Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Thursday 31 March 2011

Faedah Daripada Blog Newbie

Newbie
Ramai antara kita menggunakan istilah newbie bagi menggambarkan orang yang baru dalam dunia blog. Walau apa pun istilah yang digunakan, pelbagai faedah yang kita dapat peroleh daripada blog newbie ini.

Salah satunya ialah dapat meningkatkan follower di blog kita. Sepertimana yang kita ketahui, bilangan follower di blog newbie sangat sedikit. Mereka pasti akan follow blog kita balik sebagai tanda penghargaan.

Selain itu, jika anda ikhlas memberi tunjuk ajar kepada blogger newbie ini, mereka pasti akan membalas balik jasa anda itu apabila mereka buat entri menceritakan tentang blog anda ataupun mereka memasukkan blog anda dalam bloglist. Maka, networking anda semakin meluas.

http://keraknasy.blogspot.com/<------ Cuba masuk blog awek cun dari Johor ini.. Blog dia memang fresh.. header pun takde lagi.. hehe.. Follow blog dia, bagi komen, pasti dia akan balas balik kunjungan anda. 

Bila masuk blog dia, teringat Firz, dulu blog Firz pun macam blog dia.. background hitam, tiada niche yang khusus dan sebagainya. Tapi blog Firz sekarang makin lama makin maju. Tajuk blog newbie ini ialah NostalgiaDia(:

Firz sedang mencari senarai blog yang baru buat dan fresh lagi tapi tak tahu nak cari kat mana senarai tersebut. Sesiapa ada terjumpa blogger newbie ini macam blog NostalgiaDia, sila beritahu di bahagian komen ya. Terima kasih.
nota : apa status Firz ni ekh? nak cakap newbie tak pula, nak kata otai, lagi la jauh.. hehe

Tempatkan Iklan Nuffnang Di Tempat Paling Strategik

Untuk memaksimakan pendapatan Nuffnang, anda haruslah meletakkan iklan Nuffnang di tempat yang paling strategik di dalam blog.
"Desirability of ad placement is crucial in the advertising industry. Advertisers spend a lot of money to design an ad and buy ad space. They want to get their message across to their target audience as effectively as they could. This being said, they will always buy ad spaces which are optimized and desirably placed. Just ensure that your ad units are at their intended place and this factor would be satisfied in the eyes of the advertisers. A Skyscraper ad unit is supposed to be the first element of the sidebar and not anywhere else. The same goes for Leaderboard as the first visible element upon visitor's entry to the site and Large Rectangle right after your first blog post. Should your blog's ad units not be located at these placements, it would severely affect advertisers' decision to advertise on your blog as there are plenty of other blogs under our network with perfect placement of the ad unit"-Nuffnang-
"In addition, availability of ad units plays an important role for bloggers to be chosen for campaigns as well. All our advertisers split their budget evenly across all our 3 ad units, Leaderboard, Skyscraper and Large Rectangle whenever they advertise with us. That being said, the budget would be limited and might not be able to cover that many blogs for a particular ad unit. If your blog have all 3 ad units in it, your chances of being selected for campaigns would be fully maximized"-Nuffnang-
Petikan di atas merupakan nasihat yang diberikan daripada pihak Nuffnag kepada blogger sebagai salah satu cara mendapat Buffered Earning Nuffnang. Salah satu caranya ialah meletakkan iklan Nuffnang di tempat yang betul pada blog anda.
Cara Memasang Iklan Nuffnang di Bahagian header (Leaderboard)

Langkah 1
Design > Edit HTML dan tekan Ctrl + F. Sila taip </head> dan anda akan terjumpa kod seperti dibawah. 

</head>
  <body expr:class='&quot;loading&quot; + data:blog.mobileClass'>
  <div class='body-fauxcolumns'> 

Langkah 2
Copy dan paste kan kod Iklan Nuffnang [Leaderboard (728 x 90)] di atas <div class='body-fauxcolumns'>  

Cara Memasang Iklan Nuffnang di bahagian bawah post (Large Rectangle)

Langkah 1
Design > Edit HTML > tick 'Expand Widget Template' dan tekan Ctrl + F dan taip kod </b:includable>
Maka anda akan terjumpa seperti kod di bawah : 
 <div class='post-footer-line post-footer-line-3'/>

    </div>

  </div>

</b:includable>
nota : jika tidak jumpa, sila cari kod yang mempunyai keyword post-footer 

Langkah 2
Copy dan paste kod iklan Large Rectangle sebelum/diatas </b:includable>
    

Cara Memasang Iklan Nuffnang di bahagian sidebar (Skyscrapper)

Langkah 1
Design > Page Elements > Add a Widget > HTML/JavaScript

Langkah 2
Copy dan paste kod Iklan Nuffnang (Skyscraper) di dalam HTML/JavaScript

Langkah 3
Save 

Terus ikuti blog ini kerana entri pada esok hari, saya akan membongkar rahsia sebenar bagaimana memaksimumkan pendapatan Nuffnang secara complete sepertimana yang di beritahu sendiri oleh pihak Nuffnang. Terima Kasih.

Wednesday 30 March 2011

Streamyx Atau Broadband, Mana Lebih Relevan Kepada Seorang Blogger? (oleh : Anjung Streamyx)

Sepertimana yang kita ketahui, untuk membuat blog yang bagus, selain mempunyai kreativiti dan ilmu pengetahuan yang tinggi, anda juga harus memiliki komputer/laptop yang dilengkapi internet yang mempunyai prestasi/performance yang cukup mantap.

Hal ini penting kerana anda perlu membuka banyak browser dan download pelbagai instrumen untuk membina blog yang sempurna. Apa yang sering menjadi kekangan dalam perkara ini ialah penggunaan broadband yang mempunyai kuota atau limit yang terhad. Kelajuan internet pada broadband akan jadi semakin berkurangan jika anda muat turun/ download atau membuka browser yang terlalu banyak. Jika mahu blogwalking pun anda jadi serba salah kerana terpaksa membuka banyak browser. 

Jadi, anda harus membuat pilihan yang bijak sebelum membeli broadband atau streamyx. Seorang blogger yang juga merupakan seorang pelajar IPTA/IPTS, anda seharusnya membuat pilihan yang tepat sebelum melanggan broadband atau streamyx. Jika menggunakan broadband, ia adalah pilihan yang lebih tepat kerana ia boleh di bawa ke mana-mana, lagipun ia adalah lebih murah. Tetapi, sebagai seorang pelajar, anda harus menyiapkan pelbagai tugasan/assignment yang kadang-kadang memerlukan pencarian maklumat dalam internet. Anda tidak perlu risau jika broadband anda akan kehabisan limit, kerana anda boleh cari maklumat di pusat internet yang terdapat di kampus. Gunalah broadband jika terdesak ataupun untuk membuat blog. 

Kepada programmer yang memerlukan internet berkelajuan tinggi dan tanpa had, streamyx adalah pilihan yang tepat. Apabila anda melanggan streamyx, banyak faedah/benefit yang anda peroleh, seperti mendapat notebook yang diberi percuma kepada pelajar IPTA dan juga telefon talian rumah secara percuma.

Baik, sekarang jika anda sudah membuat pilihan yang tepat berdasarkan keperluan dan kemampuan yang anda miliki, anda tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke pusat broadband atau streamyx untuk melanggan. Anda dapat memiliki broadband atau streamyx hanya di hujung jari. Hanya di Anjung Streamyx, anda boleh memiliki kemudahan internet sama ada mahu melanggan broadband atau streamyx.



Anjung Streamyx merupakan perkhidmatan pendaftaran talian internet secara online. Laman ini direka supaya anda boleh mendaftar talian internet dengan percuma tanpa perlu ke mana-mana hanya dengan beberapa klik sahaja. Anjung Streamyx akan menguruskan segala-galanya sehinggalah anda memperolehi broadband anda. Di sini, Anjung Streamyx menawarkan pelbagai pilihan broadband untuk anda seperti berikut :
  • Streamyx pengguna biasa
  • Streamyx untuk perniagaan (SOHO)
  • UNIFI VIP dan BIZ
  • Celcom Broadband
Anda juga boleh upgrade Streamyx di Anjung Streamyx
Berikut merupakan antara pakej yang menjadi kegemaran pengguna di Anjung Streamyx :

1) Streamyx Pengguna Biasa
PERCUMA JIKA ANDA MELANGGAN STREAMYX

2) Celcom Broadband


3) Unifi

Ternyata sekali bahawa dengan wujudnya Anjung Streamyx ini, maka ia memudahkan segala urusan anda. Anda tidak perlu bimbang tentang pemasangan, pengangkutan dan bayaran kerana segala-galanya diuruskan oleh Anjung Streamyx. Harga adalah berdasarkan pada pakej seperti yang dipaparkan di Anjung Streamyx.

Sebarang maklumat lanjut tentang pakej yang ditawarkan, sila klik ke -----> Anjung Streamyx
nota : Entri ini adalah peraduan yang dianjurkan Anjung Streamyx, jika berminat untuk menyertai, sila klik CONTEST DI ANJUNG STREAMYXTarikh tutup ialah pada 31 Mac 2011 

Tuesday 29 March 2011

Cara Buat Locker Folder

Jika anda mempunyai dokumen yang penting atau file yang bersifat peribadi di mana ianya tidak boleh di akses oleh orang lain, maka anda haruslah mempunyai satu folder yang berkunci. Folder berkunci ini mengkehendaki anda memasukkan password yang dicipta sendiri untuk mengakses folder tersebut. Cara membuat folder berkunci ini sangat mudah dan anda tidak perlu download sebarang software. 


Langkah 1 
Copy dan paste kod dibawah ke dalam notepad.

cls
@ECHO OFF
title Folder Locker
if EXIST "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" goto UNLOCK
if NOT EXIST Locker goto MDLOCKER
:CONFIRM
echo Are you sure u want to Lock the folder(Y/N)
set/p "cho=>"
if %cho%==Y goto LOCK
if %cho%==y goto LOCK
if %cho%==n goto END
if %cho%==N goto END
echo Invalid choice.
goto CONFIRM
:LOCK
ren Locker "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}"
attrib +h +s "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}"
echo Folder locked
goto End
:UNLOCK
echo Enter password to Unlock folder
set/p "pass=>"
if NOT %pass%==
PASSWORD ANDA goto FAIL
attrib -h -s "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}"
ren "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" Locker
echo Folder Unlocked successfully
goto End
:FAIL
echo Invalid password
goto end
:MDLOCKER
md Locker
echo Locker created successfully
goto End
:End
Gantikan PASSWORD ANDA dengan kata kunci anda sendiri. 

Langkah 2 

Save notepad anda tadi dan beri nama File name sebagai Locker.bat atau apa sahaja nama folder yang anda mahu asalkan extensionnya mesti .bat
Save as type sebagai All Files
contoh : MySecret.bat

Langkah 3

Jika anda save locker folder tadi di Document, sila pergi ke Document dan anda akan nampak icon locker seperti di atas. Klik icon locker tersebut.

Langkah 4 
Lepas anda tekan icon locker tersebut, sila masukkan password anda dan tekan enter. Selepas itu satu folder dengan nama anda sendiri tadi (Contoh : MySecret) akan keluar di Document. Sila masukkan sebarang file/video rahsia ke dalam folder MySecret tadi.

Langkah 5
Untuk menutup folder rahsia tadi, sila klik icon locker tersebut dan satu paparan seperti gambar di bawah akan muncul. Sila tekan Y untuk kunci/lock folder anda tadi.



Kini folder rahsia anda tadi sudah selamat dikunci dan sesiapa boleh buka melainkan anda mendedahkan kata kunci kepada orang ramai.

Monday 28 March 2011

Ubi Kentang Berbentuk Manusia Bogel!


Ubi aneh berbentuk tubuh manusia, ditemukan Zheng Dexun, seorang petani berasal dari China Langzhong. Penemuan 'luar biasa' itu tentu saja menarik perhatian umum. Uniknya, di bahagian 'kepala' ubi terdapat mata dan hidung yang menonjol. Sebagaimana bentuk tubuh manusia, ubi tersebut juga dilengkapi dengan lengan, kaki serta sedikit bergelombang mirip dada manusia.

Pada Desember 2008, ubi yang mirip dengan temuan Zheng juga pernah menggegarkan kota Shandong China. Malah, ubi yang ditemukan dalam tahun sebelumnya itu 'berpasangan'. Ubi bit yang ditemui sebelumnya, terdiri daripada dua bentuk tubuh manusia. Satu diantaranya menyerupai perempuan dengan bentuk 'dada' di bahagian atasnya, manakala satu lagi didefinisikan sebagai lelaki kerana kelihatan maskulin dengan anggota tubuh yang menonjol dan menggantung di bahagian bawah.

"Maha Suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui." (Yaasin: 36)

Saturday 26 March 2011

Segmen cikgu bertanya : best ke couple?"


Apabila cikgu bertanya, kita mestilah jawab walaupun salah.. betul tak? Jom saksikan adegan pertanyaan cikgu yang cantik ini kepada Firz.. hehe..

Kamu couple ke tak?
Buat masa sekarang, saya masih lagi single cikgu, dah hampir setahun saya single.


Kalau couple, citer sikit cam ne detik2 perkenalan...dan dah berapa lama couple? (pada yg single, citer sal org yg kamu suka )
Saya suka pada seorang perempuan ini. Namanya saya tidak boleh bagitahu sebab takut dia terbaca entri saya ini. Malulah saya.. Lagipun dia seorang blogger.. Saya suka dia sebab dia adalah seorang perempuan yang cukup pemalu.. Saya dengar orang kata kalau perempuan itu sangat pemalu, dia adalah seorang gadis perawan.


Best ke couple?
Pada pendapat saya, memang best kita tengok pasangan couple lain yang sedang bermesra lebih-lebih lagi pada yang single macam saya. Tapi, ketahuilah, pada hakikatnya couple ini sebenarnya tidak best sebab apabila kita couple, maka pasti berlaku maksiat. Bila dah berlaku maksiat, hati kita pasti tidak tenteram. Ketenangan hanya dalam agama. Kebahagian ketika couple adalah bersifat sementara.


Pernah gaduh besar?
Saya hanya pernah bercinta sekali sahaja. Sepanjang tempoh percintaan pertama saya itu, saya tidak pernah bertengkar. Lagipun saya jenis yang tidak gemar bertengkar.


Apa harapan korang pada gf/ bf ataupun bakal bf /gf korang?
Harapan saya agar bakal gf saya adalah seorang yang mempunyai ciri-ciri seoarang perempuan melayu terakhir.


Tag : Strider dan Fashi
Sekian.


Sesiapa nak join, sila klik-----> Cikgu Suraya yang comel
Tarikh tutup : N/A

Friday 25 March 2011

Apakah Hukum Tipu Sunat

Assalamualaikum. Sempena hari jumaat, penghulu segala hari, Firz ingin buat entri berkisarkan tentang agama. 

Apakah yang akan anda lakukan jika berada di situasi dimana anda terpaksa berbohong untuk mengelakkan rasa malu. Contohnya jika anda berada dalam situsuasi pernikahan dimana tok kadi bertanyakan sama ada anda sudah sunat atau belum? Sudah tentu anda akan mengatakan yang anda sudah sunat walau pada hakikatnya anda belum sunat. Kalau jawab belum sunat, tak dapat kahwin la jawabnya. (hehe) Adakah ini dikatakan tipu sunat? huhu.. Apakah hukumnya sekiranya kita tipu atau berbohong secara terpaksa (tiada pilihan lain)?
  • Hukum asal bagi berbohong adalah haram kerana ia mengandungi bahaya yang akan menimpa ke atas orang yang dusta itu ataupun ke atas orang lain. Dalam Al-Quran menjelaskan Allah SWT menyediakan balasan neraka kepada orang-orang yang berdusta.
  • Tetapi kadang-kadang berbohong mendatangkan maslahah (pandangan berbeza-beza). Di kala itu berbohong diharuskan.
  • Begitu juga berbohong kadang-kadang boleh menjadi wajib seperti jika seseorang bercakap benar akan mendatangkan bahaya kepada nyawa orang yang tidak berdosa akibat perbuatan orang yang zalim yang mahu membunuhnya. 
  • Berbohong juga menjadi harus untuk menghalang dari tercetusnya peperangan atau untuk mendamaikan dua orang yang bersengketa atau untuk melunakkan hati orang yang teraniaya atau untuk mengeratkan hubungan antara suami isteri yang bersengketa.
Dalam situasi ini diharuskan berbohong, tetapi hendaklah mengikut sekadar yang perlu sahaja dan tidak melampaui batas atau berlebihan. Ada banyak hadis yang membuktikan bolehnya berdusta  kerana maslahah-maslahah yang dinyatakan di atas. Thawban pernah berkata: Berdusta itu semuanya haram kecuali yang mendatangkan manfaat bagi seseorang muslim atau boleh menolak sesuatu mudarat daripadanya. Begitulah yang dijelaskan di dalam kitab Maw'izah Al-Mukminin oleh Imam Al-Ghazali.

sa sa sa sa sa saya ga  ga ga gagap kalo ckp tipu !!!

Wednesday 23 March 2011

Apa Itu Guest Author

Mengikut fahaman Firz sendiri, Guest Author ialah apabila si pembuat blog itu mengajak anda menjadi author di dalam blog dia dimana dia menyuruh anda untuk menulis entri di dalam blog kepunyaannya. Untuk menjadi penulis jemputan (guest author) ini, anda haruslah ada komitmen yang tinggi di samping dapat memaparkan entri yang menarik di dalam blog dia. 

Antara faedah yang diperoleh ketika menjadi penulis jemputan ialah :
  1. Anda dapat menjana trafik yang memuaskan ke dalam blog anda. Itupun jika anda menjadi penulis jemputan di dalam blog yang sudah pun popular dan sentiasa di ikuti ramai.
  2. Blog yang menjemput anda itu sentiasa mempunyai entri baru yang menarik. Maka, semakin ramai orang akan mengikuti blognya.
  3. Networking blog anda semakin luas dan jika networking luas, anda mampu memperoleh pendapatan yang lumayan.
Keburukan :
  1. Income yang banyak hanya diperoleh daripada admin blog, bukan anda. Itupun jika blog dia dah jadi popular.
  2. Anda kena sentiasa ada komitmen dan dapat menghasilkan entri yang menarik. Mampukah anda?
Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi penulis jemputan dalam website Faisal Abdullah yang memang popular, sila klik ------> Faisal Abdullah

Blog Pilihan Firdaus Kasim Bulan Ini

Dalam bulan lepas, blog yang menjadi pilihan Firz ialah blog kepunyaan Cik Yati. Kepada anda yang ingin tahu kenapa Firz suka blog beliau, sila tekan sini untuk mengetahuinya.

Blog yang menjadi pilihan Firz bulan ini pula ialah blog Feed.My.Soul kepunyaan kakak Lynn yang cantik. hehe..
Gambar terbaru Blog Lynn dalam entri terbarunya.

Lynn kini menetap di Johor Bharu. Mari kita tengok apa yang dikatakan beliau :
"I'm an ordinary person, a typos (;_・) and maybe your another girl-next-door. Nothing much interesting about myself i guess. I do love music especially rock music, k-pop/j-pop lately, bla3 any songs that makes my ears comfort to listen to. Found blogging is another good things to do when being alone. Let's be friends and not foes. Yeah!"
Antara perkara yang Firz suka tentang blog beliau ialah :
  1. Header blog yang cun !
  2. Blog yang simple, tapi padat dengan kisah-kisah Lynn tentang minatnya dalam bidang muzik.
  3. Gambar yang diselitkan dalam blog beliau memang cun belaka.. hehe
  4. Terdapat juga luahan hati dalam blog beliau tanpa ada selindung.
  5. Segala-galanya tentang muzik!
Jadi kepada sesiapa yang berminat dengan muzik indie, pop rock, k-pop dan sebagainya, singgahlah blog beliau.

Tuesday 22 March 2011

Apa Hukumnya Perempuan Mencukur Bulu Kening?

Sepertimana yang kita ketahui, perempuan dengan hiasan memang tidak dapat dipisahkan. Mereka suka bermekap agar kelihatan cantik dan menambahkan keyakinan diri. Pelbagai perkara yang mereka lakukan untuk menambahkan kecantikan termasuklah ada segelintirnya yang sampai cukur bulu kening. 

Semasa zaman persekolahan dulu, Firz ternampak ada seorang budak perempuan ini nampak macam dia cukur bulu kening. Tapi secara jujur, Firz lebih suka tengok perempuan yang mempunyai bulu kening yang tebal. Apakah hukumnya perempuan yang cukur bulu kening di sisi Islam? Firz cuba cari jawapan :
  • Menurut pandangan syara' adalah haram kepada seseorang perempuan mencukur bulu keningnya kerana itu bererti merubah ciptaan Allah dan merubah ciptaan Allah ini adalah dilarang keras di dalam Al-Quran. 
  • Perbuatan ini juga menyerupai masyarakat yang bukan Islam, sedangkan Islam sudahpun mempunyai identiti tersendiri dalam soal perhiasan.
  • Di dalam sebuah hadis yang sahih melarang keras seseorang perempuan itu menyambung rambut rambutnya dan meminta orang lain menyambung rambutnya dan lain-lain, apalagi perbuatan mencukur buku kening. Kecuali jika bulu-bulu tersebut tumbuh di tempat-tempat yang tidak sepatutnya pada diri perempuan, dikala itu wajiblah menghilangkannya, seperti tumbuh bulu di pipi, tumbuh misai dan janggut seperti lelaki, kesemua bulu-bulu ini hendaklah dibuang kerana ia menjelekkan pemandangan seseorang perempuan.
Comelkan perempuan yang ada eyebrow tebal?

    Monday 21 March 2011

    Jom Join Bloglist Firdaus Kasim !

    Sepertimana yang kita ketahui, semakin banyak link blog kita berada di blog orang lain, maka semakin banyak jumlah pengunjung blog. Apabila semakin banyak jumlah pengunjung, maka kebarangkalian untuk memaksimakan pendapatan online semakin tinggi.

    Jadi, atas maksud itu, saya ingin mengajak anda untuk bertukar link blog. Tujuannya bukan semata-mata untuk meluaskan networking, malah senang untuk saya membuat blogwalking.

    Berikut adalah antara sebab kenapa anda perlu memasukkan link blog dalam bloglist ini:

    Alexa Rank Firdaus Kasim : 485, 986


    Ratusan pengunjung blog setiap hari. Gambar ini diambil pada  21/03/2011

     
    Widget Bloglist Firdaus Kasim yang menarik kerana terdapat gambar dan berada di sidebar blog.

    Jadi, ratusan pengunjung blog akan melihat entri terbaru anda dan dalam ratusan itu, mungkin puluhan pengunjung blog akan klik pada blog anda. Jadi, ayuh! jom join bloglist Firdaus Kasim !

    Syarat-syarat :
    1. Anda hanya perlu memasukkan link blog Firdaus Kasim (http://firdauskasim.com) di dalam bloglist anda dan sila pastikan bloglist anda berada di sidebar blog anda.
    2. Jika sudah selesai, sila hantar url blog anda di bahagian komen.
    3. Saya akan memasukkan link blog anda.
    4. Yang paling penting, blog yang berunsurkan perniagaan atau marketing semata-mata adalah tidak dibenarkan. Hanya personal blog sahaja. 
    p/s : Jika berminat, bolehlah hantar URL blog anda sekarang di bahagian komen. Tetapi sila pastikan link blog ini dimasukkan dalam bloglist anda terlebih dahulu. Jangan lepaskan peluang ini, dan sila beritahu pada rakan-rakan blogger yang lain ya. Terima Kasih

    Sunday 20 March 2011

    Nur Kasih The Movie : Wajib Tonton !


    Setelah Adam berjaya mendapatkan cinta murni Nur Amina, setelah Aidil mendapat kepercayaan Aliya dan setelah Sarah benar-benar insaf, maka apakah lagi yang sanggup dikorbankan demi cinta?

    Dugaan dan ranjau yang dilalui Adam tidak pernah terhenti apabila Adam sekali lagi terpaksa menerima ujian getir bahawa anak dalam kandungan Nur kemungkinan akan meninggal akibat kemalangan jalan raya yang menimpa mereka berdua.

    Manakala Aidil pula terpaksa menjalani kehidupannya sebagai bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu ilyas (Mohd Ilyas Suhaimi) dan Maryam (Mia Sara Nasuha) setelah isterinya yang tercinta, Alia telah meninggal dunia. Mampukah Aidil membesarkan Ilyas dan Maryam?

    Gelagat Mia dan Ilyas yang comel dalam Nur Kasih The Movie
    Nur Kasih the movie yang menelan belanja hampir 3.5 juta pasti membuatkan jiwa anda tersentap dengan kesyahduannya di samping keindahan lokasi pengambaran di Tanjung Karang, Selangor dan Jordan yang mewarnai sepanjang perjalanan Nur Kasih.

    Setelah drama siri Nur Kasih yang mendapat jumlah penonton tertinggi hampir 4 juta orang, Kini, sakksikan kesudahannya yang penuh dengan tragis dan emosi sehingga membuatkan air mata anda bergenang dalam Nur Kasih The Movie yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pertengahan bulan Mei.

    Suka duka sebagai pasangan suami isteri antara Adam dan Nur 

    Saturday 19 March 2011

    Contest Entry Paling Best by Nurul Lalala

    Firz dengan berbesar hati ingin menyertai contest yang Cik Nurul buat dimana dia menyuruh agar memaparkan kembali entri yang paling best dalam blog Firz ini. Sesiapa nak sertai, boleh klik sini. Tarikh tutup ialah pada 1 April 2011. Firz ingin tag Mr Strider.

    Disini, Firz ingin meletakkan entri yang paling best sepanjang Firz buat blog ini. Sebab Firz pilih entri ini ialah sebab Firz telah menerangkan dengan panjang lebar menggunakan ayat sendiri. Entri tersebut ialah :


    3 CARA BLOGWALKING DENGAN BETUL

    Blogwalking ialah satu lawatan dari blog ke blog lain. Contohnya, setelah anda telah selesai membuat blog sendiri, maka anda perlu lihat hasil blog orang lain sebagai perbandingan blog anda dengan blog yang anda lawati itu.


    Blogwalking sangat penting kerana :
    • Sebagai medan mempromosikan blog, iklan dan lain-lain.
    • Penting bagi meningkatkan jumlah pengunjung blog.
    • Mendapatkan respon apabila anda buat entri/post baru.
    • Melihat hasil seni blog orang lain dan membandingkannya dengan blog anda. Maka dari situ, anda sentiasa dapat mempelajari sesuatu yang baru baik dari segi cara membina blog yang bagus mahu pun mendapat maklumat yang belum pernah diketahui, bak kata pepatah "Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan". Semakin banyak anda blogwalking, maka semakin matang blog anda.
    • Penting supaya dapat mencari kawan baru. Dah banyak kali firz jumpa blogger yang duduk dekat dengan tempat tinggal firz hasil dari blogwalking. Contohnya firz dapat kenal dengan Zati, dia blogger yang hebat dan sangat comel dan dia duduk tak jauh dari rumah firz. So, dapat belajar buat blog yg bagus dari dia dan dia pun dah promosikan blog firz nie kt blog dia. 
    Namun begitu, teknik yang betul haruslah dipraktikkan ketika buat sesi lawatan blog supaya hasil optimum dapat diperoleh ketika blogwalking dilakukan. Antara tekniknya ialah:

    FOLLOW
    Pernah perasan tak? dah banyak kali anda jadi follower blog org, dengan harapan dia dapat follow blog kita balik, tetapi jumlah follower kita tak juga bertambah. Hal ini terjadi kerana bila owner blog atau pengunjung blog dia klik pada gambar anda dalam ruangan follower, mereka tidak nampak link blog anda disitu. Jadi, macamana nk pergi ke blog anda kalau tak ada link?? Hal ini amat merugikan!
    Ada 2 cara untuk wujudkan link pada box follower anda :
    • Pergi ke Dashboard > Edit Profile > Klik "Select Blogs to Display" > tick/tandakan blog yang mahu dipaparkan. > Save Settings (cara nie hanya jika mahu blog anda berada dalam list "Next Blog" pada Navbar kt atas sekali header blog anda. Cara dibawah jika mahu link anda berada dalam profil anda dalam ruangan follower. Better buat dua2 sekali yew
    • Pergi ke blog org lain > tekan butang follow > klik "more option" > Klik "add link" > Save dan Follow. Tak bermakna setiap kali anda nk follow blog itu, anda kena add link.. add sekali je dan dia akan jadi permanent. 


    More Option
    Add Link

    KOMEN
    Komen adalah cara yang paling berkesan berbanding jadi follower ketika blogwalking dilakukan. 
    • Komen pada entri adalah yang terbaik berbanding komen pada chatbox. 
    • Kerana komen pada chatbox akan hilang, sementara komen pada entri akan kekal even author blog itu dah padam komen anda, tetapi nick anda akan kekal di situ. 
    • Silalah memberi komen yang bernas, komen panjangnya mcm nak buat esei lagi bagus! 
    • Elakkan memberi komen seperti "nice entri! jom baca entri saya pula!". Hal ini akan mengecikkan hati si pembuat entri itu. Punyalah panjangnya entri dia, engkau tulis seciput tue je? come on lah..
    • Jangan guna google profile sebaliknya, guna "name and url" selepas selesai memberi komen. Hal ini kerana bila org klik nickname anda, terus ke link blog anda. Maka anda dah dapat traffic/pengunjung ke situ. Bukannya bila orang klik nickname anda, terus ke link google. Itu amat rugi!
    Ini amat penting! Jgn tick pada google account


    CHATBOX
    Penggunaan chatbox pada blog yang tidak popular adalah sangat tidak digalakkan. Nanti firz pun nak buang (tapi mcm sayang pula.. huhu) 
    • Hal ini kerana fungsi sebenar chatbox ialah supaya para pengunjung yang tengah online untuk chat-chat secara live! 
    • Dan benda ini akan berlaku hanya pada blog yang sangat popular dimana kita boleh tengok blog dia sentiasa ada je orang tengah online. Blog Ben Ashaari adalah contoh paling sesuai, tetapi beliau tidak meletakkan chatbox. (tak friendly). 
    • Kalau anda letak chatbox, nnti pengunjung blog hanya tertumpu pada chatbox untuk sign buku lawatan dan entri langsung tidak dipedulikan. (lainlah kalau entri blog anda meletup)
    • Kalau nak tinggalkan jejak kt chatbox, gunalah nickname lain dari yg lain. Contohnya Kucing Kurap ke, Beby Comel ke, whatever la, janji lain dari yg lain. 
    • Lepas tue, elakkan hanya komen "salam", "hye", "bw". Tetapi cuba komen dengan beri nama si pemilik blog tue. Contohnya "hye abg firdaus kacak, sy buat huru-hara kt sini" , "hye tuan punya blog, jom singgah blog saya pula nk?" , "nice blog dear, best! best!". Bila firz baca pun, cepat-cepat firz klik link nickname dia, siapalah agaknya yg panggil aku dear nie? bestnya.. hehe.. Maka tertinggallah terkontang-kanting org2 yg bg komen just say, hye, salam, bw tadi.. 
    •  
    Ok itu sahaja tips yang firz dapat share. Nak share banyak-banyak tak reti sebab firz bukannya otai blog. Baru beberapa bulan je menceburi bidang blog ini. Kalau korang amalkan tips di atas, inshaAllah blog korang akan dapat perhatian. Jangan lupa yew, kalau ada nk tambah tips2 blogwalking, tulis je kt bahagian komen k? Jangan kedekut ilmu yew.. Sekian

    Thursday 17 March 2011

    Cara Buat Page Banner Exchange


    Amaran! Tutorial ini akan menyebabkan anda pening kepala. Hanya yang serius mencantikkan ruangan banner sahaja perlu ikuti betul-betul. Learning is fun!

    Banner pada sesebuah blog sangat penting sebagai satu trademark atau icon pada blog itu, seperti TV3 yang mempunyai icon tersendiri. Untuk membuat page banner seperti dalam blog ini, anda haruslah mempunyai banner terlebih dahulu. Untuk membuat banner yang paling simple, sila pergi ke mybannermaker

    Blog anda boleh menjana traffic pengunjung yang banyak jika mempunyai banner yang menarik. Apabila anda sudah mempunyai banner, maka, anda haruslah mempromosikan banner tersebut dengan melakukan 'exchange banner' pada blog yang mempunyai banner.

    Untuk mengumpul banner daripada blogger yang lain, anda haruslah mempunyai ruangan khas untuk meletakkan banner tersebut. Membuat page baru, adalah cara yang terbaik. Ikuti langkah demi langkah dibawah untuk mencantikkan page banner supaya ia tidak kelihatan berserabut dan tak tersusun.

    Langkah 1 : Klik Posting > Edit Page > New Page

    Langkah 2 : Letak tajuk 'Banner Exchange'

    Langkah 3 : Ada 2 butang pada kotak text iaitu 'Compose' dan Edit HTML. Maka, sila klik 'Edit HTML'

    Langkah 4 : Sila copy code di bawah dan paste kan di 'Edit HTML' tadi.
    <table border="2" cellpadding="6" cellspacing="6"><tr><td>CODE BANNER 1</td><td>CODE BANNER 2</td></tr><tr><td>CODE BANNER 3</td><td>CODE BANNER 4</td></tr></table>
    Maka, hasilnya akan jadi seperti di bawah :
    <td>CODE BANNER 1</td>
    Kod di atas ialah kolum. Untuk tambah kolum, hanya tambah kod di atas selepas </td>
    Contoh :
    <td>CODE BANNER 1</td><td>CODE BANNER 2</td><td>CODE BANNER 3</td>
     
    <tr></tr>
    Kod di atas pula bertindak sebagai baris. Untuk tambah baris, tambah selepas </td>
    Contoh :
     <tr><td>CODE BANNER 1</td><td>CODE BANNER 2</td><td>CODE BANNER 3</td></tr><tr><td>CODE BANNER 4</td><td>CODE BANNER 5</td><td>CODE BANNER 6</td></tr>

    Jadi, kod di atas akan menjadi 2 baris dan 3 kolum. Jika anda sudah faham bermain dengan kod <td></td>(kolum) dan <tr></tr>(baris), maka anda bolehlah edit saiz banner supaya menjadi seragam.

    Untuk seragamkan semua banner pada saiz yang sama, hanya tambah kod berikut selepas /></a>
     height="125" width="125"
    Contohnya :
    <a href="http://sophisticatedgirllife.blogspot.com" target="_blank"><img src="http://i1111.photobucket.com/albums/h477/yatyrushdi/BannerMissYaty11.gif" border="0" height="125" width="125" /></a>
     atau
    <a href="<a href="http://firdauskasim.blogspot.com" target="_blank"><img src="http://i1112.photobucket.com/albums/k500/firdauskasim89/anigif-1.gif" border="0" height="125" width="125" alt="Photobucket"></a></a>
     Langkah 5 : Sila tekan Preview dan jika anda berpuas hati, sila tekan publish. Siap!

    Sebarang soalan, boleh tanya Firz di bahagian komen. InsyaAllah Firz akan balas segera. Terima Kasih.


    Credit : www.ciktom.com

    Wednesday 16 March 2011

    Tips Untuk Bangun Pagi


    Semasa pada zaman persekolahan, kita sudah biasa untuk bangun awal pagi untuk pergi ke sekolah. Jadi, tiada masalah untuk bangun pagi. Tetapi masalah timbul apabila kita sudah meninggalkan zaman persekolahan. Semasa menuntut di Pengajian Tinggi, biasanya kuliah bermula pada pukul 8 pagi. Maka terdapat kesukaran untuk bangun pagi  untuk bersiap akibat rutin bangun pagi pada zaman persekolahan yang telah kita tinggalkan.

    Keadaan lebih parah apabila kita sudah memasuki alam pekerjaan di mana terdapat syarikat yang memulakan waktu operasi pada pukul 10 pagi. Sudah tentu terdapat kesukaran untuk bangun pagi. Firz sendiri alami kesukaran untuk bangun pagi. Fungsi alarm yang terdapat pada handphone langsung tidak membantu. Tambahan pula, di Bandaraya Kuala Lumpur, langsung tidak kedengaran ayam berkokok. Sehingga kadang-kadang petir yang menyambar pada awal pagi langsung tidak kedengaran.

    Jadi, kini Firz hanya mengharapkan jasa baik emak untuk mengejutkan Firz pada awal pagi untuk solat Subuh. Jika dia tidak kejutkan, leburlah solat Subuh Firz. Jadi, disini Firz nak share sikit tips untuk bangun pagi yang Firz baca pada sumber yang boleh dipercayai,
    • Orang-orang yang beriman sentiasa mengerjakan solat pada awal waktu dan menjadikan sebahagian malamnya dengan mengabdi kepada Allah. Bagi mereka yang telah terbiasa melakukan ibadah solat ini dengan disiplin maka kebiasaan bangun pagi ini tidak menjadi masalah. 
    • Jika menemukan kesukaran berdoalah ketika ingin tidur dengan membaca doa tidur, ayat kursi, surah al ikhlas, surah al falaq dan surah an Nas, kemudian berdoalah bersungguh-sungguh dalam hati agar tepat pada waktu Solat Subuh masuk agar Allah bangunkan kita. Amalkanlah Insya Allah, Allah SWT memberikan jalan yang terbaik untuk kita.
    • Sesetengah orang akan bangun pagi jika dia tidur pada awal. Tidur awal disini adalah pada pukul antara 10 malam sehingga 12 malam. Jadi, tidurlah awal supaya dapat bangun awal pagi.
    • Ada antara kita yang mempunyai banyak handphone. Jadi, sila aktifkan fungsi alarm pada semua handphone itu. Bila semua handphone berdering, maka satu rumah akan bergegar dan semua orang akan terjaga.
    Inilah sedikit tips yang Firz dapat share. Jika anda mempunyai tips lain, jangan segan silu untuk share ya. Terima Kasih.

    "Saya nak join bloglist Nelly The Strange"

    Blog Nelly sangat strange sebab warna blog dia yang berwarna hitam dan merah menunjukkan strange. Dan saya ingin meletakkan link blog saya pada blog yang strange.

    Kategori yang saya pilih ialah Cool

    Kepada sesiapa mahu menyertai bloglist Nelly the Strange, sila klik sini. Tarikh tutup ialah 29/02/2011

    Tag : Zaidi, Lee dan Zona
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

    ! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
    Themes designed by Firdaus Kasim