Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Sunday, 15 May 2011

Isu Berkaitan Anjing Daripada Segi Saintifik

Merujuk kepada persoalan najis mughallazah, Islam telah menetapkan kita larangan-larangan tertentu terhadap anjing dan babi serta keturunan dari dari mana-mana keduanya. Maka sebagai seorang muslim wajiblah kita mematuhinya. 

Kalau dilihat dari segi saintifiknya, memang banyak hikmah kenapa Islam melarang umatnya mendekati babi(termasuk dagingnya, tabiat hidupnya, kandungan bakteria yang memudaratkan sistem badan manusia dan lain-lain). 

Tetapi bagaimana pula hubungannya dengan anjing. Apakah pendekatan saintifik bagi anjing pula. Dalam konteks pembelaannya, isi kandungan dagingnya, tabiat dan habitatnya? 

Sepertimana yang kita ketahui anjing adalah binatang peliharaan yang jinak dan berguna kepada manusia. Untuk itu kenapa ia diharamkan? Dari segi pendekatan saitifik, kajian membuktikan air liur anjing mengandungi bakteria yang membahayakan manusia. Ini kerana anjing tidak berpeluh tetapi pengomoskawal-aturannya adalah melalui lelehan air liur dari mulutnya yang sentiasa ternganga

Kesan gigitan anjing, jika tidak dirawat segera akan memudaratkan manusia. Ini terbukti dari kajian yang diterbitkan di dalam journal sains barat, di mana mereka telah mengkaji tentang bahaya anjing sebagai binatang peliharaan. Rasulullah SAW sendiri menyuruh supaya dibunuh anjing gila kerana penyakit merbahaya yang mungkin merebak dalam masyarakat akibat gigitannya. 

Memandangkan kepada bahaya air liur anjing ini, Nabi Muhammad SAW telah menyuruh kita menyamak bekas yang dijilat oleh anjing, sebagaimana yang termaktub dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim, dengan enam kali air bersih dan satu kali air yang bercampur dengan lumpur atau tanah.

Kajian saintifik menunjukkan kuman-kuman yang terdapat di dalam mulut anjing itu dapat dimatikan dengan lumpur yang digunakan untuk menyamak bekas yang dijilat oleh anjing itu. Air liur anjing adalah najis Mughallazah. Anjing tidak boleh dimakan bukan sahaja kerana ia binatang yang najis, malah ia juga binatang yang bertaring dan menangkap binatang dengan cara menerkam. Walau bagaimanapun jika anggota badan kita kering, tersentuh dengan bulu anjing yang juga kering, hukumnya tidak najis. Anjing boleh digunakan untuk berburu dan bahagian yang digigit oleh anjing hendaklah dibuang. Bakinya boleh dimakan. 

12 comments:

Unknown said...

tq for sharing.sudah share kat kengkawan.

Nurna said...

btol,,, btol,,, gigitan anjing sangat bahaya...

Sharinginfoz said...

thanks for sharing

Unknown said...

er..aku pernah digigit anjing dulu tapi smpai skg oke aje?hehe....cara berpindah dari yahoo email ke gmail email utk login ke blogger

lizz said...

setiap menda yang Allah haramkan tu mmg ade sebabnyer. anjing ni bahaya..bagus info ni.

lizz said...

setiap menda yang Allah haramkan tu mmg ade sebabnyer. anjing ni bahaya..bagus info ni.

miera said...

good info weh.. aku penah gak tertanya. tq tq. huu~

Azlan Strider said...

owh..nice entry..tapi kalau tangan kita berpeluk wajib samak kan??

Regards,
-Strider-

Firdaus Kasim said...

Rozuan : ilmu mcm nie mmg kena byk disebarkan. Thanks

Nurna : awk pernah kena gigit x?

Sharing : sama2

Jos : kau pasti ke kau ok? hehe

Lizz : benar kata awk

Big : eh, lama x nmpak? huhu

Azlan : berpeluk mcmana tu? pegang tangan antara yg bukan muhrim ekh?

Ramli said...

new info..saya belum tahu pasal anjing. Terima kasih ya.

My latest entry Jawatan Kosong Di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah

Firdaus Kasim said...

sama2 Ramli

asyshakor said...

Saya ingin bertanya ttg kenyataan saudara "Kajian saintifik menunjukkan kuman-kuman yang terdapat di dalam mulut anjing itu dapat dimatikan dengan lumpur yang digunakan untuk menyamak bekas yang dijilat oleh anjing itu".

Dari manakah sumbernya? Bolehkah saudara emelkan ke saya "asyshakor@yahoo.com.my"? Kerana ianya ada kaitan dengan kajian saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim