Seperti mana yang kita ketahui, saudara Ben Ashaari mempunyai bentuk badan yang cun melecun. Jadi, dengan bentuk fizikal yang dimiliki beliau, tercipa lah segmen ini. Jom join ---->klik (Tarikh tutup tengah malam ini)
Berikut merupakan soalan yang diajukan beliau berserta jawapan saya
Anda pernah jatuh cinta ? Apakah yang membuatkan anda jatuh cinta ? Kerana fizikal atau keperibadiannya ?
Ya. Cinta pertama saya mempunyai rupa paras yang cantik sama seperti gadis Jepun. Walaupum bentuk badan dia sedikit chubby, dia tetap kelihatan cantik pada pandangan mata saya.
Apakah anda jenis mengutamakan fizikal dalam memilih pasangan hidup ? Kenapa ?
Ya. Bentuk badan saya yang kurus tidak sesuai untuk gadis yang mempunyai bentuk badan gemuk walaupun kita ketahui gadis jenis ini baik-baik belaka.
Bahagian fizikal manakah yang membuatkan anda tertarik ? Kenapa ?
Dari hujung ranbut hingga ke hujung kaki pada gadis membuatkan saya tertarik. Kerana ia menunjukkan ciri-ciri sebenar pada wanita.
Pendapat anda jika pasangan yang dah berkahwin mengatakan 'berisi tandanya bahagia' .. Apakah anda setuju ?
Tidak setuju. Sepatutnya dia kenalah sentiasa menjaga kecantikkannya untuk dinikmati si suami sepertimana kecantikkannya sebelum kahwin. Malah, selepas kahwin, sepatutnya lebih cantik
Setujukah , lelaki kacak biasa kaki perempuan dan perempuan cantik pula materialistik ? Jelaskan pilihan jawapan anda ..
Teori ini memang benar kerana kajian telahpun dilakukan oleh sebuah agensi dimana keputusannya majoriti perempuan yang cantik akan berlaku curang semasa bercinta. Tentang materialistik itu, saya tidak pasti.
Beri contoh LELAKI IDAMAN ( bagi perempuan ) dan PEREMPUAN IDAMAN ( bagi lelaki ) ... Sila jelaskan pilihan anda .. kenapa anda pilih 'si dia ' ..
Wajah comel dan budi pekerti yang baik adalah perempuan idaman saya. Islam menggalakkan kita untuk memilih pasangan hidup yang soleh/solehah kerana ia akan menjadikan kita bahagia untuk jangka panjang
Apakah anda berpuashati dengan fizikal pasangan anda sekarang ?
Tiada jawapan kerana saya tiada pasangan.
Apakah anda berpuashati dengan fizikal anda sendiri ?
Tidak puas hati kerana lelaki yang tinggi macam saya haruslah mempunyai bentuk badan yang sedikit berisi
Perlukah seseorang wanita / lelaki itu menjaga tubuh badan kerana kehendak pasangannya ?
Ya. Sangat perlu kerana itu menunjukkan satu komitmen
Zaman sekarang ini , terlalu banyak produk menguruskan badan ... Apakah anda rasa ianya benar benar mujarab ? Ada bukti ?
Tiada idea kerana saya tidak pernah mencubanya.
5 comments:
hahaha...jwpn yg kreatif...sengkak perut dok gelak nih..hehe
Penilaian yg agak sopan diterjah.
jwpn yg ringkas tapi padat.
singgah jenguk jawapan..^_^
kak wany : apa yg lawak sampai akak gelak? hehe
matrik : sy mmg sopen orgnya.. kehkeh
hidayah : sy nk buat jwpn yg simple2 je.. sbb nk cpt.. hehe
nur : thanks nur.. nnti sy g blog awk pula
Post a Comment