Pada masa itu, saya sembahyang jumaat di Wangsa Maju, iaitu dekat dengan tempat kerja. Amat sedih sekali, apabila tergamak orang Islam sendiri yang mempergunakan agama untuk tujuan politik. Tindakan Datuk Eskay melakukan sumpah laknat sebenarnya akan menyebabkan perbalahan dan kekacauan antara orang Islam di dalam masjid tersebut.
Hal ini amat bertentangan dengan tujuan sebenar masjid iaitu untuk memberi ketenangan dan kedamaian hati kepada ahli ibadah. Mujurlah Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak hadir pada masa itu. Amat sedih sekali apabila Agama Islam dan nama Allah SWT itu sendiri di hina sewenang-wenangnya.
Firman Allah SWT maksudnya : "Dan janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertakwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa mengetahui. Allah tidak mengira kamu bersalah tentang sumpah kamu yang tidak dimaksudkan (untuk bersumpah), tetapi Dia mengira kamu bersalah (dan akan mengenakan hukuman) dengan sebab sumpah yang diusahakan (disengajakan) oleh hati kamu (dengan niat bersumpah) dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar. (Surah al-Baqarah ayat 224-225)
11 comments:
Celakalah bagi orang yang byk berdusta lagi byk berdosa, (iaitu) org yg mendengar ayat-ayat ALLAH ketika dibacakan kpdnya, namun dia tetap menyombong diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka peringatkanlah dia dgn azab yg pedih. (45 : 7-8)
Ketaksuban sesetengah muslim kepada parti politik yang mereka sertai kadang-kala menyebabkan agama mereka nampak goyah dan kotor di mata orang lain terutamanya musuh ISLAM, kecewa.... :(
wah, satu penerangan yg bernas :)
alhamdulillah, post2 mcm nie kita kena perbanyakkan supaya fikiran kita x diracuni seperti diorang ni
yeaahh!!sokong pandangan muhammad iqball...
dunia sekarang ni dah xfikir tentang soal agama...hanya fikir tuk kepentingan peribadi je
“ Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad ”
Politik sekarang semakin parah. Sampai nak menggunakan agama untuk kepentingan politik masing2..
Dalam isu neh semua yg terlibat adalah pesalah, pkr ke, umno ke sama je 2 x 5
Amny : masalah iman..
Ceqla : dunia nie semakin hampir kepada kehancuran
Anita : btul ckp awk
Ameno : inilah kesan peninggalan penjajah kafir
Politik Malaysia sungguh jijik sebab itulah seramai 1 juta profesional Malaysia tak nak balik Malaysia.
Kapalterbang bateri
hadoi..ni lah masyarakat Islam zmn skrg..yahudi kat luar sana duk gelak je ngan kitew..
tgk, gara2 video seks, budak2 kecik pon dh berani tgk video2 lucah cenggitu..
dulu, diorg x tau apa itu lucah..skrg, dah jauh lg expert bab2 lucah ni..adeii [sambail menggaru kepala]
moga yg benar akan menang. tu je
no komen la, die org nie, masjid kan tempat ibadat
Kumpulan 2PM dan SNSD menetap di Malaysia??
Mie : btul juga cakap kau
Srikandi : sebab itu panduan dan didikan ibu bapa sangat penting dalam mendidik anak2 kecil
Manja : thanks 4 komen.. hehe
Post a Comment