Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, akhirnya kita dapat menyambut bulan kemenangan bagi umat Islam yang telah bertungkus-lumus mendidik iman mereka selama sebulan di bulan Ramadhan. Di kesempatan ini, saya sebagai owner blog ini ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri minal aidzin wal faidzin kepada semua umat Islam di seluruh dunia umumnya dan kepada pembaca blog ini khususnya.
Di bulan mulia ini, kita digalakkan supaya sentiasa memaafkan antara satu sama lain. Jika sepanjang penulisan saya di blog ini ada menyinggung mana-mana perasaan pembaca blog, saya ingin meminta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Untuk peringatan kepada diri saya sendiri dan kepada anda semua, kekalkan atau tingkatkanlah amalan agama yang kita lakukan di bulan Ramadhan lepas di bulan Syawal ini dan bulan2 seterusnya. Jangan jadikan bulan Syawal ini dicemari dengan pelbagai maksiat atau ingin membalas 'dendam' terhadap bulan Ramadhan lepas dimana kita terpaksa menahan nafsu.
Akhir sekali, kepada warga kota yang pulang beraya di kampung, sila berhati2 di jalanraya. Sentiasa berdoa supaya Allah SWT memudahkan perjalanan kita, dan sesiapa yang ingin duit raya, silalah datang ke rumah saya, pintu sentiasa open untuk anda semua.. hehe!
7 comments:
selamat hari raya..
hmm...
rumah kt mne?
nk g kutip duit raya aje nih..
:)
selamat ari raya
Salam;
akupun sama maar zahir batin..sebagai manusia biasa memang kita tak lepas dari kesilapan.
eira : selamat hari raya awk.. umah sy kt kl.. bila nak datang, contact sy dulu k? hehe
big : salam lebaran
yusuf : wslm. btul tu bro :)
arrayah.info : Jika 30 Ogos 2011 Raya, Di Manakah Lokasi Anak Bulan Kelihatan?
selamat hari raya dan selamat menyabut hari kemerdekaan yg ke-54 bro...maf zahir n batin...
selamat hari raya..
jum exchange banner...
dah letak banner awak.. :)
Post a Comment