Negara kita ni adalah negara yang sangat unik sebab kalau u all perasan, semua penduduk dunia ni boleh didapati di Malaysia. Cina, India, Pan-Asia (Orang Putih), Negro, Orang Arab, Orang Asli dan Orang Utan pun ada kat sini ! Sebab itu Malaysia digelar "Truly Asia" sebab semua penduduk Benua Asia ada kat sini.
Sudah tentu kita dapat meraikan pelbagai perayaan yang disambut oleh pelbagai kaum ini. Pernah tak u all dijemput datang ke rumah member u all yang menganuti agama lain untuk celebrate perayaan mereka? Tambahan pula esok Tahun Baru Cina, ada tak member kaum cina u all ajak celebrate perayaan mereka?
Mesti u all berfikir banyak kali nk pergi ke atau tak nak? Berikut adalah pandangan Islam megenai hukum meraikan perayaan agama lain. Baca ya?
- Seperti yang u all tahu, agama Islam adalah agama yang menjaga hubungan antara umat manusia di dunia ini. Di samping menganjurkan agar menjalinkan hubungan silaturrahim antara kaum kerabat dan kaum muslimin seluruhnya, juga dianjurkan dalam membina hubungan dengan orang yang beragama lain. Dalam surah An Nisaa ayat 36 dijelaskan maksudnya:
"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh....".
- Maksud tetangga yang dekat ialah tempat tinggalnya berdekatan ataupun tetangga yang masih ada hubungan kerabat atau nasab (keturunan) ataupun sama-sama beragama Islam. Sedangkan tetangga jauh maksudnya adalah tetangga yang tidak mempunyai hubungan kerabat, jauh tempatnya atau berlainan nasab mahupun agama. Jadi dengan tegas Allah SWT menyuruh kita menghormati tetangga baik sesama muslim mahupun yang bukan muslim (kafir).
- Dalam hadis yang diriwayatkan Al Bazza sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
"Tetangga itu ada tiga macam. Tetangga yang mempunyai satu hak iaitu tetangga yang terdekat haknya. Tetangga yang mempunyai dua hak dan tetangga yang mempunyai tiga hak iaitu tetangga yang paling utama haknya. Tetangga yang mempunyai satu hak adalah tetangga musyrik yang bukan kerabatnya. Ia hanya mempunyai hak sebagai tetangga. Tetangga yang mempunyai dua hak adalah tetangga muslim iaitu yang mempunyai hak sebagai orang Islam dan hak sebagai tetangga. Sedangkan yang mempunyai tiga hak adalah tetangga muslim yang masih ada hubungan keluarga, dia mempunyai hak sebagai tetangga, hak sebagai orang Islam dan hak sebagai keluarga".
- Menurut Imam Al Qurthubi; "Berbuat baik kepada tetangga adalah perkara yang diperintahkan dan dianjurkan, baik terhadap orang muslim ataupun kafir. Berbuat baik itu ertinya memberikan pertolongan, bergaul dengan baik, membelanya jika ada gangguan dan ancaman". Bahkan dalam hadis Rasulullah juga ditegaskan tidak beriman seseorang itu jika ia mengganggu tetangganya. Begitu indah ajaran Islam dalam menjalinkan hubungan antara sesama manusia di dunia ini. Tidak kiralah apakah mereka tergolong orang-orang muslim ataupun orang-orang kafir.
- Diriwayatkan juga bahawa Abdullah bin Umar menyembelih kambing. Ketika Ibnu Umar datang ia berkata: "Berikanlah sebahagian kepada tetangga kita orang Yahudi" diucapkannya tiga kali. "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda "Jibril selalu berwasiat kepadaku mengenai tetangga hingga aku mengira ia akan mewariskannya". Begitu jelas bahawa ajaran Islam menghormati dan menghargai setiap insan, maka tidak benar anggapan yang mengatakan bahawa Islam tidak menghormati hak orang yang bukan Islam.
Jadi, beberapa kesimpulan telah dibuat mengenai hukum meraikan perayaan agama lain :
- Sesungguhnya umat Islam dibolehkan untuk bekerjasama dan bergaul dengan umat agama lain dalam masalah-masalah yang berhubungan dengan masalah keduniaan.
- Umat Islam tidak dibolehkan mencampuradukkan ajaran agamanya dengan aqidah dan peribadatan agama lain.
- Umat Islam harus menyedari bahawa agama-agama masa silam yang mempunyai kitab mereka telah sesat dan ingkar dengan perintah Allah, apatah lagi bagi golongan yang tidak mempunyai kitab maka bertambalah kesesatanya
Kesuciaan Aidilfitri yang telah dinodai! Oh tidak! |
10 comments:
eh? cam tu eh? baru tau meh. aku pon takde mmbr lain2 bangsa ni. weh, aku mane ada banner.. bloglist kau kan dah ada kat tepi blog aku tu..
ok thanks bro, link kau pun aq dah letak dalam blog nie
patut xde istilah deepa raya..nonsense!
dh reply soklan awk di email..
kita kan satu malaysia, ececeh
Cik Tom : Thanks, sy dah baca emel anda.
Azza : Yup! kita satu Malaysia tp bukan byk2 agama digabungkan dalam satu agama yew
erm akhir2 ni ada juga timbul perbezaan pendapat tentang perayaan pesta ponggal
kita leh tp jangan la lebih2 just pergi kunjung rumah dorang ok la kan.. tp orang kita bila kita tegur kalah ulama dia ceramah balik kat kita huhu
Syahida : pesta ponggal? sy x pernah dgr pula.. huhu
Faris : sbb tu kita kena belajar sebelum bg ceramah kt org
@Firdaus Kasim Assalamualaikum..
Setakat yg saya faham, pesta ponggal tu, asalnya pesta memuja semangat padi....selepas selesai menuai padi di India.. (macam pesta menuai)..
Kira puja jinlah tu... ye tak?..
@adam
maaf, sy x dpt buat pengesahan tersebut kerana kurangnya pengetahuan tentang pesta itu. Tapi, apa yang penting, semua benda yang dibuat kerana Allah SWT, ia tidak dikira berdosa
Post a Comment