Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Saturday 16 February 2013

Meteor Timpa Rusia 900 cedera

Meteor dari angkasa menimpa Rusia pagi tadi (waktu tempatan) menyebabkan bola api, yang mengejutkan ramai, dan mencederakan lebih 900 orang Di Chelyabinsk, wilayah Ural, timur Moscow, pagi tadi waktu tempatan.

Jurucakap pihak berkuasa Chelyabinsk berkata, sembilan orang dimasukkan ke hospital. Kebanyakan cedera disebabkan terkena kaca yang pecah.

Agensi berita tempatan, RIA Novosti melaporkan, sekurang-kurangnya tiga lagi kritikal, juga akibat terkena kaca pecah dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi.

Menurut laporan agensi berita rasmi, Itar-Tass, satu cahaya terang berwarna putih muncul di langit untuk beberapa saat diikuti dengan bunyi "bang" yang sangat kuat seperti letupan.

Itar-Tass melaporkan, letupan itu berpusat di 50 batu (80 kilometer) di bandar Satka, Chelyabinsk.

Sementara itu, pegawai kecemasan Rusia berkata, meteor telah musnah selepas sebahagiannya terbakar ketika berada di atmosfera lebih rendah berbanding daerah Ural.

Pegawai Kementerian Kecemasan Gennady Onishcenko berkata, kebanyakan mangsa cedera akibat terkena serpihan kaca selepas hujan meteoroid tersebut jatuh ke kawasan perumahan dan sekitar bangunan.

"Kebanyakan mangsa dikejarkan ke hospital akibat terkena serpihan kaca yang berterbangan selepas meteoroid itu terkena premis bangunan, kedai dan kediaman," katanya.

Presiden Vladimir Putin bersyukur kerana insiden yang mengejutkan ini tidak menyebabkan kehilangan nyawa.

Meteor ini disaksikan di Yekaterinburg, 200 kilometer ke utara dan di Kazkhstan di selatan.

Jabatan Kesihatan Chelyabinsk mengesahkan 985 orang setakat ini mengalami kecederaan, termasuk 200 kanak-kanak.

Dua orang di bandar Kopeysk berada dalam keadaan serius.

Menurutnya, seramai 20,000 petugas kecemasan dikerah ke Chelyabinsk dengan tiga pesawat tentera udara.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Vadim Kolesnikov berkata, kejadian itu turut menyebabkan sebuah kilang zink runtuh, sistem telekomunikasi terputus, penggera keselamatan bangunan, rumah dan kereta berbunyi.

"Satu letupan kuat bersama gumpalan cahaya terang menyerupai api melintasi bandar ini hingga jatuh dan mengenai beberapa kawasan premis sekitar bandar ini," katanya.

Beliau berkata, beberapa penduduk mendakwa, letupan dapat didengar ketika asteroid itu memasuki atmosfera bumi.

Sementara itu, Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa), dalam satu kenyataan berkata, asteroid dikenali sebagai 2012 DA14 itu telah dijangka memasuki atmosfera bumi hari ini.

"Pemantauan telah dilakukan sejak 15 tahun lalu. Namun lokasi tepat objek itu jatuh tidak dapat dipastikan," katanya.

Pemerhati langit mendakwa kejadian yang berlaku mempunyai signifikasi dengan acara Tunguska yang terkenal tahun 1908 di kawasan terpencil Siberia apabila asteroid yang memasuki atmosfera dan meletup sehingga memusnahkan pokok di seluruh kawasan seluas 820km persegi - kira-kira dua pertiga saiz Rhode Island.

Dalam kejadian itu, secara keseluruhan, kira-kira 80 juta pokok telah ditebang.

Sumber - Sinar Harian
Thanks & Regards

Firdaus Kasim
Tel : 017-636 4629
Website : www.safira.com.my

Friday 15 February 2013

Tanda Kiamat Kecil : Isteri Derhaka

Berang kerana sering ditegur akibat tindakannya kerap keluar rumah tanpa izin, seorang wanita bertindak menikam suaminya dengan pisau.

Dalam kejadian jam 10 pagi di sebuah rumah di Malim di sini, Isnin lalu, wanita berusia 27 tahun itu dan bekerja sebagai penyelia kilang, didakwa menikam belakang tubuh suaminya dengan setelah berlaku pertengkaran di antara mereka.

Akibat kejadian itu, mangsa berusia 32 tahun, cedera parah.

Bagaimanapun, dalam keadaan kesakitan, mangsa masih mampu memandu kereta dan membawa anak perempuan berusia dua tahun pergi ke rumah keluarganya di Kandang, sebelum dia dikejarkan ke Hospital Melaka.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan P R Gunarajan berkata, pasangan suami isteri itu berselisih faham apabila apabila mangsa menegur isterinya yang didakwa sering keluar rumah tanpa izin.

Menurutnya, disebabkan panas telinga ditegur mangsa, wanita itu dipercayai bertindak mengambil sebilah pisau dari dapur dan menikam belakang badan mangsa.

"Akibat kejadian itu, satu laporan polis dibuat pada hari sama," katanya.

Menurutnya, polis menahan wanita itu di satu lokasi di negeri ini, semalam.

Polis mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, iaitu sengaja mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata.

Difahamkan, polis telah mendapatkan perintah tahanan reman terhadap isteri mangsa semalam bagi membantu siasatan.

Sumber : Sinar Harian
Thanks & Regards

Firdaus Kasim
Tel : 017-636 4629
Website : www.safira.com.my

Sunday 3 February 2013

Program Kerajaan Untuk Memudahkan Pelajar Masuk Universiti

TEMERLOH - Kementerian Pengajian Tinggi menganjurkan program 1Dream 2U di sekolah menengah seluruh negara pada tahun ini bagi merealisasikan impian pelajar ke universiti tempatan.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata program turun padang dengan kerjasama Unit Pusat Universiti (UPU) dan Jabatan Pendidikan Negeri itu bertujuan membantu pelajar memilih kursus pengajian pilihan mereka di universiti kelak.

Program 1Dream 2U menyasarkan pelajar Tingkatan Lima dan Enam Atas yang bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun ini.

Katanya program itu dilaksanakan berikutan ramai lepasan SPM dan STPM yang gagal meneruskan pengajian dan impian mereka ke universiti kerana kesilapan memilih kursus.

"Calon berkenaan mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk kursus tertentu, tetapi pilihan yang kurang tepat menyebabkan mereka gagal bersaing dan mendapat tempat di universiti," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program 1Dream 2U: Impian Ke Menara Ilmu bagi daerah Temerloh di sini hari ini.

Saifuddin berkata pegawai UPU dengan kerjasama pegawai Pelajaran Daerah dan guru akan menjelajah ke semua sekolah menengah bagi memberi taklimat terperinci berkaitan pemilihan kursus yang sesuai dengan kelulusan dan minat calon.

Program 1Dream 2U bagi peringkat Parlimen Temerloh akan bermula Selasa ini di Sekolah Menengah Abu Bakar Temerloh dan berakhir di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh pada 26 Februari. - Bernama
Thanks & Regards

Firdaus Kasim
Tel : 017-636 4629
Website : www.safira.com.my

Maut Angkara Katak

GOMBAK – Disebabkan panik apabila seekor katak tiba-tiba melompat keluar di bahagian dalam kereta dipandunya, seorang guru maut manakala dua lagi anaknya cedera parah apabila kenderaan itu terbabas melanggar pokok, petang kelmarin.

Difahamkan, guru berkenaan dan anaknya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan.

Sinar Harian dimaklumkan, pagi hari kejadian, salah seorang anaknya memberitahu kasut sekolahnya dimasuki seekor katak yang kemudian hilang di dalam kereta itu.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang berkhidmat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chap Kuan Batu Arang kemudian meminta beberapa anak muridnya membantu mencari katak itu setibanya di sekolah.

Bagaimanapun, haiwan itu gagal ditemui sebelum ia dikatakan tiba-tiba muncul dalam perjalanan pulang guru itu bersama dua anaknya ke rumah.

Menurut sumber itu, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang di Jalan Kota Puteri berdepan dengan kolam pancing Batu Arang.

Mangsa, Moey Yin,36, yang panik dipercayai tertekan minyak kereta jenis Proton Ezora dipandu sebelum melanggar sebatang pokok.

Rempuhan kuat menyebabkan dia meninggal dunia serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan di dada manakala dua lagi anaknya masing-masing perempuan dan lelaki berusia sembilan dan lapan tahun yang berada di tempat duduk penumpang cedera parah.

"Salah seorang anak mangsa berada dalam keadaan koma manakala seorang lagi patah kaki dan dirawat di Hospital Sungai Buloh," katanya.

Sehubungan itu beliau berkata, saksi kemalangan atau mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian terbabit diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Inspektor Rasha Azrul Shafii di talian 03-61262273 atau 03-61262257 untuk membantu siasatan.

Artikel - Sinar Harian

Ulasan : Semasa memandu kenderaan, kita haruslah fokus pada pemanduan kita walau apa pun yang berlaku dalam kereta. Lebih-lebih lagi apabila ketika memandu dengan laju.

Sunnah Nabi SAW sebelum memakai kasut, Nabi SAW akan ketuk kasut sebanyak 3 kali supaya benda asing seperti ular atau katak yang dikhuatiri menyorok dalam kasut akan dapat dikeluarkan. Banyak kebaikan apabila kita mengamalkan Sunnah Nabi SAW.

Saturday 2 February 2013

Ciri-Ciri Isteri Idaman Lelaki


Golongan wanita adalah lebih mudah untuk mendapat redha Allah SWT dan masuk syurga berbanding golongan lelaki. Mereka hanya perlu jaga 2 perkara ini sahaja untuk mendapat redha Allah SWT iaitu menjaga agama mereka dan menjaga suami mereka. 

Maksud menjaga agama ialah bagaimana wanita ini mampu menjaga iman dan amal mereka. Apabila mereka dapat menjaga agama, maka pasti mereka dapat menjaga akhlak, aurat, batas pergaulan dan menjaga suami setelah mendirikan rumah tangga. (seperti ciri-ciri wanita idaman pada gambar diatas)

Nescaya sesebuah masyarakat itu akan menjadi harmoni dan bebas daripada segala kerosakan moral apabila wanita solehah tadi dapat menjaga rumah tangga (menerapkan nilai-nilai murni agama dalam rumah tangga) dan di bantu dengan suami yang soleh.

Kepada lelaki, kita di galakkkan berdoa agar dikurniakan isteri dan zuriat yang soleh kerana percayalah, kebahagiaan hanya datang melalui agama. Bukan harta benda, pangkat dan sebagainya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim