Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Sunday 16 January 2011

S. Kumar Pemain Terbaik Asia!

S. Kumar yang merupakan penjaga gol pasukan hoki kebangsaan telah dianugerahkan sebagai pemain terbaik hoki asia dalam satu majlis penyampaian anugerah oleh Kongres Persekutuan Hoki Asia. Anugerah seumpama itu belum pernah dikecapi oleh mana-mana pemain hoki kebangsaan setakat ini.


Anugerah ini diberi kepada S. Kumar atas prestasi hebatnya semasa pasukan hoki kebangsaan buat pertama kali melangkah ke pusingan akhir Sukan Asia Guangzhou 2010. Dia telah berhempas pulas menyelamatkan pintu gawang negara walaupun ketika Sukan Asia itu berlangsung, dia telah mendapat berita kematian ayahnya di Malaysia. Tak lama selepas itu, dia juga telah mendapat berita gembira kerana dia telah mendapat cahaya mata.


Kejayaan ini telah menyuntik semangat pasukan hoki kebangsaan untuk mempamerkan prestasi yang lebih hebat pada masa akan datang. Tahniah S. Kumar!






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim