Firz dengan berbesar hati ingin menyertai contest yang Cik Nurul buat dimana dia menyuruh agar memaparkan kembali entri yang paling best dalam blog Firz ini. Sesiapa nak sertai, boleh klik sini. Tarikh tutup ialah pada 1 April 2011. Firz ingin tag Mr Strider.
Disini, Firz ingin meletakkan entri yang paling best sepanjang Firz buat blog ini. Sebab Firz pilih entri ini ialah sebab Firz telah menerangkan dengan panjang lebar menggunakan ayat sendiri. Entri tersebut ialah :
3 CARA BLOGWALKING DENGAN BETUL
Blogwalking sangat penting kerana :
- Sebagai medan mempromosikan blog, iklan dan lain-lain.
- Penting bagi meningkatkan jumlah pengunjung blog.
- Mendapatkan respon apabila anda buat entri/post baru.
- Melihat hasil seni blog orang lain dan membandingkannya dengan blog anda. Maka dari situ, anda sentiasa dapat mempelajari sesuatu yang baru baik dari segi cara membina blog yang bagus mahu pun mendapat maklumat yang belum pernah diketahui, bak kata pepatah "Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan". Semakin banyak anda blogwalking, maka semakin matang blog anda.
- Penting supaya dapat mencari kawan baru. Dah banyak kali firz jumpa blogger yang duduk dekat dengan tempat tinggal firz hasil dari blogwalking. Contohnya firz dapat kenal dengan Zati, dia blogger yang hebat dan sangat comel dan dia duduk tak jauh dari rumah firz. So, dapat belajar buat blog yg bagus dari dia dan dia pun dah promosikan blog firz nie kt blog dia.
Namun begitu, teknik yang betul haruslah dipraktikkan ketika buat sesi lawatan blog supaya hasil optimum dapat diperoleh ketika blogwalking dilakukan. Antara tekniknya ialah:
FOLLOW
Pernah perasan tak? dah banyak kali anda jadi follower blog org, dengan harapan dia dapat follow blog kita balik, tetapi jumlah follower kita tak juga bertambah. Hal ini terjadi kerana bila owner blog atau pengunjung blog dia klik pada gambar anda dalam ruangan follower, mereka tidak nampak link blog anda disitu. Jadi, macamana nk pergi ke blog anda kalau tak ada link?? Hal ini amat merugikan!
Ada 2 cara untuk wujudkan link pada box follower anda :
- Pergi ke Dashboard > Edit Profile > Klik "Select Blogs to Display" > tick/tandakan blog yang mahu dipaparkan. > Save Settings (cara nie hanya jika mahu blog anda berada dalam list "Next Blog" pada Navbar kt atas sekali header blog anda. Cara dibawah jika mahu link anda berada dalam profil anda dalam ruangan follower. Better buat dua2 sekali yew
- Pergi ke blog org lain > tekan butang follow > klik "more option" > Klik "add link" > Save dan Follow. Tak bermakna setiap kali anda nk follow blog itu, anda kena add link.. add sekali je dan dia akan jadi permanent.
More Option |
Add Link |
KOMEN
Komen adalah cara yang paling berkesan berbanding jadi follower ketika blogwalking dilakukan.
- Komen pada entri adalah yang terbaik berbanding komen pada chatbox.
- Kerana komen pada chatbox akan hilang, sementara komen pada entri akan kekal even author blog itu dah padam komen anda, tetapi nick anda akan kekal di situ.
- Silalah memberi komen yang bernas, komen panjangnya mcm nak buat esei lagi bagus!
- Elakkan memberi komen seperti "nice entri! jom baca entri saya pula!". Hal ini akan mengecikkan hati si pembuat entri itu. Punyalah panjangnya entri dia, engkau tulis seciput tue je? come on lah..
- Jangan guna google profile sebaliknya, guna "name and url" selepas selesai memberi komen. Hal ini kerana bila org klik nickname anda, terus ke link blog anda. Maka anda dah dapat traffic/pengunjung ke situ. Bukannya bila orang klik nickname anda, terus ke link google. Itu amat rugi!
Ini amat penting! Jgn tick pada google account |
CHATBOX
Penggunaan chatbox pada blog yang tidak popular adalah sangat tidak digalakkan. Nanti firz pun nak buang (tapi mcm sayang pula.. huhu)
- Hal ini kerana fungsi sebenar chatbox ialah supaya para pengunjung yang tengah online untuk chat-chat secara live!
- Dan benda ini akan berlaku hanya pada blog yang sangat popular dimana kita boleh tengok blog dia sentiasa ada je orang tengah online. Blog Ben Ashaari adalah contoh paling sesuai, tetapi beliau tidak meletakkan chatbox. (tak friendly).
- Kalau anda letak chatbox, nnti pengunjung blog hanya tertumpu pada chatbox untuk sign buku lawatan dan entri langsung tidak dipedulikan. (lainlah kalau entri blog anda meletup)
- Kalau nak tinggalkan jejak kt chatbox, gunalah nickname lain dari yg lain. Contohnya Kucing Kurap ke, Beby Comel ke, whatever la, janji lain dari yg lain.
- Lepas tue, elakkan hanya komen "salam", "hye", "bw". Tetapi cuba komen dengan beri nama si pemilik blog tue. Contohnya "hye abg firdaus kacak, sy buat huru-hara kt sini" , "hye tuan punya blog, jom singgah blog saya pula nk?" , "nice blog dear, best! best!". Bila firz baca pun, cepat-cepat firz klik link nickname dia, siapalah agaknya yg panggil aku dear nie? bestnya.. hehe.. Maka tertinggallah terkontang-kanting org2 yg bg komen just say, hye, salam, bw tadi..
Ok itu sahaja tips yang firz dapat share. Nak share banyak-banyak tak reti sebab firz bukannya otai blog. Baru beberapa bulan je menceburi bidang blog ini. Kalau korang amalkan tips di atas, inshaAllah blog korang akan dapat perhatian. Jangan lupa yew, kalau ada nk tambah tips2 blogwalking, tulis je kt bahagian komen k? Jangan kedekut ilmu yew.. Sekian
12 comments:
Yg part link tu agak kesal jugaklah.. Susah nak jenguk balik blog dorang.. Adoi..
Entry Terbaru 1 : Alkisah Sweet Couple Dan Sekuntum Bunga Ros
Entry Terbaru 2 : Giveaway Kerjasama Anati Soki & MFS
part link yg mana awk?
nak g join jugak contest ni..:)
aiman : jom2.. hhee
mekaseh join kontes..menarik entry faiz. sangat berguna!! tq~
sama2 nurul.. sy happy dpt join contest awk
terima ksh krn berkongsi ilmu yg bermanfaat ni..hehe. adoyai,terlepas byk peluang ni tau~ruginya (T.T)
laken : awk tak terlepas.. entri blog ini sentiasa ada.. x kemana.. hehe
wauuu..good info...leh jd panduan....hehehee...
rose, byk lg tuto kt sini.. hee
wahhh...sgt menarik...mmg sgt2 membantu bagi blogger yang baru berjinak2 mcm sy...ngee...terima kasih lg skali
@DaUnAn
Happy sy bila dapat tolong awk :)
Post a Comment