Amat pelik seorang yang tidak menggunakan kad kredit tetapi membicarakan tentang kad kredit. Sebenarnya firz merancang nak buat kad kredit tetapi setelah meneliti apa itu kad kredit, tiba-tiba ubah fikiran. Nak tahu kenapa? jom baca tentang kad kredit dan tips memilihnya di bawah, lepas tu firz bagitahu kenapa firz tidak mahu menggunakan kad kredit :
Maksud Kad Kredit :
- Kad kredit ialah satu cara yg membolehkan anda membeli barangan/perkhidmatan tanpa menggunakan duit tunai. Contohnya biasa kita tengok di kaunter pembayaran shopping complex, segelintir membayar manggunakan kad kredit.
- Bila anda menggunakan kad kredit utk membeli barangan, sebenarnya, pengeluar kad kredit tersebut yg membayar kepada jurujual tersebut bagi pihak anda.
- Kemudian, pengeluar kad kredit tersebut akan menghantar bil kepada anda dalam bentuk penyata bil bulanan.
Tips memilih kad kredit :
- Banyak kad kredit yang ditawarkan di pasaran. Maka anda haruslah memilih kad kredit yg betul-betul memenuhi keperluan anda.
- Buat perbandingan tentang fee(yuran), caj dan ciri2 yang ditawarkan oleh pengeluar kad kredit sebelum memilih kad kredit.
- Terdapat sebahagian pengeluar kad kredit menyediakan pelbagai hadiah sebagai mempromosikan kad kredit mereka. Maka anda harus meneliti syarat2 yg dikenakan utk mendapat hadiah tersebut atau tunggulah kena denda jika tidak mematuhi syarat2 tersebut.
- Untuk menarik perhatian anda, pengeluar kad kredit akan mengenakan yuran atau caj yg rendah pada tempoh tertentu. Kadar faedah permulaan yang rendah biasanya ditulis dengan saiz fon yang besar dan mudah dibaca dan kadang-kadang tanpa mempamerkan tarikh luput.
- Kadar faedah selepas tamat tempoh pula tidak dinyatakan dengan jelas( fon kecil dan terdapat pada halaman terakhir pada borang permohonan)
- Maka, anda perlu memahami syarat-syarat promosi dan menyedari bila tempoh promosi akan tamat kerana anda mungkin dikenakan caj seperti biasa atau pada kadar yang jauh lebih tinggi setelah tempoh tersebut berakhir.
- Sila pastikan anda memilih kad kredit yang mengenakan fee/yuran yang lebih rendah dan memahami syarat2 atau terma2 yang telah ditetapkan.
Jadi, sekarang bukan masanya untuk firz membuat kad kredit kerana struktur kewangan firz yg masih belum kukuh, lebih-lebih lagi jika guna kad kredit ni, banyak caj yang dikenakan. Antaranya ialah :
- Yuran Penyertaan
- Yuran Tahunan- Ini adalah yuran sama rata yang perlu dibayar setahun sekali. Anda dikehendaki membayar yuran tersebut walaupun anda tidak pernah menggunakan kad kredit anda. Yuran tahunan biasanya adalah di dalam lingkungan RM60 hingga RM90 untuk kad klasik dan RM130 hingga RM195 untuk kad emas.Faedah (Caj Kewangan)
- Faedah ( Caj Kewangan)
- Yuran Pendahuluan Wang Tunai