Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Thursday, 9 June 2011

Apa Tujuan Buat Blog?



Weblog atau lebih dikenali sebagai blog merupakan antara medium perantaraan yang semakin mendapat perhatian kebanyakkan pihak. Sekiranya dahulu blog lebih dikenali sebagai jurnal peribadi tetapi persepsi itu kian berubah daripada sehari ke sehari. Ini kerana, blog kini boleh digunakan sebagai media untuk mengekspresikan diri dalam pelbagai hal seperti politik, bisnes mahupun kerjaya. Terdapat pelbagai persepsi serta tanggapan mula timbul mengenai kewujudan blog sebagai trend terbaru dalam masyarakat kini. Adakah benar kewujudan blog hanya satu perkara yang sia-sia,membazir wang,masa dan tenaga? Apa tujuan buat blog?
                                                                             
Pada pendapat saya, blog merupakan satu medium yang amat berguna dan berbaloi untuk diwujudkan. Melalui kewujudan blog dan penghasilan entri , seorang individu yang lebih matang dan bertanggungjawab bakal wujud. Ini kerana, seorang blogger dapat dinilai tahap kematangannya melalui cara penyampaian dan ulasan idea yang cuba diketengahkan. Sekiranya ulasan serta cara penyampaian ideanya matang, kemungkinan besar pemikiran blogger tersebut juga turut matang. Blogger juga dapat melatih diri untuk menjadi seseorang yang lebih bertanggungjawab. Hal ini kerana, setiap blogger perlu bertanggungjawab di atas penghasilan entri di dalam blog kepunyaannya agar tidak menyinggung atau memberi kesan buruk kepada pihak lain.Sebagai contoh, penghasilan entri yang berbaur fitnah. Blogger yang menghasilkan entri tersebut perlu bertanggungjawab di atas kesilapan beliau menabur fitnah dan menerima hukumannya.

Selain itu, blog juga dapat dijadikan satu platform untuk menambahkan pendapatan serta memulakan sesuatu perniagaan. Terdapat perlbagai kebaikan mengenai perniagaan atas talian ini. Para peniaga tidak perlu bersusah payah menyewa kedai dan tapak untuk memulakan perniagaan mereka. Sebagai contoh, terdapat pelbagai butik-butik atas talian yang menyediakan perkhidmatan menjual pakaian serta kasut. Para peniaga juga dapat menyebarkan maklumat mengenai perniagaan mereka secara langsung kepada para pelanggan mereka. Melalui kemudahan internet berkelajuan tinggi yang dilancarkan oleh salah sebuah syarikat telekomunikasi baru-baru ini,para peniaga boleh memanfaatkan penggunaan blog untuk berniaga dan menambah pendapatan masing-masing. Hal ini juga telah terbukti dengan kejayaan yang telah diraih oleh jutawan internet di Malaysia.

Akhir sekali, penghasilan blog yang boleh diumpamakan seperti cendawan tumbuh selepas hujan ini, telah membuktikan masyrakat di Malaysia kini lebih peka akan perkembangan teknologi semasa serta mengenai isu semasa. Ini kerana, melalui blog, maklumat penting serta isu-isu terkini dapat dikongsi serta dibincangkan bersama. Masyarakat akan lebih peka dan tiada lagi istilah ‘katak di bawah tempurung’ yang bakal digunakan. Sebagai contoh, isu mengenai kes simbah asid yang hangat diperkatakan di Malaysia. Melalui kewujudan blog, maklumat mengenai isu tersebut dapat dikongsi bersama.Selain itu, perkembangan di luar negara juga turut dapat diketahui lebih cepat dan pantas.

Kesimpulannya, kewujudan blog mampu dijadikan sebagai titik tolak kepada transformasi masyarakat untuk menjadi masyrakat yang lebih prihatin serta bertanggungjawab. Samada kebaikan mahupun keburukan, itu terpulang kepada mata si pemerhati dan anggota si pelaksana. Gunakanlah blog sebagai medium pekongsian sebaik mungkin agar manfaat yang mampu diperoleh dapat dinikmati dan dikongsi bersama.  
Entri ini telah mendapat markah tertinggi dalam pertandingan menulis karangan anjuran firdauskasim.com

2 comments:

Azlan Hasan said...

owh..memang patut pun entry nie menang..hehe..penuh dengan fakta serta bersesuaian dengan realiti pada masa ini...hehehe..congrat pada pemenang..

Regards,
-Strider-

Firdaus Kasim said...

@Azlan Hasan
mesti dia dpt A1 dalam spm kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim