Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Tuesday, 4 October 2011

Tips Sebelum Membeli Handphone

Assalamualaikum.. sekarang ni pelbagai gadget dan handphone yang canggih2 belaka boleh didapati di pasaran dunia sehingga brand Nokia dan Sony Ericson sudah ketinggalan jauh dengan jenama seperti Blackberry, IPhone, HTC dan Android hebat bersaing sesama mereka. Terkini, Celcom bakal melancarkan Samsung Galaxy 10.1 dimana gadget tersebut lebih baik dari siri sebelumnya. Saya pasti, anda juga tidak mahu ketinggalan mendapatkan gadget terbaru seperti itu. Tetapi persoalannya, mampukah anda membeli handphone yang mahal2? Mari baca beberapa tips sebelum membeli handphone idaman anda.


Pertama sekali yang perlu anda lakukan sebelum membeli handphone ialah, periksa dan kenalpasti dahulu apakah keperluan anda untuk memiliki handphone tersebut. Adakah anda amat mementingkan kamera dan video atau mungkin games? Jangan beli handphone sekadar hanya mahu mengikuti rakan2.

Kemudian, kenali handphone yang diingini. Anda boleh survey sedikit tentang handphone yang anda ingin beli seperti jenis brand, fungsi multimedia dan sebagainya supaya anda tidak bingung apabila ditawarkan handphone lain di kedai. Anda boleh survey di Internet

Kemudian, survey harga pasaran. Setelah mengetahui handphone yang ingin dibeli, survey harganya. Jangan terlalu menginginkan harga yang semata-mata murah, tetapi pilihlah harga yang berpatutan dengan semasa dan keadaan handphone itu. Yang penting, sesuailah dengan bajet anda ok?

Teliti fizikal handphone. Bila disebut terpakai, pasti ada sedikit cacatnya. Namun, teliti dahulu dari segi fizikal handphone, keypad, navigasi, skrin, bateri dan yang paling penting nombor IMEI pada telefon adalah tepat. 

  • Untuk mengetahui nombor IMEI, sila taip *#06# pada kekunci handphone anda untuk melihat Serial Number.
  • Sila semak nombor apakah yang berada pada Serial Number yg bilangan ke tujuh dan lapan (XXXXXX??XXXXXX. . …)
  • Berdasarkan perincian di bawah, sila semak dengan nombor yang ke tujuh dan ke lapan pada Serial Number handphone anda tadi.


Perincian 1
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 02 atau 20, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Emirates & kualiti sgt teruk.

Perincian 2
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 08 atau 80, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Germany & kualiti biasa.

Perincian 3
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 01 atau 10, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Finland & kualiti agak baik.

Perincian 4
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 00, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di negara pengeluar handphone tersebut & kualiti sangat baik.

Perincian 5
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 13, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Azerbaijan & kualiti paling teruk.


Akhir sekali, uji handphone. Minta kepada penjual supaya membenarkan anda menguji handphone itu. Try aplikasi seperti sound system, kamera, typing system dan sebagainya. Lihat perjanjian jual beli dan after sales. Tanyakan pada penjual, tentang jaminan dan tempohnya kerana jika berlaku masalah, anda tidak perlu  risau.

12 comments:

ezaty said...

macam mana pula kalau kod ke 7 dan ke 8 adalah 04?

yusuflaili said...

Salam;
Aku punya 01 maknanya kualiti sangat baik....

Muhammad Iqbal said...

ya, saya sama macam ezaty..bagaimana?

Azlan Hasan said...

fird..kalau 04 plak camamana ek??code tu leh apply utk semua phone ke atau certain2 phone jer..hehehe

Regards,
-Strider-

Anonymous said...

Errrrkkk...awak? Kalo no serial nyer 03 cam ner ??

Firdaus Kasim said...

Ezaty : 04 adalah kualiti terbaik sbb mmg dari negara pengeluar

Yusuf : sama lah kita.. haha

Iqbal : Terbaik bro.. haha

Azlan : itu kualiti bagus bro.. hehe

by Zent said...

huuuh..slamt dpt 04!
haha..Terbaik...

Blog Dan Entri Terbaru: Seorang newbie mencabar semua blogger!!!

mr hasbullah abu kassim, kb,pa said...

Tkasih,bro.

Nabilah Abu Samah said...

O3 cmne lak?

Nor Aznida said...

leh guna bile nk g rebat fon nnt...hehehehee

Anonymous said...

kalau 05?

Azri Fathurrahman said...

note 2 aku code 05.. kat phone tulis "MADE BY SAMSUNG". kat battery tulis "Cell made in korea, assembled in vietnam"... Zzzzzz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim