Kemalangan maut yang melibatkan dua orang pelajar Politeknik Merlimau |
OPS Sikap pada tahun ini dan tahun berikutnya sebenarnya dianggap tidak gagal dan tiada lagi istilah gagal. Hal ini kerana jumlah kemalangan yang melibatkan kematian sepanjang OPS sikap berlangsung pasti akan meningkat dari tahun ke tahun. Untuk melihat angka korban di jalanraya berkurangan dari tahun sebelumnya boleh dikatakan amat mustahil dicapai, sekurang-kurangnya jurang statistik kematian dapat dirapatkan dari tahun sebelumnya.
Walaupun semua pihak sudah melakukan pelbagai kempen keselamatan jalan raya bagi menyedarkan pengguna jalanraya supaya berhati-hati semasa di jalanraya dengan matlamat supaya jumlah kematian dapat dikurangkan, namun apa yang mengejutkan, OPS Sikap pada tahun ini adalah antara yang terburuk sekali dengan jumlah kematian hampir mencecah 300 orang!
Hal ini sebenarnya tidak mustahil berlaku kerana seperti mana yang kita ketahui, jumlah pengguna jalan raya setiap tahun akan bertambah kerana rakyat Malaysia yang semakin bertambah dan taraf hidup yang semakin meningkat sehinggakan mereka mampu memiliki kenderaan sendiri. Jadi, dengan pertambahan jumlah kereta di jalan raya yang semakin meningkat, kebarangkalian untuk berlaku kemalangan akan turut meningkat terutama yang melibatkan kematian.
Sikap pemandu itu sendiri juga menjadi faktor utama terhadap peningkatan jumlah kemalangan. Walaupun mereka sering kali mendengar perkataan "berhati-hati di jalan raya", namun nasihat demikian yang sering diperkatakan terutama dalam musim perayaan seolah-olah tidak diendah langsung. Membawa kenderaan melebihi had laju adalah kesalahan yang paling banyak dilakukan. Perlu di ingat bahawa semakin laju kenderaan yang dibawa, maka semakin tinggi risiko untuk berlaku kematian jika berlaku kemalangan.
Tetapi kenderaan dikesan paling laju di bawa di lebuhraya, namun kemalangan maut yang berlaku di lebuhraya adalah lebih sedikit berbanding di jalan bandaran dan jalan persekutuan. Jadi, kerajaan boleh mempertimbangkan untuk mempertingkatkan lagi infrastruktur di jalan yang paling banyak berlaku kemalangan terutama di selekoh tajam, memperluas jalan atau menambah jumlah lampu isyarat dan sebagainya.
Apa yang lebih penting, pihak bertanggung jawab perlu mengkaji punca kemalangan tersebut berlaku dan melaksanakan penyelesaian dengan kadar segera. Saya sedih melihat ada antara saudara kita yang kehilangan seluruh ahli keluarganya akibat maut di jalanraya. Sampai bilakah perkara begini harus terus berlaku?
No comments:
Post a Comment