KUALA LUMPUR 18 Sept – Dalam kesibukannya menghadiri pelbagai acara semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempat meluangkan masa untuk menyaksikan Konsert Suara Kami anjuran Astro di Stadium Merdeka di sini, malam tadi.
Ketibaan Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor ke konsert itu mendapat sambutan hangat daripada para penonton yang tidak menyangka pemimpin nombor satu negara itu sudi untuk bersama-sama mereka menyaksikan acara hiburan berkenaan.
Najib, dalam laman Facebook dan Twitternya, berkata, beliau menghadiri konsert itu untuk bersama-sama generasi muda Malaysia. Najib turut memuat naik beberapa keping gambar suasana konsert itu dalam Facebook dan Twitter beliau. Konsert Suara Kami diadakan sempena ulang tahun Astro ke-15 dan sambutan Hari Malaysia.
Antara artis tempatan yang turut serta pada konsert tersebut ialah Yuna, Hujan, Faizal Tahir, Pop Shuvit, Azlan And The Typewriter, Psycho Unit, Soul Krazy, Ruffneckz dan Stacy manakala barisan penyanyi antarabangsa pula ialah Chinmayi (India), Hins Cheung (Hong Kong) dan Rania (Korea Selatan). – Bernama
Antara penonton yang hadir |
Kehadiran pemimpin no 1 negara ke konsert ini seolah-olah menggalakkan atau menghalalkan lagi para remaja untuk menghadiri konsert yang mana kita tahu lelaki dan perempuan bergaul tanpa ada batasan seperti di negara Barat dengan hiburan yang melampau.
Namun begitu, PM menghadiri konsert itu semata-mata kerana mahu mendekati para belia yang bakal memimpin negara ini kelak. Apa yang lebih penting, sebelum membuat andaian buruk kepada sesiapa, kita harus menilai iman kita sendiri terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment