Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Monday 29 August 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri Daripada Firdaus Kasim

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, akhirnya kita dapat menyambut bulan kemenangan bagi umat Islam yang telah bertungkus-lumus mendidik iman mereka selama sebulan di bulan Ramadhan. Di kesempatan ini, saya sebagai owner blog ini ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri minal aidzin wal faidzin kepada semua umat Islam di seluruh dunia umumnya dan kepada pembaca blog ini khususnya.

Di bulan mulia ini, kita digalakkan supaya sentiasa memaafkan antara satu sama lain. Jika sepanjang penulisan saya di blog ini ada menyinggung mana-mana perasaan pembaca blog, saya ingin meminta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Untuk peringatan kepada diri saya sendiri dan kepada anda semua, kekalkan atau tingkatkanlah amalan agama yang kita lakukan di bulan Ramadhan lepas di bulan Syawal ini dan bulan2 seterusnya. Jangan jadikan bulan Syawal ini dicemari dengan pelbagai maksiat atau ingin membalas 'dendam' terhadap bulan Ramadhan lepas dimana kita terpaksa menahan nafsu.

Akhir sekali, kepada warga kota yang pulang beraya di kampung, sila berhati2 di jalanraya. Sentiasa berdoa supaya Allah SWT memudahkan perjalanan kita, dan sesiapa yang ingin duit raya, silalah datang ke rumah saya, pintu sentiasa open untuk anda semua.. hehe!

Sunday 28 August 2011

Bulan Puasa yang Menyedihkan

Ramai yang sedar pasal hal ini iaitu masa makin lama macam makin laju je.. macam tak sedar je bulan Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Di samping sibuk buat persiapan untuk hari raya yang bakal menjelang, kita juga kena menilai kembali bagaimana dengan puasa yang telah kita lalui.

Masjid di Alor Setar
Bukan menilai dari segi makanan, dengan siapa kita selalu berbuka dan sebagainya, tetapi apa yang lebih penting kita harus menilai kembali bagaimana tahap amalan agama kita di bulan ini yang sepatutnya kena lebih berbanding di bulan lain kerana ganjaran pahala yang diberi sangat banyak. Bulan puasa kali ini dianggap menyedihkan jika amalan agama yang dilakukan adalah sama sahaja seperti tahun lepas. 

Kalau korang sedar lagi, bagi sesiapa yang berjaya mengharungi bulan puasa ni dengan jayanya, pasti hari raya aidilfitri yang disambut akan terasa lebih nikmat dan bermakna. Di harapkan kita dapat menghadapi bulan Ramadhan pada tahun depan dan segala amalan agama yang dilakukan pada bulan ini kekal untuk bulan2 yang lain.

Kepada sesiapa yang cuti beraya dan pulang ke kampung, saya mengucapkan selamat bercuti dan sila berhati-hati semasa pulang ke kampung. Hargailah suasana kampung yang anda miliki kerana tidak semua orang dapat merasai suasana damai kampung ini. 

Friday 26 August 2011

Tutorial Membayar Zakat Fitrah

"Sesungguhnya Rasullullah SAW mewajibkan zakat fitrah daripada muslim, baik hamba atau merdeka, lelaki atau perempuan, iaitu sebanyak segantang kurma atau gandum ” ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim "
Haa.. dah banyak kali asyik buat tutorial pasal blog, kali ni bagi lain sikit, saya akan ajar bagaimana membayar zakat fitrah step by step.. hehe.. gurau je.. Sebenarnya ramadhan pada tahun ini adalah kali pertama saya membayar zakat fitrah, maklumlah sebelum ni jadi student, masih lagi dalam tanggungan keluarga, so ibu atau bapa kita yang bayar zakat fitrah ni.

Jadi, selepas bekerja sendiri, sayalah kena tanggung diri sendiri, so kena bayar zakat fitrah untuk diri sendiri. Semasa duduk di kerusi hendak bayar zakat, saya memang tak tahu apa nak buat, so terpaksa tunggu tuan amil yang memulakan bicara. 

Gambar : Tokobakso
Kadar zakat untuk tahun ini ialah sebanyak RM7 untuk seorang tanggungan. Jika anda mempunyai 5 tanggungan, maka kena bayar RM7x5. First step yang kita kena buat ialah berjabat tangan dengan amil untuk proses akad. Teks semasa proses akad telah disediakan, so kita just baca teks tu je.

Selepas selesai akad, wang zakat perlu diserahkan kepada amil. selepas itu, amil akan membaca doa dan kita hanya perlu mengaminkan. 

Jadi, kepada sesiapa yang dah bekerja tu, adalah tanggungjawab anda untuk membayar zakat kerana ia adalah salah satu rukun Islam. Dan ia adalah satu kewajiban!

Thursday 25 August 2011

Servis Buat Header Secara Percuma 2

Ramai yang konfius tentang cara-cara untuk mendapatkan servis buat header secara percuma dari saya. Rujuk sini untuk melihat senarai koleksi header yang sy buat. Ok, saya akan bagitahu tentang langkah-langkah yang perlu anda patuhi untuk menempah header. Sila rujuk di bawah. Sesiapa yang dah 'like', anda perlu patuhi langkah2 yang telah sy tetapkan di bawah :

Langkah 1 - Sila 'Like' Facebook Fan Page ini

Langkah 2 - Sila hantar detail berikut ke safiraprintingservices@gmail.com


Nickname Facebook : 
Warna background :
Perkataan/ayat2 dalam header : 
saiz header : 
dan sila attach gambar2 berkaitan.

Langkah 3 - Jika terlalu ramai penyertaan, saya akan guna random untuk memilih blogger bagi membuat header ini.

Itu sahaja langkah yang perlu anda patuhi. Jika gagal berbuat demikian, permintaan anda tidak akan dilayan. 

Tuesday 23 August 2011

Servis Buat Header Secara Percuma

Assalamualaikum, sedar tak sedar kita dah berada di akhir Ramadhan, masa berlalu begitu pantas tanpa kita sedari, macamana puasa korang semua? ok x? jika ada kekurangan, kita boleh puasa enam di bulan Syawal.

Ada berita baik! kepada blogger baru yang masih tiada header lagi, saya ingin membantu  anda membuat header blog secara percuma. Berikut adalah beberapa contoh header yang telah saya design dan diberi secara percuma kepada beberapa blogger di mana blog mereka memang tak ada header.





Tetapi ada satu je permintaan dari saya. Minta jasa baik anda untuk like fan page bisnes printing yang saya buat. klik di sini untuk 'like'

Syarat-syaratnya, anda perlu 'like' fan page tersebut dan beritahu nickname anda di akaun facebook yang anda gunakan untuk 'like' fan page itu. Saya akan check nickname anda tersebut sebelum menerima tempahan.

Untuk minggu ni, saya hanya menerima dua tempahan sahaja. InsyaAllah lepas raya tempahan akan dibuka semula. Jadi, saya akan pilih secara random.
Akhir sekali, sila hantar detail berikut ke safiraprintingservices@gmail.com
Nickname Facebook : 
Warna background :
Perkataan/ayat2 dalam header : 
saiz header
dan sila attach gambar2 berkaitan.

Sunday 21 August 2011

Preview Iklan di Blog Firdaus Kasim #Ogos 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti mana yang dijanjikan, setiap iklan yang masuk dalam blog ini (kecuali nuffnang dan says.my), saya akan perkenalkan kepada anda dengan membuat sedikit preview. Maklumlah, pasti semua orang ingin mengenali tetamu baru yang datang ke rumah kita kan? 

Untuk iklan pertama yang menyewa ruang iklan di blog ini ialah Zie Salikan. Pemiliknya menjual barang dan produk fizikal yang khusus untuk ibu muda dan ibu yang bakal bersalin. Selain menjual produk yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan, blog ini sebenarnya dapat mendidik kepada para ibu tentang cara penyusuan yang betul dengan menggunakan alat yang sesuai, terutama kepada ibu yang bekerjaya. Antara produk yang paling popular ialah e-book tentang cara penyusuan yang betul bagi ibu bekerjaya, bra nursing dan breastmilk storage. Jadi, kepada bakal-bakal ibu, blogshop ini sangat sesuai untuk anda lawati. 

Jika anda mahu mendapatkan wang hanya dari rumah, anda patut melawat website jutawanautomatik. Saya tak berani menyatakan keberkesannya kerana tidak pernah mencuba, tetapi tidak salah jika mahu mencubanya kerana modal permulaan adalah sangat rendah dengan pulangan agak lumayan. Tetapi apa yang pasti, tidak mudah membuat duit melainkan anda malakukan promosi secara berterusan, promosi, promosi dan promosi. Jika anda masih lagi ragu-ragu, sila download laporan percuma di laman web berkenaan.

Homebasedcareers.webs.com pakar dalam merekabentuk laman web untuk syarikat, individu dan blog. Telah ramai syarikat sederhana dan kecil-kecilan yang telah menggunakan servis yang ditawarkan mereka kerana telah terbukti hasil seni yang telah dilakukan sangat memenuhi citarasa mereka. Jika anda bercadang untuk meluaskan lagi pemasaran produk melalui pemasaran internet, maka anda perlu menggunakan khidmat mereka. Begitu juga jika anda bercadang untuk mendapatkan hosting yang murah.

Sekian sahaja preview iklan kali ini. Jika anda ingin maklumat lanjut tentang iklan-iklan di atas, hanya klik banner iklan itu dan hubungilah mereka. Akhir sekali, diam tak diam, bulan Ramadhan hampir sampai ke penghujungnya. Bagaimana dengan amalan kita? bertambah atau sama je? sama-samalah kita bermuhasabah diri (saya cakap untuk diri saya sendiri).

Saturday 20 August 2011

Meningkatkan Pengunjung Blog Menggunakan Emel Subscription

Telah banyak saya dedahkan dalam blog ini bagaimana mahu meningkatkan jumlah pengunjung blog. Salah satu cara yang belum saya dedahkan ialah bagaimana mahu meningkatkan pengunjung blog melalui emel. 

Sepert mana yang kita ketahui, setiap orang mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun emel kerena emel diperlukan untuk mendaftar Blogger atau Facebook. Tahukah anda bahawa para pengunjung blog boleh membaca entri baru pada blog kegemaran mereka melalui inbox emel?
Contoh email subscription yang terdapat pada blog ini.
Hal ini hanya boleh dilakukan jika mereka memasukkan emel pada emel subscription yang disediakan di blog berkenaan (sila lihat gambar). Anda juga boleh memasukkan emel subscription tersebut dengan hanya "Add a Gadget" dan memilih "Follow by Email".

Perkara yang paling penting sekali, bagaimana rupa bentuk entri yang terdapat pada emel subscriber anda? Adakah ia berbentuk entry penuh atau short entry? Sebenarnya short entry adalah cara yang terbaik untuk meningkatkan pengunjung blog kerana setiap kali anda membuat entri baru, dia secara automatik akan masuk ke dalam emel subscriber blog dan entri tersebut hanya memaparkan tajuk dan pengenalan sahaja. Jika mereka mahu membaca kandungan penuh, mereka terpaksa klik tajuk tersebut yang terus pergi ke blog anda. Untuk membuatnya, klik Setting > Site Feed > pilih "short" pada Allow Blog Feed. (Rujuk gambar)

Cara membuat short entri pada blog anda.
Bayangkan jika blog anda sudah dilanggan oleh 1000 orang, jika setiap ada entri baru yang menarik dan panas, pasti dalam tempoh 24jam, blog anda sudah mempunyai separuh daripada 1000 orang tersebut. 

Jika ada sebarang masalah, sila beritahu di ruangan komen, maaf kerana jarang update blog. Saya mempunyai bisnes baru yang dibuat, nak tahu bisnes apa yang saya buat? sila klik sini.

Monday 15 August 2011

Hukum Makan Ayam Goreng KFC


Restoran -restoran ala barat contohnya KFC, McDonald, A&W dan sebagainya telah menjadi restoran kegemaran rakyat Malaysia. Telah timbul pelbagai persoalan adakah dijamin halal walaupun ada logo tanda halal dan apakah halal ayam yang disembelih dengan elektrik dan saya telah banyak mendengar bahawa ayam goreng yang dijual di KFC ada campuran gelatin dan penyembelihannya tidak mengikut syarat islam?  
  • Di negara kita Malaysia, pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan logo halal ialah JAKIM. Dengan adanya tanda ini pada barangan makanan yang dijual di pasaran bererti makanan itu memang halal di makan, kerana pihak JAKIM tidak akan mengeluarkan logo itu jika benar-benarnya ianya tidak halal samaada dari segi teknik pembuatannya mahupun dari segi teknik penyembelihannya. 
  • Sehubungan dengan itu umat Islam di negara ini tidak perlu ragu dengan logo itu. Jika mereka ragu tentang logo itu adakah benar ianya dikeluarkan oleh JAKIM atau tidak, mereka boleh berhubung terus dengan JAKIM untuk mendapatkan pengesahan. Tetapi jika mereka merasa was-was dan syubhah, lebih baik ditinggalkan.
  • Dalam sebuah hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim menjelaskan perkara yang halal itu jelas dan perkara yang haram itu jelas. Manakala perkara yang berada di tengah-tengahnya adalah perkara syubhah. 
  • Barangsiapa yang terlibat dengan syubhah bererti ia terlibat dengan perkara yang haram. Hadis ini dengan jelas menyuruh umat Islam supaya mengelakkan dari menghampirkan diri dengan perkara yang masih tidak jelas. Ayam yang disembelih dengan menggunakan kejutan eletrik adalah tidak sah dan tidak halal untuk dimakan, malah hukumnya menyamai bangkai sahaja. Begitu juga ayam goreng yang digoreng dengan bahan yang bercampur dengan gelatin adalah tidak halal memakannya. 

  • Namun begitu pihak yang bertanya disarankan supaya memeriksa terlebih dahulu kebenaran maklumat itu. Kerana di dalam sebuah hadis menjelaskan mendengar berita semata-mata tidak sama dengan melihat sendiri. Kaedah mantiq pula ada menjelaskan: Hukuman ke atas sesuatu itu tidak boleh dilakukan kecuali setelah mendapat gambaran sebenar perkara tersebut. Jika sudah dipastikan maklumat ini betul, pihak yang bertanya hendaklah segera menghubungi Pihak JAKIM bagi urusan penyiasatan.

  • Tindakan ini diambil sebagai membendung kemungkaran. Orang yang melihat kemungkaran berlaku di hadapan matanya wajib menegahnya, malah hukumnya adalah fardu 'ain kepada beliau merubah dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah dengan lidah dan jika tidak mampu juga hendaklah dengan hati. Itu adalah selemah-lemah iman. Begitulah yang dijelaskan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim. 

Datuk Lee Chong Wei Tewas Di Final Kejohanan Dunia.

Nampaknya usaha Chong Wei untuk mendakap kejuaraan Kejohanan Dunia buat pertama kali sekali lagi gagal setelah 4 kali mencubanya apabila dia tewas di Final Kejohanan Dunia di Wembley England. Dia terpaksa mencuba sekali lagi pada tahun 2013, itupun jika dia tidak bersara dari dunia badminton.

China telah menjadi kuasa besar badminton dunia
Dari pemerhatian saya, Lee Chong Wei telah tewas menghadapi tekanan di minit-minit akhir perlawanan apabila seringkali melakukan kesilapan mudah di saat-saat akhir dan kesilapannya itulah yang memberi kemenangan kepada Lin Dan yang telah memenangi Kejohanan Dunia sebanyak 4 kali. Mungkin Lee Chong Wei lebih tertekan untuk bergelar buat pertama kali dalam kejohanan itu berbanding Lin Dan.

Apapun, inilah prestasi yang terhebat yang telah berjaya dicapai oleh Lee Chong Wei, cuma dia perlu pandai bermain psikologi seperti mana yang dilakukan Lin Dan.

Saturday 13 August 2011

Suasana Jalan Tunku Abdul Rahman Ketika Ini.

Sesak dan meriah! itulah perkataan yang boleh saya gambarkan ketika berada di Jalan TAR tadi untuk membeli kelengkapan raya. Seawal jam 9 pagi, orang ramai yang ingin membeli baju dan kelengkapan raya telah mula membanjiri Jalan TAR ini. 

Tempat yang menjadi tumpuan sudah tentu di Bazar kerana semua kelengkapan raya ada dijual disini. Tadi saya membeli baju raya warna peach cair dan warna itu memang susah nak cari! hanya satu kedai je saya jumpa.. huhu.. Alhamdulillah dengan cuaca yang tak begitu terik, orang dapat membeli belah dengan selesa walaupun terpaksa bersesak-sesak. 

Apa-apa pun saya berjaya menghabiskan suku daripada gaji saya untuk membeli barang raya ni.. Alhamdulillah duit hasil bisnes printing yang saya jalankan dapat sedikit sebanyak dapat menampung kos. 

Bagi penduduk KL, Jalan TAR adalah tempat yang paling sesuai untuk membeli kelengkapan raya kerana gerai-gerai yang dibuka disini memang khas untuk raya. Jadi, jangan beli last-last minit sebab mungkin barang yang anda kehendaki akan habis! huhu.. 

Sekian laporan Firdaus Kasim di Jalan TAR.

Tuesday 9 August 2011

Beza Puasa Enam Dan Puasa Qada'


Puasa enam dilakukan pada bulan Syawal. Ada orang mengatakan setelah kita mengerjakan puasa enam kita tidak perlu membayar puasa qada. Betulkah hukum tersebut? Saya cuba merungkaikan masalah ini.

  • Fuqaha Hanafiyah, Syafeiyah dan Hanabilah mengatakan bahawa puasa enam hari pada bulan Syawal itu adalah sunat hukumnya. Jamaah ahli hadis kecuali Bukhari meriwayatkan dari An Nasai dari Abu Ayyub al Anshari bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diiringinya dengan berpuasa enam hari pada bulan Syawal, maka seolah-olah dia telah berpuasa selama setahun penuh". Jadi puasa enam pada bulan syawal ini merupakan puasa sunat sahaja. 
  • Mengqada puasa adalah kewajipan kita menggantikan puasa yang tertinggal pada bulan Ramadhan kerana sebab-sebab tertentu. Setengah ulama mengatakan kita perlu mengganti puasa wajib yang kita tertinggal itu barulah kita mengerjakan puasa sunat yang lainnya. Jadi antara puasa qada' dan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal, perlulah dipisahkan antara yang Fardhu (wajib) dan yang Sunat. Kerjakanlah puasa qada' dahulu barulah kerjakan yang sunat kerana itulah yang lebih afdal. Wallahu A'lam.
Sumber.

Sunday 7 August 2011

Tiada Lagi Mercun Di Zaman Ini

Teringat saya pada zaman dulu kala, setiap kali menjelang bulan puasa, lepas sembahyang terawih mesti main mercun dan bunga api. Bermacam-macam mercun dibakar bersama rakan-rakan seperti mercun mancis, mercun bola, mercun roket dan mercun gasing.

Tetapi sungguh berbeza puasa pada zaman ini di Malaysia. Di kawasan perumahan saya di Kuala Lumpur, tiada langsung kedengaran bunyi mercun yang membingitkan keheningan malam ramadhan. Kalau dulu-dulu sebelum kerajaan mengharamkan mercun, setiap kali malam terawih mesti meriah dan bising dengan bunyi mercun.

Main bunga api sambil nyanyi lagu raya
Berbeza pada hari ini, malam ramadhan di Kuala Lumpur sunyi sepi. Mungkin kerana ibu bapa sekarang terlalu 'take care' terhadap anak-anak mereka dengan tidak membenarkan anak-anak mereka keluar sesuka hati atau mungkin juga trend zaman sekarang sudah berbeza. Main mercun sudah tidak lagi digemari, malah 'online' facebook lebih disukai.

Saya menulis entri ini bukan untuk menggalakkan untuk bermain mercun, tetapi hanya rindu zaman kecik2 dulu.. hehe

Saturday 6 August 2011

Photobucket Sengal

Mesti korang pelik tengok blog ni kan? gambar-gambar penuh dengan photobucket yang habis limit. Pertama sekali, saya minta maaf terhadap pengiklan kerana banner iklan anda telah terjejas teruk. Saya akan memanjangkan tempoh iklan di blog ini yang setara dengan tempoh masa masalah paparan banner.

Apa yang berlaku ialah hosting gambar pada photobucket yang saya langgan telah habis limit dan perkara ini akan pulih setelah limit tersebut direset balik pada tempoh langganan saya. Inilah susahnya kalau tak guna hosting sendiri.. nak harapkan hosting percuma, inilah akibatnya..

Thursday 4 August 2011

Tips Kurangkan Mesej di Inbox Email

Bagi sesiapa yang sering check emel untuk tujuan tertentu, anda pasti berasa rimas jika mendapati terlalu banyak emel yang masuk ke inbox terutama notification dari Facebook. 

Sekarang ni sudah banyak pengguna Facebook yang mencipta bermacam-macam group dan ada antara ahli group itu invite anda tanpa kerelaan anda sendiri. Hal ini akan menyebabkan inbox emel anda akan dipenuhi dengan notification dari ahli group yang lain. Jadi, ada cara untuk ubah setting di group itu supaya notification yang tidak berkaitan, tidak masuk ke inbox emel anda. Sila ikuti tutorial di bawah untuk melakukannya :)

Pada halaman group, sila tekan butang "Edit setting" dan satu pop up window akan keluar seperti gambar di bawah 
Sila untick pada kotak yang tidak dikehendaki. "Only post I am subscibed to" bermaksud, anda akan dimaklumkan tentang notification yang rakan-rakan anda komen di post yang anda buat
Sekain sahaja untuk makluman anda. Jika ada sebarang persoalan, sila ajukan di bahagian komen. 

Jangan lupa untuk "like" fan page kedai printing saya ya.. terima kasih.




Wednesday 3 August 2011

Preview Iklan : Poise

Poise House of Ladies menyediakan koleksi terkini produk baju dan aksesori yang Original. Koleksi kami meliputi Coctail dress, Long dress, Short Dress, Skirt, Hot Pants, Jeans, Handbag (Paris Hilton, Elle dan lain-lain), Tote Bag, Belt, aksesori dan macam-macam lagi. 

Dari jenama Paris Hilton hingga ke jenama Elle terus menambah koleksi kami dengan variasi produk yang bermutu. Kami sentiasa menambah produk-produk terbaru sesuai dengan kehendak anda.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi rakan kongsi @ Poise juga dialu alukan. Komisen akan diberikan bagi setiap item yang terjual. Untuk keterangan lanjut sila layari http://poise.myAnda boleh dapatkan produk-produk terbaru di Poise dengan harga yang berpatutan.

Pants ini dijual hanya RM39 sahaja!

Monday 1 August 2011

Jangan Buat Gangguan Seks Terhadap Lelaki

Sebelum makan sahur, dah niat nak tahan lapar, nak tahan tutur kata yang sia-sia dan nak menahan pandangan daripada melihat perkara yang dilarang Allah SWT. Pergi ofis dan fokus pada kerja. Lepas tu solat zohor secara berjemaah dekat surau ofis. Fokus kembali buat kerja. Akhirnya habis office hour dan nak balik ke rumah. Yes! dah hampir berjaya menahan segala-galanya. 

Step terakhir nak pergi bazar Ramadhan untuk beli makanan untuk berbuka. Bila nak masuk bazar tu.. Adoyai.. ternampak pula beberapa gadis-gadis comel.. dah la comel, pakai pula ketat-ketat sampai nampak susuk tubuh.. adoyai.. nasib baik sempat alih pandangan.. sampai tak nak pandang kt orang langsung.. fokus mata pada makanan je.. dari awal sampai akhir.. kalau tak, sia-sialah puasa yang diusahakan dari pagi tadi. 

Kepada gadis-gadis yang berkenaan, walaupun anda tidak berpuasa, tetapi hormatlah pada bulan yang sangat mulia ini dimana bulan Quran diturunkan dan yang lebih penting hormatlah kepada kaum adam yang berusaha menahan pandangan dari sahur tadi sampai nak buka puasa, janganlah buat gangguan seks terhadap kami. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim