Semalam dunia di gemparkan dengan berita kematian pemimpin al-Qaeda iaitu Osama Bin Laden. Dan hari ini, dunia juga dikejutkan bahawa berita kematian Osama Bin Laden adalah palsu dan hanyalah satu konspirasi yang dirancang oleh Yahudi di Amerika Syarikat. Persoalannya, kenapa Osama Bin Laden mati sekarang?
Saya kadang-kadang tertanya, betul ke apa yang berlaku dalam tragedi 11 September adalah satu perbuatan yang benar-benar di lakukan oleh orang Islam? Padahal dalam Islam itu sendiri, kita tidak digalakkan untuk melakukan kezaliman. Alasan Osama Bin Laden (yang mengaku bertanggungjwab tragedi itu) ialah, dunia barat yang mengamalkan kebebasan hiburan telah mempengaruhi dunia Islam itu sendiri. Jadi, Osama berhasrat untuk menghancurkan Barat. Ini bukanlah cara yang di ajar oleh Rasulullah SAW.
Pada zaman Nabi SAW, peperangan yang tercetus hanyalah melibatkan tentera sahaja, Bukan orang awam, kanak-kanak dan wanita. Jadi disini dah terbukti bahawa cara yang diambil oleh Osama Bin Laden melalui rangkaian al-Qaeda adalah salah sama sekali.
Mengikut pemerhatian saya, sebenarnya Tragedi 11 September, Osama Bin Laden dan al-Qaeda adalah dicipta sendiri oleh Yahudi sebagai satu alasan yang kukuh untuk menghapuskan Islam. Lebih sesuai sekali dengan perkataan boneka.
Dengan kecanggihan teknologi yang moden yang dimiliki oleh Amerika Syarikat, Saddam Hussein dapat dibunuh dalam jangka masa yang singkat saja. Jika nak diikutkan, Osama Bin Laden juga dapat dibunuh dalam masa yang singkat seperti pembunuhan Saddam Hussein tadi.
Pihak Amerika mengatakan bahawa mereka dapat menangkap Osama Bin Laden (kononnya) hidup-hidup tetapi dia terbunuh dalam tembak-menembak yang berlaku dan dia terbunuh akibat terkena peluru di kepala. Jelas kelihatan ke-bongkak-an Amerika Syarikat.
Kesimpulannya, kita kena berhati-hati dengan setiap berita oleh Barat terutama sekali melibatkan Islam kerana dunia Barat dari dahulu lagi sudah terkenal dengan pelbagai helah mereka.
Antara al-Qaeda dan Taliban, mana pengganas yang sebenarnya? Jawapannya, al-Qaeda.
13 comments:
biaselah..agenda US..macam xkenal...semua tu direka...hurm...tambah2 nak dkt pilihanraya presiden..jadi OBama kena cri jalan supaya dia dipilih...
jom join
Jom sertai Segmen Klik : "Segmen Pendapat Blogger-Blogwalking atau Isi Entry?"
biaselah..agenda US..macam xkenal...semua tu direka...hurm...tambah2 nak dkt pilihanraya presiden..jadi OBama kena cri jalan supaya dia dipilih...
jom join
Jom sertai Segmen Klik : "Segmen Pendapat Blogger-Blogwalking atau Isi Entry?"
betul3..setuju jugak :)
LM setuju...
baru prasan...
header baru la... ^^
yg penting skrg ni
kite kene berusaha kembalikan kesucian
dan kedaulatan islam... huhu
betul ke dia mati??nta2 rekaan semata2
dunia sekarang ini pelbagai.. jangan dikatakan US, negara kita sendiri pun ada helah sendiri. akhirnya semua berbalik pada diri kita sendiri untuk mengukuhkan pendirian diri sendiri. dalam kata mudah, kita kene pentingkan diri sendiri.. terlalu sangat fikir orang lain, buat diri makin keliru..
emm.. Al-qaeda tu persatuan kan, dan Taliban tu kaum rasanya.. sama macam Kurdish..
antara al-qaeda, taliban...bla...bla?
jawapnnya mossad
ntah laa.cam x caya jer..mungkin propaganda jer kot sebab da lama sgt dorang buru osama nie..ade teori yg cakap osama tu sendiri orang CIA..ntah laa.aku pun xtau..hehehe
Regards,
-Strider-
Zubir : huhuhu.. diorang mmg hebat berlakon..
Srikandi : thanks awk :)
LM : ini hanyalah pendapat peribadi sy semata2 je..
Sham : ok x header baru aq?
Wong : entah? aq x tahu
East : yup! tapi kedua2 nie adalah musuh US
Sam : huhu
Azlan : aq pun rasa mcm tue bro
btol2 kita takboleh percaya bulat2 tetang berita yag diawa oleh barat. firman Allah "selidiklah kamu apabila mndapat khabar daripada mereka yang fasik"
osama x wujud lgsg..
r-5 : ya, baru aq teringat..
erry : maksud bro?
Post a Comment