Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Wednesday 28 September 2011

Punca Rakyat Malaysia Menjadi Muflis


Apabila bercerita tentang isu muflis, ianya sering dikaitkan dengan penggunaan kad kredit dan aktiviti berbelanja yang melampau. Apakah benar dakwaan ini?

Menurut statistik yang pernah dikeluarkan oleh jabatan insolvensi pada tahun 2010 (tahun 2011 takde lagi).

  • 24.12% kes bankrap adalah disebabkan pinjaman kenderaan
  • 11.78% disebabkan pinjaman perumahan
  • 10.93% disebakan pinjaman kenderaan
  • 5.5% disebabkan kad kredit

Dapat dilihat dengan jelas disitu, ramai yang muflis/bankrap adalah disebabkan hutang kenderaan.. dan bukannya kad kredit. Jadi, saya kurang faham, mengapa isu kad kredit seringkali diperbesar-besarkan apabila bercerita tentang muflis.

Mungkin disebabkan kenderaan dan rumah adalah merupakan keperluan asas, dan sememangnya, tiada cara lain lagi untuk memilikinya kecuali dengan berhutang, maka perkara itu bolehlah di”skip”kan…  tidak boleh diperbesarkan, takut nanti terkena batang hidung sendiri.

Tapi hakikatnya, itulah.. itulah perkara yang seringkali menjadikan seseorang itu terperangkap di dalam hutang hinggakan menjadi punca penyebab seseorang itu  menjadi muflis.

Dari perspektif individu..

Saya BUKANlah mahu mengatakan bahawa, kita mestilah membeli rumah & kereta secara tunai.. saya tahu, sememangnya tidak ramai yang berkemampuan sebegitu. Apa yang boleh kita lakukan, adalah menganalisa dengan sebaik mungkin tentang tahap kemampuan kita apabila ingin membeli kereta dan rumah.

Dicadangkan, bayaran ansuran bulanan kereta perlulah tidak melebihi 20% dari gaji bersih/pendapatan bulanan anda. Manakala bayaran ansuran rumah pula, seelok-eloknya, tidak melebihi 30% dari gaji bersih/pendapatan bulanan anda.

Jika anda hanya mampu membeli viva.. maka belilah Viva. Jika hanya mampu membeli Proton Saga FLX, maka belilah.. tahan nafsu & ego untuk berkereta toyota atau honda.  Jika tidak mampu, terimalah hakikat yang anda masih belum mampu..

Elakkanlah membeli kereta-kereta mewah walaupun anda mampu.. selagi anda membelinya secara hutang, itu sebenarnya, bermaksud anda tidak mampu. Oh!

Akibatnya, kita boleh lihat sendiri di bahagian lelongan website. Menurut Jabatan Insolvensi, kebanyakkan kenderan yang dilelong adalah kenderaan-kenderaan mewah seperti mercedes, bmw, jaguar dan sebagainya. Ini bermakna, betullah, kebanyakkan orang yang muflis adalah disebabkan membeli kenderaan yang melebihi kemampuan mereka.

Satu perkara yang seringkali kita terlepas pandang apabila membeil rumah dan kenderaan, ialah tentang kos-kos perbelanjaan yang akan turut muncul secara tiba-tiba di dalam hidup kita apabila kita memiliki kenderaan atau rumah. Antaranya adalah seperti kos minyak, tol, servis, roadtax dan sebagainya.. lebih mewah kenderaan kita, lebih besar kos pebelanjaannya. Begitu juga dengan rumah, lebih besar rumah yang dibeli, lebih banyak barangan perabot yang perlu disiikan, maka lebih banyaklah kosnya.

Jadi, berpada-padalah, fikirkan juga kos-kos tambahan ini apabila ingin membeli kereta dan rumah. Bukan hanya sekadar melihat pada kos bayaran ansuran bulanan sahaja.. 

Dari perspektif pihak yang berkuasa a.k.a kerajaan..

Mungkin pihak kerajaan juga perlu melihat kepada isu ini, ianya tentang harga kereta dan harga rumah di negara ini. Seperti yang kita ketahui, harga kereta di Malaysia, adalah antara yang tertinggi di dunia. Begitu juga dengan hartanah, yang mana harganya semakin hari semakin meningkat. Ianya tentang isu harga kereta dan rumah yang terlalu tinggi menyebabkan ramai rakyat terpaksa berhutang dan akhirnya menjadi muflis…

Pihak kerajaan perlu juga mengambil sedikit tanggungjawab, dan bukannya dengan mudah, menyalahkan rakyat dan menuduh rakyat tidak pandai mengurus kewangan dan boros di dalam berbelanja.
Jadi dengan ini, saya mencadangkan, untuk bajet 2012 ini, pihak  kerajaan boleh mengambil langkah-langkah yang tertentu untuk menurunkan harga kereta (mungkin dengan mengurangkan cukai import kereta), dan juga harga rumah (subsidi rumah? penurunan blr?).  Ceh! macam lah ada orang yang berkuasa di kerajaan baca blog aku nie! Oh! 

Selain itu faktor inflasi & kenaikan harga barang  juga,  turut menyebabkan  ramai rakyat yang tertekan, yang akhirnya terpaksa menggunakan duit peruntukan yang sepatutnya dibayar untuk hutang, digunakan untuk perbelanjaan hidup.

Sumber : Pengasas WangCyber.Com (Shuth)

Tuesday 27 September 2011

Perbezaan Jika Tidak Melakukan Puasa 6

Wallpaper khas dari firdauskasim.com sempena syawal tahun ini
Pejam celik sekejap je dah nak habis bulan Syawal.. Mungkin minggu depan adalah hari terakhir ada orang buat open house.. setiap minggu lepas balik dari kampung, ada je jemputan open house dan jamuan raya kt tmpt kerja.. sampai dah muak makan sate, lemang, dan lain2.. huhu.. Kalau dengar lagu raya sekarang, teringat keseronokan di ambang raya dan di pagi raya.. masa tu je memang meriah! hehe.. 

Pada bulan syawal ni, mesti ada yang buat puasa 6 dan mesti ada yang tak buat kan? Memang tak boleh rasa lapar langsung korang ni kan? asyik nak rasa selesa je.. huhu.. Apa korang rasa kalau tak buat puasa 6 tahun ni, padahal tahun lepas korang buat? Ada rasa beza x?

Sebenarnya, puasa 6 ni sunnah Nabi SAW, kalau buat dapat pahala, kalau tak buat tak dapat apa2.. yang paling best, kalau kita puasa 6 dengan bersungguh2, pahala yang Allah SWT bagi seolah2 dia puasa setahun penuh! Kita kena yakin dengan janji2 Allah SWT sebab itulah iman. 

Tetapi, dengan puasa 6 ni, ia baik untuk kesihatan kita sebenarnya. Macam lepas kita bersukan, mesti kita akan lakukan senaman ringan bagi menyejukkan badan dan untuk mengelakkan otot menjadi renggang. Begitu juga dengan puasa 6, kita kena puasa beberapa kali selepas puasa penuh di bulan Ramadhan supaya perut kita dapat beroperasi dengan baik tanpa ada rasa sebarang kejutan. 

Kalau kita tak puasa 6, lepas lunch, kita akan rasa cepat mengantuk dan letih sebab otot perut kita memerlukan oksigen yang banyak untuk proses penghadaman. Maklumlah, dah lama rehat, mesti perut kita akan bekerja lebih bersungguh2 dan penuh komitmen! hehe.. berbanding dengan orang yang puasa 6, tubuh badan dia akan rasa 'ringan' dan senang untuk bergerak sbb perut tak melakukan byk kerja.

Jadi, penting x puasa 6 ni? kepada sesiapa yang belum puasa 6, jom kita puasa esok! eh! silap, dah nak habis bulan syawal daa.. hehe.. tapi takpe, kita juga boleh puasa sunat hari isnin dan khamis.

Monday 26 September 2011

Adakah Laman Web Ini Diserang Hackers?

Tadi semasa saya ingin mendaftarkan perniagaan printing saya yang turut membuat kad kahwin di laman web www.mykahwin.my, tiba-tiba muncul sebuah wallpaper seperti gambar di bawah. Adakah laman web ini diserang hackers?? Sesiapa pernah ternampak wallpaper yang sama, sila beritahu ya..




Sunday 25 September 2011

Kisah Benar Pengorbanan Seorang Ibu

Ini adalah kisah benar pengorbanan seorang ibu semasa Gempa Bumi di China.
Selepas gempa bumi reda, apabila penyelamat tiba di runtuhan rumah seorang wanita muda, mereka melihat mayat beliau melalui celah runtuhan dan timbunan tanah. 

Tetapi entah bagaimana ia kelihatan agak aneh seperti melutut pada seseorang dan menyembah ke hadapan, dan dua tangannya menyokong sesuatu objek. Rumah runtuh itu telah menghempas belakang dan kepalanya.

Dengan usaha yang sukar, ketua pasukan penyelamat meletakkan tangannya melalui celahan yang kecil di dinding untuk mencapai badan wanita tersebut. Dia berharap bahawa wanita ini mungkin masih hidup. Walau bagaimanapun, badannya yang sejuk dan kaku membuktikan bahawa wanita itu telah meninggal dunia.

Dia dan seluruh pasukan meninggalkan rumah itu dan mencari mangsa pada bangunan runtuh yang seterusnya. Tanpa sebarang alasan, ketua pasukan ini didorong oleh satu kuasa yang kuat menariknya untuk kembali ke rumah wanita yang runtuh itu. Sekali lagi, dia melutut dan melalui celahan runtuhan yang sempit untuk meninjau keadaan mayat itu. Tiba-tiba, dia menjerit kegirangan, "Seorang kanak-kanak! Ada kanak-kanak! "

Seluruh pasukan bekerja bersama-sama dengan berhati-hati mereka memindahkan objek runtuhan yang menghempas wanita itu hingga mati. Terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 bulan yang dibalut dengan selimut berbunga di bawah mayat ibunya. Jelas sekali, wanita itu telah berkorban hingga ke akhir hayatnya untuk menyelamatkan anaknya. 

Apabila rumahnya runtuh, dia menggunakan tubuhnya untuk melindungi anaknya. Budak lelaki itu masih tidur dengan nyenyak semasa ketua pasukan penyelamat itu menemuinya.
Doktor bergegas datang untuk memeriksa anak kecil tersebut. Selepas beliau membuka selimut, terdapat telefon bimbit di dalam selimut itu. Tertera teks mesej pada skrin telefon bimbit itu, "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." mesej ini telah dihantar dari satu tangan ke tangan yang lain. 

Setiap individu yang membaca mesej pasti menangis. "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." Begitulah kasih sayang seorang ibu pada anaknya!!

Sumber : KKIM

Saturday 24 September 2011

Panduan Memilih Warna Tema Blog

Pada entri yang lepas, saya telah menerangkan kepada anda tentang warna apakah yang sesuai dipilih untuk dijadikan warna tema blog anda. Jika anda terlepas membaca entri tersebut, sila klik di sini untuk membacanya. Pada entri tersebut, saya lebih menekankan tentang apakah faktor-faktor untuk memilih warna yang sesuai pada blog anda. Pada entri kali ini pula, saya akan menerangkan panduan untuk anda memilih warna tema pada blog.


Sebelum memilih warna pada blog, anda terlebih dahulu perlu mengkaji, siapakah target pembaca blog anda? Adakah anda mensasarkan pembaca dari Barat, Arab atau di China? Jika target anda adalah pembaca dari Barat, pemilihan warna putih sangat tidak sesuai kerana ia menunjukkan nasib kurang baik (sial). Jika di China pula, warna putih melambangkan unhappiness. Pada minda orang Melayu pula, warna putih melambangkan kesucian dan kebersihan. Sebab itu saya menggunakan warna putih sebagai warna background kerana target saya adalah pembaca dari kalangan orang Melayu.

Berikut adalah warna yang sering kali digunakan oleh blogger dan maksud warna tersebut pada minda kebanyakkan manusia di dunia ini :

  • Merah : Energy, keghairahan, kuasa dan agresif serta bahaya
  • Biru : Ketenangan, cool, spirituality, kebebasan, kesetiaan dan boleh juga sebagai kesedihan.
  • Kuning : Terang, optimism, kegembiraan
  • Hijau : Kehidupan, restfulness, kesihatan, kekayaan, 
  • Oren : Friendliness, panas, kuasa dan playfulness
  • Violet : Wisdom, celebration, sophistication
  • Putih : Kebersihan, kesucian, kesegaran dan keamanan serta purify
  • Hitam : Kuasa, elegan dan juga misteri.
  • Gray : Kematangam, sucurity
  • Pink : Romance a feminine color
  • Coklat : Lembut, kekuatan dan kredibiliti
Kesimpulannya, bermain dengan warna amat menyeronokkan tetapi awas, warna mempengaruhi minda manusia, jadi pilihlah dengan berhati-hati warna apa yang sesuai pada blog anda berdasarkan target pembaca anda. Jadi, buatlah sedikit kajian untuk perkara ini.

Thursday 22 September 2011

Solat di Kakilima Masjid

Kekurangan bilangan masjid di luar negara 
Pernah suatu ketika itu, saya pernah datang lewat ke masjid untuk sembahyang Jumaat, sampaikan dah habis khutbah, baru saya sampai ke masjid. Terpaksalah saya sembahyang di kaki lima masjid sebab jemaah dah penuh, sampaikan saya terpaksa sembahyang di rumput di luar masjid! Memang terasa lebih khusyuk sikit solat sebab terasa sedikit mujahadah. Persoalannya. adakah ini afdhal kerana kita tahu tempat tersebut mungkin bernajis? Jawapannya saya dah cari untuk rujukan kita bersama. Sumber oleh seorang ustaz yang menulis banyak buku agama.
  • Jika kita yakin bahawa tempat itu bersih maka tinggalkan sifat was-was dan solatlah dengan mengharap rahmat Allah. 
  • Sebaliknya jika kita benar-benar yakin dan nampak dengan jelas bahawa tempat tersebut ada najis, maka bersihkanlah terlebih dahulu kemudian solatlah, semoga Allah memudahkan segala urusan ibadah kita. 

Sunday 18 September 2011

PM Hadiri Konsert Suara Kami Di Stadium Merdeka


KUALA LUMPUR 18 Sept – Dalam kesibukannya menghadiri pelbagai acara semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempat meluangkan masa untuk menyaksikan Konsert Suara Kami anjuran Astro di Stadium Merdeka di sini, malam tadi.

Ketibaan Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor ke konsert itu mendapat sambutan hangat daripada para penonton yang tidak menyangka pemimpin nombor satu negara itu sudi untuk bersama-sama mereka menyaksikan acara hiburan berkenaan.

Najib, dalam laman Facebook dan Twitternya, berkata, beliau menghadiri konsert itu untuk bersama-sama generasi muda Malaysia. Najib turut memuat naik beberapa keping gambar suasana konsert itu dalam Facebook dan Twitter beliau. Konsert Suara Kami diadakan sempena ulang tahun Astro ke-15 dan sambutan Hari Malaysia.

Antara artis tempatan yang turut serta pada konsert tersebut ialah Yuna, Hujan, Faizal Tahir, Pop Shuvit, Azlan And The Typewriter, Psycho Unit, Soul Krazy, Ruffneckz dan Stacy manakala barisan penyanyi antarabangsa pula ialah Chinmayi (India), Hins Cheung (Hong Kong) dan Rania (Korea Selatan). – Bernama

Antara penonton yang hadir
Kehadiran pemimpin no 1 negara ke konsert ini seolah-olah menggalakkan atau menghalalkan lagi para remaja  untuk menghadiri konsert yang mana kita tahu lelaki dan perempuan bergaul tanpa ada batasan seperti di negara Barat dengan hiburan yang melampau.

Namun begitu, PM menghadiri konsert itu semata-mata kerana mahu mendekati para belia yang bakal memimpin negara ini kelak. Apa yang lebih penting, sebelum membuat andaian buruk kepada sesiapa, kita harus menilai iman kita sendiri terlebih dahulu. 

Saturday 17 September 2011

Cara Memilih Warna Yang Betul Pada Blog

Warna sangat penting dalam mempengaruhi tingkah laku dan kehidupan manusia. Begitu juga dengan blog, kebanyakan daripada kita lebih gemar memasukkan warna kegemaran ke dalam blog. Tetapi harus diingat, jika blog anda merupakan blog personal iaitu lebih kepada untuk tujuan peribadi, memasukkan warna kegemaran tidak menjadi kesalahan. Namun begitu, jika blog anda lebih kepada untuk bacaan dan rujukan pengguna lain, maka warna blog anda haruslah ikut majoriti warna kegemaran mereka. Bagaimana nak tahu warna apa yang ramai orang suka? Sila teruskan bacaan.

Semasa membuat blog, anda haruslah memilih warna yang tepat pada subjek atau niche pada blog. Contohnya jika blog anda lebih kepada subjek atau niche untuk perempuan dan kecantikan, warna pink lembut haruslah dimasukkan ke dalam blog. Hal ini kerana kebanyakkan perempuan lebih suka pada warna lembut, terutamanya pink. Jika sasaran pembaca blog anda adalah wanita dewasa, kebanyakkan mereka lebih suka warna merah  lembut dan ungu. Anda bolehlah membuat sedikit survey apakah warna kegemaran para pembaca blog anda.

Warna pada blog anda sebenarnya telah mempengaruhi cara pemikiran para pembaca yang melawati blog anda. Tahukah anda bahawa warna yang minimum dan ringkas pada blog akan menyebabkan pada pembaca blog akan berada lebih lama pada blog anda berbanding warna yang terlalu banyak pada blog. Buktinya, Facebook telah mengenakan warna yang sangat minimum dan simple iaitu warna biru dan putih kerana kebanyakkan pengguna Facebook pasti akan menghabiskan lebih banyak masa pada Facebook dan warna yang simple akan menyebabkan mereka berasa selesa dan tenteram tanpa menyakitkan mata dan menyemakkan fikiran. Jadi, warna pada blog anda haruslah tidak melebihi tiga warna. 

Kemudian, sila gunakan warna yang semulajadi atau natural kerana warna sedemikian telah menjadi kebiasaan daripada kita.  Jangan gunakan warna yang luar biasa seperti hijau cerah, biru cerah dan merah kerana warna berkenaan akan menyebabkan mata menjadi cepat letih. Yang lebih penting, pastikan contrast blog anda adalah tepat. Contohnya jika anda mahu pengunjung blog anda fokus hanya pada entri post dan sidebar blog, maka anda haruslah memilih background yang gelap. (Lihat contoh di bawah)


Jika background blog anda berwarna gelap, maka pembaca blog hanya fokus pada kotak merah tersebut
Sebaliknya jika backround blog anda berwarna cerah, maka pengunjung blog anda turut akan fokus di sekeliling kotak merah itu.
Jika terdapat pengunjung blog anda memberi komen tentang warna blog anda, maka anda haruslah segera mengambil tindakan tentang komen mereka. Contohnya, terdapat seorang pembaca blog ini telah memberitahu bahawa warna blog ini sangat terang dan menyilaukan mata, maka saya segera mengambil tindakan untuk tukar warna background blog. (tetapi sampai sekarang tak tukar sebab dah lupa mcmana nk tukar.. hehe!). Baiklah, saya akan membincangkan lebih lanjut tentang cara memilih warna yang betul pada blog pada entri akan datang. InsyaAllah. 

Friday 16 September 2011

Kisah Pelajar UMT Meninggal Dalam Khusnul Khatimah

Definisi Khusnul Khatimah = kematian yang baik 
Sumber = Azri Johan

Renungan kepada yang masih hidup, sebuah kisah benar yang diceritakan semula..

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) yang bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi, berumur 21 tahun, pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. telah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut sekumpulan Jemaah ke pedalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 2 1/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.

Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Jenazah tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka, saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah).

Gambar ini diambil di Masjid Sri Petaling
Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup! Selepas solat asar, jemaah yang melihat mayat juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur.

Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan di dalam peti ais jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.

Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjiNya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih terdapat manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid.

Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin hanyut terikut2 dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.

Mengikut ayah, ayah angkat dan rakan2 universiti, semasa hayatnya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama.

Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN, selain daripada untuk membiayai yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya, setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas sembahyang Subuh, sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.

Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang
dijanjikan oleh Allah s.w.t.

Thursday 15 September 2011

Domain Co.Cc Tidak Mesra Enjin Pencarian Google

Enjin pencarian google adalah enjin pencarian paling kerap kali digunakan oleh pengguna di Malaysia. Jadi, amat rugi jika blog anda tidak berada di halaman pertama enjin pencarian berkenaan jika pengguna internet mencari maklumat berkenaan entri yang anda buat. Lebih malang lagi jika ada orang taip nama domain anda dan tekan butang search, tetapi tiada blog anda di halaman pertama enjin pencarian tersebut.

Google dan Blogger adalah sweet couple. 
Sebenarnya itulah yang terjadi pada blog saya, blog kedua saya (www.kisahcintakita.co.cc) tidak berada di halaman pertama enjin pencarian jika di taip 'Kisah Cinta Kita'. Begitu juga dengan blogshop saya (Safira Printing). Bila di taip perkataan 'Safira Printing Services', memang tak muncul kt halaman pertama enjin pencarian google. Jadi, ini amat merugikan daripada segi jumlah pengunjung.

Kepada sesiapa yang ingin menggunakan domain percuma ini, anda perlu menilai semula keputusan tersebut. Tak berbaloi guna domain free kalau keputusan yang diinginkan tidak berjaya dicapai. 

Monday 12 September 2011

Penangguhan Perlaksanaan Caj Servis 6% Top Up

Sehari selepas pengumuman syarikat telco untuk mengenakan cukai servis (yang dikenakan oleh kerajaan) sebanyak 6% kepada orang ramai yang ingin membeli top up, PM pula melalui kenyataan beliau semalam turut bersependapat seperti orang ramai iaitu turut tidak bersetuju terhadap perlaksanaan caj servis ini yang bakal dilaksanakan 15 hb September 2011.

Hari ini, kementerian yang bertanggungjawab telah bermesyuarat dengan syarikat telco dan hasil daripada perbincangan, caj servis sebanyak 6% yang bakal dilaksanakan akan ditangguhkan dan tempoh penangguhan tidak dinyatakan. Mungkin ini strategi kerajaan untuk melaksanakan caj servis ini secara senyap2? 

Atau kerajaan melalui BN ingin menarik kepercayaan rakyat kepada mereka apabila PM sendiri tidak menyokong perlaksanaan ini setelah kerajaan sendiri mengenakan cas ini kepada syarikat telco? Sama-samalah kita tunggu dan lihat bagaimana permainan politik ini dimainkan.

Thursday 8 September 2011

Apa Itu Cukai Perkhidmatan Tambah Nilai Telefon Bimbit?

Mulai 15 September 2011, cukai perkhidmatan sebanyak 6% akan dikenakan apabila anda menambah nilai telefon bimbit.
Begitulah gambaran mesej yang dihantar oleh syarikat komunikasi kepada sebahagian besar penggunanya di Malaysia hari ini.

Mulai 15 September 2011, cukai perkhidmatan sebanyak 6% akan dikenakan kepada pengguna Maxis, Celcom, DIGI dan syarikat komunikasi setiap kali anda top up.

Sama ada anda topup RM10.00, 6% atau RM0.60 akan ditolak daripada kredit anda sebagai cukai perkhidmatan. Maka, kredit yang ada pada handphone anda ialah RM9.40 setiap kali anda top up RM10 atau anda perlu membayar RM10.60 untuk membeli top up RM10.

Seperti mana yang kita ketahui, pasaran top up di Malaysia sangat untung dan lumayan disebabkan rata-rata rakyat Malaysia menggunakan prepaid top up berbanding telefon talian biasa seperti TELEKOM. Adakah kerajaan Malaysia sengaja mahu membebankan rakyat atau ada muslihat lain? 

Wednesday 7 September 2011

OPS SIKAP Sebenarnya Tidak Gagal

Kemalangan maut yang melibatkan dua orang pelajar
Politeknik Merlimau
OPS Sikap pada tahun ini dan tahun berikutnya sebenarnya dianggap tidak gagal dan tiada lagi istilah gagal. Hal ini kerana jumlah kemalangan yang melibatkan kematian sepanjang OPS sikap berlangsung pasti akan meningkat dari tahun ke tahun. Untuk melihat angka korban di jalanraya berkurangan dari tahun sebelumnya boleh dikatakan amat mustahil dicapai, sekurang-kurangnya jurang statistik kematian dapat dirapatkan dari tahun sebelumnya.

Walaupun semua pihak sudah melakukan pelbagai kempen keselamatan jalan raya bagi menyedarkan pengguna jalanraya supaya berhati-hati semasa di jalanraya dengan matlamat supaya jumlah kematian dapat dikurangkan, namun apa yang mengejutkan, OPS Sikap pada tahun ini adalah antara yang terburuk sekali dengan jumlah kematian hampir mencecah 300 orang!

Hal ini sebenarnya tidak mustahil berlaku kerana seperti mana yang kita ketahui, jumlah pengguna jalan raya setiap tahun akan bertambah kerana rakyat Malaysia yang semakin bertambah dan taraf hidup yang semakin meningkat sehinggakan mereka mampu memiliki kenderaan sendiri. Jadi, dengan pertambahan jumlah kereta di jalan raya yang semakin meningkat, kebarangkalian untuk berlaku kemalangan akan turut meningkat terutama yang melibatkan kematian. 

Sikap pemandu itu sendiri juga menjadi faktor utama terhadap peningkatan jumlah kemalangan. Walaupun mereka sering kali mendengar perkataan "berhati-hati di jalan raya", namun nasihat demikian yang sering diperkatakan terutama dalam musim perayaan seolah-olah tidak diendah langsung. Membawa kenderaan melebihi had laju adalah kesalahan yang paling banyak dilakukan. Perlu di ingat bahawa semakin laju kenderaan yang dibawa, maka semakin tinggi risiko untuk berlaku kematian jika berlaku kemalangan. 

Tetapi kenderaan dikesan paling laju di bawa di lebuhraya, namun kemalangan maut yang berlaku di lebuhraya adalah lebih sedikit berbanding di jalan bandaran dan jalan persekutuan. Jadi, kerajaan boleh mempertimbangkan untuk mempertingkatkan lagi infrastruktur di jalan yang paling banyak berlaku kemalangan terutama di selekoh tajam, memperluas jalan atau menambah jumlah lampu isyarat dan sebagainya.

Apa yang lebih penting, pihak bertanggung jawab perlu mengkaji punca kemalangan tersebut berlaku dan melaksanakan penyelesaian dengan kadar segera. Saya sedih melihat ada antara saudara kita yang kehilangan seluruh ahli keluarganya akibat maut di jalanraya. Sampai bilakah perkara begini harus terus berlaku? 

Main Game Untuk Meningkatkan Prestasi Kerja?

Sesetengah pekerja yang bekerja di dalam pejabat terutamanya lelaki mengakui bahawa prestasi kerja mereka akan meningkat seandainya terdapat hiburan semasa melakukan kerja. Mereka dapat melakukan kerja dengan lebih baik jika berbalas mesej dengan teman wanita semasa sambil melakukan kerja atau bermain game di PC atau di iPad sambil bekerja dan seumpama dengannya.

Sebaliknya mereka mengakui bahawa prestasi kerja akan merosot jika tidak terdapat hiburan semasa bekerja disebabkan rasa bosan yang akan menyebabkan mereka akan cepat berasa bosan terhadap kerja yang dilakukan.

Patutkah sikap sebegini perlu diteruskan? kalau dah main game, sudah tentulah masa bekerja yang diperuntukkan akan menjadi semakin berkurangan seterusnya kerja2 akan jadi tertangguh. Kalau tak main game pula, pasti pekerja berkenaan akan menjadi bosan, seterusnya mereka akan buat kerja tanpa fokus dan komitmen yang tinggi. Jadi, apa pendapat anda?

Tuesday 6 September 2011

Kisah Adam Dan Facebook

Adam, 24 tahun, memiliki rupa paras yang kacak, merupakan seorang lelaki yang berbudi bahasa dan tidak suka bersosial walaupun dia tinggal di kotaraya metropolitan di mana gaya hidup warga kota sangat bebas. Disebabkan gaya hidup Adam yang begitu rupa, dia sukar mendapat teman wanita idamannya. Rata-rata gadis di kota ini sudah tidak memiliki sifat perasaan malu dalam diri mereka. Kebanyakkannya terlalu mengikut gaya hidup Barat yang bebas dan sosial.

Facebook merupakan laman sosial secara maya yang sangat di gemari rakyat Malaysia. Adam juga tidak ketinggalan bersosial secara maya di Facebook lagipun dia sudah memiliki akaun Facebook sejak menuntut di sekolah menengah atas tunjuk ajar rakan karibnya. Kalau dulu Adam menggunakan Facebook semata-mata mahu mencari rakannya yang sudah terpisah sejak sekolah rendah, tetapi kini Adam ingin menggunakan Facebook untuk 'mencari' bakal isterinya.

Setiap kali online, selain bersembang bersama rakan2 melalui laman chat, Adam juga tidak terlepas memandang setiap profile picture gadis-gadis yang berada di 'wall' facebooknya, mana tahu kalau ada yang tersangkut, pasti adam akan mengkaji gadis itu di bahagian info, wall dan photonya.

Gadis-gadis yang 'free hair' langsung tidak berkenan di hati Adam. Walau sebaik mana pun dia, tetapi jika dia melanggar suruhan Agama yang mewajibkan setiap perempuan menutup aurat, pasti dia tidak berkenan juga. Adam juga ada terpandang gadis comel yang memakai tudung.. "Pompuan macam ni la baru sweet" bisik Adam bersendirian. Lantas Adam melihat info, kot2 dia ni single ke? Yes! dia ni single lagi. Lepas tu adam melihat pula wall nya untuk membaca setiap komen dia. "Em, berbudi bahasa je semua komen dia ni, bagus2" desus Adam lagi.

Adam mula tertarik terhadap gadis comel ini.. tetapi alangkah hancur dan berkecainya hati Adam apabila melihat gambar2 nya di photo. Hampir kesemua gambarnya memakai tudung, tetapi hanya ada dua sahaja gambarnya yang 'free hair'. "Agh.. tak jadi.." keluh Adam sendirian.

Sudah banyak kali dia melihat gadis sedemikian rupa di Facebook. Gambar di Profile Picture bukan main sopan lagi dengan memakai tudung, tetapi dia memakai tudung bukan kerana Agama. Buktinya terselit juga gambarnya yang free hair. Adam yang semakin matang sudah sedar bahawa Facebook sudah lagi tidak relevan. Dosa dilakukan tanpa disedari, matanya bebas memandang wanita yang ajnabi, tidak elok memandang aurat wanita walau sehelai rambutnya. Lagi pun, Facebook menyebabkan semakin ramai orang leka dan aktiviti sosial yang sihat tidak berlaku lagi seperti zaman dulu. 

Kini, Adam hanya pasrah pada jodohnya. Baginya, jika Allah SWT telah tetapkan jodoh untuknya, tiada siapa boleh menghalang. Pendirian Adam tetap tegas, dia hanya 'couple' bukan untuk suka2, tetapi lebih kepada menjadi gf nya sebagai isteri... dan Facebook, tidak digunakan untuk mencari gf. 

Monday 5 September 2011

5 Koleksi Wallpaper Raya Terbaik

Sudah menjadi kebiasaan, setiap kali raya menjelang, pasti ramai di antara kita yang menghantar kad raya kepada rakan-rakan atau ahli keluarga. Yang paling popular zaman sekarang ialah kad raya digital melalui Facebook kerana ia murah, cepat, senang dan lebih cantik. Di sini saya telah memaparkan 5 koleksi design kad raya terbaik yang dipilih di google.com





Awas! Jaga Kesihatan Anda Sekarang!

Awas! jaga kesihatan anda mulai saat ini atau anda mungkin akan jatuh sakit kerana sesetengah negeri di Malaysia terutama di Kuala Lumpur telah di landa cuaca panas terik. Lepas penat beraya sakan di kampung, tambah pula dengan cuaca panas yang kering, mesti badan kita akan mengalami kekurangan air dan senang nak kena pelbagai penyakit.

Lebih2 lagi esok nak kena kerja, saya sempat berehat kt rumah sekejap je lepas balik dari kampung, 2 hari berturut2 pergi open house kt rumah member.. kt kl ni esok confirm jalan jem.. dengan panas nya lagi.. huhu.. 

Jadi, banyak cara untuk jaga kesihatan di musim panas ni.. kita kena banyak minum air suam supaya badan kita tidak kehilangan air yang banyak, banyakkan makan buah2an dan bijian, kurangkan makanan berminyak, dan kurangkan masa berada di luar rumah kerana kualiti udara di kl tidak sebaik kualiti udara di kampung yang nyaman dan tak banyak habuk.

Saturday 3 September 2011

Jurukamera BERNAMA Terbunuh Di Somalia

Pegawai Keselamatan di Somalia memberitahu bahawa seorang jurukamera dari Malaysia (BERNAMA) telah terbunuh dalam satu serangan tembakan di Wilayah Somalia, Mogadishu. Mangsa yang bernama Noramfaizul Mohd Nor. 39 tahun telah ditembak mati oleh African Union ketika berada di dalam sebuah trak.

Sebelum kejadian berlaku, Allahyarham bersama dengan Kelab Putra 1 Malaysia dimana mereka ingin balik ke hotel penginapan setelah melakukan misi bantuan kemanusian di Somalia. Punca kenapa mereka menembak trak itu masih lagi dalam proses siasatan Pihak Berkuasa Somalia. 

Sementara itu, seorang lagi wartawan telah mengalami kecederaan di lengan beliau dalam serangan mengejut itu. Mangsa, Aji Saregar Mazlan kini telah mendapatkan rawatan di sana sementara menunggu masa untuk pulang ke tanah air.

Sumber : BBC dan AFP

Gambar misi kemanusiaan oleh Kelab Putra 1 Malaysia
Begitulah risiko yang terpaksa di hadapi oleh sesiapa sahaja termasuk wartawan yang berada di negara yang sedang bergolak seperti di Somalia. Pengorbanan Allahyarham dalam memberi bantuan kemanusiaan di Somalia sangat mengagumkan. Semoga Allah SWT merahmati roh beliau.

Kes yang melibatkan kematian insan yang tidak berdosa yang hanya ingin membuat laporan tentang perkembangan pergolakan di negara yang terlibat sebenarnya sudah lama berlaku apabila telah ramai wartawan asing yang terbunuh ketika membuat laporan di negara yang sedang bergolak seperti di Iraq, Palestin dan Israel. 

Disebabkan risiko yang terlalu bahaya, di harapkan wartawan yang ingin membuat liputan di negara bergolak perlu mendapatkan latihan ketenteraan yang secukupnya sebelum diluluskan untuk membuat liputan disana. 

Kuala Lumpur Kembali Hidup

Selepas beraya sakan di kampung (Kedah) selama hampir seminggu, akhirnya saya pulang ke Kuala Lumpur. Saya sorang je, bukan dengan family. Sebab esok saya terpaksa keje. So, terpaksa balik hari khamis. Nasib baik dah beli tiket awal2 lagi kt Puduraya. Family saya pula balik malam esok. Bila dah sampai KL saya tengok KL memang betul2 lenggang. Kenderaan di jalanraya tak banyak, yang banyak bangla, indon dan seumpama dengannya.. huhu

Dan kt highway dijangkakan akan sesak dengan kenderaan menandakan warga kota telah pulang dari kampung. Nampaknya Kuala Lumpur akan kembali hidup setelah mati buat seketika.. hehe..

Saya bersama keluarga di Kedah
Raya pertama kt kampung macam biasa seperti tahun-tahun lepas. Saya sekeluarga menumpang rumah sepupu memandangkan atuk dan nenek telah meninggal dunia. Rumah peninggalan dalam proses nak buat rumah baru. Dan kitaorang akan menunggu saudara mara yang lain datang ke rumah. So, raya pertama tu memang tak pergi mana2.. just layan tetamu je.

Raya kedua pula masa untuk ziarah beraya rumah saudara mara yang lain. Memang seronok sebab saudara mara dapat dikumpulkan setelah setahun 'terpisah'! yang best nya dapat tengok saudara yang cantik2 dan hensem2 belaka.. dulu kecik je.. cepat betul masa berlalu.. Kesimpulannya raya ni memang memenatkan tetapi seronok! Raya ketiga pula saya terpaksa pulang ke KL sbb kena kerja.

untuk melihat full album raya, sila klik di link ini.

Korang pula macamana? best tak raya ni? Sudi2 lah share ya :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim