Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Sunday, 10 April 2011

Tanam Bayi Hidup-Hidup

Mayat bayi yang ditutup dengan zink 
Pasangan kekasih yang sudah terlanjur setahun lalu telah mengambil tindakan untuk menanam bayi yang baru dilahirkan tidak cukup bulan berhampiran tempat tinggal teman lelaki di Hulu Selangor dengan alasan mahu menutup rahsia daripada pengetahuan ibu bapa pasangan kekasih terbabit.

Kubur bayi itu dijumpai oleh pihak polis pada pukul 10 malam hari Jumaat lepas selepas mendapat aduan daripada jiran rumah teman lelaki terbabit yang curiga terhadap pasangan tersebut. Selepas itu, teman lelaki itu telah berjaya di berkas oleh pihak polis manakala teman wanita masih tidak dapat dikesan oleh pihak polis

Kisah pembunuhan dan pembuangan bayi yang saya paparkan ini sebenarnya adalah salah satu kes daripada beribu-ribu kes seumpamanya dimana ianya seolah-olah telah menjadi barah dalam masyarakat kita dan jelas sekali, penyakit kaum terdahulu yang dimusnahkan Allah SWT telah kembali kepada umat akhir zaman ini.

Semua ini berpunca daripada lemahnya iman umat Islam di akhir zaman ini. Jika kita berpegang teguh dengan dua sumber ini, maka di jamin kita tidak akan tersesat dalam tipu helah duniawi. Sumber itu ialah al-Quran dan Sunnah Nabi SAW. Sesungguhnya telah banyak saya saksikan tanda-tanda kecil kiamat telah berlaku dalam dunia ini. Di negara sendiri, telah banyak yang berlaku (kupasannya saya akan terangkan pada entri yang lain)
Daripada Abu Hurairah R.A katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “umatku akan ditimpakan penyakit yang pernah menimpa umat yang terdahulu” Sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, “apakah penyakit umat terdahulu itu”. Rasulullah SAW menjawab: “terlalu banyak berseronok, terlalu bermewah, menghimpunkan harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam mencari harta dunia, cepat marah dan hasut menghasut sehingga berlaku kezliman”. Hadis diriwayat oleh Hakim
Tidakkah kita belajar tentang umat terdahulu yang di musnahkan Allah SWT akibat kekufuran (dosa dan maksiat) mereka terhadap kebenaran Islam??

47 comments:

eira said...

kita mcm da kmbali ke zaman jhiliyah..p jhiliyah moden,lau dlu ank pompuan aje,skrang 2-2 dyorg tnam..prbuatan jaat xkan dpat smpan lame2..t'bgkar jgak..

*cbe byangkan,lau dulu mak bpak kit tnam kte idup2..cmne??

cik azeya said...

ee takotnye. macam mane ek perasaan dorang nak tanam bayi tu, takde perasaan agaknye. apsl lah dorg kecik2 dulu tak kene tanam macam ni jugak. hidup tambah dosa je. -_-

Cikli said...

buat dosa untuk melindungi dosa. semoga kita dijauhkan.

decrewz said...

Astagfirullah... Kenapalah semua ini terjadi.. Dah macam zaman jahiliah.. Tanda2 akhir zaman...

niesz said...

nauzubillah, kejam nye manusia..kesian kat baby yg tak bersalah tu..

wany dianwanie said...

manusia semakin kejam....

amny said...

manusia semakin kejam..

senang cerita ,dunia suda akhir zaman...

T__T wuuuu..takot3.

Ana Joe said...

manusia akhir zaman ni... T_T
susah dah nk dbendung gejala xsihat nih...merata2 tempat ada..

Azlan Strider said...

patut sabitkan jer ngan kesalahan 302 kanun keseksaan..membuhun dengan niat..walaupun bayi tu x lahir lg tp tindakan tu sgt kejam..

Regards,
-Strider-

Unknown said...

dunia akhir zaman bro. stenbai je.

yAzizul said...

bunuh bayi macam bunuh semut je

Jebat said...

bagus entry nie, boleh menjadi peringatan kepada sesama manusia

hana said...

huwaaa..
kenapa terlampau kejam??
jgn la tambah dosa lagi ngn membunuh plak..

Firdaus Kasim said...

Eira : btul tue eira.. penyakit org zaman dulu semua dah ada kt umat akhir zaman ini.. kita doa supaya selamat dari segala fitnah

Azeya : kalo dlm situasi mcm tue mmg x leh fikir dgn waras lagi awk.. syaitan dah menguasai.. sbb lemah iman

cikli : amiinnnn

Decrewz : itulah tanda kiamat kecil

Niesz : awk jgn risau, beby tue tetap masuk syurga

Wany : btul tue kak

Amny : mmg kitalah umat akhir zaman awk

Ana : sbb tue kita kena tingkatkan amal agama supaya terhindar dari segala fitnah dajjal

Azlan : undang2 kt dunia nie mmg dah x berkesan..

Mat : yup!

Azizul : haha.. taw x pew.. x de hati perut langsung..

Jebat : kita sebagai umat Islam mmg kena ingat memperingati antara satu sama lain

hana : x taw la awk.. semoga kita terhindar

nur aisya humaira said...

uish2,kt negara kite ke ni???:(

Firdaus Kasim said...

aisya : mmg berlaku kt negara kita pun.. x percaya ekh?

Anonymous said...

assalam...nauzubillah min zalik. kejamnya perbuatan nie...semoga kita semua dijauhkan bala bencana besar2an,amin...beringat sebelum kena...

Qaseh Dalia said...

tak abes2 buang bayi ..arghhhh kalau lah qaseh ada kuasa qaseh bagi hidup2 mereka dalam ketakutan ... hurmm

Firdaus Kasim said...

Adam : aminn.. kena byk doa..

Qaseh : awk x perlu riasu, Allah SWT akan memberi balasan yg setimpal apa yg mereka kerjakan

Farhana Jafri said...

kejam!! klau dh tau xnk, gugurkn je la tym mlaikat xtiup nyawa lg.. bila dh branak bru nk bunuh... kjam gile dorang ni.. dh wt slah ngn zina, pastu tmbah lg ngn mmbunuh... xsdar ke dnia dh nk kiamat.. grr~

jemput singgah ANASAURUS :)

Firdaus Kasim said...

farhana : btul ckp awk.. sengaja sy buat entri nie nk mengingatkan kt pasangan couple supaya x lebih2.. jadi single mcm sy lg best.. tenang je fikiran.. nnti dah sampai seru, baru cari calon isteri

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??
enjin wira enjin apa lepas jpj

Inilah yang telah berlaku pada masyarakat kita pada masakini. Maksiat dan aktiviti seksual yang bebas berlaku dimana-mana. Anak-anak remaja kini terutamanya remaja Melayu yang beragama Islam tidak mengenal dosa atau pahala. Malah ada diantara mereka yang mempunyai pendidikan yang tinggi dan belajar di IPT-IPT yang memberikan pendidikan yang baik. Semua yang dilakukan hanya untuk memuaskan diri sendiri tetapi tidak memikirkan apa yang dilakukan hanya mendatangkan dosa. Dari perbuatan dosa inilah yang melahirkan satu janin yang lahir bukan dari kehendak mereka tetapi dari nafsu serakah mereka yang mementingkan diri sendiri.

Hampir setiap minggu kita mendengar dari televisyen, akhbar dan majalah tentang kes pembuangan bayi dan kebanyakannya yang ditemui mati dalam keadaan yang menyedihkan dan ada yang bernasib baik ditemui dalam keadaan masih hidup. Tong sampah, tempat pembuangan sampah, lubang tandas, tempat awam seperti masjid dan tandas awam dan sebagainya menjadi tempat dimana bayi-bayi malang ini ditemui.

Apakah kita ini ingin digelar masyarakat yang tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan sepertimana yang terjadi di zaman jahiliyah sebelum kedatangan Islam. Kanak-kanak terutamanya perempuan dibunuh dan ditanam hidup-hidup untuk menutup malu dan hanya untuk mempertahankan maruah keluarga. Tetapi lihatlah apa yang telah terjadi pada zaman sekarang. Kanak-kanak juga dilayan sebegitu tanpa rasa belas kasihan dan dibuang merata-rata demi untuk menutup malu dan menjaga maruah orang yang melakukannya.
Kes pembuangan bayi semakin meningkat dari hari ke hari. Telah banyak usaha kerajaan untuk membasmi gejala ini. Kempen, pertunjukan, denda seperti penjara 20 tahun kepada sesiapa yang didapati bersalah melakukan jenayah ini juga telah dijalankan, namun usaha ini tidak menampakkan hasil malah ianya semakin menjadi-jadi sehingga tidak dapat di bendung lagi

Islam dan agama utama di Malaysia yang lain sangat mengharamkan dan menegah pengguguran dan pembuangan bayi di kalangan masyarakat. Ianya boleh dianggap satu dosa yang besar kerana membunuh dengan niat. Sebagaimana yang telah disebut dalam Al-Quran surah An-Nisa' ayat 93:

Maksudnya:
"Dan sesiapa yang membunuh mukmin dengan sengaja maka balasannya neraka jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar".

kejam dan lebih kejam lagi dari perbuatan haiwan. Sedangkan haiwan juga mempunyai perasaan kasih sayang terhadap anak-anaknya sehingga sanggup mati demi anak. Sepertimana firman Allah dalam surah Al-A'araf ayat 179:

Maksudnya:
"Sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakkannya daripada jin dan manusia,mereka mempunyai hati (tetapi) tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (bukti keesaan allah) dan mereka mempunyai telinga(tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai".

Oleh itu, renung-renungkanlah..........................

wany dianwanie said...

u r tagged...huhuu
join ler

wany dianwanie said...

u r tagged...huhuu
join ler

Santan Berlada said...

kejam...
x berperikemanusiaan lgsung...
huhu

puanbee said...

http://puanbee.com/segmen-puanbee-review-blog-firdaus-kassim-com/

dah review yer dik!!

adoilah kesian baby itu ..

akubiomed said...

Kejam sungguh. Mengingatkan kaum jahiliah Quraisy yang menanam anak perempuan hidup-hidup.

Nobita Sensei said...

malaysia ni kena buat undang-undang islam. baru kes-kes macam ni kurang terjadi.

SyedGraphix Dot Com said...

uiii.. kejam gila! ntah di mana nilai perikemanusiaan dalam diri diorang

hoyahadis said...

ya Allah kejamnya manusia..dah hilang akal maknanya sama taraf ngan binatang yang tak berakal..tapi binatang pun tak sekejam itu..

Anonymous said...

kbyakkan skng hnya pntgkn diri..bayi yang x b'slh jd mngsa..zalim betul -.-

Firdaus Kasim said...

@Afzainizamterima kasih atas penerangan panjang lebar afza, semoga apa yg dikatakan anda mengingatkan saya dan semua orang betapa pentingnya kita amalkan agama Islam supaya tidak keluar dari landasan yang benar. Semoga Allah SWT menjaga keturunan kita dari segala maksiat.

Firdaus Kasim said...

@wany dianwaniethanks kak.. nnti sy usha

Firdaus Kasim said...

@Shamsuddin Aminya, mmg kejam

Firdaus Kasim said...

@puanbeeok kak.. thanks 4 review my blog

Firdaus Kasim said...

@akubiomedkita dah mmg berada di zaman jahilliah pun.. malah lg teruk!

Firdaus Kasim said...

@Nobita Sensei agak sukar sebenarnya.. kesan akibat negara dijajah dulu

Firdaus Kasim said...

@SyedGraphiXentah? aq x pun xtahu

Firdaus Kasim said...

@hoyahadistaw x pe kak

Firdaus Kasim said...

@Tun Aqilahya, hanya pentingkan keseronokan yg sementara

Unknown said...

kesiannyer baby tu, mai kita bako je mak bapak budak tu


Your eyes are too precious

MamaIeta said...

Sampainya hati... dah buat jahat. buat jahat lagi... lagi lagi lagi...jahat lagi. Menakutkan! eeeeeeeee....

Firdaus Kasim said...

@Manja (let it be my sweet name)
x pyh bakar, api kt dunia nie x best. api kt dalam neraka lg syok

Firdaus Kasim said...

@MamaIeta
hehe.. tue la pasal kak

Witty Angel said...

actually sebab dorang x pikir d consequences b4 they actually done that

Firdaus Kasim said...

@Witty Angel
masa tue dah x leh fikir dgn waras lag awk..

Anonymous said...

xtau dh nk ckp apa...suruh kerajaan laksanakan hukum hudud, tak nak..

even nik aziz dah usaha ke arah tu, tapi masih ramai yg menghalang..

ade je manusia2 yg x nak laksanakan hukum Allah..

tp, bila jadi kes mcm ni, pandai pulak nak kesian , nak kata itu, nak kata ini..

tp, bila time mintak pendapat laksanakan hukum hudud, awal2 lagi dah bangkang..

aii, manusia, manusia....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim