Pernah suatu petang ketika ramai orang balik dari kerja, saya membonceng motosikal untuk pergi ke suatu destinasi, tetapi malangnya setalah berada di tengah jalan yang penuh sesak. tiba-tiba hujan lebat turun, maka penglihatan tidak beberapa jelas.
Malangnya ketika mencelah-celah kenderaan, tiba-tiba saya terlanggar side mirror sebuah kereta mewah. perlanggaran itu bukan sekadar calar je malah hancur remuk! tanpa berfikir panjang, motor yang dinaiki dipecut laju. Kalau nak difikirkan, memang tak patut cabut lari tapi keadaan masa itu huru-hara tanpa dapat berfikir secara rasional.
Keadaan itu menyebabkan saya terfikir alangkah bagusnya kalau jalanraya di Bandaraya Kuala Lumpur dapat dilalui dengan lancar tanpa ada sebarang kesesakan hingga menyebabkan pembonceng motosikal mencelah-celah kenderaan.
Kalau orang dahulu kala berfikir untuk mengatasi masalah kesesakan ini, satu kenderaan khas seperti bas atau keretapi yang dapat memuatkan orang ramai perlu ada di atas langit dan dibawah tanah yang sangat lapang.
Impian ini telah menjadi kenyataan dengan wujudnya lebuhraya bertingkat dan jejambat serta rangkaian LRT yang berada di atas langit dan dibawah tanah. Perkara ini telah mengurangkan kesesakan yang teruk tetapi masih lagi tidak mengatasi masalah kesesakan seperti yang kita lihat sekarang.
Maka orang pada zaman ini telah berfikir bagaimana mahu mengatasi kesesakan lalu lintas sedia ada. Salah satunya dengan mencipta baju terbang.
Cuba anda bayangkan kalau semua orang mampu memiliki baju ini, pastinya kita saling berlanggaran antara satu sama lain di atas langit membiru, kalau nasib malang kita akan terhempas macam nangka busuk jatuh ke tanah!
Oleh itu, baju terbang ini hanya mampu dimiliki oleh orang yang terpenting sahaja macam bos kita. Adakah cara ini berkesan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas?? Kajian lebih mendalam perlu dilakukan lagi.. huhuhu
Suit terbang macam Batman |
6 comments:
do you like to cook ? Project cook is a cute new site i found but i think its struggaling to get up help it out!but only if you like to cook :)
absolutely not ! haha
Agak2 kat Giant boleh dapat tak baju ni??? Aku mahu dua :P
kt kedai runcit depan rumah kau tue ada jual kot?
hehehe...LabiLabi pun pernah langgar side mirror orang time mencelah..
apa lagi lari lah..hehehe..jenuh nak membayar kalau side mirror tu kereta merz..
IKLAN FREE & Follow Blog Labi-Labi NineMustafa
& JariPlastik
LabiLabi da follow kamu
Labi2 : langgar sikit x pew, tp saya sampai hancur side mirror dia.. kalolah dia baca entri nie... hehe
Post a Comment