Pada entri kali ini, Firz akan mendedahkan sedikit info tentang artis yang digemari ramai di seluruh dunia iaitu Lady Gaga. Perkara ini sebenarnya telah menjadi suatu isu kepada negara kita kerana pengaruh artis Hollywood lebih-lebih lagi seperti artis yang pelik macam Lady Gaga ini dikhuatiri meracuni pemikiran anak-anak muda di negara ini untuk mengikuti agenda tersembunyi yang disampaikan melalui lagu dan video yang dimainkan.
Terpulang kepada kita untuk menilai yang baik dan buruk tentang artis pujaan ramai ini. Tetapi rasa-rasanya takde yang baik kot pada Lady Gaga ini untuk dipadankan cara hidupnya dengan cara hidup Islam yang kita amalkan. Sila baca info dibawah :
Agak-agak gaun ini diperbuat daripada apa? |
- Lady Gaga sering mengenakan pakaian yang seksi dan aneh, dan akan membuat persembahan secara berahi dan seksi.
- Lady Gaga berbeza dengan artis Hollywood yang lain yang kerap lari dari lensa kamera paparazzi. Sebaliknya dia ini lebih senang dikejar oleh paparazzi. Sebab itu, popularity Lada Gaga banyak dibantu oleh pemaparan gambar-gambar eklusif yang diambil oleh paparazzi.
- Ketika Anugerah Video Muzik MTV diadakan baru-baru ini, semua penonton terkejut dan terlopong melihat Lady Gaga menerima anugerah Video Muzik Terbaik. Terkejut bukan disebabkan dia menang anugerah itu tetapi Lady Gaga tampil ke pentas dengan gaun yang diperbuat daripada daging mentah! Ketika berucap di atas pentas itu, dia lantang menyatakan pendiriannya memperjuangkan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan trankseksual. Kononnya busana daging mentah itu adalah perlambangan terhadap pendiriannya itu.
Daging dijadikan pakaian?? |
\
Bersambung pada entri akan datang. Sila ikuti blog ini untuk mengetahui info pelik Lady Gaga yang lebih panas!
2 comments:
OMG..daging pun boleh jadi pakaian..memang pelik..
@BroZooL
haha! apa2 pun boleh!
Post a Comment