Entri ini adalah sambungan daripada entri bertajuk 10 Tempat Terbaik Promosikan Entri dan Kuasa Facebook dan Twitter Dalam Blog. Sila klik jika anda tidak membacanya lagi. Saya percaya, kuasa facebook fan page adalah lebih hebat berbanding forum.
Percaya atau tidak, anda sebenarnya boleh menjadi blogger yang dikenali ramai jika aktif di dalam fan page Facebook. Aktif disini bermaksud anda selalu share wall post sama ada berkongsi entri terbaru atau status terbaru dan anda juga selalu memberi komen terhadap wall post blogger lain.
Bayangkan jika di fan page Facebook itu mempunyai 5000 orang ahli, maka pada satu-satu masa, sekurang-kurangnya beratus-ratus ahli fan page dari seluruh Malaysia akan melihat entri anda di wall post fan page tersebut. Kalau anda rajin komen, maka semakin ramai yang akan mengenali anda.
Disini saya senaraikan beberapa Fan Page Facebook yang popular mengikut ranking. Sila tekan butang like dan aktiflah share wall post di sana ya.
- Sahabat Blogger
- Kongsi Link Belog
- Kami Si Blogger
- Blogger Malaya
- Kaki Blogger
- Blogger Terhebad
- Blogger Malaya
- Kelab Blogger (Ben Ashaari)
- Kelab Blogger Tegar Malaya
- Famili Blogger
Sesiapa ada nak tambah, sila bgtau ya?