Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Monday 8 April 2013

Sistem IT Israel Banyak Kelemahan

Seperti mana yang kita ketahui, bangsa Yahudi telah membina banyak inovasi dan teknologi yang canggih yang digunapakai diseluruh dunia. Di negara Israel sendiri, sudah tentu teknologi yang mereka hasilkan lebih canggih untuk memastikan mereka dapat menguasai bangsa-bangsa lain (Islam khususnya) pada masa depan.

Namun begitu, sistem IT mereka juga mempunyai kelemahan sehingga dapat digodam oleh hacker yang mengelar dir
mereka sebagai 'Annonymous Arab'. Ikuti laporan akhbar daripada sumber Sinar Harian ini

TEL AVIV - Beberapa laman web kerajaan Israel digodam oleh penyerang siber dikenali sebagai 'Annonymous Arab', semalam.

Sebuah laman web Israel yang mempromosikan 'Opisrael" sendiri telah digodam dan memainkan mesej anti-Israel semasa  laman web itu memainkan lagu kebangsaan Israel, 'Hatikvah'.

Sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai 'Annonymous Arab' berkata dalam sebuah video yang mereka muat naik di YouTube mengatakan yang mereka akan melakukan serangan melalui tiga fasa.

"Langkah yang kami mulakan sangat sistematik iaitu dengan menghapuskan entiti Zionis dari (dunia) internet," kata seorang lelaki bertopeng melalui YouTube.

'Langkah kedua, kami akan menggodam rancangan masa depan anda dan menunjukkan jenayah yang anda lakukan ke seluruh dunia," katanya.

"Dan langkah seterusnya ialah kami fikir inilah hadiah dari Annonymous kepada anda," katanya.

Laman web Knesset dan Agensi Pilihan Raya Israel turut digodam semalam.

Ketua Cyber Negara, Yitzhak Ben Yisrael berkata, penggodam tidak menyebabkan sebarang kerosakan ke atas infrastruktur penting negara itu.
Log in our website for more details
www.colourfulcard.com

1 comment:

Unknown said...

f***k israel...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim