Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Wednesday 18 July 2012

Beratus-ratus Kambing Mati Disambar Petir

Bayangkan setelah usaha anda menternak kambing berpuluh-puluh tahun, tiba-tiba hampir semua ternakan anda mati terbakar. Sudah tentu anda berasa frust dan seolah-olah berada dalam mimpi ngeri!

Itulah yang terjadi kepada penternak kambing di kawasan pergunungan daerah Hoboksar, Mongolia apabila beratus-ratus ternakan kambingnya mati di sambar petir. Ikuti luahan hati penternak ini.

"Ia bermula dengan hujan lebat pada tengah malam. Saya amat takut dan terpaksa melindungi diri dalam bangsal berdekatan. Apabila kilat menyambar kawasan ini, saya terdengar  kawanan biri-biri itu mengembek dengan kuat," kata anak penggembala kambing Alten Bagen.

Semasa kejadian, kumpulan biri-biri yang banyak itu berlindung di bawah pokok pain.

Kata Bagen, 30 biri-biri lain turut hanyut dibawa arus deras banjir.

Bapa Bagen yang juga seorang penggembala berpengalaman tidak berada di kawasan kejadian kerana terpaksa menjaga kuda mereka di kawasan pergunungan.

"Bau daging bakar memenuhi ruang udara selepas insiden tersebut.

Haiwan-haiwan ini adalah satu-satunya sumber pendapatan kami sekeluarga," kata lelaki berumur 42 tahun itu lagi.

Dalam pada itu, menurut juruteknik tempatan, Jangeq Chafu ternakan mati akibat panahan kilat pada musim panas adalah perkara biasa.

"Padang ragut di sini merupakan sebuah kawasan pergunungan. Penduduk tempatan menjadikannya sebagai lokasi untuk kambing biri-biri meragut rumput pada pada musim panas,"

Ternakan sememangnya terdedah dengan pelbagai risiko termasuk disambar kilat," kata Chafu.

1 comment:

yusuflaili(Goku) said...

nak buat maqcam mana..dah nasib!!.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim