Kali ini Firz ingin mengajak anda untuk mengetahui sejarah stadium pertama di bina di dunia. Stadium merupakan medan untuk sesuatu acara sukan dilangsungkan tetapi ia lebih popular dengan sukan bolasepak. Stadium kebanggaan kita di Malaysia ialah Stadium Nasional Bukit Jalil yang dibina pada tahun 1998 dan boleh menempatkan 80 000 sehingga 100 000 orang pada satu-satu masa.
|
Gambaran Orang Berkumpul Untuk Melihat Suatu Event Secara Live |
- Gelaran pertama yang diberi pada stadium pertama di dunia ialah Huge Hotchpotches.
- Stadium ini dibina bagi memudahkan orang ramai menonton sesuatu acara yang diadakan kerana pada zaman itu tidak ada kemudahan televisyen dan mereka hanya boleh menonton secara live.
- Pada masa itu, keadaan di stadium tersebut adalah sangat tidak selesa, tiada nilai senibina yang menarik dan hanya ada kemudahan asas sahaja.
- Tempat duduk dibuat daripada batu bata, tiada bumbung, dan kalau ada bumbung pun hanyalah sedikit sahaja bilangannya dan dikhaskan untuk VIP.
- The White City Stadium di Great Britain adalah contoh stadium pertama diguna pada Sukan Olimpik London 1908.
- Model stadium pertama di London ini turut dieksport ke seluruh Eropah dan Amerika Selatan untuk dijadikan stadium bolasepak.
|
Stadium yang digunakan sebagai tempat acara sukan dilangsungkan
|
|
Stadium Bukit Jalil |
Pada post akan datang, Firz akan mengupas tentang stadium-stadium terhebat didunia. Hebat kerana memiliki jumlah kapasiti tempat duduk paling banyak. Adakah Stadium kebanggaan kita turut tersenarai? sama-sama kita nantikan.
1 comment:
I love firdauskasim.blogspot.com! Here I always find a lot of helpful information for myself. Thanks you for your work.
Webmaster of http://loveepicentre.com and http://movieszone.eu
Best regards
Post a Comment