Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Wednesday 29 June 2011

Tutorial Klik Link Dalam New Tab

Tutorial ini akan mengajar anda bagaimana jika pembaca blog itu klik pada mana-mana link di blog anda, maka secara automatik paparan untuk link tersebut akan keluar ke tab baru di browser internet.


Kebaikannya ialah, pengunjung blog dapat lihat pada page/halaman baru tanpa kehilangan page/halaman sedia ada yang dilihatnya sekarang.


Keburukannya pula ialah, bila pengunjung blog klik pada link baru, ia akan menganggu pengunjung blog itu sendiri sebab terlalu banyak tab dalam browsernya.


Kini, terpulang kepada anda sama ada mahu menggunakannnya atau sebaliknya. Saya pernah guna dulu, kemudian berubah fikiran untuk tidak menggunakannya lagi kerana keselesaan pengunjung blog lebih di utamakan :)


ikuti tutorial berikut jika anda memasangnya di blog :


Langkah 1 -> Dashboard > Design > Edit HTML.


Langkah 2 -> Klik pada ctrl+ F serentak, dan taip <head>.


Langkah 3 -> Copy code berikut dan paste di bawah <head>
<base target='_blank'/>
Langkah 4 -> klik Publish Post dan cuba klik pada mana-mana link. Dia keluar dalam new tab tak?

Sunday 26 June 2011

Tutorial Tambah Slideshow Dalam Blog Post

Selalunya kita boleh tambah slideshow dalam sidebar dengan menambah gadjet slierdeshow melalui "add a html/javascript". Tetapi sebenarnya kita juga boleh menambah slideshow tersebut dalam blog post. Bagi sesiapa yang sukakan kelainan dan suka make-up blognya serta ingin membuat entri yang interaktif, maka tambahlah slideshow dalam entri anda itu. Tetapi tidak di galakkan letak banyak-banyak sebab akan menyebabkan blog anda lambat loading.

Pertama sekali, anda haruslah mempunyai Picasa. Bagi pengguna blogspot, picasa sudah sedia ada di dalam akaun blogspot anda. Jadi, tak perlu download lagi. Sila ikuti tutorial di bawah untuk menambah slideshow dalam entri anda.

Langkah-langkah

Klik picasaweb.google.com dan masukkan id blogger anda

Semua gambar dalam blog anda akan berada di sini dan dikumpulkan dalam satu album. Jika anda mahu tambah gambar baru,  sila klik butang "Upload"

Sila tambah nama dalam album baru anda dan klik "Continue"

Sila klik butang "Select photo from your computer" dan pilih beberapa gambar daripada komputer anda untuk dijadikan slideshow dalam entri blog.

Akhir sekali, sila klik link ini : https://picasaweb.google.com/lh/getEmbed dan satu paparan seperti di atas akan keluar. Pada "Select an album" Sila pilih album tadi, kemudian pilih saiz slideshow anda. Jika mahu caption di paparkan dalam slideshow, tick pada "Show captions" dan sila salin kod HTML dalam kotak berwarna kuning tersebut.

Pada New Post, klik pada "Edit HTML" dan paste kod HTML tadi. Klik pada butang "Compose" semula jika mahu membuat ayat dalam entri anda. Bila dah siap, tekan Publish Post
Tips : jika mahu centerkan slideshow, tambah <center>KOD HTML SLIDESHOW</center>
Jika mahu lihat sampel dan hasil slideshow yang saya dah buat, sili klik siniCantik tak contoh gambar dalam tutorial di atas, kalau nak tengok, klik sini dan tekan "like" sekali ya :)


Sekian sahaja tutorial, jika ada sebarang kemusykilan dan soalan serta cadangan, sila hantar soalan tersebut di dalam ruangan komen. Terima kasih.

Saturday 25 June 2011

Gambar Firdaus Kasim Sempena Konvokesyen Ke-40 PUO

Pertama sekali sy nak minta maaf banyak-banyak sebab lambat upload gambar-gambar sy sempena Konvokesyen Politeknik Ungku Omar kali ke-40 yang berlangsung sebulan yang lepas.

Ingat lagi tak entri saya masa mula-mula menempuh alam baru selepas tamat SPM iaitu alam belajar di IPTA? Klik sini untuk baca. Entri tu juga adalah entri yang paling awal masa mula-mula buat blog ni.. Jadi jangan terkejut kalau ada banyak perubahan entri dulu dengan entri sekarang ok? huhu.. Sekejap je masa berlalu.. konvo juga akhirnya.. konvo ni bg sy adalah betul-betul penamat bagi seorang student melalui segala liku-liku semasa bergelar pelajar semasa menuntut di IPTA tersebut.

Jom tengok gambar sy di bawah. Gambar di susun sebelum dan selepas konvo bermula.. 

Gambar bersama adik sebelum masuk ke dewan
Gambar sy sebelum dapat diploma.. smart x? haha.. 
Inilah kemuncak segala-galanya. Setelah  36 bulan bertungkus-lumus, akhirnya dapat juga sekeping diploma.. Ini diploma, CEO TNB yang bagi, Dato' Sri Che Khalib bin Mohamad Nohd
Sesi bergambar kenang-kenangan selepas majlis tamat. Sy yang menoleh tu.. usha awek comel.. huhu
Saya lah Mat Bunga.. 
Genap PUO menyambut konvo kali ke-40, ingat ke majlis di adakan secara grand dan besa-besaran, tetapi sebaliknya bg sy, majlis yang berlangsung tu sangat sederhana tetapi tetap meriah. Mungkin kerana majlis itu di adakan sempena cuti semester, jadi tak ada student junior yang melawat gerai-gerai. Gerai-gerai pun tak banyak sebab biasanya student dari department commerce akan buat mini project dengan buka gerai.

Tetapi hujan yang turun serta merta selepas majlis tamat, memang syahdu suasananya.. banyak betul kenangan pahit dan manis yang telah dilalui di sini. Cuba tengok gambar kt ats.. nampak jalan basahkan?

Diharapkan semoga Politeknik Ungku Omar sentiasa menjadi Politeknik terbaik di Malaysia. Kalau adik-adik ada peluang study kt PUO ni, tolong jangan lepaskan peluang sebab graduan PUO telah menjadi pilihan kebanyakan majikan untuk mencari pekerja.

Friday 24 June 2011

Preview Skuad Olimpik Harimau Muda

Gurusamy menggantikan Mahali 
Skuad Olimpik Harimau Muda telah layak ke pusingan akhir di peringkat kumpulan sejak sekian lama tidak layak ke peringkat tersebut apabila mengalahkan skuad olimpik Lubnan dengan skor 2-1 di Stadium Bukit Jalil semalam.

Walaupun tak berpeluang pergi ke stadium untuk menyaksikan perlawanan itu, sy sempat menonton di tv dan mengikut pemerhatian saya pada persembahan anak buah Ong Kim Swee itu, pada mula permainan, skuad bolasepak negara sedang mencari-cari rentak dan ingin menyesuaikan permainan.

Apabila masuk ke minit 6, mereka sudah dapat mencari persefahaman dan hantaran-hantaran pendek yang dilakukan tidak menghampakan sehinggalah dapat menjaringkan 2 gol pada separuh masa pertama.

Permainan Malaysia totally berubah bila Gary Steven di buang padang. Skuad Olimpik kita terpaksa bertahan hingga ke akhir permainan.  Benteng pertahanan akhirnya bocor juga apabila Lubnan menjaringkan gol pertama mereka.

Atas semangat juang yang tinggi ditunjukkan kepada skuad Harimau Muda, mereka akhirnya dapat bertahan hingga ke wisel penamat. Kalau Malaysia bermain 10 orang pada separuh masa pertama, mereka tidak harus mengamalkan corak permainan bertahan. Disebabkan Malaysia leading permainan, mereka terpaksa mempertahankan 2 gol tersebut dan taktik itu sebenarnya telah membuahkan hasil yang membanggakan.

Selepas ini, cabaran yang sebenar bakal dihadapi kerana mereka terpaksa menjalankan latihan dalam bulan puasa dan terpaksa mengharungi pusingan seterusnya dalam bulan Syawal. Tahniah Malaysia! sebab dapat jadi antara 12 pasukan bolasepak terbaik di Asia!

Wednesday 22 June 2011

Submit Blog Di Dalam Website Terbaik Dunia

Website terbaik di dunia di sini maksudnya website itu mempunyai ranking alexa dan page rank yang terbaik di dunia. Apabila link blog anda berada di dalam website tersebut, maka secara automatik nya blog anda turut mendapat faedah dari segi page rank, backlink dan rank alexa.

Eh! membebel pula.. hehe! ok straight to the point.. sila klik untuk submit blog anda ---> PROMOTECLICK

Untuk menempatkan link blog anda ke dalam website-website tersebut, anda haruslah klik pada "add website" dan "add blog". Selepas itu, klik pada senarai website tersebut (Google Add Site contohnya) dan submit link blog anda. Lagi banyak anda submit, lagi bagus!

Sebenarnya inilah rahsia saya mendapatkan alexa rank yang baik.. hehe!

Jana Traffic Blog

Memandangkan rakan kongsi blogger saya iaitu deCrewz yang bertindak menutup blognya (mungkin sebab bz sangat kot, atau ada kerjaya lain?), maka saya ingin membuka tawaran kepada pembaca blog untuk menjadi rakan kongsi (Join Venture) saya. Ganjarannya ialah anda dapat tambah pengunjung di blog anda.

Jika anda menjadi rakan kongsi saya, maka url feed  blog anda akan berada di atas post blog (sila rujuk gambar di atas) ini di mana setiap kali ada entri terbaru di blog anda, maka ianya akan terpapar di atas blog ini yang mempunyai beratus-ratus unique visitor sehari.

Syaratnya mudah, anda juga perlu berbuat demikian iaitu dengan meletakkan url feed blog firdauskasim di atas post blog anda. (caranya akan saya jelaskan bila dah confirm) 

Cara-caranya pun mudah. Anda hanya perlu bagi url blog ke dalam ruangan komen dan saya akan 'interview' blog tersebut satu per satu dan beritahu di komen blog anda jika terpilih. Hanya seorang sahaja yang akan terpilih. Jika penyertaan kurang dari lima, maka tawaran ini akan di batalkan.
p/s : anda juga boleh exchange link. Klik sini.

Wordless Wednesday #1

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description

Tuesday 21 June 2011

Beli Rumah di iProperty

Jika anda sedang berkira-kira ingin memiliki sebuah rumah, sudah tentu anda akan keliru dan tidak tahu di mana ingin mencari rumah idaman. Jangan risau, iProperty yang merupakan website hartanah nombor satu di Malaysia telah menjadi rujukan utama rakyat Malaysia untuk melihat senarai rumah baru sama ada untuk di sewa, di beli dan untuk di lelong. 


Anda boleh mencari prospek rumah idaman mengikut jenis rumah (banglo, rumah teres atau flat), tempat/kawasan pilihan, harga bajet dan sebagainya. Bukan itu sahaja, jika anda seorang businessman, di iProperty juga menyediakan senarai rumah kedai dan tapak perniagaan untuk disewa.

IProperty juga menyediakan cara bagaimana anda mahu memiliki rumah berkenaan dengan pinjaman bank di CIMB dan Maybank yang terdapat di laman web yang telah dikunjungi ratusan ribu rakyat Malaysia selama sebulan itu. 

Kesimpulannya, kalau dah ada banyak duit tu, jom beli rumah sekarang sebab harga rumah makin lama makin naik terutama di kawasan bandar.. huhu..

Sunday 19 June 2011

4 Video Game Popular Yang Menghina Islam

Sepertimana yang kita ketahui, pihak Barat telah menggunakan pelbagai cara untuk menjatuhkan akidah umat Islam termasuklah melalui video game yang kita main sama ada di Playstation atau di PC. Mereka sedar, umat Islam tidak dapat dijatuhkan melalui senjata, tetapi dengan cara menghapuskan Sunnah dan akidah umat Islam. Maka, pendekatan secara halus telah di gunakan. Mari kita lihat 4 video game popular yang menghina Islam 

1) Devil May Cry 3


Satu permainan komputer yang digilai remaja di negara ini yang dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.

Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.


Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.
Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker CGI yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.

Karaker CGI. itu ada membaca ayat, jika kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya :
(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"
Dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Pasal di akhir scene karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible :
"Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy"
Kalimah Allah pada pintu dalam permainan video tersebut
Pintu Kaabah. Sama tak macam dalam permainan video itu?
 2) Counter Strike Condition Zero Deleted Scene


Counter Strike Condition Zero Deleted. Dalam first stage, . Kita kena tembak askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, masa kita tembak tu kita boleh dengar askar yang kena tembak menjerit "ALLAHUAKBAR" & "JIHADD".






3) Guitar Hero 3 Legends Of Rock


Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.


Lihat gambar di bawah, bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar! Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.


Jika kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini. Pada sesiapa yang melihat permainan komputer ini sila uninstall game ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasara untuk menyesatkan orang Islam. Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer.


Zodiak Virgo
Zodiak Virgo apabila diterbalikkan 180 darjah
Ada dua kemungkinan di sini : 
a) Penghinaan Senyap
Memang sengaja menyelitkan unsur penghinaan.

b) Zodiak Virgo
Jika zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah, maka jadilah seperti bentuk dalam gambar tadi.

Adakah simbol di dalam video game ini hanyalah zodiak Virgo yang terbalik atau memang sengaja menghina Islam? 

4) Resident Evil 4

Sebuah lagi game yang menghina Islam ialah Resident Evil 4. Resident Evil 4 merupakan game berdasarkan bahayanya biologi iaitu virus dan zombie. Ringkasnya, misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh kumpulan yang bernama "Los Illuminados".


Los Illuminados bermaksud “The Illuminated”. Gambar berikutnya adalah lambang illuminati pada permainan tersebut.


 Lambang illuminati pada loket atau tangkal tersebut
Screenshot dari gameplay Resident Evil 4
Zoom pada pintu tersebut
Sedarkah anda apa yang tidak kena dengan gambar di atas? Jika anda ingin tahu itulah pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi, Madina. Bagaimana ia boleh tersesat dalam game ni pula.


Pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi
Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminati-kan. Lihat gambar di bawah ini.


Perbezaan pintu dalam game dengan pintu realiti
Selepas meletakkan logo illuminati game tersebut
Nabi Muhammad SAW melarang umat Baginda daripada menghina agama Islam dan semua agama yang ada di muka bumi ini. Orang Islam adalah dilarang dan diharamkan daripada menghina agama lain. -Sumber-

Saturday 18 June 2011

Tutorial Cara Unsubscribe Boxbe

Jika anda sering menerima dan menghantar emel dalam kuantiti yang banyak setiap hari. pasti akan ada satu perkhidmatan pengurusan emel dari Boxbe. Perkhidmatan percuma ini memudahkan para pelanggannya untuk menguruskan emel dengan lebih cekap dan teratur lebih-lebih lagi emel yang tidak dikehendaki. Namun begitu, sesetengah orang yang tidak memerlukan perkhidmatan ini TER-langgan secara tak sengaja. Entri ini akan menerangkan tutorial bagaimana mahu menghenti langganan atau unsubscribe Boxbe

Langkah 1
Sila layari laman web http://www.boxbe.com

Langkah 2
Sila Klik "Help/Faq" pada bawah website.

Langkah 3
Selepas klik, anda akan bertemu paparan seperti ini. Sila scrool down dan anda akan jumpa "Account Information"

Langkah 4
Sila klik "close your account" yang bertulisan biru

Langkah 5
Selepas anda klik "close your account", satu paparan seperti di atas akan keluar. Sila masukkan username dan password seperti mana yang anda langgan tempoh hari

Langkah 6
Selepas anda log in, satu paparan ini akan keluar. Sila klik pada "Close My Account"

Langkah 7
Kemudian, satu paparan begini akan keluar. Sila klik pada butang "Close Account"
Langkah 8
Sila klik butang "Close Account"

Langkah 9
Ini paparan terakhir yang akan anda jumpa. Hanya klik butang "Submit" dan anda telah berjaya menghenti langganan Boxbe!

Thursday 16 June 2011

Hukum Mandi Bunga Untuk Mendapat Jodoh

Sepertimana yang kita ketahui, jodoh pertemuan dan ajal maut semuanya telah ditentukan Allah SWT. Untuk mendapat jodoh, kita juga harus berusaha selepas bertawakal kepada Allah SWT. 

Salah satu usaha yang dianjurkan ialah dengan bertemu bomoh yang menganjurkan mandi bunga. Bomoh ini kononnya mengamalkan ayat-ayat Al-Quran tetapi mandi bunga ini tetap juga dianjurkan. 

Betulkah di dalam perubatan Islam itu terdapat mandi bunga? apakah hukumnya jika mengamalkan mandi bunga ini? Apakah hukumnya jika si anak tidak mahu melakukan mandi bunga ini dan menyebabkan kemarahan kedua ibubapanya yang niat mereka hanya untuk kebaikan anak mereka? 
  • Mandi air bunga yang diamalkan dalam perubatan Melayu sekarang tidaklah menjadi kesalahan selagi tidak di iktikadkan yang ianya boleh mendatangkan sesuatu kemudaratan atau boleh mendatangkan sesuatu kemanfaatan, kerana kuasa berbuat demikian hanya ada pada Allah SWT sahaja. 
  • Mandi air bunga bukanlah perubatan Islam yang Rasulullah sarankan kepada para sahabat yang tidak menemui jodoh. Perkara ini tidak pernah berlaku di zaman Baginda. 
  • Ianya hanya datang dari tradisi perubatan orang-orang Melayu, yang mana kesahihannya bergantung kepada sejauh mana penggunaannya tidak bercanggah dengan ajaran Al-Quran dan Al-Hadith. Jika bercanggah hendaklah dijauhkan
  • Bagi kes di atas, seseorang itu dipaksa mandi air bunga kerana kononnya sebagai mendekat jodoh, tetapi ia enggan berbuat demikian sedangkan ibunya memaksa ia berbuat demikian. Yang terlibat hendaklah berbuat demikian jika difikirkan kemudaratan tidak berbuat demikian lebih besar dari kemudaratan ia mandi air bunga tersebut. 
  • Seeloknya perempuan yang terlibat perlu membaca setiap hari surah Yusuf dan menunaikan solat hajat, mudah-mudahan Allah SWT menganugerahkan kepadanya jodoh yang sesuai dengannya, Insya Allah. 
Sumber.

Wednesday 15 June 2011

Tutorial Cara Buat Do Follow Blog

Do Follow pada blogspot bermaksud berkongsi link ke blog lain. Maksudnya, bila orang lain komen di blog anda, maka secara tidak langsung, dia juga telah mendapat satu (1) traffic pada blognya. Dan jika blog yang anda komen itu telah di set up kan sebagai do follow, anda juga telah mendapat faedah yang sama. Cuba bayangkan kalau semua blog telah di set up sebagai do follow, pasti berbaloi-baloi jika blogwalking sambil meninggalkan komen.

No Follow pada blogspot pula bertujuan untuk menghalang spammer daripada membuat spam di blog anda. Jadi, anda boleh pilih sendiri sama ada mahu setkan blog sebagai do follow atau no follow. Untuk pengetahuan, blog anda sekarang sudah di setkan sebagai no follow. 

Jadi, sangat untung bila orang komen di blog ini sebab pasti jumlah traffic blog dia akan meningkat. So, rajin-rajinlah komen yew.. nanti sy belanja choki2.. hehe!

Kalau nak setkan blog anda sebagai do follow, hanya pergi ke design > edit html > tick pada expand widget template > tekan CTRL+F dan cari perkataan no follow. Kemudian, cari perkataan no follow pada bahagian komen. Delete perkataan nofollow tersebut dan tukar kepada dofollow. 

Sunday 12 June 2011

Preview Iklan di Blog Firdaus Kasim

Fuh! Hujung minggu ni banyak betul pertandingan-pertandingan akhir, dari Piala FA, Konsert AF sampailah ke Sukan Malaysia (SUKMA). Maklumlah, puasa kan nak dekat, jadi, macam biasalah, banyak program berbentuk kerohanian akan di adakan sempena bulan Ramadan nanti. Dekat Jalan Tunku Abdul Rahman ni pun dah banyak gerai dan pasaraya yang jual barang persiapan raya. Awal betul! huhu..

Mesti pelik bila masuk blog nie, sebab banyak betul iklan yang di tampal. Iklan dan hidup kita memang tak dapat di pisahkan. Bagai aur dengan tebing! cuba tengok baju yang anda pakai sekarang. Jenama itu pun iklan juga.. hehe..

Mulai sekarang, sy sudah tetapkan, jika ada sebarang iklan yang ditampal di blog ini, saya akan perkenalkan kepada anda, kecuali iklan Nuffnang dan Says.my. Hal ini akan memberi kebaikan kepada kedua-dua belah pihak, iaitu anda sendiri dan pihak pengiklan.

Pengiklan yang pertama iaitu Exabytes yang menyewa tapak iklan di blog ini selama 3 bulan merupakan sebuah syarikat universal yang beroperasi di seluruh dunia, dimana syarikat ini menawarkan perkhidmatan hosting dan domain di Malaysia. Harga yang ditawarkan amat kompetetif di pasaran tempatan. Jika anda bercadang untuk menukar url dan ingin membeli hosting, bolehlah mendapat perkhidmatan Exabytes. Sila klik untuk menyemak harga yang ditawarkan mereka.

Pengiklan yang kedua pula ialah Panduan Kit. Laman web ini menjual e-book tentang bagaimana cara sebenar untuk menjadikan blog anda berada di halaman pertama dalam enjin pencarian. Jika blog anda berada di halaman pertama dalam enjin pencarian, maka beribu-ribu malah sampai berjuta-juta orang akan klik pada blog anda (bergantung pada topik entri blog) dan blog anda boleh menjana pendapatan yang banyak jika beribu-ribu pembaca blog datang ke blog anda. Panduan Kit ada caranya, dan ianya dijamin berkesan!

Jawatan Kosong merupakan website yang di update setiap hari mengenai jawatan kosong baru yang terdapat di seluruh Malaysia. Jika anda merupakan penganggur atau ingin meningkatkan kerjaya sedia ada, anda haruslah bookmark website untuk mengetahui jawatan kosong yang layak dengan taraf pendidikan anda.

Manakala, blog mamat(dot)com pula mengisahkan tentang tutorial dan isu semasa mengenai dunia blog. Mamat merupakan blogger yang banyak belajar dari blogger otai dan ilmu yang diperoleh blogger otai ini dikongsi dalam blog beliau. Jika anda ingin mengetahui tentang tutorial blogger yang baru, boleh belajar dari blog dia.


Sekian sahaja previw pengiklan di blog ini. Lain kali jika ada pengiklan baru yang menyewa tapak iklan di blog ini, sy akan segera membuat preview. Jika anda ingin menyewa tapak iklan di blog ini, sila baca syarat dan terma ke link berikut. Terima kasih.
http://www.firdauskasim.com/p/sewa-iklan.html

Saturday 11 June 2011

Cara Meningkatkan Pengunjung Blog

Sepertimana yang kita tahu, salah satu cara untuk meningkatkan pengunjung blog ialah dengan meletakkan tajuk entri yang dapat menarik perhatian pembaca. Banyak cara untuk meletakkan tajuk yang menarik sehingga orang berminat untuk mengetahui lebih mendalam tentang tajuk tersebut, salah satunya ialah dengan meletakkan angka pada tajuk entri blog anda. Lihat contoh di bawah :

Gambar di atas adalah entri blog ini yang paling popular di Gengblogger. Cuba perhatikan tajuk entri yang bermula dengan angka seperti 10 tempat terbaik promosikan blog. Terdapat 4 daripada 7 tajuk entri yang berbentuk angka telah mengisi slot penulisan blog yang paling popular disitu.

Sekian sahaja perkongsian saya mengenai cara untuk meletak tajuk yang dapat menarik perhatian pembaca seterusnya dapat meningkatkan pengunjung blog. Jika ada sebarang soalan, jangan segan-segan tanya di bahagian komen ya.. 

Friday 10 June 2011

Jika Anda Penunggang Motosikal

Jika anda penunggang motosikal dan tak pernah membunyikan hon melainkan tak sengaja, anda seorang yang penyabar dan berhati mulia serta sanggup mengetepikan kepentingan diri demi untuk melihat orang lain bahagia. Dan anda juga seorang yang pemalu !

Buktinya? sudah terang-terang pengguna jalan raya lain buat kesalahan sehingga hampir-hampir melibatkan kemalangan tetapi anda biarkan saja orang lain membunyikan hon motosikal mereka. Itu membuktikan anda memang penyabar dan malu nak tekan hon ! :)

Perempuan perlu cari lelaki yang ada sifat macam ni supaya dapat hidup bahagia selalu :)

Ya, itulah saya sebenarnya.. sejak beli motor 2 tahun lepas, tak pernah tekan hon! huhuhu..

Thursday 9 June 2011

Apa Tujuan Buat Blog?



Weblog atau lebih dikenali sebagai blog merupakan antara medium perantaraan yang semakin mendapat perhatian kebanyakkan pihak. Sekiranya dahulu blog lebih dikenali sebagai jurnal peribadi tetapi persepsi itu kian berubah daripada sehari ke sehari. Ini kerana, blog kini boleh digunakan sebagai media untuk mengekspresikan diri dalam pelbagai hal seperti politik, bisnes mahupun kerjaya. Terdapat pelbagai persepsi serta tanggapan mula timbul mengenai kewujudan blog sebagai trend terbaru dalam masyarakat kini. Adakah benar kewujudan blog hanya satu perkara yang sia-sia,membazir wang,masa dan tenaga? Apa tujuan buat blog?
                                                                             
Pada pendapat saya, blog merupakan satu medium yang amat berguna dan berbaloi untuk diwujudkan. Melalui kewujudan blog dan penghasilan entri , seorang individu yang lebih matang dan bertanggungjawab bakal wujud. Ini kerana, seorang blogger dapat dinilai tahap kematangannya melalui cara penyampaian dan ulasan idea yang cuba diketengahkan. Sekiranya ulasan serta cara penyampaian ideanya matang, kemungkinan besar pemikiran blogger tersebut juga turut matang. Blogger juga dapat melatih diri untuk menjadi seseorang yang lebih bertanggungjawab. Hal ini kerana, setiap blogger perlu bertanggungjawab di atas penghasilan entri di dalam blog kepunyaannya agar tidak menyinggung atau memberi kesan buruk kepada pihak lain.Sebagai contoh, penghasilan entri yang berbaur fitnah. Blogger yang menghasilkan entri tersebut perlu bertanggungjawab di atas kesilapan beliau menabur fitnah dan menerima hukumannya.

Selain itu, blog juga dapat dijadikan satu platform untuk menambahkan pendapatan serta memulakan sesuatu perniagaan. Terdapat perlbagai kebaikan mengenai perniagaan atas talian ini. Para peniaga tidak perlu bersusah payah menyewa kedai dan tapak untuk memulakan perniagaan mereka. Sebagai contoh, terdapat pelbagai butik-butik atas talian yang menyediakan perkhidmatan menjual pakaian serta kasut. Para peniaga juga dapat menyebarkan maklumat mengenai perniagaan mereka secara langsung kepada para pelanggan mereka. Melalui kemudahan internet berkelajuan tinggi yang dilancarkan oleh salah sebuah syarikat telekomunikasi baru-baru ini,para peniaga boleh memanfaatkan penggunaan blog untuk berniaga dan menambah pendapatan masing-masing. Hal ini juga telah terbukti dengan kejayaan yang telah diraih oleh jutawan internet di Malaysia.

Akhir sekali, penghasilan blog yang boleh diumpamakan seperti cendawan tumbuh selepas hujan ini, telah membuktikan masyrakat di Malaysia kini lebih peka akan perkembangan teknologi semasa serta mengenai isu semasa. Ini kerana, melalui blog, maklumat penting serta isu-isu terkini dapat dikongsi serta dibincangkan bersama. Masyarakat akan lebih peka dan tiada lagi istilah ‘katak di bawah tempurung’ yang bakal digunakan. Sebagai contoh, isu mengenai kes simbah asid yang hangat diperkatakan di Malaysia. Melalui kewujudan blog, maklumat mengenai isu tersebut dapat dikongsi bersama.Selain itu, perkembangan di luar negara juga turut dapat diketahui lebih cepat dan pantas.

Kesimpulannya, kewujudan blog mampu dijadikan sebagai titik tolak kepada transformasi masyarakat untuk menjadi masyrakat yang lebih prihatin serta bertanggungjawab. Samada kebaikan mahupun keburukan, itu terpulang kepada mata si pemerhati dan anggota si pelaksana. Gunakanlah blog sebagai medium pekongsian sebaik mungkin agar manfaat yang mampu diperoleh dapat dinikmati dan dikongsi bersama.  
Entri ini telah mendapat markah tertinggi dalam pertandingan menulis karangan anjuran firdauskasim.com

Tuesday 7 June 2011

Kelebihan dan Kelemahan Dashboard Baru Blogger

Pada pukul 9.20 pm selepas segala keperluan diri dah settle, seperti biasa saya akan update blog-blog saya. Dan, saya sedikit terkejut apabila tengok dashboard blogger yang baru ini. First impression saya bila guna dashboard baru ini, wow! nampak moden dan canggih ! Namun, saya nak share pendapat peribadi saya pasal kelebihan dan kekurangan dashboard baru blogger ni.

Antara kelebihannya ialah :

Jaminan jumlah pengunjung yang tinggi pada blog yang kerap update blog.

  • Perkara pertama yang kita akan nampak bila sign in blogger ialah tajuk entri terbaru pada kedudukan paling atas di dashboard.
  • Maka, ini beri jaminan traffic yang tinggi oleh blog yang kerap update, lebih-lebih lagi jika blog itu mempunyai follower yang banyak dan tajuk entri yang sangat menarik.
Lebih Simple dan Mudah
  • Rahsia Blogger lebih berjaya berbanding hosting free lain seperti Wordpress ialah blogger ini simple dan mudah dikendalikan dimana sesuai untuk semua golongan di dunia ini untuk menggunakannya. Nampaknya Blogger sudah membuat kajian dan dashboard baru ini di cipta untuk memgutamakan keperluan penggunanya. Sebab itu kita lihat hanya butang New Post dan Dashboard sahaja yang terpapar.
Ruang New Post Seperti Microsoft Word !
  • Sepertimana yang kita ketahui, rata-rata semua golongan tak kira dari pelajar sehingga pekerja pejabat menggunakan Microsoft Word untuk menyiapkan tugasan mereka. Maka, pengalaman membuat entri baru tak ubah seperti kita buat assignment semasa menuntut di IPTA dulu.
Dan kelemahan Dashboard Blogger baru :

Warna yang Sangat Simple !
  • Adakah warna yang sangat simple memberi kebaikan anda? ia bergantung kepada individu. Sesetengahnya, terutama perempuan sangat suka benda yang colourful. Jadi, warna yang simple pada dashboard baru ini sedikit sebanyak akan membunuh mood mereka untuk update blog.
Tiada gambar profil pada owner blog?
  • Cuba tengok kt entri blog lain yang baru update di dashboard anda. Ke mana hilangnya gambar profil owner blog ekh? Kenapa takde muka? Tak best kan?
Terlalu Simple
  • Kadang-kadang kalau simple sangat pun tak best kan? Sebab kita akan cepat rasa bosan. Betul x?
Sekian sahaja pendapat peribadi saya mengenai dashboard blogger baru ini. Mungkin masih baru lagi menggunakannya, jadi, saya tak boleh terangkan secara detail. Anda pula rasa macamana? best tak dashboard baru ni?

Monday 6 June 2011

Membeli Lebih Mudah Dengan Perbankan Online


Bagi anda yang mempunyai akaun Maybank, anda wajib mendaftar dalam Maybank2u dan jika anda mempunyai akaun CIMB Bank, anda juga wajib mendaftar di CIMB Clicks kerana ia memudahkan kita untuk membeli sesuatu di internet dengan tanpa bersusah payah dan membuang masa dengan pergi ke mesin ATM untuk melakukan pembayaran.

Kelmarin Firz ada membeli cermin mata hitam Rayban. Boleh dikatakan membeli secara online adalah lebih selesa dan mudah kerana banyak pilihan Rayban yang boleh kita pilih tanpa perlu bersesak-sesak jika membeli di luar dan cara pembayaran juga adalah lebih mudah. Hanya melalui hujung jari sahaja anda boleh mendapatkan barang tersebut. 

Namun begitu, perbankan online juga terdapat beberapa kelemahannya sendiri. Kelemahan itu bukan berpunca daripada sistem perbankan online yang disediakan oleh pihak bank tersebut, tetapi kelemahan yang timbul adalah berpunca daripada sikap anda sendiri. Laman web maybank2u atau CIMBclicks merupakan laman web yang mempunyai tahap keselamatan yang paling tinggi di dunia. Hacker atau penceroboh sama sekali tidak dapat hack web tersebut.

Kelemahan yang saya maksudkan disini adalah seperti password yang didedahkan atau tidak kuat, membeli secara boros (kerana pembelian secara online adalah mudah), dan sebagainya.

Untuk mendaftar, anda perlu pergi ke mesin ATM di bank untuk mendapat pin kod dan daftar TAC number. Saya sarankan supaya anda sendiri menyuruh petugas bank tersebut untuk melakukan pendaftaran. 

Sunday 5 June 2011

Senarai Pemenang Contest dan Giveaway

Sedia maklum bahawa semua peserta yang menyertai Pertandingan Menulis Karangan dikira sebagai pemenang kerana penyertaan yang sangat terhad. Senarai nama peserta tersebut ialah :


Fyza (18 tahun)
  • Pengenalan yang bagus walaupun terdapat sedikit salah ejaan.
  • Isi yang bernas dan huraian yang matang.
  • Tatabahasa yang sempurna
  • Contoh yang diberi sesuai dengan isi yang disampaikan
  • Ayat disusun dengan kemas.
  • Markah karangan - 93%
Farisha Adnan (16 tahun)
  • Pengenalan yang terlalu panjang. Malah dalam pengenalan tersebut boleh di anggap poin atau isi.
  • Isi karangan yang baik namun penyusunan ayat kurang memuaskan.
  • Huraian yang baik dan contoh yang diberi juga berkaitan dengan isi yang disampaikan.
  • Penutup yang bagus.
  • Satu usaha yang baik, namun perlu perbaiki cara susunan ayat. Maka, banyakkan membaca surat khabar dan majalah ilmiiah
  • Markah karangan - 79%
Eyra Mussfira (28 tahun)
  • Pengenalan yang memuaskan dengan menggunakan kosa kata yang baik.
  • Isi yang sedikit tidak jelas namun masih lagi memuaskan.
  • Huraian yang lengkap dan dapat menarik perhatian.
  • Contoh yang diberi adalah sangat baik.
  • Satu karangan berbentuk hujah yang sangat baik.
  • Markah karangan - 90%
p/s : ulasan ini diberi sendiri oleh sy.. tak salahkan budak dapat A1 Bahasa Malaysia dalam SPM bg ulasan? Kalau ada bantahan sila bgtau ya :) Karangan oleh peserta yang mendapat markah tertinggi akan di paparkan di blog ini.

Manakala pemenang bagi Giveaway pula di kira secara random. Jom tengok siapa yang bertuah.


Senarai Peserta dan No. Peserta
  1. Lonelystar (1)
  2. Aida Natasya (2)
  3. Zihan (3)
  4. Rizzana (4)
  5. Cempaka Danish (5)
  6. Nurna (6)

3 - ZIHAN

2 - AIDA NATASYA

Tahniah kepada para pemenang. Kepada sesiapa yang tidak menang, sila cuba lain kali ya :) 

Kepada pemenang sila isi borang di bawah untuk proses penghantaran hadiah. Terima kasih kerana menyertai aktiviti yang di anjurkan di blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim