Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Thursday, 12 April 2012

Tips Perkahwinan

Awal bulan lepas kakak kedua saya telah melangsungkan majlis perkahwinan di mana dalam adik beradik, kakak kedua saya itulah orang pertama yang berkahwin. Dalam bulan 5 ni, kakak sulung saya pula akan melangsungkan majlis perkahwinan. Tinggallah saya dan adik.. Nanti dalam majlis bulan 5 tu, confirm ramai akan tanya kepada saya "Kau bila lagi nak kahwin"? dan jawapan yang sama juga akan saya bagi "hehe! nak kahwin mcmana? gf pun x de lagi.. hehe". Yup, saya masih lagi bujang a.k.a teruna, saya tidak terburu2 mencari gf kerana saya percaya kalau ada jodoh, tak kan ke mana. Semuanya Allah SWT dah tetapkan. Lagipun, saya bukan sekadar mencari gf, tetapi lebih kepada mencari bakal isteri yang solehah :)


Kebahagiaan hanya dalam agama, kecantikan dan kekayaan juga mungkin boleh bagi kebahagiaan, tetapi ia lebih bersifat sementara. Sebab itu, bila nak cari bakal isteri/suami, agama perlu diutamakan seperti tips-tips perkahwinan yang diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus (sumber : Facebook). Sila ikuti tips-tips perkahwinan seperti di bawah :



KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.


KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.


KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.


KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana
anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf
apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.


KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.


SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.


KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.


KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%


KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.


KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.


KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.


KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit
secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.


KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

1 comment:

pameran pengantin said...

Berkahwin untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim