Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Thursday 13 January 2011

Terkini! - Keadaan Banjir di 3 buah Negara Berbeza

Assalamualaikum! Pada petang ini, kita buka minda kita, kita alih pandangan kita daripada isu-isu tempatan dan kita tumpukan perhatian pada musibah yang berlaku di luar negara. Telah berlaku banjir besar di luar negara sehingga mengorbankan banyak nyawa. Sepertimana yang kita ketahui, banjir telah melanda di negeri pantai timur di negara kita sehingga aktiviti harian dan sesi persekolahan telah terjejas teruk. Tetapi kini di Brazil, Australia, Sri Lanka dan beberapa negara lain telah berlaku banjir yang lebih dasyat sehingga mengorbankan banyak nyawa. Ikuti ringkasan berita di bawah :


Lokasi : Rio de Janeiro, Brzail


Kira-kira 1000 orang kehilangan tempat tinggal dan beratus-ratus yang lain menjadi korban akibat tanah runtuh yang berlaku di sekitar gunung di Rio de Janeiro, Brazil.


Banjir dan tanah runtuh telah memusnahkan beberapa bandar di sekitar pergunungan di mana telah menyebabkan 257 orang mati ketika mereka sedang nyenyak tidur.

Anggota penyelamat bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa. Dikhuatiri lebih ramai yang menjadi mangsa korban kerana terdapat banyak daerah-daerah yang terpencil yang sukar dimasuki.
Sekitar 1000 orang kehilangan tempat tinggal apabila banjir memusnahkan segala-galanya di bandar itu.
Fernanda Carvalho, seorang pelayan berusia 27 tahun berkata kini tiada perbezaan antara orang kaya dan orang miskin kerana semua rumah di situ telah hancur sama sekali.




Lokasi : Colombo, Sri Lanka :
Ribuan tentera Sri Lanka telah menjalankan operasi menyelamat secara besar-besaran untuk menyelamatkan kira-kira sejuta orang yang terjejas akibat banjir yang melanda di wilayah tengah, utara dan timur.












Kini kira-kira 195 000 orang telah ditempatkan di kem yang telah disediakan. Pegawai penyelamat di situ mengatakan 13 orang telah menjadi korban setakat ini dan jumlah itu dijangka meningkat. Sekitar 125.000 hektar tanah sawah yang digunakan untuk menanam padi, telah hancur oleh banjir, kata Presiden.


Lokasi : Brisbane, Australia
Brisbane yang merupakan bandar ketiga terbesar di Australia telah menjadi seolah-olah zon peperangan apabila segala infrastruktur di situ rosak sama sekali sehingga pihak berkuasa mengatakan kerugian melibatkan 5 Billion Dolar. 







Mari kita sama-sama mendoakan agar banjir yang melanda di seluruh dunia kini dapat pulih dengan segera. Disamping itu, kita perlu banyak bermuhasabah diri atas bencana yang melanda kini. Adakah banjir luar biasa yang berlaku di sebabkan banyak kerosakan yang dilakukan sendiri oleh manusia atau amalan orang di dunia ini semakin teruk? Sama-samalah kita fikirkan.



2 comments:

1Malaysia Online 2014 said...

Salam

Sama-sama kita berdoa dan bermuhasabah diri.

Firdaus Kasim said...

Awal tahun 2011 pun dah ditimpa macam2 masalah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim