Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Thursday 16 June 2011

Hukum Mandi Bunga Untuk Mendapat Jodoh

Sepertimana yang kita ketahui, jodoh pertemuan dan ajal maut semuanya telah ditentukan Allah SWT. Untuk mendapat jodoh, kita juga harus berusaha selepas bertawakal kepada Allah SWT. 

Salah satu usaha yang dianjurkan ialah dengan bertemu bomoh yang menganjurkan mandi bunga. Bomoh ini kononnya mengamalkan ayat-ayat Al-Quran tetapi mandi bunga ini tetap juga dianjurkan. 

Betulkah di dalam perubatan Islam itu terdapat mandi bunga? apakah hukumnya jika mengamalkan mandi bunga ini? Apakah hukumnya jika si anak tidak mahu melakukan mandi bunga ini dan menyebabkan kemarahan kedua ibubapanya yang niat mereka hanya untuk kebaikan anak mereka? 
  • Mandi air bunga yang diamalkan dalam perubatan Melayu sekarang tidaklah menjadi kesalahan selagi tidak di iktikadkan yang ianya boleh mendatangkan sesuatu kemudaratan atau boleh mendatangkan sesuatu kemanfaatan, kerana kuasa berbuat demikian hanya ada pada Allah SWT sahaja. 
  • Mandi air bunga bukanlah perubatan Islam yang Rasulullah sarankan kepada para sahabat yang tidak menemui jodoh. Perkara ini tidak pernah berlaku di zaman Baginda. 
  • Ianya hanya datang dari tradisi perubatan orang-orang Melayu, yang mana kesahihannya bergantung kepada sejauh mana penggunaannya tidak bercanggah dengan ajaran Al-Quran dan Al-Hadith. Jika bercanggah hendaklah dijauhkan
  • Bagi kes di atas, seseorang itu dipaksa mandi air bunga kerana kononnya sebagai mendekat jodoh, tetapi ia enggan berbuat demikian sedangkan ibunya memaksa ia berbuat demikian. Yang terlibat hendaklah berbuat demikian jika difikirkan kemudaratan tidak berbuat demikian lebih besar dari kemudaratan ia mandi air bunga tersebut. 
  • Seeloknya perempuan yang terlibat perlu membaca setiap hari surah Yusuf dan menunaikan solat hajat, mudah-mudahan Allah SWT menganugerahkan kepadanya jodoh yang sesuai dengannya, Insya Allah. 
Sumber.

7 comments:

Azlan Strider said...

aku tak pernah mandi bunga dalam ape2 situasi pun..kalo bab jodoh nie kita kena berserah laa sebab jodoh tu pasti ada..hehe

Regards,
-Strider-

hoyahadis said...

lame tak singgah sini..dah semakin mantapla blog ni..(^_^)
tak pernah mndi bunga..

syahnabil said...

Assalamualaikum... Sedikit penjelasan tentang Hukum mandi Bunga ini...sebenarnya jika dikaji dari sudut saintifik bunga-bungaan mempunyai khasiatnya yang tersendiri yang Allah taala tetapkan.Maka sebaiknya manusia mengambil manfaat daripadanya asalkan tidak melakukan syirik dengan mencampurkan atau memasukkan unsur-unsur selain doa-doa kepada Allah dan ayat-ayat Al-Quran sebagai penawar yang mujarab kepada segala masalah...

berhati-hati dalam memilih bomoh atau ahli perubatan.pastikan mereka itu bukanlah tuan-tuan kepada syaitan...jika ini dapat kita jaga maka hukum mandi bunga itu menjadi harus..Wallahua'lam..

Firdaus Kasim said...

Azlan : org ckp kalo mandi bunga nie dpt menambah seri wajah.. huhu

shopping : thanks ya :)

hoya : mana akak menghilang? hehe

syah : benar kata tuan.. jgn yakin pada makhluk.. yakin pada Allah SWT sahaja :)

deqlis said...

tak perlu bomoh2x...
klu nak naik seri, dan muka nampak segar tak salah petik bunga2x dan mandi ngan bunga...dah jadik isteri pun leh buat tuk wajah sentiasa berseri utk suami..

setuju ngan shahnabil, mmg bunga ada aura atau getaran yang membuatkan si pengamal mandi bunga lebih berseri..


now dah moden, mandi bunga guna mandian bunga pun dah ada dijual.. mcm mandian bunga 7 Love tue:-)

Firdaus Kasim said...

@deqlis
deqlis, thanks 4 huraian dan info.. tp rasanya laki nie mls nk mandi bunga.. pergi gym lg best.. hehe

Anonymous said...

nak naik seri muka mkan ja bunga tu lg cepat kesannye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim