Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Friday 31 December 2010

Cara Meningkatkan Pengunjung Blog

Terdapat pelbagai cara meningkatkan pengunjung ke blog kita yang pernah kita lakukan tetapi cara ini agak menarik untuk dicuba terutama pada blogger baru kerana cara ini mudah dan simple. Saya akan tunjukkan caranya.


Langkah 1 : Tulis posting artikel seperti posting ini, dan jika anda malas(huhu) sila copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.

Langkah 2 : Letakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda




13.syuzana
14.zueyie 
15.Firdaus Kasim


Langkah 3 : Sebelum anda meletakkan web-web di atas di link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.


Langkah 4 : Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.

Langkah 5 : Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

Akhir sekali, urutannya akan jadi macam ini :

15.LINK ANDA!                                           

Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625

Jika anda masih lagi keliru, sila postkan sebarang soalan ke emel saya dengan cara SUBSCRIBE via E-MAIL atau klik button CONTACT ME di bahagian bawah blog ini. 

Untuk dapatkan post terkini dari saya, sila SUBSCRIBE via RSS. Terima Kasih.

Thursday 30 December 2010

Khairul Fahmi Che Mat : MVP Pemain Paling Bernilai MALAYSIA Dalam Kempen AFF Suzuki Cuo 2010

Pertama sekali tahniah diucapkan kepada pasukan negara kita yang buat julung-julung kalinya telah menjuarai AFF Suzuki Cup 2010 semenjak piala ini diperkenalkan 14 tahun yang lalu walaupun kita pernah mencuba untuk menjadi juara pada tahun 1996 namun tewas kepada Thailand dalam aksi perlawanan akhir. Berikut merupakan fakta yang menarik boleh diperkatakan tentang pasukan yang bergelar juara asia tenggara ini :
  • Keseluruhan pasukan negara tidak menggunakan tenaga dari negara luar termasuk jurulatih dan pemain. Tidak seperti pasukan lain seperti Indonesia, Filipina dan Singapura.
  • Purata umur pemain adalah 22 tahun.
  • Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Mohd Fadhli Mohd Shas dan Izzaq Faris adalah antara pemain yang tidak beraksi di liga tempatan.
  • Mempunyai rekod bersih bermain di Stadium Bukit Jalil tanpa melepaskan sebarang gol.
Pihak penganjur telah memilih Firman Utina pemain Indonesia sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam kejohanan ini tetapi undian yang dilakukan oleh Astro Arena : Formasi menerusi laman Facebook telah memilih penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat sebagai Pemain Paling Bernilai Malaysia dimana undian itu telah dilakukan oleh peminat bola di laman Facebook tersebut. Dia hanya melepaskan 2 gol sepanjang kejohanan ini berlangsung disamping dapat mendakap 2 piala pada musim ini iaitu Piala Malaysia dan Piala AFF Suzuki.

Khairul Fahmi Che Mat


Tarikh lahir : 7 Januari 1989

Nombor Jersey : 22

Tinggi : 170 cm

Berat : 60 kg

Kelab : Kelantan

STATISTIK AFF SUZUKI CUP 2010
  • Suzuki M.V.P - Firman Utina (Indonesia)
  • Top Scorer   - Mohammad Safee Bin Mohammad Sali (Malaysia) 5 gol
  • Fair Play      - Filipina
Fakta menarik : Mohd Muslim Ahmad, pemain paling digemari gadis Malaysia

Sunday 26 December 2010

Pertandingan Blog Paling Superb !



Hye kawan, adakah anda merupakan blogger baru macam saya? kalau ya, anda digalakkan untuk menyertai pertandingan berblogging seumpama ini supaya bilanagn traffic pengunjung anda dapat bertambah selain dapat mengeratkan silaturrahim blogger2 lain.. hehe.. berminat? baca syarat2 yang penganjur tetapkan..


SyaratSyarat :

  1. Terbuka kepada Malaysian Blogger yang tinggal di Malaysia only . Kalau korang tinggal kat luar negara, payah nak post hadiah .
  2. Kena follow blog Aisyah dan Izzah dulu . Kalau tak nak follow pun takpe tapi make sure korang salu update ngan blog kitaorang okeyy ?
  3. Mesti ada blog . Kalau takda blog, takdalah contest dan hadiah . :)
  4. Buat satu entry bertajuk Pertandingan Blog Paling Superb ! Copy entry dan banner ini .
  5. Tinggalkan URL blog, emel & nama korang di blog aisyah sahaja . Click tab Contest. Kalau korang nampak Pertandingan Blog Paling Superb !, click and then tinggalkan URL blog, emel dan nama penuh di ruangan komen .
  6. Hadiah Misteri menanti anda !
  7. Had penyertaan : 200 blogger yang awal mendaftar saja boleh ikut .
  8. Hanya 3 blogger sahaja dipilih !
  9. Kalau ada apa2 perubahan akan diberitahu nanti .
  10. Tag kengkawan anda juga ! Tag lah seramai mana yang korang nak . Tak nak tag pun tak pe . 
TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 21 FEBRUARY 2011, 11.59 malam

Tahun Gemilang Skuad Harimau Malaya 2010

Tahun 2010 menyaksikan skuad kendalian K Rajagobal telah mencapai beberapa kejayaan yang boleh dianggap sebagai terbaik sejak 4 tahun kebelakangan ini. Sebelum ini, skuad negara telah menjadi juara sukan SEA 2009 Laos dengan mengalahkan juara bertahan Vietnam. 
Kejayaan ini diteruskan lagi pada tahun berikutnya apabila pasukan bolasepak negara mencipta sejarah dengan layak ke pusingan kedua acara bolasepak Sukan Asia Guangzhou 2010 sejak kali terakhir layak ke pusingan kedua 32 tahun lalu.


Jika dilihat negara-negara yang diletakkan dalam satu kumpulan dengan Malaysia, memang tiada harapan untuk pasukan negara layak ke pusingan kalah mati kerana China misalnya pernah mengalahkan France (1-0) dalam perlawanan persahabatan menjelang piala dunia. 


Hal ini menunjukkan pasukan bolasepak China kini digeruni walaupun barisan yang diturunkan pada sukan asia bukan merupakan pasukan senior mereka. 


Jepun pula telah beberapa kali layak ke Piala Dunia dan mereka mempunyai pemain pelapis sebanyak 200 orang yang boleh menggantikan skuad senior mereka bila-bila masa.


Skuad kendalian jurulatih K Rajagobal layak ke pusingan kedua apabila mengatasi Kyrgyzstan (2-1) meskipun kalah kepada Jepun (0-2) dan China (0-3) dalam perlawanan yang penuh kontoversi di Stadium Tianhe. 


Sebelum ke Sukan Asia 2010 ini, skuad muda Harimau Malaya telah mencapai kemenangan 1-0 ke atas Skuad Bawah 23 tahun Korea Selatan di Stadium Bukit Jalil. Kejayaan ini telah membuktikan pasukan bolasepak negara  kini kian bangkit.


Kejayaan ini adalah hasil daripada beberapa program anjuran FAM dengan kerjsama KBS dan semua pihak yang terlibat yang diadakan sepanjang tahun. Contohnya program menempatkan Skuad Harimau Muda bertanding di liga Slovakia menunjukkan hasil yang sangat memberangsangkan walaupun banyak kritikan yang diterima sebelum ini tetapi kritikan itu dibalas apabila sebahagian besar pemain Harimau Muda mengisi 11 pemain utama dalam separuh akhir AFF Suzuki Cup 2010 menentang Vietnam.




Kejayaan pasukan negara menuju ke puncaknya apabila layak ke pusingan akhir AFF Suzuki Cup 2010 dengan menentang Indonesia yang tidak pernah tumpas dalam kejohanan itu.


Kejayaan menumbangkan Vietnam (juara bertahan) 2-0 untuk layak ke pusingan final telah memberi erti kepada penyokong Malaysia yang dahagakan kejayaan seumpama itu. 


Menurut Rajagobal, kejayaan ini adalah senario baru dalam bolasepak negara. Beliau sebelum ini mensasarkan layak ke Pusingan Akhir pada tahun 2012. Walaupun sebelum ini mereka kalah 1-5 kepada Indonesia, tapi itulah bolasepak (Bola yang berbentuk bulat, sukar nak tentukan kejayaan). 


Kesilapan apabila kalah kepada indonesia tidak patut berulang lebih-lebih lagi bermain di tempat sendiri dengan kehadiran ribuan penyokong Malaysia. Kejayaan ke final menunjukkan pasukan negara merupakan pasukan yang terbaik di rantau ini dan tak mustahil, Malaysia mampu melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.


Lebih manis apabila skuad Negara merupakan skuad 100% buatan Malaysia tanpa menggunakn khidmat jurulatih atau pemain asing. Kejayaan ini merupakan turning point dan adalah hadiah yang istimewa sempena penutupan tirai tahun 2010. Diharapkan tahun 2011 beberapa kejayaan yang lebih besar dapat dilihat. MALAYSIA , TANAH TUMPAHNYA DARAHKU !


K Rajagobal bersama kameja bertuahnya yang dipakai pada final Sukan SEA Laos 2010

Friday 24 December 2010

Cara Betul Kepit Kuku

Salah satu tujuan blog ini dibuat adalah sebagai suatu bentuk perkongsian maklumat yang jarang diketahui orang. Disini saya akan terangkan cara-cara mengepit kuku mengikut sunnah Nabi SAW. Sesiapa yang istiqamah amalkan sunnah pada zaman fasakh dan mungkar ini, dia akan dapat pahala seolah-olah pahala mati syahid. Orang yang mati syahid ni, dia akan masuk syurga tanpa hisab. 


Bukan saya katakan cara anda kepit kuku itu salah, tetapi kalau kita kepit kuku dengan cara Sunnah Nabi, maka kita akan dapat pahala. Tetapi pahala itu tak bermakna kalau kita tak solat 5 waktu sebab jika baik solatnya maka baiklah amalnya.




Berikut merupakan cara-cara yang betul mengepit kuku mengikut cara Islam bermula dari no 1-10. Begitu indahnya agama Islam kerana segala perbuatan kita jika mengikut cara yang betul iaitu cara Nabi SAW, maka akan mendapat ganjaran pahala dan pahala ini jika dizahirkan di dunia, maka orang akan berpusu-pusu mendapatkannya kerana ia bernilai dari wang ringgit. Selamat mencuba!

Thursday 23 December 2010

Liku-liku, suka-duka, semak-ranjau(hehe..) bergelar STUDENT

Apabila tamatnya SPM, saya ditawarkan masuk ke politeknik (walaupun dapat tawaran matrikulasi kt Perlis) dimana saya menyambung pengajian dalam bidang bisnes. Alhamdulillah semester pertama dapat masuk asrama (org yg terpilih je dpt masuk). So, boleh la saya merancang untuk duduk rumah sewa semester depan. Maka bermula lah kehidupan berdikari saya selama 3 tahun dengan terpisahnya keluarga yang sentiasa berada di sisi selama 19tahun.. huhu!
Pindah kt rumah banglo 2 tingkat ni masa sem 5 lepas habis praktikal. Hero2 nya kt dlm, tertinggal la kuda2 ni kt luar .
Kenderaan bermotor yang pertama saya miliki. 


Perkarangan kampus B


Kt sini la tempat budak2 lepak. Tempat season  je tp best la. 


Jabatan Seni Bina : kt sini la tmptnya laluan ulang-alik pindah kelas.. huhu


Kafe B tmpt mkn minum


Road to Taman Cempaka (rumah sewa yg terdekat dari kampus)

Tak sangka pula selama ni kitaorg duk kt rumah kebajikan? hehe (amaran tuan rumah kpd yg  'lewat' byr sewa rumah)


Rakan2 kelas. Rindu korang semua.. Jumpa kt konvo tahun depan k


Alhamdulillah, dapat juga saya habiskan 3 tahun bersusah payah (struggle tp enjoy all the time.. hehe) semata2 utk mendapat segulung diploma tp yg pasti bukan je dpt diploma tp yg lebih penting saya dapat KENANGAN.













Wednesday 22 December 2010

Malaysia Layak Piala Dunia 2014?



Cuba bayangkan Malaysia ke Piala Dunia, sudah pasti dengan semangat nasionalisme yang ada, rakyat negara ini akan berasa begitu bangga dan amat teruja sekali. Sudah tentu sambutannya lebih luar biasa berbanding sambutan ketika Malaysia buat pertama kali memenangi Piala ASEAN (AFF Suzuki Cup).


Layak ke piala dunia bagi negara asia adalah satu perkara yg amat susah. Sesebuah pasukan yang ingin melepasi kelayakan perlu betul-betul kuat dan konsisten untuk mengharungi tempoh perlawanan kelayakan yang panjang dan banyak peringkat.
ini adalah disebabkan oleh jumlah negara asia yang sangat banyak untuk merebut 4 slot ke piala dunia.

Kita tak boleh nak samakan negara kita dengan New Zealand. NZ terkuat dalam rantau nya selepas ketiadaan australia. juara kelayakan dari oceanic hanya perlu menghadapi perlawanan play-off. ada nasib layaklah pasukan tu.

Berbanding kita Malaysia, kita ada kelayakan peringkat 1. peringkat 1 dah kalah-mati dah. Kalah habis lah. kalau menang kena masuk ke peringkat 2. dah lah tempoh masa antara perlawanan pertama, kedua dan berikutnya itu mengambil masa yang lama. Amat susah untuk mengekalkan konsistensi sesebuah pasukan yang tidak kuat seperti Malaysia. 

Bila dah lepas peringkat 2, 10 pasukan terbaik Asia dikumpulkan dalam 2 kumpulan kelayakan akhir. Sampai disini baru semua pasukan tu sama taraf dari segi kekuatannya. kalau mood pasukan tengah baik, semangat tengah meninggi jadilah macam Korea Utara yang berjaya mengharungi kesemua perlawanan kelayakan akhir untuk tampil ke Piala Dunia Afrika Selatan 2010

So, nak layak ke piala dunia, konsistensi pasukan perlu mantap sebab kita bakal mengharungi tempoh kelayakan yang panjang. Tapi kalau semangat pemain malaysia kuat, tak mustahil kita berjaya melakukannya jika kena cara dan strateginya. 





Info Bolasepak Malaysia
Nickname(s) : Harimau Malaya (Malayan Tiger)
Association : Football Association of Malaysia
Confederation : AFC (Asia)
Head coach : K. Rajagopal
Asst coach : Tan Cheng Hoe, Faozi Mukhlas, Rustov Bozik
Captain         : Mohd Safiq Rahim
Most caps : Soh Chin Aun (252)
Top scorer : Mokhtar Dahari (125)
Home stadium : National Stadium, Bukit Jalil (Kuala Lumpur)
FIFA code : MAS
FIFA ranking : 144
Highest FIFA ranking : 75 (August 1993)
Lowest FIFA ranking : 170 (April 2008)

 Home Kit

            
Home & Away Kit


Tanah tumpahnya darahku

Majlis Pertunangan Angah

Pada 18/12/2010, bertempat di perkarangan rumah firz di Bandardr Baru Sentul, telah berlangsungnya majlis pertunangan akak kedua firz dengan penuh sederhana dan harmoni dengan attandance tetamu terdekat mencecah 103 org.. huhu..


Firz sebagai satu-satunya anak lelaki dalam family memang busy menyiapkan segala kelengkapan untuk majlis itu dengan keadaan cuaca yg sangat mengizinkan sepanjang majlis berlangsung.


 Cantik tak kakak saya? hehe..


 Hantaran belah pihak lelaki yg color ungu 


Baki tetamu yg tinggal..


Alhamdulillah, majlis pertunangan berjalan dengan lancar sekali.. kepada anda yang menjayakan majlis ini, saya mewakili keluarga hanya mampu mengucapkan terima kasih, terima kasih, terima kasih( sebenarnya nk tulis terima kasih 2000 patah perkataan, tp space x cukup.. hehe..)

Tuesday 21 December 2010

Kemalangan Bas Terburuk 2010

Kegembiraan 35 pelancong Thailand bercuti di Cameron Highland, Pahang bertukar tragedi apabila 25 daripada mereka maut, 10 lagi cedera dalam nahas bas persiaran 2 tingkat, pukul 11.50 pg semalam.

Bas 2 tingkat ini dikatakan hilang kawalan sewaktu menuruni laluan berbukit sebelum merempuh pembahagi jalan konkrit.



Kebanyakan mangsa sudah meninggal dunia selain kaki dan tangan mereka patah, malah kepala beberapa mangsa juga pecah dengan otak bertaburan atas jalan. 




Gaya di atas hanya boleh dilakukan ketika sebuah kereta itu hilang keseimbangannya dan pemandu hilang pertimbangan. Keseimbangan sebuah kereta terletak pada pusat graviti kereta tersebut manakala pertimbangan manusia tidak terletak pada pusat mereka sebaliknya pada otak masing-masing.

Perkara yang paling penting dalam menentukan pusat graviti sesebuah bas adalah ketinggiannya dan pembahagian berat di hadapan, belakang, kiri dan kanan. Jika berat sama rata, pusat graviti akan tertumpu di bahagian tengah bas tersebut dan menyukarkan bas tersebut untuk hilang kawalan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim