Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Saturday, 3 September 2011

Kuala Lumpur Kembali Hidup

Selepas beraya sakan di kampung (Kedah) selama hampir seminggu, akhirnya saya pulang ke Kuala Lumpur. Saya sorang je, bukan dengan family. Sebab esok saya terpaksa keje. So, terpaksa balik hari khamis. Nasib baik dah beli tiket awal2 lagi kt Puduraya. Family saya pula balik malam esok. Bila dah sampai KL saya tengok KL memang betul2 lenggang. Kenderaan di jalanraya tak banyak, yang banyak bangla, indon dan seumpama dengannya.. huhu

Dan kt highway dijangkakan akan sesak dengan kenderaan menandakan warga kota telah pulang dari kampung. Nampaknya Kuala Lumpur akan kembali hidup setelah mati buat seketika.. hehe..

Saya bersama keluarga di Kedah
Raya pertama kt kampung macam biasa seperti tahun-tahun lepas. Saya sekeluarga menumpang rumah sepupu memandangkan atuk dan nenek telah meninggal dunia. Rumah peninggalan dalam proses nak buat rumah baru. Dan kitaorang akan menunggu saudara mara yang lain datang ke rumah. So, raya pertama tu memang tak pergi mana2.. just layan tetamu je.

Raya kedua pula masa untuk ziarah beraya rumah saudara mara yang lain. Memang seronok sebab saudara mara dapat dikumpulkan setelah setahun 'terpisah'! yang best nya dapat tengok saudara yang cantik2 dan hensem2 belaka.. dulu kecik je.. cepat betul masa berlalu.. Kesimpulannya raya ni memang memenatkan tetapi seronok! Raya ketiga pula saya terpaksa pulang ke KL sbb kena kerja.

untuk melihat full album raya, sila klik di link ini.

Korang pula macamana? best tak raya ni? Sudi2 lah share ya :)

6 comments:

Kodet said...

Kampung kat Kedah? area mana?

josrevalution said...

uiss..pasti seronok ye bro..hehe..cam aku ni..x dpt balik..sedih pun ade...
indo-kata10-fakta-kebodohan-melaysia

yusuflaili said...

Salam;
nilah nikmatnya bila berhari raya kat kampunh halaman..banyak kenangan indah.

Firdaus Kasim said...

Kodet : Kedah kt Kulim. Kg kau kt kedah juga ke?

Jo : mmg seronok.. kenapa kau x lek kg pula? x de pula aq tgk berita tiket bas habis.. hehe

yusuf : btul tu bro.. kg bro kt ne?

nabila said...

sy pun org kedah jgk..
raya kat Perak..
haha

Firdaus Kasim said...

@nabila
kedah kt mana nabila?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim