Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Wednesday, 30 March 2011

Streamyx Atau Broadband, Mana Lebih Relevan Kepada Seorang Blogger? (oleh : Anjung Streamyx)

Sepertimana yang kita ketahui, untuk membuat blog yang bagus, selain mempunyai kreativiti dan ilmu pengetahuan yang tinggi, anda juga harus memiliki komputer/laptop yang dilengkapi internet yang mempunyai prestasi/performance yang cukup mantap.

Hal ini penting kerana anda perlu membuka banyak browser dan download pelbagai instrumen untuk membina blog yang sempurna. Apa yang sering menjadi kekangan dalam perkara ini ialah penggunaan broadband yang mempunyai kuota atau limit yang terhad. Kelajuan internet pada broadband akan jadi semakin berkurangan jika anda muat turun/ download atau membuka browser yang terlalu banyak. Jika mahu blogwalking pun anda jadi serba salah kerana terpaksa membuka banyak browser. 

Jadi, anda harus membuat pilihan yang bijak sebelum membeli broadband atau streamyx. Seorang blogger yang juga merupakan seorang pelajar IPTA/IPTS, anda seharusnya membuat pilihan yang tepat sebelum melanggan broadband atau streamyx. Jika menggunakan broadband, ia adalah pilihan yang lebih tepat kerana ia boleh di bawa ke mana-mana, lagipun ia adalah lebih murah. Tetapi, sebagai seorang pelajar, anda harus menyiapkan pelbagai tugasan/assignment yang kadang-kadang memerlukan pencarian maklumat dalam internet. Anda tidak perlu risau jika broadband anda akan kehabisan limit, kerana anda boleh cari maklumat di pusat internet yang terdapat di kampus. Gunalah broadband jika terdesak ataupun untuk membuat blog. 

Kepada programmer yang memerlukan internet berkelajuan tinggi dan tanpa had, streamyx adalah pilihan yang tepat. Apabila anda melanggan streamyx, banyak faedah/benefit yang anda peroleh, seperti mendapat notebook yang diberi percuma kepada pelajar IPTA dan juga telefon talian rumah secara percuma.

Baik, sekarang jika anda sudah membuat pilihan yang tepat berdasarkan keperluan dan kemampuan yang anda miliki, anda tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke pusat broadband atau streamyx untuk melanggan. Anda dapat memiliki broadband atau streamyx hanya di hujung jari. Hanya di Anjung Streamyx, anda boleh memiliki kemudahan internet sama ada mahu melanggan broadband atau streamyx.



Anjung Streamyx merupakan perkhidmatan pendaftaran talian internet secara online. Laman ini direka supaya anda boleh mendaftar talian internet dengan percuma tanpa perlu ke mana-mana hanya dengan beberapa klik sahaja. Anjung Streamyx akan menguruskan segala-galanya sehinggalah anda memperolehi broadband anda. Di sini, Anjung Streamyx menawarkan pelbagai pilihan broadband untuk anda seperti berikut :
  • Streamyx pengguna biasa
  • Streamyx untuk perniagaan (SOHO)
  • UNIFI VIP dan BIZ
  • Celcom Broadband
Anda juga boleh upgrade Streamyx di Anjung Streamyx
Berikut merupakan antara pakej yang menjadi kegemaran pengguna di Anjung Streamyx :

1) Streamyx Pengguna Biasa
PERCUMA JIKA ANDA MELANGGAN STREAMYX

2) Celcom Broadband


3) Unifi

Ternyata sekali bahawa dengan wujudnya Anjung Streamyx ini, maka ia memudahkan segala urusan anda. Anda tidak perlu bimbang tentang pemasangan, pengangkutan dan bayaran kerana segala-galanya diuruskan oleh Anjung Streamyx. Harga adalah berdasarkan pada pakej seperti yang dipaparkan di Anjung Streamyx.

Sebarang maklumat lanjut tentang pakej yang ditawarkan, sila klik ke -----> Anjung Streamyx
nota : Entri ini adalah peraduan yang dianjurkan Anjung Streamyx, jika berminat untuk menyertai, sila klik CONTEST DI ANJUNG STREAMYXTarikh tutup ialah pada 31 Mac 2011 

21 comments:

beaty said...

wah belum mampu beli stramyx...pki bb celcom saja ni...

Firdaus Kasim said...

ok x bb awk? laju x?

d_tieah said...

Streamyx lah.. Aku guna wireless kat umah n ofis ni.. Kalo broadband sangat tak sesuai.. Lagi2 dalam blog mesti nak ade gambar.. Betul tak? So kalo guna broadband memang tak elok lah.. Lambat..


Entry Terbaru 1 : Kak Limah And The Geng Berfacebook Pulak Dah..
Entry Terbaru 2 : Senarai 12 Pelajar Akademi Fantasi Musim Ke9 (Gambar)

Firdaus Kasim said...

D tiaeh : wah wah.. blogger berjaya mcm awk mesti mahu yang terbaik je an? hehe..

akubiomed said...

Kalau heavy user saya cadangkan streamyx tapi kalau yang selalu travel atau outstation wireless broadband adalah pilihan.

Kelajuan dan stability bukan bergantung kepada jenama pembekal tetapi liputan signal. Jangan mudah terperdaya dengan memilih jenama dan buat pilihan bijak. Ada beberapa pembekal memberi tempoh bertenang selama 7 hari untuk mencuba

tipah said...

strimik mahal. gune bb je sudah bole menggembirekan hati. haha. malangnye, kalau kat utm, sedap ar gune. line laju. bile time balik rumah, mcm siput. lembap. -_-

►AdamXis◄ said...

Assalam...ini kontest ker?hu3...baru berfikir2 nak pkai broadband di kala masa terdesak...streamyx nie skrg kerap sgt laa problem...tension

wany dianwanie said...

loh contest kah ini?? erm...dua2 pon guna...stremyx kat umh...broadband bila travel....

Mr Strider said...

hehehe..yang best stremyx kot..broadband nie leceh..kadang2 xde line..hehehe..tapi mudah dibawa kemana-mana..hehehe

P/S : klu P1 tu kira broadband gak ker?

Regards,
-Strider-

encHIx laNDax said...

kalau kat batu pahat ni dah ada unifi,for sure landax dah pakai! =)

Firdaus Kasim said...

akubiomed : btul tue, kdg2 pengguna membeli bb berdasarkan jenama yg popular padahal mereka sepatutnya kena tahu signal apa yg kuat kt kwasn mereka.

Tipah : apa kata awk buat je rumah dkt dgn UTM tue? hehe..

Adam : mungkin kt tmpt kau je yg problem?

wany : wow.. kayanya akak.. hehe..

Strider : btul ckp kau.. biar benda mahal janji puas hati..

Landax : UNIFI sgt mahal.. x mampu dimiliki lg.. hehe

wany dianwanie said...

pak cik kayo...huhu
bodben tuh yg murahnye...mik tyme mxs wat pomot

Faris Farhad said...

in my Opinion,(im using 1mbps rm110) yang 1mbps pun dah cukup laju.. tapi kalau dapat upgrade ke unifi lagi baik bro! huhu

Firdaus Kasim said...

kak wany, bb aka tue brapa RM bulan2?

Faris, UNIFI ada limit dia juga an? itulah kelemahan dia

hoyahadis said...

akak masih setia dengan brokband walaupun sedikit geram...(*_*)..nti lau akak da kayo dengan segeranya pegi apply streamix...hu..hu..

BroZooL said...

Buat masa ni guna broadband dulu la,memang idam nak guna streamyx tapi memandangkan tuan rumah sewa tak bagi pasang streamyx sebab streamyx kena pasang line telefon sekali, jadi terpaksa lupakanlah dulu nak pasang streamyx..hehe

Firdaus Kasim said...

kak hoya : hehe.. akak mmg seorang yg setia.. bagus2..

Bro : aq pun x pasang lagi streamyx.. duit x cukup.. huhu..

nogihilt said...

I’ve been into blogging for quite some time and this is definitely a great post.Cheers!

generic paxil

Firdaus Kasim said...

@nogihilt
thanks ya..

hey, where r u coming from?

ramli said...

da pakai maxis,celcom...yg paling best stramyx gak..stabil.

My latest entry Jawatan Kosong Di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah

Firdaus Kasim said...

@ramli
yup! btul tu bro :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim