Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Saturday 24 September 2011

Panduan Memilih Warna Tema Blog

Pada entri yang lepas, saya telah menerangkan kepada anda tentang warna apakah yang sesuai dipilih untuk dijadikan warna tema blog anda. Jika anda terlepas membaca entri tersebut, sila klik di sini untuk membacanya. Pada entri tersebut, saya lebih menekankan tentang apakah faktor-faktor untuk memilih warna yang sesuai pada blog anda. Pada entri kali ini pula, saya akan menerangkan panduan untuk anda memilih warna tema pada blog.


Sebelum memilih warna pada blog, anda terlebih dahulu perlu mengkaji, siapakah target pembaca blog anda? Adakah anda mensasarkan pembaca dari Barat, Arab atau di China? Jika target anda adalah pembaca dari Barat, pemilihan warna putih sangat tidak sesuai kerana ia menunjukkan nasib kurang baik (sial). Jika di China pula, warna putih melambangkan unhappiness. Pada minda orang Melayu pula, warna putih melambangkan kesucian dan kebersihan. Sebab itu saya menggunakan warna putih sebagai warna background kerana target saya adalah pembaca dari kalangan orang Melayu.

Berikut adalah warna yang sering kali digunakan oleh blogger dan maksud warna tersebut pada minda kebanyakkan manusia di dunia ini :

  • Merah : Energy, keghairahan, kuasa dan agresif serta bahaya
  • Biru : Ketenangan, cool, spirituality, kebebasan, kesetiaan dan boleh juga sebagai kesedihan.
  • Kuning : Terang, optimism, kegembiraan
  • Hijau : Kehidupan, restfulness, kesihatan, kekayaan, 
  • Oren : Friendliness, panas, kuasa dan playfulness
  • Violet : Wisdom, celebration, sophistication
  • Putih : Kebersihan, kesucian, kesegaran dan keamanan serta purify
  • Hitam : Kuasa, elegan dan juga misteri.
  • Gray : Kematangam, sucurity
  • Pink : Romance a feminine color
  • Coklat : Lembut, kekuatan dan kredibiliti
Kesimpulannya, bermain dengan warna amat menyeronokkan tetapi awas, warna mempengaruhi minda manusia, jadi pilihlah dengan berhati-hati warna apa yang sesuai pada blog anda berdasarkan target pembaca anda. Jadi, buatlah sedikit kajian untuk perkara ini.

6 comments:

LadyBird said...

lady pilih warna berdasarkan warna kegemaran lady.. yg boleh menenangkan fikiran di kala kite ketensionan.. sebab lady menulis sebab nak release tension.. maka lady pilih warna yg boleh menyebabkan lady tenang.. damai..

Firdaus Kasim said...

Lady : saya pun sebenarnya memilih warna kegemaran sy.. diharapkan warna kegemaran kita juga menjadi warna kegemaran pembaca blog kita

Abu Bagi said...

aku main bantai jak.. tapi tema color yg skrng ni adalah yg paling lama aku pakai sofar..:)

japanie said...

cantik blog saudara...

Anonymous said...

gua guna warna yang suci dan bersih!

Firdaus Kasim said...

Abu : bila nak tukar? hehe

japanie : thanks ya

budak : sama la.. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim