Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Wednesday, 21 March 2012

Tutorial Bagaimana Menghargai Orang

Daniel dan Fadhil merupakan kawan karib yang tak seberapa karib :P Fadhil sering menolong Daniel dalam banyak perkara dan dia tidak lokek ilmu mengajar Daniel subjek Matematik Tambahan. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, mereka belajar dalam satu kelas yang sama. Daniel, bagi Fadhil, ada dia, macam tiada (tak banyak manfaat untuk Fadhil). Tetapi Fadhil tidak kisah, selagi dia boleh tolong, dia akan lakukannya.

Situasi 1
Setiap hari Sabtu pada waktu 10 pagi, Daniel akan menyuruh Fadhil datang ke Perpustakaan Awam yang berada bersebelahan rumah Daniel untuk mengajar dia Matematik Tambahan. Fadhil datang dengan sukarela walaupun jarak Perpustakaan Awam tersebut berada 20 minit perjalanan dari rumah Fadhil. Dan Fadhil pun mengajar Daniel.

Situasi 2
Setiap hari Sabtu pada waktu 10 pagi, Daniel akan menyuruh Fadhil datang ke Perpustakaan Awam yang berada bersebelahan rumah Daniel untuk mengajar dia Matematik Tambahan. Fadhil datang dengan sukarela walaupun jarak Perpustakaan Awam tersebut berada 20 minit perjalanan dari rumah Fadhil. Dan Fadhil pun mengajar Daniel. Setiap kali selepas selesai belajar Matematik tambahan dengan Fadhil, Daniel berjanji akan bagi RM10 sebagai upah untuk susah payah Fadhil datang dari jauh untuk mengajar dia Matematik Tambahan.

Situasi 3
Setiap hari Sabtu pada waktu 10 pagi, Daniel akan menyuruh Fadhil datang ke Perpustakaan Awam yang berada bersebelahan rumah Daniel untuk mengajar dia Matematik Tambahan. Fadhil datang dengan sukarela walaupun jarak Perpustakaan Awam tersebut berada 20 minit pejalanan dari rumah Fadhil. Dan Fadhil pun mengajar Daniel. Setiap kali selepas selesai belajar Matematik tambahan dengan Fadhil, Daniel berjanji akan bagi RM10 sebagai upah untuk susah payah Fadhil datang dari jauh untuk mengajar dia Matematik Tambahan, bukan itu sahaja, Daniel pasti akan belanja Fadhil makan tengahari.

Pada pendapat anda, Mana satukah situasi yang pasti membuatkan Fadhil berasa gembira? Jika anda berada di tempat Fadhil, mana satu kah situasi yang anda suka? Pasti situasi 2 dan 3 kan?

Semua orang suka di hargai, jadi, jangan sia-siakan kawan-kawan yang selalu di samping anda, hargailah mereka kerana semua orang suka dihargai. 


2 comments:

Ckin Kembaq said...

belajarlah untuk menghargai.what u give, u get back.... ^_^

etuza said...

Asalam fir..
Baru jejak balik blog anda, saya tak aktif suatu masa lalu, so dah link..
Hargailah orang2 yg menyayngi kita ya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim