Pihak US akan menuntut 8 buah khazanah dari negara kita dan mereka juga mahu negara kita menandatangani Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) sebagai galang ganti kepada hutang negara. Ada banyak lagi tuntutan-tuntutan negara luar yang disembunyikan daripada pengetahuan rakyat.
Kesemua tuntutan Obama dalam Trans Pacific Partnership (TPPA) telahpun dipersetujui pihak Malaysia dan hanya menanti masa untuk ditandatangani oleh Dato Seri Najib. Berdoalah agar perjanjian ini digagalkan.
Ketika hilangnya MH370 yang dihijack oleh 3 orang perisik CIA dan ditentang oleh beberapa orang perisik KGB dan China, Obama telah melihat ini sebagai satu plan terbaik untuk menjayakan rancangannya di Malaysia.
Harta khazanah dalam MH370 telahpun terkubur di lautan dalam. Kemungkinan amat tinggi, bahawa MH370 tidak akan dinaikkan sekiranya perjanjian dengan US berjaya. Ini kerana, MH370 akan merugikan pihak yang menaikkannya kelak sekiranya perjanjian mereka berjaya. Namun sekiranya perjanjian antara US dan Malaysia gagal, maka barulah MH370 dinaikkan demi kepentingan-kepentingan tertentu bagi mengugut kita.
Apapun, sekiranya perjanjian antara US dan Malaysia berjaya dan mereka mahu MH370 dinaikkan juga, ia tidak akan ditimbulkan kepada masyarakat. Yang dinaikkan, hanyalah harta yang ada di dalamnya dan biasanya, kerja-kerja mengangkut khazanah ini hanya akan dibuat oleh syarikat swasta yang diupah.
Dato Seri Najib sudah benar-benar berada di kemuncak pemerintahannya. Dia boleh step down bila-bila masa sahaja walaupun dia sudah mempersetujui banyak perjanjian dengan pihak US dan Obama.
Ini bertujuan bagi survival negara Malaysia dan juga kelansungan hidup DSN dan juga sekeluarga.
Sekarang, terlalu banyak orang di dalam kerajaan kita yang melakukan manipulasi wang dan mereka sedang cuba mengkayakan perut mereka dan kroni mereka sendiri bagi kelansungan hidup mereka di akhir zaman ini.
Tujuan mereka berebutkan khazanah itu pun tak lain tak bukan untuk survival mereka sendiri bukannya mahu membangkitkan Islam.Semua ini berlaku tanpa kita sedari.
Bermula dengan kes di Lahad Datu, berakhir dengan hilangnya MH370. Ada satu lagi episod lebih besar akan dipentaskan tidak lama lagi.
Masa di mana fitnah Dajjal yang terbesar sampai ke tanah air kita. Mungkin dua tiga tahun lagi. Itupun setelah isu khazanah di alam Nusantara ini selesai dan isu genocide di Syam berakhir.
Sumber