Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Tuesday 26 June 2012

Lindungi Diri Anda Dengan Takaful Ikhlas

Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya membeli polisi takaful insurans di Takaful Ikhlas. Lepas ni jika berlaku sebarang kemalangan yang melibatkan kos perubatan yang tinggi, saya tidak perlu risau lagi akan kos tersebut kerana pihak Takaful Ikhlas akan membiayai kos perubatan hospital.

Kos perubatan semakin tinggi wooo!!
Kesedaran tentang perlindungan diri dengan insurans ini saya peroleh apabila pihak Takaful Ikhlas telah membuat taklimat di Politeknik Ungku Omar semasa saya menuntut di sana dahulu. Saya telah berkenalan dengan Kak Rubi di sana dan bila dah 2 tahun habis graduate, baru saya tergerak untuk beli insurans dan saya telah menghubungi beliau untuk uruskan polisi.

Bayangkan jika anda tidak memiliki insurans. Jika anda menghadapi kemalangan sehingga menyebabkan anda lumpuh, di manakah anda ingin mencari sumber pendapatan untuk menyara kehidupan anda sepanjang anda lumpuh? Mungkin keluarga anda dapat menampung perbelanjaan, tetapi tidak untuk 20 tahun misalnya. Jika anda melanggan takaful, anda akan mendapat sejumlah 'claim' mengikut polisi yang anda langgan.

Buat permulaan masa bujang ni, saya hanya beli polisi yang bayar bulan-bulan RM80 sahaja dan saya berhasrat untuk menambah jumlah polisi apabila saya sudah berkeluarga kelak (InsyaAllah)

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang takaful ini, anda boleh hubungi nama yang tertera di bawah, mereka akan menerangkan pada anda dengan lengkap sekali!

Cik Rabiatul Adawiyah : 013-347 2744
Cik Khairiah : 019-253 2051
Pn Sue : 019-368 7430

Pada post akan datang saya akan terangkan apa beza takaful dengan insurans. 

Kalau sepanjang anda hidup anda tak ada kemalangan, bertambahlah duit persaraan anda.. kaya2

Monday 18 June 2012

Jual Quran Tapi Tak Pakai Tudung

Rasa janggal bila tengok orang tu yang menjual Quran Digital tapi tak pakai tudung dan pakai baju ketat. Nampak sangat dia hanya mengejar untung dunia sahaja tanpa mengambil kira apa yang dia jual tu sebenarnya amat mulia bagi kita.

Gambar hiasan
Tahun lepas saya juga ternampak ada segelintir orang yang menjual telekung di bazar Aidilfitri di Jalan Tunku Abdul Rahman tapi tak pakai tudung. Rasa ada sesuatu tak kena bila nak beli. Tapi ada juga yang beli. Kalau dia tutup aurat dengan sempurna, pasti akan lebih ramai orang yang akan membeli sebab sejuk je mata bila pandang pada penjual tersebut yang tutup aurat dengan SEMPURNA.

Dunia2.. Jauhilah aku dari fitnah dunia dan fitnah perempuan

Wednesday 13 June 2012

Ubat Terbaik Untuk Sihat

Baru-baru ini ada seseorang menawarkan saya untuk membeli produk kesihatan berasaskan minuman sambil dapat membuat duit melaluinya (MLM). Produk ini menjanjikan kesihatan yang baik di mana kita dapat lihat hasilnya dalam tempoh masa yang panjang.

Tidur mengiring kanan dan mengadap kiblat adalah sunnah
Ya, produk sebegini memang di akui baik untuk menjaga kesihatan dan kelihatan minda di mana telah terbukti pada orang yang telah mengamalkannya. Di sebabkan harga nya yang terlalu mahal, saya tidak dapat beli buat masa ini. 

Bagi saya, ubat yang terbaik dan termurah untuk mengekalkan kesihatan yang baik ialah dengan mengamalkan sunnah Nabi SAW dari bangun tidur sehinggalah hendak tidur semula. Setiap pergerakan dan tingkah laku Rasulullah ada sebab yang membawa manfaat kepada keadaan fitrah manusia.

Contohnya, Nabi SAW akan mendahului makan buah-buahan terlebih dahulu sebelum menjamah makanan yang lain. Hal ini penting untuk menjaga kesihatan perut. Banyak lagi sunnah Nabi SAW yang perlu di ikuti oleh umat Islam.

Jika kita amalkan Sunnah Nabi SAW, bukan sahaja kita akan mendapat kesihatan yang baik, malah yang paling penting kita dapat pahala yang besar. Jadi, sebelum melakukan sesuatu perkara, kita perlukan utamakan agama Allah SWT. InsyaAllah.

Monday 11 June 2012

Tips Menarik Pelanggan

Jika saya datang ke kedai untuk membeli barang, saya lebih suka promoter kedai datang kepada saya dan bertanya barang apa yang hendak di cari. Selain menjimatkan masa tak perlu pusing satu kedai untuk cari barang, ia juga membuatkan pelanggan seperti saya rasa di hargai dan akan rasa gembira.

Saya yakin anda juga pasti berpendapat seperti saya. Kepada para penjual, layanlah pelanggan anda sebaik yang mungkin dengan memberi senyuman dan berbudi bahasa. Saya pasti mereka akan datang kepada anda untuk membeli lagi dan ia akan mewujudkan pelanggan tetap.

Sedikit perkongsian saya jika menjadi sebagai seorang pelanggan :)

Langkah Kanan

Pensyarah saya pernah bagitahu, antara sebab orang melayu gagal dalam perniagaan ialah kerana mereka cepat berputus asa. Lepas dah buka kedai contohnya, bila customer dah semakin kurang, mereka akan gulung tikar.

Sepatutnya, kena fikir cara lain menarik pelanggan sambil tidak berputus asa. Seribu langkah bermula dengan langkah pertama. Apa tahap yang telah anda capai sekarang? 

Saturday 9 June 2012

Cover Photo Timeline Facebook Paling Gempak

Semasa hendak buat cover photo timeline facebook, pening kepala saya memikirkan nak letak gambar apa. Kalau boleh nak buat cover photo yang paling gempak dan lain dari yang lain. Jadi, saya telah search image google dengan carian 'most amazing cover photos for facebook' untuk mencari ilham dan disini saya ingin berkongsi dengan anda 5 photo terbaik yang saya pilih. 

1. Photo seperti ilusi optik ni paling gempak
2. Hujan turun memang kreatif!
3. Nampak real dan kreatif tapi gambar kecil tu kena bagi nampak tangan.. baru gempak!
4. Simple tapi pasti membuatkan orang teruja sebab sangat kreatif.

5. Ni cover photo timeline facebook saya.. boleh masuk top 5 tak? hehe! 
Nak buat cover photo tak susah, cuma idea yang kreatif tu paling susah sangat! haha.. Kalau anda ada idea nak buat cover photo yang kreatif tapi tak tahu nak buat macam mana, bolehlah contact saya supaya saya dapat buatkan.. Kalau free kena ada caption macam 'Design by firdauskasim.com'. Kalau yang berbayar saya charge RM15 sahaja.

Monday 4 June 2012

Apa Yang Anda Yakin Selama Ini?

Saya sebagai umat Islam perlu yakin : 
  1. Bukan majikan saya yang bagi rezeki, yang bagi rezeki ialah Allah SWT
  2. Bukan ubat yang bagi sembuh, yang bagi sembuh ialah Allah SWT
  3. Bukan dengan joging setiap petang bagi saya sihat, yang bagi sihat ialah Allah SWT
  4. Bukan dengan naik kereta saya lebih selamat berbanding naik motor di jalanraya, yang bagi selamat ialah Allah SWT
  5. Bukan dengan muka handsome yang menyebabkan saya lulus interview kerja, yang bagi kerja ialah Allah SWT
  6. Bukan dengan gaji yang saya dapat saya dapat beli kereta, yang bagi kereta kepada saya ialah Allah SWT
  7. Bukan dengan pergi holiday ke Bali dapat beri ketenangan kepada saya, yang bagi ketenangan ialah Allah SWT
  8. Bukan dengan pakai pencuci muka yang menyebabkan kulit saya cantik, yang bagi cantik ialah Allah SWT
  9. Bukan kipas atau aircond yang bagi sejuk, yang bagi sejuk ialah Allah SWT
  10. Bukan makanan yang bagi saya kenyang, yang bagi kenyang ialah Allah SWT
Kesimpulannya, sebelum buat sesuatu, bacalah :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim