Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Sunday 1 May 2011

Masjid Telah Dicelurmuri Najis Politik!

Tidak disangka, Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul iaitu masjid yang berhampiran dengan rumah saya telah dipilih Datuk Eskey untuk melakukan sumpah laknat. Oh! tidak! masjidku kini telah dicelurmuri najis politik! 


Pada masa itu, saya sembahyang jumaat di Wangsa Maju, iaitu dekat dengan tempat kerja. Amat sedih sekali, apabila tergamak orang Islam sendiri yang mempergunakan agama untuk tujuan politik. Tindakan Datuk Eskay melakukan sumpah laknat sebenarnya akan menyebabkan perbalahan dan kekacauan antara orang Islam di dalam masjid tersebut. 


Hal ini amat bertentangan dengan tujuan sebenar masjid iaitu untuk memberi ketenangan dan kedamaian hati kepada ahli ibadah. Mujurlah Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak hadir pada masa itu. Amat sedih sekali apabila Agama Islam dan nama Allah SWT itu sendiri di hina sewenang-wenangnya. 

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertakwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa mengetahui. Allah tidak mengira kamu bersalah tentang sumpah kamu yang tidak dimaksudkan (untuk bersumpah), tetapi Dia mengira kamu bersalah (dan akan mengenakan hukuman) dengan sebab sumpah yang diusahakan (disengajakan) oleh hati kamu (dengan niat bersumpah) dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar. (Surah al-Baqarah ayat 224-225)

11 comments:

Muhd Iqbal Samsudin said...

Celakalah bagi orang yang byk berdusta lagi byk berdosa, (iaitu) org yg mendengar ayat-ayat ALLAH ketika dibacakan kpdnya, namun dia tetap menyombong diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka peringatkanlah dia dgn azab yg pedih. (45 : 7-8)

Ketaksuban sesetengah muslim kepada parti politik yang mereka sertai kadang-kala menyebabkan agama mereka nampak goyah dan kotor di mata orang lain terutamanya musuh ISLAM, kecewa.... :(

Firdaus Kasim said...

wah, satu penerangan yg bernas :)

alhamdulillah, post2 mcm nie kita kena perbanyakkan supaya fikiran kita x diracuni seperti diorang ni

amny said...

yeaahh!!sokong pandangan muhammad iqball...

dunia sekarang ni dah xfikir tentang soal agama...hanya fikir tuk kepentingan peribadi je

Ceqla said...

“ Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad ”

Anonymous said...

Politik sekarang semakin parah. Sampai nak menggunakan agama untuk kepentingan politik masing2..

AmenoWorld said...

Dalam isu neh semua yg terlibat adalah pesalah, pkr ke, umno ke sama je 2 x 5

Firdaus Kasim said...

Amny : masalah iman..

Ceqla : dunia nie semakin hampir kepada kehancuran

Anita : btul ckp awk

Ameno : inilah kesan peninggalan penjajah kafir

Miecyber said...

Politik Malaysia sungguh jijik sebab itulah seramai 1 juta profesional Malaysia tak nak balik Malaysia.


Kapalterbang bateri

Anonymous said...

hadoi..ni lah masyarakat Islam zmn skrg..yahudi kat luar sana duk gelak je ngan kitew..

tgk, gara2 video seks, budak2 kecik pon dh berani tgk video2 lucah cenggitu..

dulu, diorg x tau apa itu lucah..skrg, dah jauh lg expert bab2 lucah ni..adeii [sambail menggaru kepala]

moga yg benar akan menang. tu je

Unknown said...

no komen la, die org nie, masjid kan tempat ibadat

Kumpulan 2PM dan SNSD menetap di Malaysia??

Firdaus Kasim said...

Mie : btul juga cakap kau

Srikandi : sebab itu panduan dan didikan ibu bapa sangat penting dalam mendidik anak2 kecil

Manja : thanks 4 komen.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim