|
ATM |
|
PDRM |
Salam. Firz pasti mesti anda semua pernah melihat logo PDRM kan? Kalau tak pernah juga, sila tengok logo di atas, yup! itulah logo Polis Diraja Malaysia (PDRM). Jika diperhatikan pada logo itu, terdapat kalimah Allah SWT dan Rasulullah SAW. Logo Angkatan Tentera Malaysia juga terdapat kalimah suci ini. Kini menjadi persoalan bagaimana sekiranya anggota PDRM dan ATM atau sesiapa sahaja yang terbawa kalimah dan ayat suci al-Quran bersama dengannya ke dalam tandas? Apakah hukumnya?
- Sebagaimana kita maklumi bahawa Al-Quran adalah kitab suci, justeru itu orang Islam sangat menghormati dan memuliakan Al-Quran. Hampir tiap-tiap rumah orang Islam ada menyimpan kitab suci Al-Quran sama ada untuk dibaca pada waktu-waktu tertentu ataupun sesuatu keperluan yang ada hubungannya dengan Al-Quran.
- Al-Quran dibaca dan dibawa oleh setiap orang Islam di rumahnya, di masjid-masjid, di majlis-majlis ilmu dan sebagainya, kerana Al-Quran merupakan panji-panji Islam bagi orang yang membaca dan mengamalkannya.
- Dalam hadis Rasulullah SAW dijelaskan: "Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya". (Riwayat Bukhari dan Tirmizi)
- Jadi tidak layaklah kitab suci Al-Quran di bawa ke tempat yang bernajis, jika dengan sengaja melakukannya maka kita berdosa, maka segerakanlah memohon keampunan Allah SWT. Namun jika tidak sengaja perkara tersebut dimaafkan, kerana ada keringanan bagi seseorang yang tidak berhasrat melakukan kesalahan. Namun segeralah keluar bila kita menyedarinya.
4 comments:
betol....betol..pernh denga jugak pasal isu ni kuar kt paper...tak silap, bwk masuk henon y ade surah-surah....
yup! benda mcm nie kita kena bgtau berulang2 kali sbb org asyik lupa
eh,klau cine pon,pkai logo ni jugk ke?? ade nme allah dna muhammad uh..
pasal benda ni no komen la.. lebih baik kita tanya ustaz pasal menda ni untuk kepastian..
Alien comolot
Post a Comment