dengan Fadhil, Daniel berjanji akan bagi RM10 sebagai upah untuk susah payah Fadhil datang dari jauh untuk mengajar dia Matematik Tambahan.

Situasi 3
Setiap hari Sabtu pada waktu 10 pagi, Daniel akan menyuruh Fadhil datang ke Perpustakaan Awam yang berada bersebelahan rumah Daniel untuk mengajar dia Matematik Tambahan. Fadhil datang dengan sukarela walaupun jarak Perpustakaan Awam tersebut berada 20 minit pejalanan dari rumah Fadhil. Dan Fadhil pun mengajar Daniel. Setiap kali selepas selesai belajar Matematik tambahan dengan Fadhil, Daniel berjanji akan bagi RM10 sebagai upah untuk susah payah Fadhil datang dari jauh untuk mengajar dia Matematik Tambahan, bukan itu sahaja, Daniel pasti akan belanja Fadhil makan tengahari.

Pada pendapat anda, Mana satukah situasi yang pasti membuatkan Fadhil berasa gembira? Jika anda berada di tempat Fadhil, mana satu kah situasi yang anda suka? Pasti situasi 2 dan 3 kan?

Semua orang suka di hargai, jadi, jangan sia-siakan kawan-kawan yang selalu di samping anda, hargailah mereka kerana semua orang suka dihargai. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim