Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Sunday 22 July 2012

Atuk Ponteng Puasa

Hari pertama bulan Ramadan dicemari dengan tingkah laku warga emas beragama Islam tanpa segan silu menikmati sarapan pagi di sebuah kedai makan bukan Islam di Melaka

Tanpa menghiraukan orang ramai yang lalu lalang, warga emas terbabit dengan selamba menghirup hidangan kopi panas sambil menikmati roti bakar.

Bagaimanapun, perbuatan mereka itu dikesan anggota Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) yang bertindak menyerbu kedai makan berkenaan, pagi semalam.

Sumber : Sinar Harian

Kalau iman dah lemah, sudah tiada lagi kebesaran Allah dalam hati maka nak makan di depan khalayak ramai pun tak tahu malu. Apatah lagi kalau makan secara sorok-sorok.

Ya Allah berikan mereka hidayah.

Mungkin atuk tu tak sihat, sebab tu dia buka puasa (tengah sangka baik)

Saturday 21 July 2012

Pesta Makanan di Bulan Ramadhan?

Alhamdulillah, kita sekali lagi diberi nikmat oleh Allah SWT untuk berada di bulan Ramadhan iaitu bulan yang mempunyai suasana agama berbanding bulan2 lain di mana bulan ini memberi kita kekuatan untuk mengamalkan agama.

Tak salah sesetengah pihak mengatakan bahawa bulan Ramadhan adalah bulan pesta makanan kerana Malaysia memang terkenal dengan aneka pelbagai jenis makanan yang tidak terdapat di mana-mana negara di dunia ini. Di bulan ini, kita boleh jumpa pelbagai jenis makanan yang tidak terdapat di bulan lain melalui bazar2 Ramadhan yang di adakan di seluruh negara.

Cuma yang salah ialah jika kita membazir membeli makanan yang terlalu banyak. Tidak salah belanja lebih pada bulan Ramadhan, tetapi menjadi kesalahan apabila kita membazir.

Wednesday 18 July 2012

Duit Ini Hanyalah Kertas

Kertas yang nipis ini tidak ada nilai melainkan Bank Negara yang memperakui nilai terhadapnya. Nilai RM6 ini sekarang boleh beli makan tengahari. Tapi adakah sama nilainya 20 tahun akan datang untuk lunch?

Sebab itu kita digalakkan menyimpan emas kerana emas adalah 'penebat' inflasi yang baik selain perak atau silver. Selain itu, emas dan perak juga ada disebut dalam al-Quran.

Beratus-ratus Kambing Mati Disambar Petir

Bayangkan setelah usaha anda menternak kambing berpuluh-puluh tahun, tiba-tiba hampir semua ternakan anda mati terbakar. Sudah tentu anda berasa frust dan seolah-olah berada dalam mimpi ngeri!

Itulah yang terjadi kepada penternak kambing di kawasan pergunungan daerah Hoboksar, Mongolia apabila beratus-ratus ternakan kambingnya mati di sambar petir. Ikuti luahan hati penternak ini.

"Ia bermula dengan hujan lebat pada tengah malam. Saya amat takut dan terpaksa melindungi diri dalam bangsal berdekatan. Apabila kilat menyambar kawasan ini, saya terdengar  kawanan biri-biri itu mengembek dengan kuat," kata anak penggembala kambing Alten Bagen.

Semasa kejadian, kumpulan biri-biri yang banyak itu berlindung di bawah pokok pain.

Kata Bagen, 30 biri-biri lain turut hanyut dibawa arus deras banjir.

Bapa Bagen yang juga seorang penggembala berpengalaman tidak berada di kawasan kejadian kerana terpaksa menjaga kuda mereka di kawasan pergunungan.

"Bau daging bakar memenuhi ruang udara selepas insiden tersebut.

Haiwan-haiwan ini adalah satu-satunya sumber pendapatan kami sekeluarga," kata lelaki berumur 42 tahun itu lagi.

Dalam pada itu, menurut juruteknik tempatan, Jangeq Chafu ternakan mati akibat panahan kilat pada musim panas adalah perkara biasa.

"Padang ragut di sini merupakan sebuah kawasan pergunungan. Penduduk tempatan menjadikannya sebagai lokasi untuk kambing biri-biri meragut rumput pada pada musim panas,"

Ternakan sememangnya terdedah dengan pelbagai risiko termasuk disambar kilat," kata Chafu.

Tuesday 17 July 2012

Untuk Apa Kita Hidup?

Semakin banyak pengguna kereta sehingga jalanraya seringkali sesak.

Terdapat ramai orang sedang membeli belah lebih-lebih lagi di hujung minggu.

Bila anda sedang memandu kenderaan, kebetulan jalanraya sedang sesak, apa yang anda sedang fikirkan ketika itu? apa yang mereka yang berada di sekeliling anda sedang fikirkan ketika itu?

Bila anda sedang shopping bersama keluarga atau kawan-kawan, apa yang sedang anda fikirkan ketika waktu itu? Apa orang lain sedang fikirkan ketika itu?

Sudah tentu ketika anda sedang memandu, anda akan fikirkan adakah jalanraya akan jem? Apa yang anda akan buat selepas sampai ke destinasi anda? Atau anda akan fikir tentang perkara-perkara yang telah terjadi di pejabat anda dan banyak lagi ragam.

Begitu juga ketika anda membeli belah, anda akan fikir barang apa yang perlu dibeli?

Dalam banyak-banyak orang (termasuk anda), berapa banyak yang fikir tentang agama? Berapa banyak yang sedar, apakah kerja sebenar mereka (kerja sebenar kita adalah menyebar agama Allah SWT, iaitu sama dengan kerja Nabi Muhammad SAW) dan untuk apa kita hidup?

Minum susu - pergi sekolah - ambil diploma - dapat kerja - beli kereta - kahwin - beli rumah - dapat anak - dah pencen - tua - mati - lepas tu?

Friday 13 July 2012

Kereta pun kena mandi

Esok saya dan family akan ke Port Dickson aka PD untuk Family Day anjuran Mahkamah KL. Walaupun PD tak lah menarik sangat tempatnya sebab pantainya yang kotor sebab berhampiran dengan pelabuhan, tetapi itu tak penting, yang penting dapat bercuti dengan family setelah sekian lama masing2 sibuk dengan hal masing2.. Hehe

Kereta yang bakal saya drive esok ini perlulah di mandikan juga sebab kalau dia kotor, nak naik pun takde selera.. Huhu..

Car wash kt Batu Muda ni dia charge RM8 untuk basuh luar dan dalam kereta. Dah lama kereta ni tak wax dan polish.. Nak buat dia, agak mahal dalam RM180 kalau tak silap..

Coklat Kurma

Baru first time dapat makan coklat kurma yang saya beli dekat dengan Menara TM di Bangsar.

Rasanya sangat sedap dan anda tidak perlu bimbang sebab tiada biji kurma di dalamnya. Ini coklat yang murah sebab tu dia jual murah.

Kalau anda nak coklat kurma yang paling sedap dan sangat ekslusif, anda boleh jumpa di Bangsar Shopping Centre. Kedai dia pun sangat menarik. (Sorry tak sempat capture pic kedai dia)

Saya pasti, siapa jual coklat kurma ni pada bulan Ramadhan, pasti laku!
Your Sincerely, Firdaus Kasim (0176364629)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim