Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Saturday 23 March 2013

Apa Kerja Sebenar Kita?

Sekarang ini ramai orang keliru, rata-rata menganggap kerja seharian sama ada kerja di pejabat, berbisnes, kerja di tapak dan sebagainya adalah kerja yang sebenar. Kerja yang diharuskan untuk mencari rezeki yang halal dan menurut syariat Islam. Masuk kerja pukul 8 pagi, balik pukul 6 ptg, dari hari Isnin sampai hari Jumaat begitulah rutin harian sampai umur pencen 56 tahun. Tahukah anda bahawa itu adalah KEPERLUAN HIDUP semata-mata bukan kerja sebenar kita sebagai umat Islam. Anda perlu bezakan antara KEPERLUAN HIDUP dengan KERJA SEBENAR. Jika tidak, kita sama sahaja seperti James, Ah Chong atau Mutusamy.

Kerja sebenar kita adalah sama seperti kerja Nabi SAW dan Sahabat, iaitu jumpa manusia lain dan cakap tentang kebesaran Allah serta pentingnya memelihara iman dan amal kita terhadap Allah SWT dan menerangkan kepada mereka bahawa kejayaan manusia yang sebenar hanya dalam agama, bukan dalam kekayaan atau pangkat (setakat mana dia dapat mentaati perintah Allah SWT dan mengamalkan Sunnah Nabi SAW, itulah kajayaan yang sebesar-besarnya).


Situasi di Malaysia khasnya menyaksikan iman kita yang senipis bawang (bahkan lebih nipis lagi) tidak memungkinkan kita untuk jumpa Ah Chong atau Mutusamy dan menerangkan kepada mereka tentang kebesaran Allah SWT. Maka kita perlu jumpa orang kita sendiri dan menerangkan kepada mereka tentang kebesaran Allah SWT dengan penuh hikmah dan adab yang betul. Untuk belajar hikmah dan adab yang betul, maka anda perlu berada dalam satu jemaah yang diketuai oleh seoarang Amir (ketua). Jemaah ini anda boleh sertai di masjid berhampiran anda atau di Masjid Jamek Sri Petaling.

Semua ini adalah untuk kebaikan diri kita sendiri dan kesannya keluarga anda, jiran anda, masyarakat anda dan penduduk seluruh dunia juga akan dapat hidayah. Inilah kerja sebenar kita, inilah saham pelaburan yang sebenar. 

berada dalam jemaah akan memastikan kita belajar adab dan sunnah yang betul
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim