Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Tuesday 8 October 2013

Tips dan Panduan Memilih Pasangan Hidup

Islam sangat melarang lelaki berfoya-foya dengan wanita. Pergaulan antara lelaki dan wanita ada batasnya. Jika seseorang lelaki itu ada keinginan terhadap seorang wanita, maka dia hendaklah masuk meminang dan berkahwin.

Langkah itu bukan sahaja membawa kepada pahala kerana mengikut sunnah Nabi SAW, tetapi juga mengelakkan dirinya daripada keburukan dan maksiat.


Hentikanlah amalan membawa wanita yang bukan muhrim ke sana sini dengan niat suka-suka kerana ia bukan sahaja berdosa tetapi juga menjatuhkan kemuliaan pada diri dan keluarga masing-masing. Apatah lagi apabila hubungan berkenaan dengan sekadar suka-suka, tidak membawa kepada pernikahan.

Pengharaman ini wajar kerana kesan dari melanggar larangan tersebut akan terbawa-bawa kepada zuriat nanti. Allah sangat mengharapkan lahir dari zuriat itu, mereka yang baik dan cergas.

Hadis Rasulullah saw ada menerangkan bahawa baginda benci kepada orang yang suka membujang sampai ke tua. Berkahwin adalah sunnah Rasulullah saw, dan baginda akan berbangga dengan umatnya yang ramai di akhirat kelak.

Namun demikian untuk mendirikan rumahtangga berbagai-bagai persediaan yang perlu disiapkan sebagai bekalan dan jambatan untuk meniti alam berumahtangga.

Ada beberapa persoalan yang perlu kita tanya pada diri sebelum memilih seseorang sebagai pasangan hidup. Islam menegaskan pilihan hendaklah berasaskan kepada yang kuat berpegang kepada agama dan berakhlak mulia serta mempastikan samada sudah dipinang atau belum dan berbagai-bagai lagi.

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

 "Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, kerana boleh jadi mereka akan merugikan. Dan jangan kerana hartanya, kerana boleh jadi mereka akan mendurhakai. tetapi kahwinlah kerana agamanya. Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam yang pecah hidungnya tapi beragama adalah lebih baik."

Baginda bersabda lagi yang maksudnya:

"Barangsiapa berkahwin akan perempuan kerana hartanya dan elok rupanya nescaya diharamkan akan hartanya dan elok rupanya yakni ditegahkan akan hartanya dan eloknya, dan barangsiapa yang berkahwin akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah swt akan dia akan hartanya dan eloknya."

Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa Rasulullah saw menegaskan kepada kaum lelaki supaya memilih calun isteri orang yang beragama serta berakhlak mulia, kerana bila isteri itu kuat beribadah akan membuahkan akhlak yang mulia maka rezeki dan hartanya dimurahkan Allah swt.

Tanda-tanda seseorang wanita itu baik maruah dan akhlaknya antaranya ialah:

  1.  Berakhlak dengan Allah seperti tekun dan bersungguh-sungguh beribadah. Sabar dalam menempuh kesusahan (ujian) daripada Allah dan dalam mengerjakan perintah-perintahnya, sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah, tenang dalam menerima ketentuan Allah serta banyak mengingati Allah swt.
  2. Tumpuan hatinya ialah untuk memperbaiki akhlak, mengurus rumahtangga dengan baik, memelihara ibadah dan menjaga hubungan dengan manusia.
  3. Berakhlak dengan ibubapa, memuliakan mereka serta membantu dan menyenangkan mereka. Sentiasa berusaha mengajak keluarga kepada kebaikan dan keredhaan Allah swt.
  4. Baik pergaulannya sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling. Tidak mengganggu dan menyakiti mereka, malah membantu dan memudahkan mereka dengan apa cara yang termampu.
  5. Mentaati suaminya, redha dengan pemberian suami, melayan suami dengan baik, bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan, menjaga aurat atau kehormatan diri dan memelihara maruah suami. 




Disunatkan pula memilih gadis yang terdiri dari keturunan yang kuat agama, anak cucu orang alim dan soleh. Seseorang wanita yang kuat agama memiliki sifat-sifat kemanusiaan, berbudi pekerti tinggi.

Di sinilah letaknya realiti seorang wanita. Seorang wanita yang mempunyai sifat-sifat kewanitaan yang tulin maka itulah keistimewaan dan kecantikan yang hakiki. Rasulullah saw sendiri ada menerangkan bahawa seorang lelaki yang beristeri wanita solehah bererti dia telah mendapat satu nikmat Allah yang besar. Keterangan ini terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Abbas r. a:

"Empat jenis, sesiapa yang diberi keempat-empatnya bermakna dia telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu syukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa raga yang sabar dengan ujian dan isteri yang tidak melakukan dosa serta tidak menzalimi suaminya."

Hikmah memperolehi wanita yang terdidik di dalam golongan keluarga yang soleh ini telah jelas dinyatakan sebahagian daripada sifat-sifatnya oleh Rasulullah saw:

"Tidak perlu bagi seorang Mukmin setelah ianya bertaqwa kepada Allah, sebaik-baik keperluan baginya ialah seorang isteri yang solehah, jika suami melihat kepada isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya dan jika suaminya tiada di rumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya."


Demikianlah di antara kelebihan yang diperolehi oleh seorang suami jika ia memiliki isteri yang solehah.

Islam menggalakkan mengahwini wanita-wanita asing daripada keluarga terdekat untuk meluaskan hubungan kekeluargaan dan mngukuhkan persaudaraan Islam.

Risiko dari perkahwinan sanak saudara akan melahirkan anak-anak yang tidak sihat dan lembab otak. Tujuan digalak berkahwin dengan orang yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan supaya dapat melahirkan anak-anak yang sihat, bertenaga, cantik dan pintar.

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

"Janganlah kamu nikahi wanita-wanita kerabat terdekat, maka sesungguhnya anak yang bakal lahir nanti berakhlak lemah fikiran dan akal."

Rasulullah saw menyatakan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan isteri berbanding dengan janda.

Rasulullah saw bersabda:

"Kahwinlah para gadis kerana sesungguhnya, mereka itu menarik tutur bahasanya, bersih rahimnya (mampu berzuriat), kurang dalihnya dan mudah meredhai kerjanya."

Rasulullah saw menekankan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan isteri kerana setiap perkahwinan berkehendakkan sesuatu hasil penguniaan anak yang soleh dan solehah.

Untuk melaksanakan tugas yang mulia ini maka perlulah seorang lelaki itu mengkaji secara terperinci terlebih dahulu bakal isterinya agar dapat melahirkan anak dan tidak ada sebarang keuzuran yang boleh menghalangnya dari mengandung dan bersalin.

Bagi mengetahui sifat-sifat kesanggupan gadis itu, pada umumnya boleh dijadikan ibunya sebagai perbandingan. Seandainya ibunya mempunyai ramai anak, pada kebiasaannya gadis itu pun akan mewarisi ibunya, tetapi tidak semua tanggapan ini benar, kadang-kadang mengikut baka dirinya pula.

Apabila ramai zuriat, semakin kukuhlah ummah dan teruslah tertegaknya daulah Islamiah. Membiak zuriat bertambah seri, erat dan bahagianya sebuah rumahtangga di mana wujud ketenangan jiwa hasil kasih saying antara kedua suami isteri. Rasulullah saw, begitu kuat menekankan supaya setiap lelaki memilih calun isterinya yang ramai anak, sebagaimana sabda baginda:

"Kahwinlah perempuan-perempuan yang keturunan banyak anak, sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya umatku di hadapan para Nabi pada Hari Kiamat nanti." 


Begitulah penekanan Rasulullah saw ke atas umatnya, baginda bangga dengan umat yang ramai kerana di situlah letaknya kekuatan agama Islam.

Diharamkan seseorang lelaki memilih seseorang wanita yang telah dipinang saudaranya, kerana bererti ia menyerang hak dan menyakiti hati peminang pertama, memecah belah hubungan kekeluargaan dan mengganggu ketenteraman. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

"Orang mukmin satu dengan lainnya bersaudara, tidak boleh ia membeli barang yang sedang dibeli saudaranya, dan meminang pinangan saudaranya sebelum ia tinggalkan."

Islam juga mengutamakan wanita yang masih gadis untuk dipadankan dengan lelaki yang muda belia, sebab itulah disunatkan memilih gadis.

Walau bagaimana, terdapat pula keadaan tertentu apabila janda pula menjadi yang utama. Misalnya, untuk menyelesaikan masalah perlindungan kepada janda dan anak-anak.

Islam turut menghormati taraf kedudukan seseorang, sebab itulah pemilihan pasangan hidup hendaklah juga mengambil kira taraf atau sekufu. Firman Allah swt yang bermaksud:

"Lelaki yang berzina tidak boleh berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina juga atau perempuan musyrik. Dan perempuan yang berzina tidak boleh dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina juga ataupun lelaki yang musyrik. Yang demikian itu haram terhadap orang yang beriman."

"Wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat adalah untuk wanita-wanita yang jahat, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik."

Ayat di atas patut menjadi iktibar, terutama kepada para lelaki dan wanita yang ingin berkahwin. Kepada yang sudah berumahtangga, ambillah iktibar ini dan muhasabah kepada diri kita kembali apabila menghadapi masalah dalam rumahtangga dan mengapa Allah swt pertemukan jodoh kita dengan pasangan kita sekarang.


Hayati video ringkas di bawah mengenai konsep 'couple' : 


Sumber : Halaqah.net

Sunday 30 June 2013

Cara Berkesan Mencantikkan Kulit

Assalamualaikum. Semua sedia maklum bahawa setiap hari kita didedahkan dengan keadaan udara yang tidak sihat akibat kadar pencemaran yang makin lama makin merosot sehingga menyebabkan kulit kita makin lama makin hilang seri dan akibat faktor-faktor lain yang merosakkan tona warna kulit. Maka anda perlu mengambil supplement atau menggunakan produk yang sesuai dan berkesan untuk mengekalkan dan menambahbaikkan kecantikan kulit sedia ada. Disini saya mencadangkan satu produk yang berkesan mencantikkan kulit  iaitu produk kecantikan kulit RED POMEGRANATE



Red Pomegranate L-GLUTATHIONE Moist Whitening Lotion SPF50++
BEST SELLER!! RECOMMENDED!

Red Pomegranate Whitening Lotion ini adalah version paling terbaru menggantikan Red Pome 120g dengan kandungan yg lebih lg dan tahan lebih lama 300g adalah pemutih tubuh instant dengan formula terbaru yg juga sekaligus mempunyai fungsi sebagai sunblock. Lotion ini didatangkan dengan pelindung sinar UV lebih tinggi SPF50 yang mampu menahan cahaya sinar matahari dari menembusi kulit. Red Pomegranate Whitening Lotion ini memberikan solution bagi mereka yang ingin menggunakan hand body lotion selain untuk mencegah kulit kering,melindungi dari sinar matahari juga memutihkan tubuh.

Kelebihan:
  • Menyembunyikan Jeragat & Lingkaran Gelap yg tak sekata.
  • Kesan pencerahan dpt dilihat dlm masa yang sangat singkat sbb kandungan L-Glutathione pekatan tinggi dan mudah diserap.
  •  100% original ekstrak red pomegranate lotion.
  • Didatangkan dengan haruman/wangian yg menyegarkan (strong scent/long lasting).
  • Lotion pemutih instant yang amat berkesan selepas 3-5 kali pemakaian sahaja sudah ternampak kesan, menjadikan kulit lebih cerah & glowing.
  • Pek tiub 300g tahan sehingga 2-3 bulan pemakaian
  •  Perlindungan UV yang tinggi SPF50
  • Boleh digunakan di seluruh bahagian badan.

Ekstrak buah red pomegranate (buah delima):
  •  Memutihkan kulit
  • Menghaluskan kulit tubuh
  • Merawat bekas jerawat dan parut
  • Membersihkan kulit wajah dan memperbaiki struktur kulit

L-GLUTATHIONE:
  • Mengecilkan liang pori-pori
  • Melembut dan melembab
  • Memberi glowing effect
  • Berkesan melindungi kulit dari kemerah-merahan & bintik2 hitam
  • Menghilangkan kulit kusam & menaikkan seri wajah
  •  Menyamaratakan tona kulit yg tidak sekata (uneven skin tone)
  •  Melindungi dan membantu mencerahkan kawasan gelap di badan seperti bawah lengan, celah peha dan lain-lain lagi...

Fungsi Utama:
  • Skin Lightening/Whitening 
  • Skin Moisturizing
  • Soften & Smooth Skin 
  • Skin Revitalizer 
  • Sunscreen

Facial function:
Skin care, sun block, Embellish skin, isolation, Concealer, shrinking pores, deep Whitening.

Body functions:
Whole body whitening, body suns block, whitening after-sun,soft and smooth skin, Beauty Leg, hand body lotion.

Disarankan pemakaian oleh individu:
-Berwajah & bertubuh/berkulit gelap akibat sinaran cahaya matahari.
-Individu lelaki/wanita yang berkerja diluar/outdoor/sports atau travelling.

Cara Penggunaan:
  1. Basahkan sedikit tempat yang ingin diaplikasikan lotion, supaya permukaan kulit sedikit supple.
  2. Sapukan sedikit amoun krim Whitening Lotion ke bahagian badan yg dikehendaki.
  3. Perlahan2 gosok bahagian badan yg telah disapukan lotion selama 15-20 minit.
  4. Biarkan sekurang-kurangnya 2-3 jam atau seharian.
  5.  Selepas itu basuh dengan air & lap sehingga kering.
  6.  Boleh juga disapu terus sebagai hand/body lotion/sunblock tanpa perlu dibilas.
  7. Ulangi pengunaan sebaik-baiknya selepas mandi semasa badan sedikit basah, 2-3 kali sehari untuk kesan maksima.
  8. Digalakkan pemakaian bersama-sama Red Pome Whitening Cleanser untuk kulit lebih LEMBUT, CERAH & BERSERI
Berat: 300g Per Tiub

RED POMEGRANATE CLEANSER: Sejak dulu sudah jadi rahsia para artis Korea untuk memutihkan dan melembutkan kulit mereka, sehingga boleh tampil putih, mulus, lembut dan berseri. Dipakai ketika mandi menggantikan sabun biasa, gosok dengan lembut dan biarkan selama 3-5minit sebelum dibilas! Kulit putih mulus berseri ala Song Hye Kyo sudah bukan mimpi lagi!

RED POMEGRANATE CLEANSER sudah teruji dan terbukti membuat kulit jadi lebih putih, lembut, mulus, berseri & wangi. Ini adalah benar-benar rahsia KULIT PUTIH, MULUS, BERSERI ala artis-artis Korea nih! Seminggu pakai saja sudah kelihatan bezanya!

KEHEBATAN RED POMEGRANATE WHITENING CLEANSER :
  • Mampu membersihkan sampai ke dalam pori-pori
  • Dapat digunakan pada tubuh dan wajah
  • MEMUTIHKAN dengan sempurna
  • Mengencangkan
  • Menghilangkan pori-pori yang besar 
  • Mengurangkan jerawat 
CARA PENGGUNAAN :
  • Ketika mandi, basahkan tubuh. Kemudian, oleskan whitening cleanser ke seluruh tubuh. Biarkan 3 - 8 minit (Jangan kena air dulu, gosok sesekali). Selepas itu, baru bilas dgn air.
  • Dipakai sebagai pengganti sabun mandi biasa.
  • Pakai seminggu sekali sahaja sudah mampu menampkan bezanya. Kulit akan jadi lebih PUTIH, LEMBUT, MULUS, GEBU & BERSERI.

SESUAI DIGUNAKAN :
  • Wajah dan badan
  • Lelaki dan wanita

Jika berminat whatsapp kami 0166919097 atau pm terus ke inbox.  Like juga page kami di https://www.facebook.com/pages/Red-Pomegranate-Whitening-Lotion-Cleanser/215260865289726?ref=hl

Thursday 25 April 2013

Akhirnya En Satan berjaya ditemui dalam kereta api! hehe!

Tuesday 9 April 2013

Kebun Dibakar Akibat Taksub Pilihanraya 2013

Jika ikut logik akal, sebenarnya bendera parti politk yang bertanding tidak perlu dipasang dengan banyak di satu kawasan atau tidak perlu langsung dipasang kerana bendera tersebut hari-hari kita boleh lihat di televisyen atau surat khabar. Akibat taksub memasang bendera parti politik yang bertanding di Pilihanraya 2013, tidak semena-mena sebuah kebun milik penduduk di Baling Kedah di bakar.

Ikut laporan daripada Sinar Harian, seorang pemilik kebun getah, dekat sini, kecewa setelah kawasan kebunnya dibakar gara-gara ada pihak cuba mendapatkan buluh dipercayai untuk persiapan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Basiroh Che Et, 59, dari Kampung Charuk Putih berkata, ratusan buluh muda yang sudah ditebang turut ditemui di kawasan kebunnya.

Menurutnya, dia yakin buluh berkenaan dijadikan tiang bendera parti politik.

"Sekarang ini memang musim cari buluh. Setiap buluh dibeli dengan harga RM1. Buluh ini akan dijual kepada orang politik untuk tujuan pemasangan bendera parti," katanya ketika ditemui di kebun getahnya di Kampung Becah Sawa, di sini, semalam.

Kejadian itu disedari beberapa hari lalu ketika Basiroh bersama anaknya, Faizah Isa, 29, ke kebun berkenaan untuk menoreh getah.

"Makcik terkejut tengok kebun terbakar. Dah bertahun makcik menoreh di sini, belum pernah lagi kejadian seperti ini berlaku," katanya.

Menurutnya, dia kesal kerana pihak terbabit bukan sekadar mencuri buluh, malah turut membakar kawasan kebunnya.

"Makcik tak tahu sebab apa mereka bakar kebun ini, tapi banyak pokok getah makcik rosak. Bukan itu saja, getah sekerap yang makcik tinggal dekat kebun ini pun turut terbakar," katanya.

Ibu kepada empat anak itu berkata, dia tidak marahkan mereka yang mengambil buluh, tetapi kesal kerana sanggup membakar kebunnya.

"Makcik tak kisah kalau nak ambil buluh, sekurang-kurangnya dapat cerahkan kebun makcik. Tapi, mereka kena minta kebenaran dulu, bukan main masuk saja.

"Selalu pemilik kebun akan minta 30 sen untuk sebatang buluh. Tapi, makcik tak kisah. Ambilah banyak mana pun, makcik tak kira duit. Tapi, kena ada cara, jangan masuk macam itu saja. Ini sampai bakar kebun makcik," katanya.

Katanya, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak tetapi berharap pihak berkenaan tidak lagi melakukan tindakan sedemikian.

"Kalau nak buluh, jumpa makcik elok-elok. Minta kebenaran, makcik bagi," katanya.
Thanks & Regards

Firdaus Kasim
Tel : 017-636 4629
Website : www.safira.com.my

Monday 8 April 2013

Sistem IT Israel Banyak Kelemahan

Seperti mana yang kita ketahui, bangsa Yahudi telah membina banyak inovasi dan teknologi yang canggih yang digunapakai diseluruh dunia. Di negara Israel sendiri, sudah tentu teknologi yang mereka hasilkan lebih canggih untuk memastikan mereka dapat menguasai bangsa-bangsa lain (Islam khususnya) pada masa depan.

Namun begitu, sistem IT mereka juga mempunyai kelemahan sehingga dapat digodam oleh hacker yang mengelar dir
mereka sebagai 'Annonymous Arab'. Ikuti laporan akhbar daripada sumber Sinar Harian ini

TEL AVIV - Beberapa laman web kerajaan Israel digodam oleh penyerang siber dikenali sebagai 'Annonymous Arab', semalam.

Sebuah laman web Israel yang mempromosikan 'Opisrael" sendiri telah digodam dan memainkan mesej anti-Israel semasa  laman web itu memainkan lagu kebangsaan Israel, 'Hatikvah'.

Sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai 'Annonymous Arab' berkata dalam sebuah video yang mereka muat naik di YouTube mengatakan yang mereka akan melakukan serangan melalui tiga fasa.

"Langkah yang kami mulakan sangat sistematik iaitu dengan menghapuskan entiti Zionis dari (dunia) internet," kata seorang lelaki bertopeng melalui YouTube.

'Langkah kedua, kami akan menggodam rancangan masa depan anda dan menunjukkan jenayah yang anda lakukan ke seluruh dunia," katanya.

"Dan langkah seterusnya ialah kami fikir inilah hadiah dari Annonymous kepada anda," katanya.

Laman web Knesset dan Agensi Pilihan Raya Israel turut digodam semalam.

Ketua Cyber Negara, Yitzhak Ben Yisrael berkata, penggodam tidak menyebabkan sebarang kerosakan ke atas infrastruktur penting negara itu.
Log in our website for more details
www.colourfulcard.com

Servis Blog Dan Blogshop Murah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hampir genap 4 tahun saya ber-blogging dan belajar banyak perkara tentang blog dan dalam tempoh itu saya telah membantu blogger baru mencantikkan blog mereka. Dalam blog ini juga saya telah sediakan pelbagai tutorial untuk mereka. Tidak terkecuali terdapat beberapa para peniaga yang telah mendapatkan servis saya untuk membina blogshop mereka. Alhamdulillah setakat ini tiada  kritikan negatif yang saya terima tentang servis yang saya tawarkan.

Biasanya harga yang ditawarkan untuk membina blog dan blogshop yang complete/sempurna ialah RM100. Harga ini sebenarnya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan penat lelah dan banyak masa dihabiskan untuk siap design selama 7 hari masa bekerja. 

Sempena ulangtahun 4 tahun saya menceburi dalam dunia blog, dengan berbesar hati saya ingin menawarkan servis buat blog dan blogshop complete pada harga RM79 sahaja. Sila lihat beberapa contoh blog dan blogshop yang pernah saya design :


http://www.safiraprintingservices.com/
http://www.colourfulcard.com/
http://fndprinting.blogspot.com/
http://panitiasejarahpesisiran.blogspot.com/
http://aqilkidzstore.blogspot.com/
http://cergasdansihat.blogspot.com/
http://www.imtiazdigital.com (sedang dalam pembikinan)



Blog yang cantik pasti akan memberi first impression yang baik kepada perniagaan anda selain dapat membina kredibiliti atau kepercayaan oleh pelanggan anda. Anda tidak perlu bazirkan berminggu-minggu untuk belajar membina blog perniagaan sendiri kerana dalam tempoh tersebut, anda boleh gunakan untuk buat marketing. 

Saya juga telah beritahu kepada pelanggan saya bahawa blog yang cantik tidak berguna jika mereka tidak buat promosi terhadap blog tersebut. 




Cara Untuk Menempah :

  1.  Sila hantar butiran blog perniagaan anda seperti maklumat perniagaan, cara pembayaran, produk, harga, faq, warna tema blogshop dan maklumat yang berkaitan ke emel firdauskasim89@gmail.com
  2. Anda juga perlu menghantar/attach gambar/logo perniagaan anda untuk dijadikan header. Sila hantar butiran yang selengkapnya ke emel tersebut.
  3. Selepas mendapat emel anda, saya akan beri quotation/sebut harga untuk butiran harga dan langkah seterusnya untuk lakukan bayaran.
  4. Untuk pengetahuan anda, tempoh masa untuk siap blogshop ialah 7 hari masa bekerja. Saya boleh edit design blog jika ada bahagian tertentu pada blog yang tidak menepati citarasa anda. Servis selepas design ini hanya sah untuk tempoh 2 minggu sahaja.
Jika anda mempunyai pertanyaan, sila hantar ke emel atau hubungi 017-636 4629 (Firdaus). Sila klik sini untuk servis design lain yang saya tawarkan. Terima kasih

Saturday 23 March 2013

Apa Kerja Sebenar Kita?

Sekarang ini ramai orang keliru, rata-rata menganggap kerja seharian sama ada kerja di pejabat, berbisnes, kerja di tapak dan sebagainya adalah kerja yang sebenar. Kerja yang diharuskan untuk mencari rezeki yang halal dan menurut syariat Islam. Masuk kerja pukul 8 pagi, balik pukul 6 ptg, dari hari Isnin sampai hari Jumaat begitulah rutin harian sampai umur pencen 56 tahun. Tahukah anda bahawa itu adalah KEPERLUAN HIDUP semata-mata bukan kerja sebenar kita sebagai umat Islam. Anda perlu bezakan antara KEPERLUAN HIDUP dengan KERJA SEBENAR. Jika tidak, kita sama sahaja seperti James, Ah Chong atau Mutusamy.

Kerja sebenar kita adalah sama seperti kerja Nabi SAW dan Sahabat, iaitu jumpa manusia lain dan cakap tentang kebesaran Allah serta pentingnya memelihara iman dan amal kita terhadap Allah SWT dan menerangkan kepada mereka bahawa kejayaan manusia yang sebenar hanya dalam agama, bukan dalam kekayaan atau pangkat (setakat mana dia dapat mentaati perintah Allah SWT dan mengamalkan Sunnah Nabi SAW, itulah kajayaan yang sebesar-besarnya).


Situasi di Malaysia khasnya menyaksikan iman kita yang senipis bawang (bahkan lebih nipis lagi) tidak memungkinkan kita untuk jumpa Ah Chong atau Mutusamy dan menerangkan kepada mereka tentang kebesaran Allah SWT. Maka kita perlu jumpa orang kita sendiri dan menerangkan kepada mereka tentang kebesaran Allah SWT dengan penuh hikmah dan adab yang betul. Untuk belajar hikmah dan adab yang betul, maka anda perlu berada dalam satu jemaah yang diketuai oleh seoarang Amir (ketua). Jemaah ini anda boleh sertai di masjid berhampiran anda atau di Masjid Jamek Sri Petaling.

Semua ini adalah untuk kebaikan diri kita sendiri dan kesannya keluarga anda, jiran anda, masyarakat anda dan penduduk seluruh dunia juga akan dapat hidayah. Inilah kerja sebenar kita, inilah saham pelaburan yang sebenar. 

berada dalam jemaah akan memastikan kita belajar adab dan sunnah yang betul

Saturday 16 February 2013

Meteor Timpa Rusia 900 cedera

Meteor dari angkasa menimpa Rusia pagi tadi (waktu tempatan) menyebabkan bola api, yang mengejutkan ramai, dan mencederakan lebih 900 orang Di Chelyabinsk, wilayah Ural, timur Moscow, pagi tadi waktu tempatan.

Jurucakap pihak berkuasa Chelyabinsk berkata, sembilan orang dimasukkan ke hospital. Kebanyakan cedera disebabkan terkena kaca yang pecah.

Agensi berita tempatan, RIA Novosti melaporkan, sekurang-kurangnya tiga lagi kritikal, juga akibat terkena kaca pecah dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi.

Menurut laporan agensi berita rasmi, Itar-Tass, satu cahaya terang berwarna putih muncul di langit untuk beberapa saat diikuti dengan bunyi "bang" yang sangat kuat seperti letupan.

Itar-Tass melaporkan, letupan itu berpusat di 50 batu (80 kilometer) di bandar Satka, Chelyabinsk.

Sementara itu, pegawai kecemasan Rusia berkata, meteor telah musnah selepas sebahagiannya terbakar ketika berada di atmosfera lebih rendah berbanding daerah Ural.

Pegawai Kementerian Kecemasan Gennady Onishcenko berkata, kebanyakan mangsa cedera akibat terkena serpihan kaca selepas hujan meteoroid tersebut jatuh ke kawasan perumahan dan sekitar bangunan.

"Kebanyakan mangsa dikejarkan ke hospital akibat terkena serpihan kaca yang berterbangan selepas meteoroid itu terkena premis bangunan, kedai dan kediaman," katanya.

Presiden Vladimir Putin bersyukur kerana insiden yang mengejutkan ini tidak menyebabkan kehilangan nyawa.

Meteor ini disaksikan di Yekaterinburg, 200 kilometer ke utara dan di Kazkhstan di selatan.

Jabatan Kesihatan Chelyabinsk mengesahkan 985 orang setakat ini mengalami kecederaan, termasuk 200 kanak-kanak.

Dua orang di bandar Kopeysk berada dalam keadaan serius.

Menurutnya, seramai 20,000 petugas kecemasan dikerah ke Chelyabinsk dengan tiga pesawat tentera udara.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Vadim Kolesnikov berkata, kejadian itu turut menyebabkan sebuah kilang zink runtuh, sistem telekomunikasi terputus, penggera keselamatan bangunan, rumah dan kereta berbunyi.

"Satu letupan kuat bersama gumpalan cahaya terang menyerupai api melintasi bandar ini hingga jatuh dan mengenai beberapa kawasan premis sekitar bandar ini," katanya.

Beliau berkata, beberapa penduduk mendakwa, letupan dapat didengar ketika asteroid itu memasuki atmosfera bumi.

Sementara itu, Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa), dalam satu kenyataan berkata, asteroid dikenali sebagai 2012 DA14 itu telah dijangka memasuki atmosfera bumi hari ini.

"Pemantauan telah dilakukan sejak 15 tahun lalu. Namun lokasi tepat objek itu jatuh tidak dapat dipastikan," katanya.

Pemerhati langit mendakwa kejadian yang berlaku mempunyai signifikasi dengan acara Tunguska yang terkenal tahun 1908 di kawasan terpencil Siberia apabila asteroid yang memasuki atmosfera dan meletup sehingga memusnahkan pokok di seluruh kawasan seluas 820km persegi - kira-kira dua pertiga saiz Rhode Island.

Dalam kejadian itu, secara keseluruhan, kira-kira 80 juta pokok telah ditebang.

Sumber - Sinar Harian
Thanks & Regards

Firdaus Kasim
Tel : 017-636 4629
Website : www.safira.com.my

Friday 15 February 2013

Tanda Kiamat Kecil : Isteri Derhaka

Berang kerana sering ditegur akibat tindakannya kerap keluar rumah tanpa izin, seorang wanita bertindak menikam suaminya dengan pisau.

Dalam kejadian jam 10 pagi di sebuah rumah di Malim di sini, Isnin lalu, wanita berusia 27 tahun itu dan bekerja sebagai penyelia kilang, didakwa menikam belakang tubuh suaminya dengan setelah berlaku pertengkaran di antara mereka.

Akibat kejadian itu, mangsa berusia 32 tahun, cedera parah.

Bagaimanapun, dalam keadaan kesakitan, mangsa masih mampu memandu kereta dan membawa anak perempuan berusia dua tahun pergi ke rumah keluarganya di Kandang, sebelum dia dikejarkan ke Hospital Melaka.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan P R Gunarajan berkata, pasangan suami isteri itu berselisih faham apabila apabila mangsa menegur isterinya yang didakwa sering keluar rumah tanpa izin.

Menurutnya, disebabkan panas telinga ditegur mangsa, wanita itu dipercayai bertindak mengambil sebilah pisau dari dapur dan menikam belakang badan mangsa.

"Akibat kejadian itu, satu laporan polis dibuat pada hari sama," katanya.

Menurutnya, polis menahan wanita itu di satu lokasi di negeri ini, semalam.

Polis mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, iaitu sengaja mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata.

Difahamkan, polis telah mendapatkan perintah tahanan reman terhadap isteri mangsa semalam bagi membantu siasatan.

Sumber : Sinar Harian
Thanks & Regards

Firdaus Kasim
Tel : 017-636 4629
Website : www.safira.com.my

Sunday 3 February 2013

Program Kerajaan Untuk Memudahkan Pelajar Masuk Universiti

TEMERLOH - Kementerian Pengajian Tinggi menganjurkan program 1Dream 2U di sekolah menengah seluruh negara pada tahun ini bagi merealisasikan impian pelajar ke universiti tempatan.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata program turun padang dengan kerjasama Unit Pusat Universiti (UPU) dan Jabatan Pendidikan Negeri itu bertujuan membantu pelajar memilih kursus pengajian pilihan mereka di universiti kelak.

Program 1Dream 2U menyasarkan pelajar Tingkatan Lima dan Enam Atas yang bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun ini.

Katanya program itu dilaksanakan berikutan ramai lepasan SPM dan STPM yang gagal meneruskan pengajian dan impian mereka ke universiti kerana kesilapan memilih kursus.

"Calon berkenaan mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk kursus tertentu, tetapi pilihan yang kurang tepat menyebabkan mereka gagal bersaing dan mendapat tempat di universiti," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program 1Dream 2U: Impian Ke Menara Ilmu bagi daerah Temerloh di sini hari ini.

Saifuddin berkata pegawai UPU dengan kerjasama pegawai Pelajaran Daerah dan guru akan menjelajah ke semua sekolah menengah bagi memberi taklimat terperinci berkaitan pemilihan kursus yang sesuai dengan kelulusan dan minat calon.

Program 1Dream 2U bagi peringkat Parlimen Temerloh akan bermula Selasa ini di Sekolah Menengah Abu Bakar Temerloh dan berakhir di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh pada 26 Februari. - Bernama
Thanks & Regards

Firdaus Kasim
Tel : 017-636 4629
Website : www.safira.com.my

Maut Angkara Katak

GOMBAK – Disebabkan panik apabila seekor katak tiba-tiba melompat keluar di bahagian dalam kereta dipandunya, seorang guru maut manakala dua lagi anaknya cedera parah apabila kenderaan itu terbabas melanggar pokok, petang kelmarin.

Difahamkan, guru berkenaan dan anaknya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan.

Sinar Harian dimaklumkan, pagi hari kejadian, salah seorang anaknya memberitahu kasut sekolahnya dimasuki seekor katak yang kemudian hilang di dalam kereta itu.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang berkhidmat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chap Kuan Batu Arang kemudian meminta beberapa anak muridnya membantu mencari katak itu setibanya di sekolah.

Bagaimanapun, haiwan itu gagal ditemui sebelum ia dikatakan tiba-tiba muncul dalam perjalanan pulang guru itu bersama dua anaknya ke rumah.

Menurut sumber itu, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang di Jalan Kota Puteri berdepan dengan kolam pancing Batu Arang.

Mangsa, Moey Yin,36, yang panik dipercayai tertekan minyak kereta jenis Proton Ezora dipandu sebelum melanggar sebatang pokok.

Rempuhan kuat menyebabkan dia meninggal dunia serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan di dada manakala dua lagi anaknya masing-masing perempuan dan lelaki berusia sembilan dan lapan tahun yang berada di tempat duduk penumpang cedera parah.

"Salah seorang anak mangsa berada dalam keadaan koma manakala seorang lagi patah kaki dan dirawat di Hospital Sungai Buloh," katanya.

Sehubungan itu beliau berkata, saksi kemalangan atau mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian terbabit diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Inspektor Rasha Azrul Shafii di talian 03-61262273 atau 03-61262257 untuk membantu siasatan.

Artikel - Sinar Harian

Ulasan : Semasa memandu kenderaan, kita haruslah fokus pada pemanduan kita walau apa pun yang berlaku dalam kereta. Lebih-lebih lagi apabila ketika memandu dengan laju.

Sunnah Nabi SAW sebelum memakai kasut, Nabi SAW akan ketuk kasut sebanyak 3 kali supaya benda asing seperti ular atau katak yang dikhuatiri menyorok dalam kasut akan dapat dikeluarkan. Banyak kebaikan apabila kita mengamalkan Sunnah Nabi SAW.

Saturday 2 February 2013

Ciri-Ciri Isteri Idaman Lelaki


Golongan wanita adalah lebih mudah untuk mendapat redha Allah SWT dan masuk syurga berbanding golongan lelaki. Mereka hanya perlu jaga 2 perkara ini sahaja untuk mendapat redha Allah SWT iaitu menjaga agama mereka dan menjaga suami mereka. 

Maksud menjaga agama ialah bagaimana wanita ini mampu menjaga iman dan amal mereka. Apabila mereka dapat menjaga agama, maka pasti mereka dapat menjaga akhlak, aurat, batas pergaulan dan menjaga suami setelah mendirikan rumah tangga. (seperti ciri-ciri wanita idaman pada gambar diatas)

Nescaya sesebuah masyarakat itu akan menjadi harmoni dan bebas daripada segala kerosakan moral apabila wanita solehah tadi dapat menjaga rumah tangga (menerapkan nilai-nilai murni agama dalam rumah tangga) dan di bantu dengan suami yang soleh.

Kepada lelaki, kita di galakkkan berdoa agar dikurniakan isteri dan zuriat yang soleh kerana percayalah, kebahagiaan hanya datang melalui agama. Bukan harta benda, pangkat dan sebagainya.

Wednesday 30 January 2013

Berlemah Lembutlah Dengan Wanita


Assalamualaikum. Alhamdulillah petang tadi saya berkesempatan melawat kakak saya yang baru sahaja melahirkan cahaya mata pertama. Apa yang saya sedar, pengorbanan mereka untuk melahirkan anak sangat tinggi hingga dikatakan hampir separuh nyawa tergadai demi melahirkan anak. Kita sebagai anak, janganlah menyakiti ibu kita dan berlemah lembutlah terhadap wanita, kerana pengorbanan mereka sangat tinggi.

Sunday 27 January 2013

Review Produk Penjagaan Kereta Pengikis Karbon & Penjimat Minyak Red Quattro Advance Fuel Booster.


Review Produk Penjagaan Kereta Pengikis Karbon & Penjimat Minyak Red Quattro Advance Fuel Booster.

Hai dan Salam Sejahtera,

Hari ini saya akan berkongsikan anda satu Tips dimana anda dapat menjimatkan perbelanjaan bulanan anda. Apa yang saya maksudkan ialah penggunaan petrol anda setiap hari. Ya, seperti yang kita tahu setiap hari kita menggunakan kenderaan dan harga petrol semakin meningkat. Mahu atau tidak kita terpaksa membeli petrol bagi memenuhi keperluan kita seharian.


Tahukah anda minyak petrol RON97 mempunyai kadar pembakaran yang lebih berbanding RON95. Oleh itu sekiranya kita menggunakan RON97 kita akan mendapat lebih kilometer dan perjalananan anda lebih lancar dan kelajuan anda juga akan meningkat.




Petromax Advance Fuel Booster adalah sejenis aditif yang sama seperti kebanyakkan aditif lain dipasaran seperti Techron oleh Caltex, Primax oleh Petronas, Infiniti oleh BHP dan V Power oleh Shell. Kebiasaanya Aditif ini dicampurkan sedikit sahaja kedalam petrol anda bagi membantu meningkatkan kadar oktana dan pembakaran.

KELEBIHAN PETROMAX
PetromaX merupakan pemangkin khusus untuk minyak petrol dan pernah diuji dan terbukti dalam enjin Formula 1. Kesannya pula adalah serta-merta. Perubahan ketara kepada pecutan enjin, peningkatan tork dan horse-power. Penjimatan bahan api sehingga 30% amat dirasai selepas penggunaan PetromaX. Maka tidak hairanlah jika dikatakan penambahan PetromaX ke dalam minyak petrol RON95 akan menghasilkan prestasi dan penjimatan menyamai/melebihi minyak petrol RON97. TEST! ... ADA BERANI?


KLIK DI SINI – Untuk pengetahuan lebih lanjut tentang Red Quattro.

 " FAKTA YANG TIDAK BOLEH KITA ELAK : PEMBENTUKAN KERAK KARBON/LAPISAN KARBON DALAM KEBUK PEMBAKARAN AKAN MENINGKATKAN SUHU DALAM KEBUK PEMBAKARAN YANG AKHIRNYA AKAN MENYEBABKAN KOMPONEN DI DALAMNYA ROSAK DAN JANGKAHAYAT PALAM PENCUCUH MENJADI PENDEK "
KERAK KARBON YANG TERBENTUK DALAM KEBUK PEMBAKARAN BOLEH MENYUMBATKAN RUANG INJAP MASUKAN DAN INJAP EKZOS YANG AKHIRNYA PEMBAKARAN PETROL DALAM KEBUK PEMBAKARAN MENJADI TIDAK SEKATA, PEMBAZIRAN PETROL BERLAKU SETERUSNYA MENURUNKAN PRESTASI ENJIN.
PESANAN : Jangan abaikan atau ambil-mudah apabila prestasi enjin kenderaan anda telah menurun. Pastikan kenderaan anda sentiasa dalam keadaan baik atau seboleh-bolehnya beroperasi dalam keadaan enjin seperti enjin kenderaan yang baru. Jangan sampai ia jadi barah kepada wang saku anda.
KLIK DI SINI -Untuk Pengetahuan Lebih Mengenai PetromaX Dengan Lebih Terperinci.
File Adalah Dalam Format Microsoft Power Point.
Satu kotak PetromaX mengandungi 5 botol. Setiap botol mengandungi 40ml cecair PetromaX.
1 botol PetromaX adalah untuk kegunaan 80 Liter minyak petrol.
1 ml PetromaX = 2 Liter minyak petrol/diesel
80 Liter minyak Petrol RON95 = RM152 *Berdasarkan RM 1.90 Seliter
80 Liter minyak  Petrol RON97 = RM240 *Berdasarkan RM 3.00 Seliter
Kepada pengguna RON97 tukar kepada RON95 + PetromaX anda jimat : RM240 - RM152 = RM88
RM88 - Kos pembelian PetromaX (RM25) = RM63
Anda jimat $$$$ minimum RM63 untuk setiap botol 40ml PetromaX atau setiap 80 Liter minyak petrol RON95
* Kepada yang telah biasa menggunakan RON97 kepada kenderaan mereka, dari segi prestasi dan jarak perjalanan, tidak banyak yang dapat anda rasakan setelah menggunakan RON95 + PetromaX kerana RON95 + PetromaX hanya dapat menghasilkan kualiti yang sama dengan RON97 atau anda cuma merasakan sedikit prestasi hasil daripada peningkatan 1 RON menjadi RON98. Untuk menjimatkan lagi penggunaan petrol, anda disarankan menggunakan Red Quattro ETB yang mampu untuk menjimatkan penggunaan petrol sehingga 30%.
Kepada pengguna RON95, jimatkan penggunaan petrol anda sehingga 30% menggunakan PetromaX.
80 Liter minyak petrol RON95 = RM152

RM152 - 30% penjimatan menggunakan PetromaX = RM106. Anda jimat RM 46

RM46 - Kos pembelian sebotol PetromaX (RM25) = RM21

Anda Jimat $$$$ minimum RM21 untuk setiap botol 40ml PetromaX atau setiap 80 Liter minyak petrol RON95
* RM21 sememangnya penjimatan yang amat sedikit jika dikira dari segi perbelanjaan petrol. Anda sebenarnya juga dapat lagi penjimatan dari segi jarak perjalanan untuk setiap liter  petrol RON95 + PetromaX berbanding mengunakan petrol RON95 semata-mata. Dari segi jarak, anda akan dapat merasakan pertambahan perbelanjaan petrol sehingga 15%. Untuk menjimatkan lagi penggunaan petrol, anda disarankan menggunakan Red Quattro ETB yang mampu untuk menjimatkan penggunaan petrol sehingga 30%. Disamping itu, anda akan merasakan peningkatan prestasi enjin kenderaan dan  berat kenderaan dirasakan semakin ringan.
TEST ! BAGI MEREKA YANG BERANI MENCUBA .....



Untuk Mendapatkan PetromaX, Sila Klik Butang Beli Di Bawah. Set Percubaan PetromaX Juga Disediakan Untuk Menguji Prestasi & Penjimatan Yang Dihasilkan Oleh PetromaX. Kepada Pengguna Kenderaan Berkapasiti Besar Yang Masih Kekal Menggunakan Petrol RON97 & Ingin Menguji Penggunaan RON95 + PetromaX Pada Kenderaan Anda, Juga Amat Dialu-alukan Untuk Mendapatkan Set Percubaan PetromaX – BELI PETROMAX ADVANCE FUEL BOOSTER


Tuesday 1 January 2013

Selamat Menyambut Tahun Baru 2013

Assalamualaikum. Alhamdulillah sekali lagi saya diizinkan Allah SWT untuk menulis entri di blog ini. :) Menjadi trend di mana-mana sekarang ini, semua ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2013. Ada yang nak ubah style rambut baru, gaya hidup baru, dan bermacam-macam lagi.

Tetapi apa yang saya sedar, orang Malaysia (bahkan dunia) ingin mencari ketenangan dan kedamaian dalam diri mereka. Mereka sedar dengan hanya berpegang teguh dengan agama Islam, semua ketenangan dan kedamaian tersebut akan diperoleh. Tetapi, pencarian mereka terhalang oleh sistem-sistem kerajaan yang lebih mengejar dunia. Walaubagaimanapun, seperti yang anda lihat semakin lama semakin ramai anak muda yang dahagakan ilmu agama pergi mencari sendiri melalui kuliah agama dan sebagainya.

Azam saya pada tahun ini saya akan lebih kerap update blog ini, insyaAllah :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim