Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Friday 30 December 2011

Skim Program Latihan Satu Malaysia (SL1M)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar anda semua? semoga berada dalam keadaan yang baik-baik belaka :)

Bagi para graduan yang masih lagi belum mendapat sebarang pekerjaan, anda di jemput menyertai Skim Program Latihan Satu Malaysia (SL1M) yang di bawakan khas oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) seterusnya peluang bagi anda untuk diserapkan ke jawatan tetap di SYABAS amat cerah. Skim ini juga layak bagi para graduan yang sudah mempunyai pekerjaan. Sila baca keterangan di bawah untuk maklumat lanjut

Bagi menjayakan aspirasi Negara serta menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), SYABAS mempelawa siswazah-siswazah yang memenuhi syarat kelayakan untuk menjalani Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) di SYABAS.

Matlamat utama SL1M SYABAS dalah untuk memberi dan meningkatkan kemahiran serta  kebolehpasaran (employability) graduan bagi mendapat pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan pada akhir tempoh program SL1M di SYABAS.

Program berstruktur selama satu (1) tahun ini adalah bagi melahirkan graduan yang berkualiti dan memenuhi keperluan modal insan Negara agar dapat berbakti kepada agama, bangsa dan Negara.

Tawaran menyertai Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) SYABAS ini dibuka kepada semua Warganegara Malaysia yang berkelayakan :-
  1. Graduan Ijazah Sarjana Muda dari IPTA / IPTS yang diiktiraf oleh JPA / Lembaga Akreditasi Malaysia.
  2. Bidang pengajian daripada Kejuruteraan Awam/Mekanikal, Kimia, Pengurusan Perniagaan, Perakaunan, Ekonomi dan ICT.
  3. Masih belum mendapat pekerjaan selepas 6 bulan tamat pengajian.
  4. Graduan yang telah bekerja tetapi pekerjaannya tidak setaraf dengan kelulusan yang diperolehi.
  5. Memperolehi  CGPA sekurang-kurangnya 2.5.
  6. Dilahirkan di Selangor / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  7. Keutamaan kepada pemohon daripada kalangan keluarga yang berpendapatan rendah dengan pendapatan isirumah tidak lebih RM3,000 .00 sebulan.
  8. Komited untuk pembelajaran yang berterusan dan berusaha untuk meningkatkan diri.

Faedah yang akan diterima di dalam program SL1M SYABAS :-
  • Graduan akan diberi latihan secara On-the-job Training dan berpeluang menghadiri program-program Pembangunan Diri yang dianjurkan SYABAS
  • Elaun bulanan sebanyak RM1,500.00 sepanjang tempoh program SL1M di SYABAS
  • Graduan yang menunjukkan potensi yang cemerlang akan dicadangkan untuk diambil sebagai kakitangan tetap.
  • Graduan yang berminat boleh memohon dengan menghantar resume lengkap melalui emel kepada : yasminhood@syabas.com.my

Resume anda perlu dilengkapi maklumat yang berikut :-
  1.  Gambar berukuran pasport
  2. Sila nyatakan dengan tepat tarikh tamat pengajian
  3. CGPA terakhir
  4. Pekerjaan anda sekarang  dan pendapatan bulanan (sekiranya sedang bekerja)
  5. Pekerjaan ibu / bapa atau penjaga anda dan pendapatan mereka.

SILA NYATAKAN BERIKUT DI TAJUK EMEL ANDA : PERMOHONAN SL1M SYABAS

Tarikh tutup adalah pada 6 Januari 2012 (Ahad).

Resume yang tidak lengkap akan ditolak. Hanya permohonan yang terpilih akan dipanggil untuk menjalani temuduga.

Sekian , Terima kasih.

Wednesday 28 December 2011

3 Cara Mudah Buat Duit Melalui Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog firdauskasim.com. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda kerana anda adalah antara pembaca blog yang terawal dapat melihat header blog terbaru saya :) dan sebagai hadiahnya, saya akan berkongsi dengan anda 3 cara yang mudah untuk buat duit melalui blog :)

Jom buat blog untuk merasi duit baru ini.. hehe!
Blog bukan sahaja boleh dijadikan sebagai hobi yang berfaedah (dengan cara bukan membuat entri yang menyentuh sensitiviti agama, bangsa dan negara) tetapi juga boleh dijadikan pendapatan sampingan. Jika anda pernah dengar bahawa sesetengah blogger boleh menjana pendapatan yang lumayan melalui blog, ketahuilah ia bukan semudah yang disangka. Anda perlukan usaha dan kelainan untuk membuat blog yang dapat menjana pendapatan. Usaha tangga kejayaan! (motto masa sekolah rendah dulu.. hehe!)

1. SYARIKAT PENGIKLANAN
Jika anda ingin membuat duit secara konsisten, anda wajib mendaftar dengan syarikat pengiklanan seperti Nuffnang atau Advertlets. Syarikat pengiklanan seperti Nuffnang adalah orang tengah antara Pengiklan (Advertisor) dan Para Blogger (Publisher). Pengiklan seperti Celcom akan membayar kepada Nuffnang untuk menguruskan kempen pengiklanan mereka melalui sosial media (blog). Dan Nuffnang pula akan menyediakan banner iklan untuk diletakkan di blog yang berdaftar dan setiap pengunjung yang klik pada banner iklan tersebut di blog anda, maka wang sebanyak RM0.20 sehingga RM0.50 akan di kreditkan ke dalam akaun anda di Nuffnang.

Untuk meraih pendapatan yang maksima daripada syarikat pengiklanan tersebut, blog anda haruslah mempunyai pengunjung yang banyak. Untuk menarik pengunjung yang banyak, blog anda haruslah lain dari yang lain dan best! Klik sini dan sini untuk tips bagaimana meraih pendapatan maksima dari Nuffnang. 

Ada satu sahaja yang saya tertinggal untuk tips tersebut, iaitu anda juga boleh membuat banyak blog yang mempunyai pengunjung yang banyak. Bayangkan jika anda mempunyai 300 pembaca blog, pasti 3 orang akan klik pada banner iklan tadi ( 3 x RM0.20 = RM0.60). Jika anda ada 20 blog, maka anda boleh meraih RM12 sehari. 

Saya sarankan anda supaya mendaftar di Nuffnang kerana ia adalah syarikat pengiklanan yang mempunyai kredibiliti dan popular di kalangan blogger berbanding Advertlets yang mempunyai reputasi yang buruk apabila banyak blogger mengadu tidak mendapat bayaran daripada syarikat berkenaan.

2. SEWA IKLAN
Contoh ini anda boleh lihat sendiri di blog saya. Jika anda mempunyai traffic blog yang baik, maka ia akan menarik minat usahawan untuk meyewa banner iklan di blog anda. Selain mempunyai traffic blog yang baik, anda juga harus meletakkan banner iklan tersebut pada tempat yang sangat strategik dan menawarkan harga yang berpatutan supaya ia dapat menarik minat pengiklan untuk meyewa iklan di blog anda. Jika blog anda berkisarkan tentang dunia permotoran, pasti usahawan penjual/dealer kereta berminat untuk mengiklankan tentang kereta yang mereka jual pada blog anda. 

3. SERVIS
Jika anda mempunyai kemahiran atau skil, anda boleh menawarkan servis anda tersebut melalui blog. Contohnya jika anda seorang designer, anda boleh menawarkan servis membuat design blog, banner dan sebagainya. Anda haruslah meletakkan portfolio atau sample supaya bakal pelanggan percaya dengan kemahiran yang anda miliki. 

Sebenarnya banyak lagi cara-cara membuat duit melalui blog. InsyaAllah saya akan kongsikan dengan anda pada masa akan datang. Jika anda mempunyai soalan, boleh komen di bawah. Terima kasih. 

Thursday 22 December 2011

Disember Bulan Kegelapan

Disember adalah bulan kegelapan? hoho.. seram je tajuk post ni.. kalau kita tengok, cuaca dua tiga hari ni seringkali mendung dari pagi sampai lah ke petang.. cuaca macam ni memang sejuk, kalau kt Amerika, dah turun salji dah.. hehe

Adakah cuaca sekarang sama dengan cuaca
pada 100 tahun lampau?
Dan cuaca macam ni kadang-kadang menakutkan kita lebih-lebih lagi apabila menjelang perayaan Krismas atau tiba ke penghujung bulan, pernah beberapa kali dunia telah digemparkan dengan bencana alam seperti gempa bumi dan yang paling teruk Tsunami yang berlaku pada 26 Disember tahun 2009 kalau tak silap. 

Adakah memang lumrah atau rutin fenomena alam, setiap kali bulan Disember pasti berlaku bencana alam yang dashyat? Kita memang tak tahu. Tapi tahukah anda ada konspirasi yang di wujudkan yang boleh mengatur huru hara dunia dengan mencipta bencana menggunakan teknologi yang mereka bina? Saya tak nak mengulas lebih lanjut kerana masih lagi menyiasat hasil pembacaan pada satu artikel ini. 

Apa yang pasti, Allah SWT telah menarik keberkatan masa, sebab tu masa rasa cepat je berlalu. Apakah yang bakal terjadi pada masa depan dan apakah perancangan kita? Kita memang tak tahu apa yang bakal berlaku dan apa yang penting, kita perlu persiapkan diri ini dengan 'bekalan' yang secukupnya (peringatan buat diri saya, insyaAllah)

Tuesday 20 December 2011

Kenapa Blackberry Bold 3 Tiba-Tiba Tak Boleh Turn On?

Kepada pemilik blackberry, pernahkah anda pernah mengalami perkara yang sama seperti yang saya alami? Tiba-tiba tak boleh on blackberry, walaupun dah cabut-pasang semula bateri, cabut-pasang semula simkad sampai ada yang ketuk-ketuk blackberry ke dinding? haha

Rupa-rupanya jika anda mengalami perkara tersebut, sebenarnya blackberry anda sedang mengalami 'reboot'. Ikuti step by step di bawah untuk pulihkan Blackberry kesayangan anda seperti sedia kala :
  1. Buka Sim Kad dan Media Card
  2. Charge Blackberry anda dan tunggu sehingga keluar lampu led hijau
  3. Kemudian, pasang semula sim kad dan media card anda
  4. Tunggu sehingga 5 minit
  5. Guna semula blackberry anda
Jangan jadi macam saya, charger letak kt office, kena pula hari Jumaat. Selama dua hari tak dapat on blackberry sebab charger takde, kita tak boleh charge guna kabel usb dan sambung kt laptop sebab power dia tak kuat. 

Tuesday 13 December 2011

Dua Laptop Satu Blackberry

Tahukah anda bahawa kebanyakan barang dan produk dari Malaysia ni di beli dari China? Pemborong atau pembekal membeli secara pukal dengan harga sangat murah, kemudian menjual di pasaran Malaysia dengan harga yang sangat menguntungkan. Itulah fenomena bisnes yang sedang berlaku di Malaysia ini.

Ada barangan dari China ni bagus dan ada juga yang sebaliknya. Yang sebaliknya tu macam telur tiruan tu lah.. naya orang je.. haha! Dan tahukah anda bahawa laptop dari Low Yat kebanyakkannya di datangkan dari China? Yup, itulah hakikatnya. Jadi, jika anda ditawarkan laptop dengan harga murah, ia sebenarnya akan rosak tidak sampai setahun.

Tahukah anda, Jenama Dell digunakan oleh
kebanyakkan syarikat swasta di Malaysia
Itulah terjadi pada laptop Lenovo yang baru saya beli 6 bulan lepas. Masa beli tu memang ok, lepas tu makin lama, performance laptop tu makin slow dan terus skrin dia tak keluar apa2.. terus gelap. Mungkin juga brand Lenovo cepat rosak berbanding brand Acer atau juga cara penjagaan saya yang salah? Lepas pergi repair kt Low Yat, beberapa minggu lepas tu, terus dia rosak. Hanguslah RM350 duit repair tu.. :( Nasihat saya, jika motherboard laptop anda rosak, jangan sekali2 pergi bawa repair, beli je laptop baru.

Disebabkan saya perlukan laptop baru dengan segera sebab bisnes online yang saya jalankan akan terjejas kalau takde laptop, jadi saya terpaksa sekali lagi beli laptop dari Low Yat. Bukan semua laptop dari Low Yat  tak bagus ye, kena lah pandai pilih disertakan dengan sedikit pengetahuan berkenaan laptop, baru boleh decide laptop mana yang bagus.

Kali ni, saya beli laptop Dell Inspiron yang dah ketinggalan zaman dan semakin murah. huhu.. nak buat macmana, perlukan dengan segera, duit pula tgh sengkek. Mana tak nya, bulan ni je dah beli satu Blackberry. Dua laptop dalam masa tak sampai 7 bulan. Dell dan Blackberry adalah jenama yang bagus untuk bisnes.

Jom support bisnes saya dengan tekan butang 'Like' di fan page ini --> http://on.fb.me/SafiraPrinting

Friday 9 December 2011

Antara Blackberry Dan Android : Mana Pilihan Anda?

Alhamdulillah, impian saya untuk memiliki smart phone akhirnya tercapai jua setelah sekian lama mengimpikannya. Selepas puas survey antara Blackberry dan Android mana yang lebih sesuai, akhirnya saya memilih Blackberry kerana memenuhi keperluan saya. 

Jadilah pembeli yang bijak, anda harus mengenalpasti apakah keperluan anda untuk memiliki smartphone (melainkan anda mempunyai wang bertimbun kt poket). Blackberry  mempunyai fungsi email yang terbaik berbanding Android. Saya lebih mementingkan emel kerana urusan bisnes printing yang saya jalankan banyak melibatkan urusan melalui emel. 

Selain itu, syarikat Telco yang sekian lama saya gunakan (tak pernah tukar) iaitu Maxis, menyediakan pelan BIS (Blackberry Internet Services) dimana dengan hanya reload RM20, anda dapat menggunakan emel, Facebook application, Twitter, YM, BBM dan browsing internet pada had 120mb selama sebulan. Memang jimat, sesuai untuk student.

Jika anda gemarkan hiburan dan mencuba pelbagai application yang menarik, Android adalah gadget yang paling sesuai untuk anda. Saya tak boleh cerita banyak mengenai android kerana tak pernah memilikinya. hehe..

Kesimpulannya, bagi saya Blackberry sesuai untuk orang yang mementingkan kerjaya dan Adroid pula lebih sesuai untuk sesiapa yang ingin merasai keseronokan dalam menggunakan teknologi. Siapa guna Blackberry, boleh bagi pin BBM.. kita share2 ye.. hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim